Monday

Kerinduan AKu

Seawal perkenalan aku masih ragu-ragu, malah bersamanya aku masih ragu-ragu dan berjauhan dengannya pun ada keraguan....tapi yang pasti walau dekat atau jauh aku sentiasa merinduinya....

But now i feel so alone..get into my room without anything to do..there a lots of faces that i miss..miss so so much...moms...abang...adik-adik...ayah.....i couldnt stand anymore living by my self alone..i really need them..

after three weeks he go to johor i also couldnt stop this tears...every night before go to bed i will miss every word,kisses, love and all the tenderness he gave me.....this is the third time i have a fever...

my life is so routine rite now...going to work..get to home..and nothing much to do.....

arghhh.....i think i hate my life rite now....

Wednesday

APA !!?? RM 2600+++

Ish biar betul elaun yang masuk ni...kenapa double pulak..saya dah excited sebenarnya....tapi bila fikir balik nape lak elaun GISF ni leh double..patutnya rm1300 je yang patut masuk lam akaun..Aduh ada yang tak kena ni.kena telefon bendahari segera. Mula-mula tipon kena pas sana sini..sampai ke satu cik tu dia kata ish saya pun tak tau mana nak campak awak..ish -sh rupanya sejak dari mula aku ni dicampak-campak sebab diorang taktau sapa yang patut uruskan. Tak marah, tapi aku kelakar sendiri. Akhirnya di beri kepada orang yang berkenaan. Encik M nama dia..sembang punya sembang, siasat punya siasat pihak yang menguruskan elaun GIFS tu yang salah. Sepatutnya duit elaun tu achmad(Indonesian student) yang punya . Ahcmad tak bagi no akaun dia jadi pihak yang menguruskan masukkan no akaun saya pulak.patutla double. Bendahari suh saya sendiri bagi kat achmad. Saya ni punya la bergegas ke ATM. Sekali nak kluarkan 1300 baki tak mencukupi. Pulak..saya pun balik opis telefon semula En. M. Sekali dia pun takda. dia dah ke bank juga. Agaknya nak uruskan duit achmad la kot. saya call lagi sekali dalam setengah jam kemudian,dapat cakap balik ngan En M. DIa kata dia dah maklum ngan bank dan bank pun dah tarik 1300 dari akaun saya.. SETTLE...

apapun dah lega..sib baik tak terguna duit achmad.kalau tak sian dia nak balik raya nak enjoy ngan anak-anak dia kat indonesia takda dwet...


Ahmad Umar in Action


Windu-windunya kat ahmad umar...

Tuesday

Pengalaman Mengandung - PART 1




Sedar tak sedar raya ni umar tujuh bulan dah...alhamdulillah umar ni anak yang baik dan tak pernah meragam..sungguh..dalam sebulam payah benar nak dengar dia menangis...alhamdulillah sepanjang tujuh bulan ni cuma sekali saja demam panjang dan batuk...

umar dari kecik tak dibedung dan bebarut...alhamdulillah tak pula kembung2 dan sakit perut...

mudah-mudahan sampai ke besar dia senang di jaga...jauhkanlah saya dari dugaan yang melibatkan anak-anak ni..AMIN

masa pregnant dulu selalu tertinggal makan vitamin..tetapi tak pernah miss makan kurma dan air zam-zam..paling tidak 12-15 biji kurma dan seteguk air zam zam sehari sebab tu la agaknya umar sihat..masa lahir kuning sikit saja..cuma sehari..pastu esoknya dah hilang...

cuba la petua ni..saya pun baca-baca yang kurma bagi khasiat yang banyak untuk wanita mengandung..kaya dengan zat besi jadi taklah ada rasa mengidam2 nanti...

lagi satu jangan lupa doa dan jaga makan sebaik2nya..jauhkan benda syubahah apatah lagi yang tak halal..jaga makan yang di makan pastikan yang halal dan suci lagi bersih....

ni saya petik dr permata hati....

