Monday

Kangkung oh kangkung

Kangkung goreng
Antara makan kegemaran saya dan suami ialah kangkung goreng. Kalau makan berlaukan kangkung dan ikan goreng pun dan cukup menyelerakan. Resepi saya mudah saja. Saya percaya rama diantara kita mneggemarkan kangkung goreng. Tambah-tambah lagi kalau kangkung goreng belacan. Kalaula saya tak alergik belacan, sudan tentu saya goreng dengan belacan. Wow, rasa terliur dan sungguh sedap..

KANGKUNG GORENG SAYA (2 orang)

Kangkung dalam anggaran 20 pokok
*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sebiji cili padi/cili besar
*sedikit ikan bilis
minyak untuk menumis
garam

CARA MEMBUAT

Tumbuk semua bahan bertanda *. Panaskan kuali. Tumis semua bahan yang ditumbuk. Bila naik bau, masukkan kangkung. tumis hingga layu. Boleh masukan sedikit air jika nak berkuah. masukkan sedikit garam dan tutup api. Siap boleh dihidangkan.

Ekeke. saya percaya semua orang sudah tahu bagaimana menggoreng kangkung. Saja saya kongsi resepi saya. :)  sambil menunggu suami pulang untuk makan tengahari bersama. Lapar sudah ni..:)

Petang ni nak meneruskan aktiviti mengerat batang-batang kangkung yang masih di dalam peti ais untuk ditanam di laman rumah yang tanahnya seciput itu. Tiba-tiba terus bersemangat sebab kangkung yang ditanam melaui keratan batang dua tiga hari yang lalu sudah bertunas. Teruja sangat. Dalam rumah ada beberapa biji benih tumbuhan yang menunggu masa untuk ditanam. Tapi disebabkan tak cukup ruang dan kurang bajet nak beli pasu, benih-benih okra, tembikai betik, dan cili masih tersimpan tak terusik.

Seronok juga menanam ni. Pokok rosselle menunggu pasu yang baru. Pandan juga sudah membesar elok. Tapi seperti yang diberitahu, belum cukup bajet untuk membeli pasu. Pokok rossele perlukan pasu yang besar untuk ditanam. Teringat syifa yang suka air rossele asli yang dibuat. Benihnya kami beli dari pasar pagi khamis beberapa tahun dulu. Semasa kami sama-sama tinggal dirumah sewa.


Demi berjimat dan berusaha untuk menyimpan, aktiviti bercucuk tanam memang menyeronokkan. Teringat makcik cina dekat taman siswa. Ruang tanah rumahnya diguna sebaik mungkin. Malah dia menjaga tanamannya sebersih sebersihnya. :)

Tunggula beberapa minggu lagi. Bagaimana hasilnya tanaman kangkung saya ni. Harap2 menjadi. Dan yang penting jangan suka tanam je, sila jaga tanaman anda dengan baik ye nurul zakiah.

Muhammad Ammar sudah kuat!!!!

Pejam celik pejam celik Muhammad Ammar dah masuk 7 bulan. Sekejap saja masa berlalu. Perkembangan Muhammad Ammar alhamdulillah normal dan baik. Cuma kadangkala demam saja yang datang menjengah dan masalah selsema batuk yang sukar hilang.
Jika dulu Ahmad Umar pada usia 6 bulan sudah tumbuh gigi pertama tapi Muhammad Ammar belum lagi. Yang mengejutkan Muhammad Ammar sudah kuat untuk memapah dan memanjat. Habis kerusi dipaut dan berdiri dengan badan yang terhoyong hayang. Sedangkan Ammar belum duduk, malah merangkak juga belum. Tak boleh lepa dan leka sebab aktiviti baru muhammad ammar agak berbahaya sebab dia belum mampu nak tampung badan bila berdiri tapi ada hati nak memanjat dan membuat aksi2 lasak. Sudah dua kali terjatuh..tapi mujurlah ada toto atau bantal. Risau juga dagu tersangkut ke meja. haih.
 Seronok melihat ammar semakin aktif, tapi risau dan kadang2 tak tertengok keaktifannya. Kalau ikut buku perkembangan bayi, pada waktu ni baru nak belajar duduk. Harap-harap dalam masa terdekat Ammar boleh mengimbang badannya. Tumbesaran anak-anak sangat pantas. Kadang-kadang kita sendiri tak sempat mengikut rentak mereka. Alih-alih dek kesibukkan dan keperluan kerja tiba-tiba saja kita sedar anak kita sudah besar. dah masuk universiti dan tengok-tengok dah nak kahwin pula. huh. Cabaran masa di zaman material ini sungguh menekan. Semoga kita semua diberi allah kelapangan dalam apa jua urusan. lebih lebih lagi kelapangan untuk istirehat dan bersama keluarga. Lebih lebih lagi masa kepada Yang punya Alam ini.

Friday

Terima kasih Umi

Pagi semalam seperti biasa, selepas memasukkan baju2 dan CD kedalam beg, basuh botol susu dan sediakan bakul, siap masak oat utk abang sarapan, saya angkat anak-anak untuk diletakkan kedalam car seat. Mula-mula letak adik dulu, kemudian baru letak Umar. Saya pasang tali pinggang umar dan umar terus mengucapkan terima kasih. Sperti biasa saya cium pipinya dan dia bersalam dengan saya, dia ucapkan terima kasih pada kali ini.

Malam semalam Umar dah terlalu mengantuk dan ingin tidur dalam buai. Saya ayun buai guna tali yang diikat dibuai. Tapi Umar tak bagi, dia suruh pegang kain buai dihujung kakinya. Dia tersenyum sambil mengucapkan terima kasih..


Terharu juga. Terima kasih Ya Allah. Semoga tingkah laku baik ini berkekalan dan dapat menjadi contoh buat adik tersayang Muhammad Ammar :)

Tuesday

Sekarang Bukan Masa Bermenung...

