Showing posts with label Pengalaman Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Mengandung. Show all posts

Friday

Umar dan Ammar

Kalau kemana-mana bila orang melihat Umar dan Ammar pasti 2 ayat ini terpacul..

  1. Muka samalah, dan yang paling glemer ialah no 2
  2. Kembar ke?
Muka Umar dan Ammar ada bezanya tapi kalau sekilas pandang memang nampak sama sebijk segedebuk. Walaupun muka sama mereka tetap unik dan berbeza.

Tak dinafikan faktor emosi dan pembawakan diri saya mengandung Umar dan Ammar memang mempengaruhi sikap mereka. Sebab masa mengandung ada macam2 ujian yang menimpa melinatkan perasaan. 

Keduanya faktor pemakanan juga. Masa mengandungkan Umar dan Ammar Kurma dan Air zamzam memang selalu ambil. Masa Umar pengambilan sekerap hari2 bagi kurma dan seminggu untuk sebotol air zamzam. Masa Ammar agak berkurang sedikit sebab stok air zamzam sukar di dapati di Parit Raja jadi terpaksa ke Batu Pahat.

Semasa mengandung dulu, saya makan kurma sebab bila mengandung saya memang cepat lapar. Dan salah satu tanda mengandung adalah tenaga cepat decrease dan rasa lemah dan dahaga yang amat. Saya rasa sweet je sapa2 yang mengandung tanda-tandanya loya-loya, muntah-muntah kemudian pergi cek mengandung..huhu. Tapi saya takda pula alahan seperti itu. Sepanjang mengandung loya-loya ada tapi muntah tidak pernah sekali. 

Jadi kurmalah pemberi tenaga yang paling cepat. Sebelum lunch makan kurma, balik rumah sebelum masak dinner makan kurma juga. Alhamdulillah masa tu ada rezeki lebih dan mungkin rezeki anak dapatlah beli kurma yang baik dan sememangnya kurma semuanya ada khasiat yang baik. :)

Cakap pasal alahan, saya diuji alahan yang lain pulak. Semasa Umar saya terkena sembab air yang teruk sampai wujud Carpal Tunnel Syndrom menyebabkan semua sendi sakit. Ketika ini 2 minggu sekali mesti beli minyak urut. Semasa Ammar terkena Candida pulak. Seksanya tuhan sajalah yang tahu, Huhu. Tapi Alhamdulillah macam sakit bersalin lepas sahaja bersalin semuanya hilang serta merta..:)

Semakin membesar sekarang anak-anak. Tengok cerita-ceriti kawan-kawan rasa tak sabar nak lihat mereka masuk sekolah..Huhu..tapi dari pemerhatian saya, percayalah tumbersaran anak-anak sangat cepat. kini mereka kecil, esok masuk tadika, lusa masuk sekolah, tulat universiti, kemudian kerja dan akhirnya eh kita dah nak ada cucu....

 
sama ke?






Cakap pasal mengandung, saya dah 3 bulan merancang menggunakan Maajun Anggun Bestari (MAB). Alhamdulillah masalah disebabkan suntikan depo selesai. Semuanya jadi baik dari segi emosi, kondisi badan dan hubungan suami isteri. Tak macam ambil pil dan suntikan depo. Kadangkala terasa macam sangat TUA. :) Tapi bulan Disember lepas saya tak haid. Tapi saya lansung takde instict mengandung. Jadi saya minta suami membelikan 'kayu ajaib' dan saya taklah mengandung. Mungkin tak haid sebab saya masih menyusukan Ammar. Kini perasaannya tak sama berdebar seperti Ammar dulu. Sungguh saya tak nak ulangi rasa resah seperti dulu.Ada takpa tiada pun takpa. Buat test jugak sebab nak continue ambil MAB sebab risau kalau mengandung effect pulak kat anak.

Anak-anak tengah tengok video. pasni sambung masak dan cari kerja lagi..Wish me KEJAYAAN...:)

Tuesday

Patutlah!!! Saya yang tak reti!!



