Monday

The Southern Tip of Asia: Hari Melawat Tanjung Piai


Family day Ayah, Ummi, Maklang, Umar dan Ammar..
Ayah make a photobomb!!
Umar happy dapat topi woody yang dia panggil akeshi (ntah nape dia panggil akeshi) Topi RM 5. 
Umar dapat kaler biru dan ammar kaler merah

Papan tanda yang menarik di sana. diukir dengan tangan
Lets keep the earth green and healthy!!
Kalau sayang allah, kena jaga alam yang allah ciptakan untuk manusia
kena sayang apa yang allah ciptakan 
jadi jangan buang sampah merata-rata!!
Tapi sedih gak tengok bakau ni
banyak hasil buangan dari kapal, negara berhampiran..
Hutan bakau ni fungsinya penapis laut
jadi kalau buang sampah dilaut, sampah akan terlekat di hutan bakau..
Tapi hairan kami jumpa carpet tersangkut di celahan akar bakau
bukan 1 tapi 2...


Gelagat anak-anak..
Gembira sebab dah lama tak berjalan
Masa ni panas lit lit orang utara kata
anak-anak berlari2 sampai merah muka macam udang kena bakar...
tapi takpalah janji happy...


Ini nostalgia!!
Teringat zaman kanak-kanak 20 tahun yang lepas
ikut wachah pergi bakau cari beronok.
kemudian sambil jalan sambil kutip siput kabung ni..
dalam perjalanan balik rumah, kutip pegaga liar untuk dibuat kerabu beronok..sedap!!!
kalau di langkawi ni panggil siput kabung kat tanjung piai ni dipanggil siput barongan.
dulu-dulu kalau dapat siput ni balik bakar..mmm..sedap..
sekarang dah tak lalu nak makan siput siput..
sebab pantai pun dah jarang jumpa yang bersih..

cakap pasal nostalgia, teringat pula lat tut..mana nak cari..boleh jumpa lagi ke??

apapun seronok..Alhamdulillah diberikan peluang lagi nak jalan-jalan tengok alam..mudah-mudahan boleh lihat alam maish indah 10-20 tahun lagi..

tiada siapa boleh sangkal alam dan manusi makin tenat....
sedih tengok pantai-pantai dan tempat rekreasi penuh sampah....

Sunday

Siapa nama ayah dan Ummi

Maklang Umar tanya siapa nama Ummi Umar, Nurul Zakiah Ye?

Umar jawab bukannnla, Ayang

Maklang tanya lagi siapa nama ayah Umar, Saiful Zaree eh??

Umar jawab, bukanla..Abang..

Ummi dan ayah yang mendengarnya ketawa gelihati..
Ooo, rupa-rupanya nama ummi dan ayah Umar Ayang dan Abang..:)

Thursday

Sultan Muhammad II (Al Fateh)

Sabda Rasulullah saw ketika menggali Parit Khandaq
"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……"

Hadis riwayat Imam Ahmad
 
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Andai ditanya soalan ini Apa yang akan dijawab

Andai Nabi Muhammad berada di hadapan mata kita, apa yang kita akan lakukan??

Law Kaana Bainana

Cuba dengar lagu ni, mesti akan berasa sayu dan rindu....



LAW KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

 
Lirik Dalam Arab
-------------------------------------------------------------------
عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك

Sehari satu Hadis

Diriwayatkan daripada Nabi SAW baginda bersabda

"Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah ia mahu yang ketiga . Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah SWT sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat"

H.R. Muslim

Monday

Ahmad Umar, Selamat Hari Lahir ke 3

Wahai anak kesayanganku Umar
Hari ini Usiamu 3
Gembira hatiku tidak terkata
Kerana Allah menghadirkan lagi engkau di depan mata

Wahai anak kesayanganku Umar
Umi sering berdoa agar kau dimasukkan ke syurga
Jangan terjebak dalam kejahatan dan kesedihan dunia
Ummi ingin lihat kau bahagia

Wahai anak kesayanganku Umar
Maafkan Ummi yang tersilap cara
Sikapku ni yang membuat kamu berduka
Namun dirimu tetap daku sayang dan cinta

Selamat hari lahir wahai anakku Umar
Aku mahu kamu bahagia
Aku mahu kamu menjadi penjaga agama
Aku mahu kamu masuk syurga!!!

