- Muka samalah, dan yang paling glemer ialah no 2
- Kembar ke?
Muka Umar dan Ammar ada bezanya tapi kalau sekilas pandang memang nampak sama sebijk segedebuk. Walaupun muka sama mereka tetap unik dan berbeza.
Tak dinafikan faktor emosi dan pembawakan diri saya mengandung Umar dan Ammar memang mempengaruhi sikap mereka. Sebab masa mengandung ada macam2 ujian yang menimpa melinatkan perasaan.
Keduanya faktor pemakanan juga. Masa mengandungkan Umar dan Ammar Kurma dan Air zamzam memang selalu ambil. Masa Umar pengambilan sekerap hari2 bagi kurma dan seminggu untuk sebotol air zamzam. Masa Ammar agak berkurang sedikit sebab stok air zamzam sukar di dapati di Parit Raja jadi terpaksa ke Batu Pahat.
Semasa mengandung dulu, saya makan kurma sebab bila mengandung saya memang cepat lapar. Dan salah satu tanda mengandung adalah tenaga cepat decrease dan rasa lemah dan dahaga yang amat. Saya rasa sweet je sapa2 yang mengandung tanda-tandanya loya-loya, muntah-muntah kemudian pergi cek mengandung..huhu. Tapi saya takda pula alahan seperti itu. Sepanjang mengandung loya-loya ada tapi muntah tidak pernah sekali.
Jadi kurmalah pemberi tenaga yang paling cepat. Sebelum lunch makan kurma, balik rumah sebelum masak dinner makan kurma juga. Alhamdulillah masa tu ada rezeki lebih dan mungkin rezeki anak dapatlah beli kurma yang baik dan sememangnya kurma semuanya ada khasiat yang baik. :)
Cakap pasal alahan, saya diuji alahan yang lain pulak. Semasa Umar saya terkena sembab air yang teruk sampai wujud Carpal Tunnel Syndrom menyebabkan semua sendi sakit. Ketika ini 2 minggu sekali mesti beli minyak urut. Semasa Ammar terkena Candida pulak. Seksanya tuhan sajalah yang tahu, Huhu. Tapi Alhamdulillah macam sakit bersalin lepas sahaja bersalin semuanya hilang serta merta..:)
Semakin membesar sekarang anak-anak. Tengok cerita-ceriti kawan-kawan rasa tak sabar nak lihat mereka masuk sekolah..Huhu..tapi dari pemerhatian saya, percayalah tumbersaran anak-anak sangat cepat. kini mereka kecil, esok masuk tadika, lusa masuk sekolah, tulat universiti, kemudian kerja dan akhirnya eh kita dah nak ada cucu....
sama ke? |
Cakap pasal mengandung, saya dah 3 bulan merancang menggunakan Maajun Anggun Bestari (MAB). Alhamdulillah masalah disebabkan suntikan depo selesai. Semuanya jadi baik dari segi emosi, kondisi badan dan hubungan suami isteri. Tak macam ambil pil dan suntikan depo. Kadangkala terasa macam sangat TUA. :) Tapi bulan Disember lepas saya tak haid. Tapi saya lansung takde instict mengandung. Jadi saya minta suami membelikan 'kayu ajaib' dan saya taklah mengandung. Mungkin tak haid sebab saya masih menyusukan Ammar. Kini perasaannya tak sama berdebar seperti Ammar dulu. Sungguh saya tak nak ulangi rasa resah seperti dulu.Ada takpa tiada pun takpa. Buat test jugak sebab nak continue ambil MAB sebab risau kalau mengandung effect pulak kat anak.
Anak-anak tengah tengok video. pasni sambung masak dan cari kerja lagi..Wish me KEJAYAAN...:)
Kalau mengandung cubalah dapat baby girl, hehe..zakiah cari kerja eh? tak mohon tutor ke?
ReplyDeletehihi itulah..kalau ada rezeki nanti kenalah cuba petua2 nak dapat bbay gurl..
ReplyDeletetutor kat uthm dibekukan kan kak..? yu yang tak minta pun kat sana..lagipun UTHM lani demand. Zakiah ni tahap2 cokia je..depa takmau amik..hihi
muka memang hampir sama, patutlah ramai cakap kembar :-)
ReplyDeletehaah kak wbh, muka hampir sama..bila duduk dalam carseat lagi orang tak perasan..pergi mana2 pun orang cakap kembar..:)
ReplyDelete