Today is my DEPO injection day. Hari ni pergi ke klinik kesihatan. Alhamdulillah keputusan untuk pergi tengahari memudahkan urusan bila tak ramai orang sangat. Duduk sekejap je, pastu dah kena panggil. Sambil-sambil Nurse Khatilawati tulis maklumat dalam buku, kami ada sembang-sembang juga. Melihat sebakul pil-pil di atas meja saya tunjuklah pil noriday dan cakap pada nurse, saya makan noriday selepas melahirkan anak yang pertama. Pastu nurse cakap, Noriday ni ambil dalam masa 6 bulan je tau. Lepas dia cakap macam tu terus saya tergelak. 

Saya cakap " Yeke, patutlah lepas 8 bulan saya mengandung lagi" 

Nurse Khatilawati " Yala, bukan saja lepas 6 bulan, pil ni hanya untuk mereka yang menyusu penuh, tidak bekerja dan duduk dirumah saja"

Saya " Saya makan sampai 8 bulan. saya beli je kat farmasi. Dia suggest yang ni. Farmasi tu tak cakap lak sampai 6 bulan je" saya tergelak-gelak.

Nurse khatilawati " Sian awak. Bukan kesian apa, anak-anak la. Kurang kasih sayang dan perhatian"

Saya "ye la, nurse, saya pun perasan juga. kalut juga. kadang-kadang saya rasa dah cukup bagi tapi masing-masing ada yang terasa"

Nurse Khatilawati " Bukan awak sorang je, ramai dah yang jadi macam ni, Pil ni takleh tinggal. tinggal sehari pun dah takut dah. Kalau pil yang ada hormon pogrestrone dan estrogen tinggal sehari ok lagi. Kalau suntik Depo-Provera pula 6 bulan lepas tu baru mengandung lagi"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya tidaklah menyalahkan noriday atau apapun. Cuma saya tergelak saya makan tapi saya tak tau cara ambilnya dengan betul. :) Tapi berpegang dengan kata-kata Ustaz Kazim. Allah tu maha pencipta. Dialah yang menjadikan sesuatu dengan kehendak dan perintahnya. Jika kita berkahwin bukan wajib bagi Allah untuk kurniakan kita anak, tapi bukan mustahil bila-bila masa Allah akan kurniakan anak mengikut kehendak dan kekuasaanya. Muhammad Ammar adalah anugerah yang teristimewa. Ahmad Umar juga begitu. Masing-masing istimewa dengan cara yang tersendiri walaupun sikap mereka berdua berbeza-beza. Allah yang maha menjadikan sesuatu. Jangan tanya jika kita 'termengandung" (Valid untuk yang dah menikah) dan jangan tanya pada Allah kenapa Dia tidak beri peluang mengandung. Kedua-duanya berlaku dengan sebab yang kukuh pada pengetahuan Allah.

Takpa Allah hadirkan anak-anak dengan rapat ni. Memang kelam kabut sikit. Sampaikan kalau pergi mana-mana orang akan tanya kembar ke? atau cakap macam kembar depa ni. Memang macam jaga anak kembar walaupun bukan kembar. Keperluan mereka takkan berhenti walaupun mereka telah tidur. Hinggakan saya sudah imun tak cukup tidur. Lepas umar minum susu, ammar pulak nak susu. Lepas ammar berak, umar pulak berak,lepas sorang jaga dari tidur yang ni pulak akan terjaga. Kalau Ammar nak buaian Umar pun nak buai sama. Langsung tak pernah berhenti. Sebelah malam kalau sorang terjaga lepas tidurkan yang sorang lagi plak terjaga dan macam-macam lagi kehendak mereka. Subhanallah.