Mengimbau saya 10-15 tahun dulu, SEKARANG saya adalah manusia culas terhadap ibadat saya. Jika dulu saya keluar rumah dengan menyempurnakan solat dan ibadah, ada satu2 masa saya benar-benar culas. Maksudnya jika dulu saya solat dahulu sebelum keluar rumah, kadang2 saya ambil ringan jika saya cuma keluar sekejap saja dan punya masa untuk melaksanakannya. Jika dulu saya menyelak selembar demi selembar alquran setiap hari, kini dengan keletihan dan kesibukkan mungkin saya cuma dapat 2-3 hari sekali. Lebih teruk adakala menjadi seminggu sekali. Saya melihat muka laptop saya lebih dr melihat alquran kiranya.

Kini bukan zaman bermenung dan mengamalkan sikap sekular tehadap agama. Apatah lagi culas dan menculaskan. Banyak benda yang harus dibaiki. Banyak benda yang harus dilakukan secara istiqamah.  Setiap kali memikirkan kematian yang bakal menjemput dua perkara utama yang saya fikirkan. Jika Allah jemput diri ini, bagaimana anak-anak yang kucintai ini. Ya allah, bertapa terguris memikirkan mereka terpaksa melalui hidup sebagai yatim. Keduanya jika Allah menjemput, apakah amalan yang saya bawa ini seperti kain sutera atau seperti kain buruk yang jika diberi kepada Allah, Allah lempar semula ke muka.

Dunia ini semakin tua. Makin lama, kita sendiri akan sentiasa terfikir akhirat yang bakal tiba. Bagaimanakah kita akan menghadapinya dengan amalan yang kadang subur dan kadang kemarau ini. Kini bukan masa kita mempertahankan "apa akan orang kata", bercakap sana-sini secara sia-sia, mempertahankan inilah yang aku sering lakukan dan sekular terhadap agama. Kerana dunia yang makin tua ini, ini adalah masa-masa untuk diri sendiri menilai setiap amalan adakah bertepatan dengan kehendak Yang punya Alam atau amalan diri sendiri cuma mengundang Murka. Manusia kini melakukan semua dosa yang telah dilakukan oleh umat terdahulu. Cakap saja, semua ada. Zina, dedah aurat, ingkar ibadah, homoseksual, bongkak dengan kemodenan dan cakap apa saja semuanya ada. Mungkinkan pembalasannya pada hari yang  hanya rahsianya Allah saja yang tahu.

Berat memikirkan keculasan diri. Dalam bersungguh ada lunturnya. Dalam bertegas ada ingkarnya. Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk beristiqamah. Semoga Allah bantu agar bertemu jalan ketaatan.

Monday

Ayah dan Umar Basuh Kereta

Umar seronok tolong ayah basuh kereta. Ummi dan Ammar jadi tukang ambil gambar dan tengok saja. 
Sekali esoknya Umar telah mendapat idea untuk membasuh SUV kesayangannya.


Sunday

Selamat Hari lahir Ahmad Umar Bin Saiful Zaree


Ya Allah
Berkatila kehidupan Ahmad Umar
Semoga dia menjadi hamba yang taat kepadamu
Terima kasih Wahai Allah yang menghadiahkan nikmat mempunyai Ahmad Umar untukku
Bantulah diriku dan suami dalam menjaga amanahmu
Selamat Hari Lahir Anakku
Ahmad Umar yang dicintai

Saturday

Bila Anak Kecil Menegur

Besok jam 4.13 petang genaplah umar umurnya 2 tahun (kalendar tahun masihi). Kalau ikut tahun hijrah Ahmad Umar sudah pun genap 2 tahun pada 25 safar yang lalu.

Umar dah boleh bercakap dan memahami apa yang diarahkan padanya. Dalam kenakalan pastinya keletah anak-anak (Ahmad Umar dan Muhammad Ammar) amat menenangkan dan menggembirakan hati. Ahmad Umar sudah tahu bila hendak makan baca doa, Bila hendak tidur Baca doa, Bila keluar rumah cium tangan dan melambai sambil mengucap salam dan bila balik masuk rumah juga dengan ucapan salam. Tak dinafikan bila dia ditaska saya amat menghargai jasa Ibu Yamah, cik Ina dan cik Mah yang sudi menggantikan tempat saya dan menjadi Ibu kepada Umar dan Ammar. Dalam mengajar di rumah pastinya pengasuh ditaska juga memainkan peranan dalam mendidik. Terima kasih Allah kerana menemukan saya dengan Taska Anak Manja.

Paling gembira dengan telatah Ahmad Umar pasti Muhammad Ammar. Abangnya buat apapun dia akan ketawa melekek-lekek. Tapi kadang-kadang berlaku juga pergaduhan kecil. Umar masih dengan perasaan cemburu malah dah pandai garang. Kalau adik nakal dia marah adik dan cakap jangan. Kalau tak dengar dia angkat hanger pula.. Turun sifat garang ayah ke atau umi ke?

Hari ini sudah banyak kali saya minum teh. Teringat catatan kembara Ustaz Hasrizal yang mana kawan-kawannya suka sangat meminum teh hinggakan kalau ditoreh tangan tentu air teh yang mengalir keluar.


Begitula saya sejak akhir-akhir ni. Ambil petua supaya tak kembung saya akan rebus teh dahulu. Petang tadi minum teh. Saya terus minum dengan terlupa membaca doa. Melihat saya minum teh Umar terus membaca doa makan dengan bahasa dan caranya. Yang jelas didengar "allauhuma", "ti a na" sambil menadah tangan. Saya terus memandang suami dan suami ketawa. Saya pun ikutlah Umar baca doa. Selalunya bila nak makan, pasti akan baca doa makan dulu. Nak minum takat bismillah sajalah. Tapi tadi memang saya tak baca pun sebab dah round ke 2 saya minum teh. Bila anak kecil menegur memang terkesan. Bukan apa, hari-hari ajar dia kita pula yang terlupa.

