Sedar tak sedar raya ni umar tujuh bulan dah...alhamdulillah umar ni anak yang baik dan tak pernah meragam..sungguh..dalam sebulam payah benar nak dengar dia menangis...alhamdulillah sepanjang tujuh bulan ni cuma sekali saja demam panjang dan batuk...
umar dari kecik tak dibedung dan bebarut...alhamdulillah tak pula kembung2 dan sakit perut...
mudah-mudahan sampai ke besar dia senang di jaga...jauhkanlah saya dari dugaan yang melibatkan anak-anak ni..AMIN
masa pregnant dulu selalu tertinggal makan vitamin..tetapi tak pernah miss makan kurma dan air zam-zam..paling tidak 12-15 biji kurma dan seteguk air zam zam sehari sebab tu la agaknya umar sihat..masa lahir kuning sikit saja..cuma sehari..pastu esoknya dah hilang...
cuba la petua ni..saya pun baca-baca yang kurma bagi khasiat yang banyak untuk wanita mengandung..kaya dengan zat besi jadi taklah ada rasa mengidam2 nanti...
lagi satu jangan lupa doa dan jaga makan sebaik2nya..jauhkan benda syubahah apatah lagi yang tak halal..jaga makan yang di makan pastikan yang halal dan suci lagi bersih....
ni saya petik dr permata hati....
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:
- Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
- Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
- Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
- Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
- Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
- Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
- Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.
Umar sekarang pun masih suka makan buah kurma..berikan sebiji..umar akan hisap sampai tinggal separuh...
No comments:
Post a Comment