Friday

Bulan rezeki 2

Alhamdulillah, rupanya saya juga layak ambil baucer RM 200 tu. Saya taktau pun nak ambil kat mana. Nampak sangat tak ambil tau sangat apa perkembangan kat universiti. Keluar masuk cuma nak buat research saya saja...

Tapi itulah pucuk mencita Ulam mendatanglah jawabnya. Bila mahfuzah bagitau boleh belanja sebarang benda di kedai buku, lagilah saya teruja sebab dah lama saya tak belikan buku untuk Umar dan Ammar sejak tak bergaji ni. Jadi Alhamdulillah dengan rezeki yang ke 4 bulan ni.

Saya hairan bila ada yang nak tukar baucer buku tu dengan duit saja-saja. Tapi saya faham bagi mereka yang memerlukan duit untuk hal lebih penting dan terpaksa tukarkan baucer bukur tu dengan RM150. Tapi itulah saya tak sokong pula peniaga yang menangguk di air keroh. Ambil kesempatan dengan cara yang tak wajar.

Tapi seronok dapat belanja anak-anak dan suami dengan baucer RM 200 tu..

Inilah senarai buku dan perlatan yang kami beli

1. Buku Buat duit dari rumah
2. Buku Koleksi langsir terbaik
3. Buku Magbook (Office 2010) untuk abang
4. Buku Cara baiki television untuk abang (sempena TV kami dah rosak dah beberapa bulan)
5. Buku Look and Learn 123 untuk Ammar
6. Buku First Encyclopedia Bug untuk Umar dan Amar
7. Buku 31 Kisah Nabi untuk Umar dan Ammar
8. Buku Lift and Learn Dinosaurs untuk Umar
9. Kertas A4 Ik yello 2 rim
10. Poster color untuk artwork Umar dan Ammar
11. Gam UHU
12. Berus Color untuk artwork Umar dan Ammr
13. Pemadam faber castel untuk Umi
14. CD Bijak Tajwid Bersama Ustaz Zamri untuk kami semua


Dan semuanya dibelanjakan cukup-cukup dengan jumlah Baucer RM 200 tu..best sangat sebab saya suka dan suami dengan anak-anak juga suka!!

Terima kasih Allah..:)

1 comment:

  1. alhamdulillah..rezekikan..tp betul mmg ada nampak kat blog yg tunjuk ada yg jual baucer tu kat mudah.my hehe

    ReplyDelete