Petang tadi dia tak bagi saya buaikan Muhammad Ammar. Dia nak juga buai sendiri. Bila pegang buai adik, dia kata "angan, angan (jangan,jangan). Umar nak buai adik lah tu. Sambil menyanyikan untuk adik La illa ha illallah.

Ahmad Umar, Ummi inspirasikan panggilan nama nabi dan Saidina Umar untukmu. Biarlah Umar mencintai Allah dan nabi seperti Saidina Umar dengan kecintaannya terhadap Allah dan Nabi. Biarlah Umar menjadi seperti Saidina Umar yang berkempimpian dan perintis kepada pentadbiran islam yang amanah. Banyak benar inspirasi dari teladan Saidina Umar yang ummi nak bagitau Umar.

Ammar pula Ummi inpirasikan Ammar Bin Yasir untukmu. Ammar tahu tak siapa Ammar bin Yasir tu? Dia adalah anak kepada syahidah pertama di dalam Islam iaitu Sumaiyah. Ammar tahu tak keluarga Yasir Allah janjikan syurga untuk mereka. Jadilah seperti Ammar bin Yasir yang nabi sangat cintai. Yasir pernah mengikut apa yang disuruh oleh musyrikin untuk keluar islam dan benci pada nabi ketika dia disiksa teruk. Tapi Ammar lakukan demi untuk menyelamatkan diri dr musyrikin tapi pegangannya tetap kepada islam. Ammar bin Yasir lansung tidak berniat untuk menjual atau mempetaruhkan agamanya. Selang beberapa hari setelah kejadian itu turunlah ayat kepada Nabi, “Barang siapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (Dia mendapat kemurkaan Allah) kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap beriman (Dia tidak berdosa)” (QS An-nahl:106). Ummi juga mengisnpirasikan nama Muhammad untukmu. Apa lagi yang Ummi mahukan hanyalah, anak-anak lelaki ummi mencontohi mereka yang Allah janjikan syurga ini. Ummi sentiasa iringkan doa untuk anak-anak ummi agar menemui jalan hidup yang terbaik dan diredhai. Amin. Pasti nanti Ummi akan bukukan kisah2 Saidina Umar dan Ammar Bin Yasir untuk dijadikan inspirasi buat kalian.

Ummi sayang anak-anak Ummi!!!!

Friday

Kalau Kehidupan Diibaratkan Sebuah Komputer

Jika ada musibah terutamanya kematian sudah tentu berkalau-kalau itu diibaratkan seperti tidak meredhai ketentuan Allah. Tapi ini hanyalah imiginasi saya yang saya fikirkan tatkala saya mempunyai perasaan sedih, membuat kesilapan dan semua perkara negatif yang telah berlaku dalam hidup.

Sebuah komputer pastinya mempunyai memori yang boleh disemak history dan memadam recycle bin  secara kekal. Kalau kehidupan adalah begitu pastinya saya ingin memilih sesetengah perkara untuk dilupakan terus. Senang, jika saya boleh melihat sejarah yang telah dilakukan dalam hidup dan menilai2 yang mana saya telah berlaku salah. Saya seorang pelupa terhadap sesetengah perkara. Sampaikan kalau ada yang bercerita mereka terpaksa mengulang cerita. Senang juga jika saya boleh semak keadaan yang saya mengasari sesiapa secara tanpa sedar dan terus membuat penjelasan tanpa terlebih dulu sesiapa terus menjauhkan diri dengan tiba-tiba tanpa saya sendiri pun tidak tahu dimana silapnya. Pastinya, jika mudah untuk melupakan seperti memadam sampah-sampah didalam recycle bin. Bolehkah hidup saya tanpa gundah gulana. 

Bagaimana saya boleh meneliti balik kehidupan saya sedangkan saya pelupa. Bagaimana orang lain boleh mencerminkan diri saya sedangkan orang lain hanya "singgah-singgah saja, Bagaimana untuk memadamkan kesedihan apabila saya sememangnya seorang yang amat sensitif. Jika kehidupan sama seperti komputer. 

Siapa manusia yang boleh tahu kesilapannya dan terus membetulkan keadaan yang telah tersilap. Kebanyakkannya pun sama, pasti tak sedar dengan kesalahan diri sendiri dan kita sering berburuk sangka. Kita boleh saja menila A menjadi B. Kita senang saja berkecil hati tanpa kita mengetahui apa yang orang lain ingin lakukan.

Eloklah mulai hari ini saya buang perasaan buruk sangka. Biarpun pelaku maksiat di hadapan mata, jangan berburuk sangka padanya. Malah jangan sekali-sekali memadan muka mereka kerana kelak akan terpadan ke muka sendiri. Payah hidup menjaga hati orang. Payah menilai perasaan orang. Payah apabila perasaan sendiri menajadi beracampur baur dengan kata-kata orang. Ini adalah kesedihan yang melampau. Cubalah mengatasinya. Buat seperti yang saya mahu pasti kelak akan menjadi biasa.

Tips Bermuhasabah

Thursday

Berfesyen, Telanjang dan Menutup Aurat

Sedang melihat rancangan Safiyya di TV9 sekarang. Topik fesyen oleh seorang pereka fesyen muda. Bagus apa yang dilakukan beliau tapi ada diantara fesyen islamnya yang "mengecewakan". Bagaimana bila bertudung tapi memakai legging ketat? Bagaimana bila bertudung memakai dress yang melekap pada tubuh badan pula. Saya amat berharap agar beliau meneliti semula dan menfesyenkan mengikut apa yang telah dituntut didalam islam. Jangan islam hanya pada tudung tetapi aspek lain diabaikan. Katanya, beliau baru memeluk islam. usahanya sangat bagus tapi perlu dimurnikan.Bagaimana saya boleh menyampaikan pandangan saya terhadap kekaguman wajahnya yang cantik, menyetujui usahanya namun berharap agar dia memperbaiki mengikut landas2 islam?