Cuma sayalah yang kena mantapkan diri. Tambah-tambah dari segi kepenatan dan tenaga yang cepat menurun. Saya nak amik supplement tapi tak tahu nak ambil apa dan ragu-ragu dengan kesan-kesan sampingan. Mana satu yang benar2 ok. Alhamdulillah abang ada disisi banyak membantu. Kalau takda dia, pincang jugakla. kalau saya basuh berak ammar, umar la abang basuh. kalau saya tidurkan Ammar, Umar lah abang tidurkan. Rasanya Umar akan lebih rapat dengan ayah berbanding saya. hmmm...Camana ni. Dah nampak simptom-simptom Umar kurang kasih sayang. Sekarang dia agak memberontak dan banyak whining...:(

Muhammad Ammar dan Ahmad Umar, Ummi sangat sayang pada kamu. Maaflah jika ummi tersalah dalam kekalutan dan kekurangan ilmu ummi. Insyaallah Ummi akan terus berusaha!!!

Monday

Second Baby is coming...Insyaallah

Pejam celik pejam celik Umar dan setahun sebulan dan seminggu. Dari hari 1 di dunia terkuek kuek dalam kain bedung sampai dah boleh buat aksi yang mendebarkan hati umi dan ayah, umar menggembirakan umi dan ayah setiap hari.

Adik (insyaallah) plak semakin aktif bergerak dan berpusing2 dalam "beg kasih sayang umi". Adik dah pun berusia 25 minggu 1 hari dalam kandungan umi. Hari ni umi pi check kat klinik. Alhamdulillah ummi sihat, adik pun sihat. Saja umi rahsiakan adik dari sesetengah orang sebab taknak bersedih bila orang tersebut cakap yang bukan2. Bila umi dah cakap adik dah 6 bulan, diorang terkejut sebab perut umi kecik. jadi diorang pun senyap je.tak masuk campur apa.pahamla agaknya maksud umi. Umi taknak menangis2 lagi sebab nanti jadi macam Abang Umar.PENYEDIH.

Syukurnya pada allah bila adik dikurnikan untuk umi (insyaallah). Masa mula2 adik hadir, umi dihujani beribu-ribu persoalan. Yang memusingkan hati dan fikiran adalah perkara tanggunjawab. Takutnya sekiranya umi terabaikan Abang Umar dan Adik. Risau yang sangat-sangat. Umi terperangkap dengan analogi kelahiran selang 2 tahun, penyusuan 2 tahun dan pembahagian kasih sayang seadilnya dan umi terlupa bahawa allah punya sebab kenapa allah hadirkan adik. Malah kiranya umi tak merancang memang allah dah takdirkan sekian tarikhnya adik akan hadir. (Tak sama ngan kes anak luar nikah ye).

Makin hari umi makin yakin dan ketakutan untuk membesarkan 2 anak kecil serentak semakin hilang. Umi yakin dengan kehadiran adik akan bertambahlah kegembiraan umi dan ayah. Malah adik dan Abang Umar akan jadi kawan yang akrab.

Apapun kerisauan umi, ini adalah tanggungjawab umi untuk cepat2 tune sikap dan jadual kerja rumah/opis untuk anak2 umi. Umi gembira bila adik bergerak dalam rahim umi dan Abang Umar akan tunjuk perut Umi bila Umi tanya mana adik.

Abang Umar dan keletahnya memang memenatkan. Yala, abang umar panjang meja, abang umar panjat kerusi, malah abang umar nak panjat gril..Paling terkejar2 bila abang umar kutip semut dan serangga masuk lam mulut dia..Allah, mau nak muntah umi sebab geli tapi Abang Umar rilek je..Umi tak sabar tunggu adik lahir. Ingat tau anak-anak umi, takpala kalau ada orang tak peduli, yang penting anak-anak umi dan umi bersatu sampai bila2.....

Tuesday

Pengalaman Mengandung - PART 1




Sedar tak sedar raya ni umar tujuh bulan dah...alhamdulillah umar ni anak yang baik dan tak pernah meragam..sungguh..dalam sebulam payah benar nak dengar dia menangis...alhamdulillah sepanjang tujuh bulan ni cuma sekali saja demam panjang dan batuk...

umar dari kecik tak dibedung dan bebarut...alhamdulillah tak pula kembung2 dan sakit perut...