Kehilangan Ahmad Umar

Melangkah ke usia 3 tahun, semalam Umar melakukan sesuatu perkara yang mendebarkan. Umar hilang. Aduhai anak, agaknya jika ku lepaskan kamu didunia yang terbentang luas ini, satu dunia juga kamu ingin terokai tanpa rasa takut sedikitpun.

Saya jarang membawa anak ke majlis yang ramai orang dan terpaksa membiarkan mereka lepas bebas. Tapi semalam atas dasar Umar mungkin selamat kerana kami berada di kawasan masjid dan Umar seronok nak bermain dengan kawan saya biarkan dia lepas. Ammar pulak meronta-ronta nak ke sana sini. Aduih, mana nak dengar ceramah, mana nak tengok anak, last-last satu apa pun tak fokus. Anak kena cubit dan ceramah lansung tak masuk telinga. Sudahla ceramah tu dari Ustaz Kazim. Ruginya rasa. Dapatlah tengok wajah Ustaz kesayangan hamba itu secara life.

Tapi itulah, bila ada anak kecil jangan harap nak fokus benda lain dengan sempurna. Alangkan kalau tengok tv pun kena tengok anak lebih. Kalau bersembang dengan kawan-kawan jika anak ada berhampiran pun kena tengok anak dari nak bercakap.

Mulanya Ahmad Umar bermain dengan kawan2 barunya di perkarangan masjid. Bila dapat kawan boleh dia suruh Umi main jauh-jauh. Dia cakap pada saya "pi, pi, pi, pi sana", bila saya ajak dia duduk di kerusi diam diam. Anak-anak memang selalunya terkurung di rumah. Tak berkawan sangat. Kadang-kadang je bawak mereka ke taman permainan, selebihnya banyak masa berjalan-jalan dok dalam kereta saja. Mungkin anak-anak sangat craving nak bermain dengan kawan.

Kat rumah bila dapat bermain dengan Hadif, anak jiran kami, langsung Ahmad Umar tak mahu balik rumah. Pernah suatu masa Umar menangis lama sebab saya angkat Umar balik rumah. Jiran selalunya cakap ok saja kalau Umar bermain di rumah mereka, tapi hati ni tetap risau anak menyusahkan orang. Jadi selalunya tak biarkan Umar duduk lama-lama. 

Berbalik pada kisah Umar hilang tu, bila saya tak nampak kelibat Umar, saya suruh adik saya ida pergi tengok-tengokkan Umar. Saya tunggu di kerusi sebab saya pegang Ammar. Beberapa ketika saya dengar budak menangis dan saya kenal itu suara Umar. Saya nampak pakcik RELA tu mendukung Umar sambil Umar meronta-meronta minta dilepaskan. Ida ambil Umar dan sebab terlalu banyak menangis Umar muntah pula. Umar jalan jauh menghala ke kereta. Mungkin dia ingat Ummi dah balik. Dia cari umi agaknya. Kesian Umar. Pasti terdera perasaannya mencari umi tak jumpa. Sedihnya bila rasa anak sorang tu tak boleh dijaga. Nasib baiklah Pakcik  RELA tu ambil Umar dan bawa semula ke khemah. Kalau tak, tak taula apa nak jadi.

Akhirnya kami tak duduk dah bawah khemah. Terus masuk masjid dan cuci badan Umar. Mula-mula duduk kat luar masjid. Tapi Umar dan Ammar masih nak jalan sana sini. Masuk ke dalam masjid pula. Jadi kawasan mereka bermain terhad. Lega hati dapat tengok anak depan mata.

Umar baru 3 tahun tapi fizikalnya seperti budak 5 tahun sebab dia sudah boleh bercakap lancar dan fizikalnya tinggi. Tapi pemikirannya tetaplah seperti 3 tahun. Tak semua benda dia boleh fikir. Tak semua benda dia boleh nampak dengan jelas. Bersalahnya pada Umar..