Saya rasa fesyen itu tidak salah jika ia tetap menutup aurat sepenuhnya. Ustaz Kazim kata pakailah warna apapun, macam manapun JANJI TUTUP AURAT DENGAN BETUL.Sememangnya wanita adalah fitnah dunia. Kemana pun pergi walaupun berhijap, berjubah, menutup semua pun ia tidak akan lari dari fitnah dunia ini. Tapi ia bukan bermaksud, "alah kalau macamtu baik kita pakai lebih kurang saja". Tutup-tutup pun nanti orang kata juga. Orang fikir macam-macam juga. Saya sendiri sedang mecari kekuatan untuk menutup aurat dengan betul. Tambah-tambah badan saya besar dan kurang selesa memakai stokin kaki. Nak cari baju kena saiz besar, Nak cari tudung pun kena besar juga, nak pakai kasut pun kena yang tutup sikit sebab tak reti pakai stokin nipis yang licin itu. Dalam berusaha menutup aurat dengan betul saya pun keculasan juga. Tapi saya benar-benar tidak setuju dengan gaya fesyen yang kononya islamik tapi sebenarnya jauh sungguh erti islam itu.  Pada pendapat saya ia memberi persepsi yang salah terhadap kewajiban dan keperluan menutup aurat dan memberi tanggapan yang salah kepada non-muslim.

Menutup aurat adalah wajib. Ia bukan satu pilihan untuk kita samada nak tunggu seru atau tidak. Untuk menutup aurat dengan betul perlu kepada ilmu-ilmunya. Jika kita gagal memahami, sebab tula kita melakukan dengan cara yang salah. Tidaklah sampai kita menutup habis tubuh badan kita, tapi biarlah ia betul dan selari dengan niat berfesyen dan menutup aurat yang bukan untuk menunjuk-nunjuk dan menarik hati kaum lelaki dll. Bila menutup aurat pula elakkan perkara-perkara yang melampaui batas seperti berjalan dengan lenggok, dengan sombong dan melabuh-labuhkan pakaian dan menghiasinya secara berlebihan. Jika niat kita betul pasti berfesyen dan menutup aurat itu tetap manis dengan kesederhanaannya. 

Secara kesimpulanya jauhkanlah pakaian yang terlampau ketat, jarang, terlampau labuh menyapu lantai, terlampau singkat nampak aurat, tudung jarang dan singkat..Malah niat memakai juga harus dibetulkan. Jangan seperti gambar-gambar dibawah.  Jomlah, sama-sama mencari keredhaanNYA...




Tuesday

Hari ini hari Lahir Nabi Muhammad Habiballah

Saya cuba mengingat semula apa yang saya ingat tentang sirah Nabi Muhammad. Saya cuba menyusun-nyusun yang mana satu cerita yang boleh saya sampaikan pada Ahmad Umar dan Muhammad Ammar kelak. Berapa  himpunan sirah yang saya tahu? Ahmad dan Muhammad adalah nama yang diinspirasikan dari nama dan panggilan Rasulullah. Mudahan mereka berdua mempunyai sifat terpuji dan semuanya banyaklah dipuji. Namun janganlah sampai mendabik dada dengan pujian yang sebenarnya menipu dan menyebabkan diri tertipu. 

Hari ini adalah hari kelahiran junjungan besar Nabi yang Allah cintai. Sudah lama nabi meninggalkan kita. Kadangkala kerinduan padanya ada walaupun dia sudah lama pergi. Tapi yang banyaknya pada diri adalah kealpaan yang membuatkan saya tidak mengikut apa yang nabi mahu.

Saya mengasingkan diri bukan kerana ingin memutuskan silaturahim. Nabi suka pada mereka yang menghubungkan silaturrahim cuma saya rimas dengan telahan dan asakan yang salah terhadap diri. Kalau ya saya akan cakap ya dan kalau bukan saya tetap akan kata bukan. Mungkinkah juga sikap saya membuatkan orang memusuhi saya? Saya juga tidak pasti. Saya menilik-nilik diri. Kenapa jadi begitu. Jujurnya saya memang tak ramai kawan kerana saya tidak suka ramai kawan. Maksudnya kawan baik. Bila berada dalam kelompok ramai pasti saya sendiri yang akan mengasingkan diri sendiri. Tapi hakikatnya perkara ini benar-benar buat saya berasa sedih kerana saya melanggar apa yang nabi mahu..Tapi biarlah saya bersuluk agar saya dapat menjadi insan yang lebih baik dari hari ini.

Bila menilik diri dan membandingkan diri dengan sifat rasulullah, maha hebat Allah yang memberikan sifat-sifat terpuji bagi Rasulullah, terasa amat jauh dan hinanya diri. Jika dikira, perbandingannya, masing-masing cuma dibuat kurang atau lebih sikit 50%. Telahan saya, entah-entah mungkin kurang lagi. 

Sempena hari ini apabila pagi hari, ingatan pertama adalah kepada Rasulullah, saya perlu memperbaiki diri. Menjadi lebih baik dari semalam. Bagaimana beribadat seperti Rasulullah? Bagaimana bercakap seperti rasulullah? Semuanya perlu kepada menuntut ilmu yang lebih lagi.

Teringat kisah dari seorang guru. Beliau menaiki kapal terbang dan duduk disebelah seorang arab. Tiba-tiba dia meminta segalas arak dari pramugari. Guru tersebut bertanya kepada arab tersebut. "Apakah agama kamu". Orang arab tersebut menjawab " Saya beragama islam dan sangat cintakan rasulullah" sedangkan di tangannya memegang segelas arak. Begitula, bagaimana cara kita menzahirkan rasa sayang dan cinta biarlah berlandaskan redha Allah dan seperti sunnah rasullullah.