mudah-mudahan sampai ke besar dia senang di jaga...jauhkanlah saya dari dugaan yang melibatkan anak-anak ni..AMIN

masa pregnant dulu selalu tertinggal makan vitamin..tetapi tak pernah miss makan kurma dan air zam-zam..paling tidak 12-15 biji kurma dan seteguk air zam zam sehari sebab tu la agaknya umar sihat..masa lahir kuning sikit saja..cuma sehari..pastu esoknya dah hilang...

cuba la petua ni..saya pun baca-baca yang kurma bagi khasiat yang banyak untuk wanita mengandung..kaya dengan zat besi jadi taklah ada rasa mengidam2 nanti...

lagi satu jangan lupa doa dan jaga makan sebaik2nya..jauhkan benda syubahah apatah lagi yang tak halal..jaga makan yang di makan pastikan yang halal dan suci lagi bersih....

ni saya petik dr permata hati....

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

  1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
  2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
  3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
  4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
  5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
  6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
  7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Umar sekarang pun masih suka makan buah kurma..berikan sebiji..umar akan hisap sampai tinggal separuh...

Friday

Anakku


Alhamdulillah ummi dah mula rasa baby gerak dalam kandungan ummi...Kadang-kadang kuat kadang-kadang perlahan saja....Kadang-kadang ada rasa sakit kadang-kadang ummi rasa geli. Tapi ummi rasa gembira sangat. Ummi tak sabar nak jumpa baby. lagi 4 bulan insyaallah kita akan bertemu di alam dunia ni...Ummi harap, anak ummi sihat saja. Dilindungi allah dan sempurna kejadianmu...

Ayah pun rasa teruja...selalu usap perut ummi. Ayah pun teringin nak rasa pergerakan baby..tapi baby masih kecil..jadi getarannya ayah tak dapat rasa. Ummi kata takpa nanti bila baby dah besar sikit ayah dapatlah rasa..

Sekarang anak ummi dah berusia 19 minggu 5 hari dalam rahim ummi. Anak ummi dah belajar apa? :)

Thursday

Expecting Our Baby

Alhamdulillah, st time tengok anak kat mesin scan tu, ya allah hati ni gembira sangat. bila doctor tunjuk dianya jantung, dianya punggung ngan kepala rasa berdebar-debar. Tak sabar nak tunggu dia lahir. Dah dekat sepuluh kali asik belek gambar scan tu. :)

Mudahan anak ummi dan ayah membesar dengan baik. Sempurna fizikal, elok rupa paras dan baik akhlaknya. Ummi dan ayah tak sabar tunggu. Sayang anak ummi.



Sekarang baby dah masuk week 16. Dah boleh dengar dah apa yang ummi buat. Ummi pun dah dapat rasa anak ummi bergerak-gerak lam perut ummi. kadang-kadang ummi rasa geli. Selalu ketawa sendiri. Tapi kadang rasa terharu sampai menangis juga. Sayang anak ummi.

Friday

MY Pregnancy Week 15

Alhamdulillah Ramadhan tahun ni dapat juga ditunaikan sehinggalah hari yang ke 5 ni..Mudah-mudahan sempatlah sehingga ke akhirnya...

Syukur pada allah dengan alahan mengandung yang tak seberapa ni dapat juga berpuasa tanpa rasa sakit yang teruk berbanding dengan org yang lain yang tidak dapat...

Minggu yang ke 13 baru wat first checkup. Pergi klinik kesihatan parit raja je.. Punyalah ramai orang tapi alahamdulillah sabar ni banyak lagi....walaupun lama kena tunggu tapi syukur sangat semuanya berjalan ngan baik...Biasalah semua org nak yang free jadi ramai lah..kenalah tunggu.

yang kelakarnya, manalah tau misi nak check payudara, tiroid semua..kena selak2..kebetulan hari tu pakai jubah lak..jadi susahlah nak selak..terpaksa bukak dari atas..hihi kenala perli ngan misi..dia kata len kali jangan pakai baju2 cantik2 kalau nak datang cek..sambil tersengih2 lak tu dia cakap...

hihi janji takpakai dah..punyalah susah nak bukak kat dalam tempat yang sempit tu...Kuikui....