Hari ni genap Umar 3 tahun. Alhamdulillah, Allah kembalikan dia pada saya semalam. Jika dia hilang dari mata dengan cara yang tidak baik pasti saya akan menyalahkan diri sendiri seumur hidup..:(

Saturday

Benarkah agama kamu sempurna???

Saban hari mereka berpagi pagi dengan lagu yang saya sendiri tidak faham. Saban hari mereka membaca ayat di dalam kitab mereka dengan kuat. 

Besok mereka akan ke rumah ibadat mereka jadi hari ini mereka semua berkumpul dan berlatih untuk upacara esok. Arggh.. Bosan mendengar ucapan bahawa hamba allah yang mereka percaya akan kembali untuk menyelamatkan mereka. Tapi kasihan memikirkan yang kelak sampai masa akan berlaku sebaliknya. Di masa hamba allah itu memerintah dia akan mematahkan segala kayu berikat itu kerana itu adalah fitnah kepadanya. Jadi siapa kah yang akan menyelamatkan mereka...?

Hingga di waktu ini, sejak pagi tadi mereka masih bertepuk tangan, berbincang dan menyanyi. Tidak letihkan mereka?? Sedangkan sekarang sudah maghrib ataupun dalam mana agama sekalipun masa ini bukanlah sesuai untuk berbising-bising. Apatah lagi jika 10 malam ke atas, itupun  kadang kala mereka masih berbuat bising. Yang menyakitkan hati bukan nyanyian sesat mereka tapi bunyi bising dan suara GATAL wanita yang ketawa menjerit-jerit..Astagfirullah. Ya lah, wanita ni kalau nak mengorat dia akan menguatkan suaranya dan membesarkan ketawa untuk menarik perhatian. Rumah sebelah saya memang rumah lelaki. Tetapi atas dasar agama mereka, perempuan boleh menginap dan tidur di situ..

Mereka menyanyi lagi untuk menyebarkan agama mereka di Malaysia dan ke seluruh dunia...Anakku Ammar sedang tidur kerana terlalu letih berjalan tadi..Adakah kata-kata dari nyanyian mereka meresap masuk ke minda bawah sedar anaku itu..Arghh tension dan takut...Hanya doakan saja dan usaha mendidik anak-anak.

Mari sini aku khabarkan kepada kamu yang tidak mengerti agamaku ini adalah agama yang sempurna cara hidupnya. Kamu tahu, hendak ke tandas pun ada adab apatah lagi dengan jiran..Ohhh..kalau bukan dibicarakan dari sudut agamapun kamu sebagai bangsa yang moden dan bertamadun adakah tidak tahu yang ada waktu-waktu yang harus di hormati..Apakah sesuai melalak diwaktu malam dimana ramai manusia lain kepingin rehat yang tenang.....

Mari sini ku khabarkan lagi. Walaupun aku harus membenci kepercayaanmu tapi tidaklah sampai aku harus menunjukkan rasa tidak hormat kepada kamu. Nabi agung kami Muhammad tetap tersenyum dan sabar dengan bangkangan kafir di zamannya. Aku tetap menghormati kamu dan kasihan kepada kamu. Jadi aku selalu berdoa Allah titipkan hidayah agar kamu tidak menjadi orang yang terpaksa aku doakan celaka jika kamu mati kelak tanpa sempat mengucap shahadah.

Mari sini aku hendak bertanya, jika kamu percaya agama kamu yang paling baik adakah agama kamu tidak mengajar atau ada batasan tentang perkara HORMAT kepada manusia lain..Jika ada kenapa kamu tidak ikut..Atau kamu hanyalah pendusta kepada agama kamu sendiri......

Andai kata kamu persoalkan tentang azan mari sini aku khabarkan lagi yang azan itu hanya berkumandanh tidak sampai 3 minit..tapi kamu menganggu kami, jiran-jiran mu ini sejak 12 jam lalu...Apakah kamu tidak letih?????

Thursday

Wow ! Web Biomil Berwajah baru


Kalau nak cuba susu keluaran bumiputera Malaysia boleh la riki-riki maklumat di http://www.biomil.com.my/..

Saya guna produk ni sejak Umar berusia 11 bulan. Kirannya sekarang dah setahun lebih guna produk ni..Alhamdulillah.