Monday

Untukmu Teman - Specially dedicated to Nurul Huda

Aku teringat saat-saat kita selalu menyebut "suatu hari nanti kita akan terpisah dengan haluan masing-masing". Hari berganti hari, Tahun bersilih ganti apabila kita berjauhan hubungan tetap ada tapi kita mempunyai komitmen yang menghalang keakraban ini. Tiada sahabat sepertimu, sejati, jujur dan tulus. Aku baca surat-suratmu di waktu dulu. Hanya air mata tertitis mengimbau kembali ukhuwah kita. Hingga pada satu ketika kau tahu hatiku dan aku tahu dihatimu. Malah seringkali tak perlu diungkap kita pasti tahu. Biarlah hubungan kita tetap sama perasaannya. Ibarat adik beradik yang sentiasa mengingati. Biarpun hubungan ini jauh, pastinya tetap akan sentiasa terasa kemanisannya kerana tetap kerana Allah.
 
Untukmu Teman-Brothers
Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

Friday

Kepok & Nisan

Rabu hari tu tengok cerita Kepok & Nisan lakonan Saiful Apek, Maya Matahari dan Zul Yahya. Rasa janggal terbit dihati. Kenapa ya? Sebab di kampung saya memang bukan ADAT meletak kepok di kubur.Teringat pula mak saya selalu pesan dari kecil. HARAM buat binaan dikubur sebab ia menimbulkan sifat riak dan meniru amalan sesetengah orang bukan islam. Ia diperjelas lagi dengan Jabir berkata :"Rasulullah saw melarang mengapur kuburan dan duduk di atasnya atau membangunnya ( meninggikan tanah atau binaan) atau menulis di atasnya." ( HR Muslim,abu daud dan an-nasaie ).

perkuburan baqi Mekah
 Namun begitu dalam bab membina kepok ni ia harus tapi kena pastikan tujuannya tidak lain nak elak tanah runtuh dan hakisan tanah. Tapi kebiasaannya jarang tejadi hakisan. Sunat menabur batu kecil di atas kubur (Ust Kazim). Cuma janganlah membina dengan niat bermegah-megah keranan pangkat dll.

Yang janggalnya dalam cerita tu apabila urusan jual beli kepok tu dijadikan punca keuntungan BESAR. Usaha mencari pelanggan pula dibuat sebelum mati dan berlebih lebihan. Bukan ini sama seperti orang menjual keranda. Cara pemasangan kepok nampak ringkas dan boleh dibuka. Itu oklah, sebab KUBUR BUKAN HAK PERIBADI, esok dah cukup masa, bila tanah perkuburan penuh, kubur-kubur akan digali semula dan diguna untuk kematian yang baru.
Saya search di internet harga-harga kepuk yang ditawarkan dan cara binaan. Bukan harga murah nak pasang kepok dan binaan di kubur tu. Saya lihat paling murah harganya RM 300++ dan paling mahal hampir cecah RM6000.

Berdasarkan hadis rasulullah yang diriwayatkan oleh Jabir, memang tak sepatutnya kubur dibina dengan megah-megah dan mahal. Esok kalau nak gali semula tanah pekuburan jenuh nak pecahkan batu2 ni. Kena ingat KUBUR BUKAN HAK PERIBADI. Apapun kita tahu niat kita. yang penting janganlah sampai ia menjadi ADAT. Contohnya di sesetengah kawasan pemasangan kepok ni dah macam WAJIB. Pelik la kan kalau tetiba kita seorang yang tak mau pasang. Tapi jangan peduli semua itu. Biarlah orang nak kata. Tapi takut sampai menjadi kebiasaan, kita menyusahkan simati untuk mengeluarkan duit semata2 nak bina kepuk. sedangkan simati tinggal berderet anak yatim dan ada hutang nak dibayar. Nauzubillah janganlah sampai diperdagangkan hingga boleh dapat keuntungan besar. Kalau tak, jadila macam Orang **** terpaksa beli tanah kubur sendiri dan keranda sebelum mati. kalau tak mampu masuk dandang dan bakar sajalah.

Mungkin juga ada orang kata, ikut suka akula duit aku. aku banyak duit. Tapi ingat ya jangan sampai buat binaan atas kubur dan kita boleh duduk duduk kat situ. Tanah tu memang bukan hak kamu. WAKAF. Ramai lagi orang nak guna. Jenuh jugala kalau semua tanah WAKAF nak dijadikan kubur. Kalau nak pasang juga pasang yang boleh tanggal2 macam dalam cerita kepok & nisan tapi janganla pi simen lak kubur tu.

Kalau sesetengah orang lama, jangankan kepok, dia minta boh nisan kayu je. Ataupun batu sungai saja. Sebab apa saya sendiri pun tak pasti, tapi mak selalu cerita batu sungai batu hidup dia berzikir tidak henti. Wallahuaqlam.Doa anak-anak lebih sampai walaupun dimana saja. Takyah buat kubur cantik-cantik sebab nak boleh lawat selalu. Kalau pi kubur setakat baca fatihah saja, mm ok la tapi faham-faham sendirilah.Cerita pasal kepok, teringat ustaz selalu kata, Mati tak susah dan bukan ketakutan bila kita tahu apa makna mati. Hmmm, tapi saya masih takut lagi...sebabnya.......Hanya allah yang tahu dengan perasaan yang bercampur baur ini....

Tuesday

Umar meniru Gaya Solat Ummi dan Ayah

Dari http://asrulhadiabdulrahman.blogspot.com/
Lazimnya bila solat, saya akan biarkan Ahmad Umar nampak apa yang saya tengah buat. Mula-mula Umar tidak faham, ada saja gangguan yang dia buat. Tepuk kepala la, tarik telekung la. Tapi lama-lama Umar meniru gaya solat tanpa sedar. Sejak umur Umar masuk setahun Umar buat gaya orang sujud. Bila saya dan suami cakap "Macamana Allahuakbar" dia akan sujud gayanya seperti orang tengah bersedia untuk lari pecut. Hmmm, sayangnya tak dapat ambil gambar. Saya amik gambar dr  http://asrulhadiabdulrahman.blogspot.com. Begitulah gayanya. Sama!! Sebab baru boleh nak menapak takut juga terjatuh. Umar faham bila sebut Ummi/Ayah nak Allahuakbar maksudnya Ummi nak solat.