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

  1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
  2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
  3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
  4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
  5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
  6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
  7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Umar sekarang pun masih suka makan buah kurma..berikan sebiji..umar akan hisap sampai tinggal separuh...

Dia Sudah Tidak Malu


Selepas masuk kerja sekejap, 8:30am terus gerak ke Pusat Servis PERODUA kat Jalan Zabedah. Appointment jam 9.00am. Sabtu yang lepas datang langsung tak dapat selit sebab memang penuh. Terpaksa tangguh ke isnin. Lain kali nak servis time peak (raya) macam ni kena booking dulu.

Pas serah kunci, duduk kat meja bulat dan terus baca jurnal..serba salah gak sebenarnya..dahla bos takda, leh siap pi servis keta lak..sebab kerja flexible bawakla jurnal untuk dibaca kat sana.. Dapat gak la baca beberapa jurnal..

Fuhh memang lama la servis kali ni...pukul 8 masuk pukul 11 lom siap lagi..nasib baik ada tv kat situ..leh la lepak tengok tv ...jadi saya pun beralih ke sofa...tengok cerita PERTAMA RAMaDHAN.syokla jugak dapat tengok...tapi lama-lama jadi tak best lak..kurang selesa jadinya bila tengok gelagat seorang gadis ni...
mula-mula ada pakcik duduk kat bahagian sofa ni. tapi bangun pindah tempat lain. mungkin kurang selesa dengan keadaan ...Gadis tu lebih kurang umurnya 20++ tahun. bertudung, ber t shirt dan seluar panjang.

Saya pulak jadi malu. Wajarke seorang gadis berbaring di atas sofa macam kat rumah sendiri sedangkan sah-sah Pusat servis perodua tu tempat awam. Kebetulan hari tu ramai gak orang. kalau tak ramai orang pun Wajar ke?

Dalam hati saya asik cakap dia tak malu ke..? ish patutla pakcik tu pindah tempat. mesti dia pun tak selesa.

Dulu sebelum saya bersuami, saya ni memang naif pasal lelaki, fizikal. perasaan, nafsu nafsi mereka langsung saya tak tahu. Tapi bila berkahwin saya lebih berhati2 bila berdepan dengan seorang lelaki..

kadang-kadang bila kawan lelaki cakap sesuatu yang kurang manis, saya rasa macam nak bagi pelempang pun ada. Sebabnya rasa maruah tercabar dan malu sendiri..

dari kecil lagi mak pesan, kalau bercakap dengan lelaki perlu ada boundary. mak pesan bila bercakap perlu ada jarak..paling tidak 1 meter..kalau dekat akan membawa maksud yang lain...baik pada mata orang dan hati kita sendiri..kalau duduk, duduk yang paling biasa, jangan bersilang kaki apatah lagi mengankat kaki ke atas sofa..

hatta di dalam rumah pun ayah larang kami berbaring di depan tv kalau ayah ada...Inikan pula kalau kat tempat awam macam perodua tu...

bila sudah bersuami saya faham maksud mak..kenapa mak selalu pesan begitu...

ish kenapa ramai gadis melayu makin tak malu...

satu kejadian lagi yang sebenarnya dah lama belaku, budak -budak perempuan berbairing kat masjid, bersilang kaki macam layak untuk suami dia sedangkan sedangkan ada orang lelaki sedang buat renovation duduk diatas tangga dan boleh nampak seluruh susuk badan dia...

astagfirullah...

ni cerita bab budak bertudung dan perasaan malu....tak masuk bab perempuan yang dedah2 tak ketahuan hala tu lagi la tak malu....
hai..entahla...kenapa jadi begitu...

saya pun bukanlah orang yang memakai tudung labuh, berjubah bagai..tapi tolongla ada sifat malu...

sebab mereka saya yang berasa malu..saya yang rasa maruah tercabar...
ish mudah-mudahan mereka mendapat pentunjuk dan saya juga kekal untuk berasa malu...