Sehari Satu Hadis

Diriwayatkan daripada Aishah r. anha katanya:

Rasul SAW bersabda: Sepuluh perkara dari (peraturan kebersihan) yang dituntut agama, iaitu:

menggunting misai

membiarkan janggut(tumbuh panjang dan mengemaskannya)

bersugi

membersihkan hidung

memotong kuku

membasuh buku buku jari

mencabut bulu ketiak

mencukur bulu ari-ari

beristinjak".

Kata Mas'ab dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu tidak lain dari 

berkumur-kumur.

H.R. Muslim

New Handmade Pajama For Umar dan Ammar

Kenduri di Muar Terus ke Merlimau Pula..

Minggu lepas kami sekeluarga dan Adik Ida, pergi ke Muar menghadiri kenduri kahwin kawan suami. Kawan sama-sama suami belajar di UTHM dulu. Tahniah kepadanya. Uniknya kenduri kawan tu, kami semua dapat goodies yang isinya Mee segera Maggi, Rempah kari ikan Adabi dan telur pindang..:) Seumur hidup belum pernah dapat lagi cenderahati sebegitu.. Boleh makan maggi dan buat kari ikan satu kali..:) Mungkin lepas ni boleh beri cenderahati macam sup bunjut ke, rempah soto mak siti ke? hihi..good Idea kan??




Menangis sebab pedas :p
Kemudian terus bergerak ke Merlimau nak tidur rumah Syifa. Alhamdulillah dia dah masuk rumah baru. Alang-alang di Muar, boleh ziarah dia yang dah lama tak jumpa.

On the way tu, anak-anak dok selongkarlah goodie bag, cari jajan yang boleh di makan. Muhammad Ammar dapat la rempah kari ikan tu. Dia gigit nak buka bungkusan tapi yang dapat cuma serbuk. Ammar Ingat bedak dia sapu dan tepuk-tepuk kat muka dia..

Mula-mula ok je, selang beberpa minit Ammar menangis tak tentu pasal. Mula-mula ingat Ammar dah boring tapi bila dia genyeh-genyeh mata, comfirmlah dia rasa pedas..Mau tak menangis..sian..Bila lap-lap dan sapu air barulah dia selesa.

At last sampai rumah makcik syifa Umar dan Ammar. Seronok sebab rumah makcik syifa besar..Anak-anak pun jadi excited juga..Lari sana sini..

Alhamdulillah..Tahniah syifa dah masuk rumah baru.

Esoknya kami bertolak balik ke batu pahat..Singgah beli kupang dan lokan, balik makan sampai kenyang..:)

Wednesday

Wordless Wednesday 17



Angry face la konon..

Pernah dulu sebelum nikah semasa saya masih belajar terjumpa seorang budak yang aksi marahnya sama macam Umar tapi gayanya lebih ekstrim. Masa tu dalam kelas latihan silat. Tak ingat anak sape. Bila budak tu marah, gayanya sampai nampak-nampak mata putih jadi kelucuan semua orang. Itulah kali pertama dan terakhit kot jumpa gaya marah macam tu..
Sekali Ahmad Umar pun ada gaya yang sama daa....Marah la konon tu..:P... dah tak comel dah tau Ahmad Umar..

Tuesday

Sehari Satu Hadis

Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah
 
Orang tua muslim

Orang yang berilmu

dan Imam yang adil

H.R. Muslim

Toilet Training Hampir Success!!!

Semalam Isnin try lagi sekali buat toilet training dengan Ahmad Umar.  Tapi kali ni buat 2 pendekatan. Huhu, macam reseach plak dah, bila cakap pendekatan pendekatan ni..

Sebelum ni cara saya ialah tak pakaikan CD untuk Umar dan pesan pada dia kalau nak kencing bagitau Ummi tau, kita pergi ke toilet. Tapi cara tu tak berkesan pun. Bila sembang-sembang dengan Maklang saya, dia kata kitalah kena atur masa kencing anak kita. Jadi saya buatlah jadual untuk ke toilet..hihi. 