Bila dah besar Umar meniru pula gaya membaca surah. Selalunya dia akan solat di sejadah yang lain. Kadang-kadang bila tak sediakan sejadah dia solat saja di hujung sejadah saya. Terkumat kamit mulutnya membaca surah. Nak tergelak pun ada. Tapi kalau Umar ikut solat saya tak pandang dia la. Ada sekali di Lobi Hotel, Umar duduk diantara dua sujud. Tetiba pula nak solat kat situ. Mulut dia terkumat kamit seperti membaca surah. Haii macam-macam. Semua yang ada kat situ tersenyum. Ada yang gelak pun ada dengan keletah Umar. 

Sekarang lagi macam2 gaya. Dulu boleh tahan sujud macam orang nak lari pecut tu, sekarang dia meniarap terus konon2 nak sujud. Mukanya ditekap ke sejadah. Mmm, lagi macam2.

Sekarang Umar pun dah pandai ikut baca fatihah dan zikir ringkas. Alhamdulillah. Masa umur dia bayi lagi kadang-kadang frust juga. Yala, apa kita ajar semua dia takmau sebut. Tapi saya ni pun satu Yala, Umarkan baby lagi masa tu.  Tapi saya sebut juga dan ajar apa saja walaupun seolah-olah cakap ngan batu. :). Tapi Alhamdulillah lekat pula. Saya terbaca satu artikel di Buletin INTEK UTHM yang mana ajaran pada anak semasa dia berumur 0-3 tahun adalah bersifat kekal. Rasa rugi pula bila saya tak ajar banyak benda. Tapi takpe ada lagi masa lagi. Harapnya saya tak culas la. Bukan hanya umur 0-3 tahun tapi sampai saya dan suami menghembus nafas terakhir.

Ammar pula dan pandai meniru sesetengah aksi yang di buat. Biasalah mula-mula Ammar cuma pandang tapi lama-lama dah boleh ikut. Sekarang dia tengah sibuk mengemop lantai dan menghisap jari kaki. Dia dah pandai Hi-5, membuat bunyi Ba Ba Ba dan WAU WAU WAU bulan. Ammar paling suka melihat Umar bermain. Umar plak akan frust bila Ammar diangkat dari walker dan Umar terpaksa bermain seorang. Macam-macam keletah anak-anak ni. Yang buat kita hilang sabar pun ada tapi most of the time adalah perkara-perkara yang memberi ketenangan. Malah perasaan bersalah pun ada. Yala dunia makin sempit dengan masa..:)

Kalau nak marah, memang marah kat budak yang dok merempit kat taman permai ni. Aikk....tetiba je masuk cerita mat rempit.:) Nak marah, tapi nak cakap sangat-sangat, bila mengingatkan anak-anak, ish esok takut kena muka kita pula. Hai macam mana nak tingkatkan jati diri muslim anak-anak ni bila dunia luar kini yang salah sudah menjadi biasa??? Dan saya sendiri bukan Ibu Bapa Kelas 1 mengikut piawaian agama. Sungguh banyak sangat yang perlu dipelajari dan ditingkatkan lagi. Tapi yang penting jangan putus asa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan untuk anak. Mudahan2 doa ini makbul. Mudahan2 saya diberi kelancaran dan kelapangan dalam setiap urusan mendidik dan mengajar anak-anak. 

Monday

KeredhaanMu

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda

Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini

Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku

Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,

Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,

Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Friday

Hikmah sebuah Bencana

Bencana-bencana dasyat yang Allah telah turunkan

Muktahir ini, banyak bencana dan ujian berlaku. gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, ribut salji, banjir, di kala bumi semakin tua ini, cakaplah apa, pasti semuanya ada. Apabila bencana alam menimpa, pasti terjadi banyaknya kematian, kehilangan, kemusnahan malah kesugulan. Tapi hikmah Allah tu maha besar dan luas. Tak tercapai akal bila bencana besar terjadi. Kita mungkin nampak Allah datangkan kesedihan tapi kita mungkin tidak sedar mungkin Allah sedang menitipkan kesedaran, kebaikkan, kasih sayang atau apa saja yang kita tidak jangka. 

Kenapa Berlaku Bencana

Kenapa berlakunya bencana, kita sebagai manusia sukar untuk menelah. Hanya Allah yang tahu hakikat sesuatu perkara kerana Allah maha mengetahui. Dari sirah lampau, terjadinya sesuatu bencana kerana allah ingin menghapuskan kaum yang ingkar, Ingin memberi ujian untuk melihat iman hambanya, sebagai peringatan kepada manusia dan banyak lagi sebab musabab yang hanya Allah yang tahu.Dan kini manusia melakukan semua dosa yang telah dilakukan oleh kaum yang lampau. Hanya tunggu masa atau allah sedang beri masa untuk hamba-hambanya sedar dan bertaubat.

Pengajaran Dalam Hidup

Dalam hidup juga begitu. Allah akan timpakan ujian demi ujian dalam pelbagai bentuk. Mungkin kita menghadapi kematian. kemuflisan, kesugulan, keresahan hati, datangnya penyakit dan lain-lain. Pastinya allah turunkan ujian dengan hikmah yang pebagai. Sukar untuk menelah tetapi sebagai manusia yang tidak buruk sangka pada Allah kita harus percaya semua ini kerana Allah sayang. Allah sayang sebab Allah nak tengok tahap iman kita, Allah sayang sebab Allah nak letak kita dikalangan orang yang sabar, Allah sayang sebab Allah nak ajar kita supaya kita insaf, Allah tetap sayang.

Dulu masa ayah baru meninggal, saya sering berkalau-kalau. Astagfirullah, bila ada yang menegur berkalau-kalau itu maksudnya kita tidak redha.

Dalam menghadapi ujian dan kesedihan, tidak salah kita menangis dan bersedih. Macam Dr Tuah cakap "Frust boleh tapi sikit-sikit saja"

Tapi yang paling penting bila kita terkena ujian nilailah diri dan cuba kembali kepada Allah dengan seikhlas hati. Saya sendiri bukan seorang yang sabar. Apabila dihimpit sesuatu perkara saya boleh berdiam tapi bila diasak saya sendiri akan melakukan sesuatu yang tidak wajar. Walaupun ia nampak seperti betul tapi sperti kata Dr 'Aidh  kita mungkin terluka dengan persoalan-persoalan yang kita hadapi tapi perbaikilah diri dan allah akan redha.

Mudahan allah beri rasa rendah diri dan lebih takut menghadapi azabnya. Mudah-mudahan suatu hari nanti akan lahir sifat ikhlas dan kasih yang mendalam.  

Thursday

CJ7-Hakikat Sebuah Kehilangan Seorang Ayah

Abang selalu sebut pada saya,saya tidak takut pada kehilangan kerana saya tak pernah merasai sebuah kehilangan. Betul kah begitu??? Kenapa abang cakap macam tu, hihi sebab mula2 kahwin, saya paling kuat merajuk dan selalu cakap nak balik kampung dok ngan mak saya. Pernah packing beg dah. Abang sedih sebenarnya sebab kisah hidupnya yang sendiri. Sorry bang. Saya isteri yang tidak solehah ketika itu. membiarkan hasutan beraja dan menyulam bibit bibit derhaka.

Baru selesai tgk CJ7.Tau tak pada siapa ingatan saya di saat ini. Tentulah Ayah....:) Cerita ni mengingatkan diri saya padanya....sangat2..

kalau dapat result yang bagus, masuk pertandingan bercerita, menang saguhati pertandingan melukis DIDIK pasti ayah beri pujian yang besar.Paling ayah bangga bila saya dapat ke Kuittho/UTHM. Ayah cakap kat semua orang. Nampak sangat ayah gembira. Tapi tak lama. Pas satu sem saya di Kuittho, allah lebih dulu jemput ayah. Saya baru tunjuk result yang baik pada ayah. Ayah gembira sebab anak ayah dapat 3 pointer lebih. Lepas ayah takda sem 2-5 result merudum. Atas kesedaran sendiri cuba bangkit dan grad diploma dengan pointer cukup makan 3.00. Kalau nak cerita sehari semalam pun tak dapat habis kebaikkan ayah.

Ingat lagi masa sekolah. Ayah selalu elak untuk kesekolah dan nampakkan diri ayah. Macam CJ7 tu ayah kata, nanti ayah memalukan anak-anak ayah. Tapi kami selalu cakap pada ayah, ayah lah hero kami. Lagipun muka ayah macam jackie chan. Ayah akan tersenyum senyum malu. Kalau ayah merajuk ayat ayah hensem macam jackie chan paling berkesan. Ayah belikan laptop atau apa saja yang kami nak, kerana dia ingin kami rasa apa yang dia tidak pernah rasa. Walaupu ayah soal macam polis bila minta sesuatu tapi dalam masa singkat atau lama pasti ayah beri. Ayah selalu taknak ambil gambar. Jadi gambar bersamanya sikit. Dia kata ayah bukan sapa-sapa.

Kali terakhir dan pertama selepas saya dewasa dan baligh, saya cium pipi ayah dan peluk ayah pada umur 19 tahun dijeti kuah ketika ayah hantar saya naik ferry untuk balik ke Kuittho. Dan itulah yang terakhir.  Saat saya peluk ayah saya dapat rasa mungkin kali ni adalah kali terakhir ayah akan berjumpa dengan saya. Saya rasa saya yang akan tiada. Balik Ke kuittho setiap malam saya hadiahkan yasin pada ayah dan mak. Ketika itu terdetik dihati saya biarlah hadiah yasin ini jadi pembantu buat ayah dan mak jika ada apa2. Dua minggu selepas di Kuittho saya dikejutkan dengan berita kematian ayah. Saya mendapat berita di stesen bas Batu Pahat. Meraung saya nak balik langkawi sebab tiket bas semua habis. Kebetulan masa tu, esoknya adalah 1 ramadhan.

Saya dan kawan saya madiha dari UTHM ke batu pahat asalnya nak cari barang-barang untuk sahur dan berbuka. Dalam perjalanan kami nampak kemalangan yang sangat ngeri. Tangan terputus di atas jalan. Mangsa kemalangan terdampar di tepi jalan dengan kaki yang putus diletakkan di atas dadanya. Saya masih ingat lagi dadanya tercungap-cungap nyawa nyawa ikan. Lantas hati saya terdetik kau selamatkan hamba allah ini. Sampai di stesen bas, saya terima panggilan. Seorang lelaki suruh saya telefon ke rumah, dan ketika itu berita sedih sampai ketelinga.

Melilau cari tiket tak jumpa, kawan satu sekolah dulu, Adam dan Nazron minta tolong kawan hantar saya ke Melaka dan dari Melaka, maklang dan paklang bantu saya untuk balik bersama ke Langkawi dengan menaiki kapal terbang. Dalam perjalanan saya tetap tahan air mata. Saya tanam dalam hati saya ayah masih hidup. Tapi bila sampai rumah wachah, saya nampak jasad ayah. Ayah sudah tiada. Saya meraung ketika itu kerana terlalu sedih. Kali terakhir berjumpa ialah 2 minggu yang lalu. Mujurlah ada yang marah kerana saya menagis begitu kuat. Lantas saya ambil yasin dan baca hingga ke pagi. Sekali sekala saya usap tangan ayah, saya harap sangat berlaku keajaiban dan ayah hidup kembali. Masyaallah. Adik saya sentuh bahu saya dan dia bisikkan ke telinga. "kakak, ayah sakit". Saya hanya mampu menitiskan air mata.

Oleh kerana ini kes kematian pertama dalam keluarga, dengan urusan hospital dll ayah dikebumikan pagi esok. Kesian mak, dia begitu terkejut dan kelam kabut. Semua anak-anak tidur disekeliling jasad ayah. Rasa nak peluk ayah kuat-kuat. Ayah takda ramai anak lelaki bersama mak. Hanya uddin. Masa tu uddin baru berumur 6 tahun. Kalau ikutkan hati nak saja, saya mandikan ayah, uruskan kapan ayah atau turunkan jasad ayah ke liang lahad. Tapi saya tak boleh sebab urusannya dilakukan oleh imam dan orang kampung. Jika mak dan anak-anak perempuan buat, belum tentu berdaya dengan tenaga dan emosi yang sangat2 teruk. Ingat lagi masa tu uddin berumur 6 tahun. Ketika solat jenazah dia sendiri bangun dan seolah2 memahami untuk menyolatkan ayah. Walaupun tidak tahu, dia ikut perlakuan satu persatu. Uddin tidak menangis, sehinggalah saat ayah diturunkan ke lahad, dia memeluk saya dan menangis semahu-mahunya.

Bermula era krisis dalam keluarga. Bukan mudah untuk melaluinya. Hilang ayah bagai hilang pokok yang kuat bagi kami berteduh. Semua orang melayani kesedihan dengan cara yang sendiri. Alhamdulillah berkat kesabaran mak, dan dekatnya diri pada allah emak dan anak-anak kembali pulih perasaannya. Ketika di asrama sya paling hargai ketulusan kak bani dan derq yang sangup meminjamkan bahu untuk saya menangis bila teringatkan ayah. Saya ingat lagi mak derq kata " makcik suka derq duk ngan awak sebab derq kata awak asik baca buku". sebenarnya mata saya tengok buku tapi lansung tak boleh fokus apapun. Kalau makan nasi saya boleh menangis secara tiba-tiba kerana terlalu rindu. Kerana kehilangan ini berat bagi saya, dengan sendirinya saya sukar untuk menangis lagi kerana tidak ada yang paling sedih dari rasa kehilangan ayah. Hinggalah saya bertemu abang dan berkahwin, air mata ini kembali senang untuk dicurahkan.

Kalaulah cerita hidup saya ini boleh jadi macam CJ7 tu.Nak ja minta CJ7 tu hidupkan ayah.Bolehke? Katun tentulah boleh tapi realitinya.????
Saya masih ingin melihat dan menatap wajah ayah.
Saya masih ingin mencium tangan dan pipi ayah.
Tapi takdir allah itu lebih besar rahmat dan hikmahnya.
Siapa yang yang menginginkan sebuah kehilangan.Semua org tidak mahu.Saya sememangnya takut kehilangan semua orang yang paling saya sayang. Mak, abang, anak anak dan adik-adik...I really cant imagine my life without them. Tanpa ayah kerinduan ini sudah cukup memeritkan.Ayah selalu cakap, macam mana pun biarlah ayah pergi dulu. Mungkin ayah tak mau menghadapi SEBUAH KEHILANGAN.

Kadang-kadang mulut dan hati ni memang selalu menyebutnya tapi saya tak mahu Itu hanya lah emosi saya yang melampau. Sorry Abang.
Tgk CJ7 aku teringat betapa besar kasih sayang ayah.
Dia sanggup berkorban segalanya.
Dia sanggup bersusah payah untuk kami.
Ayah selalu sebut, di dalam hidup ini dan di dunianya yang sepi itu dia hanya ada mak dan anak-anak sebagai peneman dan penawarnya.

Ayah,
Sampai saat ini ku merindui dan memerlukan rimbun kasihmu. Dia siapa yang setandingmu.
bahagilah dikau di sana
Doa jua ku kirimkan buatmu.

Saya percaya siapa saja yang bergelar ayah pasti akan memikirkan yang paling baik untuk anak-anak. Setiap ayah adalah unik dengan gaya tersendiri. ayah yang mithali, penyayang dan beperanan sebagai ayah pasti tetap menjadi HERO dimata anakanda tercinta. 

Tuesday

Cinta ku Kepada CintaNYA

Kadangkala cinta membutakan mata... kadangkala ia menyesakkan jiwa... CINTA, IMPIAN, TANGGUNGJAWAB dan PERANAN.
Aku mengharapkan cinta yang bisa membawa cintaku kepada-NYA
Setiap insan mengimpikan CINTA yang sempurna...
Namun bukan mudah untuk menunaikan tanggungjawab terhadap CINTA
Tetapi peranan CINTA memberi kesan besar pada jiwa.....
Kadangkala pada suatu detik kita merasa kita sudah berjumpa insan yang sekufu dengan kita.. Kadangkala kita merasa sangat CINTA kepadanya.
Namun siapalah kita yang hanya seorang hamba untuk menafsirkan hati ini.. Mungkin bagi Allah ia bukan yang terbaik untuk diri....
Apakah usaha itu terbaik untukku.. Apakah ini akan menjadi turning point untuk diri..
mujurlah ABANG seorang yang memahami....
Aku tidak mahu lagi gagal menafsir hati dan diri sendiri....
Aku tidak ingin kehilangan peluang untuk diri sendiri walau hakikat yang jelas .

Aku bukan seorang pemuja CINTA...
Namun di hati ini aku tahu CINTA perlu ada..

1.Cinta yang dapat membawa cintaku kepada-NYA
2.Cinta yang aku perlu hambakan dan abadikan pada seorang insan bernama SAIFULZAREE
3.Cinta yang melahirkan aku sebagai seorang puteri yang bernama NURUL ZAKIAH
4.Cinta selamanya buat UMAR dan AMMAR
5.Cinta berpangjangan buat AYAHANDA dan BONDA
6.Cinta Untukku berikan kepada INAH, IDA, ATI, SYIKIN dan UDDIN
CINTA..CINTA..CINTA..CINTA.....

Rasa cinta perlu ada bagi makhluk yang bernyawa.

Akan ku usahakan biarpun x semulia khadijah tetapi biarlah ALLAH merestuiku menuju solehahnya khadijah.. insyaALLAH