Bila ada jadual, saya kena alert sikit dengan masa agar Umar ke toilet ikut jadual. Kalau lambat-lambat nanti, mana-mana tempatlah jadi toilet dia.

So, semalam kali pertama terkucil...Dah kencing dah baru bagitau. Kemudian kali ke dua saya tengah nak masak di dapur. Tiba-tiba Umar belari dengan kalutnya dan sebut "saya nak pergi toilet! saya nak pergi toilet!" Saya pun apa lagi dengan kuali dah panas, saya pun kelam kabut juga tutup api sebab takut Umar terkucil..:) Tapi nasib baik, sempat juga pi kencing di tandas. Masa tu dah pukul 11 lebih. 

Kemudian sebelah petang sikit dalam pukul 2 lebih Umar mita lagi nak ke toilet. Jadi kencing di toilet lagi...Tapi kali ke 4 Umar terkucil dalam bilik iron. Agaknya teralit main mainan, dia terkucil kat situ..

Umar pun dah makin besar..kalau dia nak buang hajat besar, dah malu-malu taknak bagi orang tengok. Ada port khas dia. Dia mesti duduk kat pintu bilik depan bila sampai masa dia..Bila kita tengok nanti dia cakap "janganla ummi"

Saya happy sebab Umar dah pandai minta nak ke toilet..
Hari ni saya di UTHM, esok buat toilet trainning lagi..Harap lepas ni maintain je dan tak berterabur lagi..:)

Monday

Sehari Satu Hadis



Diriwayatkan dari Nabi SAW baginda bersabda:

"Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam islam, maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam islam maka ia mendapat dosa dan dosa orang yang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka" 

~~~ H. R. Muslim~~~

Sunday

Sedap tak ??


Selau buat untuk makan-makan dengan suami, anak-anak, mak, mertua dan adik-adik..ayam ni memang best. Resepinya saya dapat dari Myresepi. Terima kasih pada minami133 yang berkongsi resepi. Ni saya kongsi resepinya..ada yang diubah2 tapi kalau nak original resepi boleh klik link minami133 ni. Insyaallah sedap sampai menjilat jari..Hihi..

  • 10 ketul ayam
  • 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula 
Perap ayam dengan semua bahan yang dikisar. sebaiknya 1-2 malam.
kemudian masa bakar, bila ayam nampak kering sapukan bahan perap pada ayam berulang kali..Insyaallah juicy je..:)

resepi asal ayamnya 2kg. tapi guna untuk 6-10 ketul saja sebab bila letak banyak ayam macam tak cukup bahan perapan..kalau buat banyak ayam, saya tambah bahan ikut anggaran sendiri...

selamat mencuba!!

Saturday

My Handmade Dinasaur

 

Ni la kerja saya beberapa minggu ni. Mula buat dino untuk Umar sebab Umar super obses kat dinosaur. Dino Umar yang kale merah. Buat dari tudung saya yang dah tak pakai. Yang amar Dino yang belum siap tu. Yang takda kaki tu..Yang besar plak untuk BB Ishraq yang baru lahir. Anak saudara yang terbaru..:) BB ishraq dah dapat pun Dino tu. Fiber lak amik dari bantal-bantal yang lama..:)..Best gak wat art project ni sendiri. Handmade lagi..:)

Oooops, kusyen tu koyak, sebab Umar anak bertuah senyap-senyap mengguntinnya..hmmm

Friday

Dimana Abah??

Kisah ini adalah dari bingkisan hidup seseorang. bukan hendak dijadikan ungkitan tetapi menjadi pedoman kepada semua pemegang amanah saham akhirat iaitu ibu dan bapa. 

30 tahun dulu ada seorang anak terpisah dengah abahnya. Terpisah kerana abahnya gilakan wanita lain. Memang sikap abahnya sukakan wanita. Emak si anak adalah isteri ke 3 dan si abah kini, dia sudah punya isteri ke 5 dan yang lain-lain telahpun terpisah. 30 tahun yang lalu anak membesar dengan sakit kulit yang teruk. kulitnya melepuh dan berair hinggakan tidak dapat dipakaikan baju dan apabila tidur didada nenek dan emaknya, kulit nenek dan emak juga melepuh. Hari ini bila nampak wajah si anak, nenek dan emak akan berkata "tidak sangka dia dapat hidup". Ketika mengharungi detik sakit itu abahnya tidak menjenguk apa lagi bertanya-tanya.

20 tahun yang lalu apabila si anak bertanya "kenapa orang lain ada abah, saya tak ada abah?" Pertanyaan tulus si anak sewaktu kecil disambut oleh emaknya dengan hamburan air mata Hati emak tentulah faham apa perasaannya tanpa abah. Tentulah hati emak sebak mengenangkan anak yang rindu ada abah. Anak kian membesar. Hendak berjumpa ayah, anak pecahkan tabung buat tambang bas. Seumur hidup berjumpa abahnya tidak sampai 5 kali. Abah nak datang jenguk jauh sekali. Ketika membesar emak cuma bekerja biasa-biasa saja. Bapa tiri tetap bapa tiri. Tapi lebih baik dari abah sendiri. Normalnya tentulah sepatutnya abah sendiri yang paling baik tapi yalah, ikatan itu tidak dibina masakan abah sendiri boleh merasa kehadiran anak dari darah dagingnya. Alangkan seorang ibu yang mengandung 9 bulan perlu berusaha membuat ikatan kasih sayang dengan anak agar perasaan sayang itu menjadi kuat, inikan pula abah yang tidak buat apa-apa.

Anak menangung bebanan perasaan yang hebat. Mendapat bapa tiri bukanlah merubah hidupnya namun dia dapat juga menumpang rasa punya ayah. Walalupun sentuhan kasihnya tidaklah seberapa. Tapi sedikit ada. Dalam kasih ada pengorbannan yang perlu dibuat. Terpaksa lagi menanggung bebanan berkongsi kasih dengan keluar tiri. Si anak pernah berkata pada si isterinya. "Saya selalu menginginkan satu tempat yang saya punya dan dipunyai". dan siisteri sentiasa faham, kerana sejak kecil terpaksa mengalah dek menumpang rumah orang. Si Emak cuba mengambil hati dan mejaga keluarga tiri seikhlasnya agar anaknya juga diterima. Namun, bila perhimpunan keluarga tiri si anak  tiada tempat untuk bersama kerana pernah dipesan kepadanya "Janan masuk campur, sianak itu tidak layak mendapat harta". Huh apa kena mengena harta dengan perbincangan keluarga. Dari perut si emak lahir 2 anak lagi hasi perkongsian dari keluarga tiri tapi mereka cuma digelar cik XXX..Tiada panggilan paksu atau makcik, apatah lagi si anak ini yang sememangnya bukan sedarah dan sedaging dengan bapa mereka. Natijah dari tindakan abah yang tidak bertanggungjawab. Anak melalui pelbagai jalan hidup yang orang normal tidak lalui. Tetapi itulah, Allah maha mengetahui.

Kali terakhir bertemu si abah pada 2006. Emaknya seringkali berpesan agar jangan dibenci abah. Dia tetap abah. Benar, hak ayah tidak selayaknya dibenci. Malah ayah berhak membunuh anaknya jika perlu dan mengambil wang anak tanpa izin. Malah hak ayah adalah melakukan ihsan padanya, mentaatinya, dan lansung tidka layak dikasari. Tapi jangan lupa anak juga ada haknya dari si abah. 

30 tahun berlalu tiba-tiba si abah muncul mengusik si emak. Kisah lama diungkit kembali. Nyatanya sikap si abah tak pernah berubah. Tapi terkilan dihati anak bila si abah mengadu yang si anak tidak menjawab mesej si abah. Sedangkan sejurus mesej dihantar, si anak membalasnya malah dengan kata-kata yang baik. Dan paling terkilan bila si abah mengadu dengan si emak dengan kata-kata yang menyengat jantung si anak. " Bila dah senang lupa si abah". Drama apa yang si abah ingin mainkan. Abahnya yang cuma berjumpa anak 5 kali dalam 30 tahun tiba-tiba bercakap begitu. Sedangkan satu apapun tentang kisah si anak si abah tidak tahu malah tidak pernah peduli, tiba-tiba mengharap senang dan tidak tahu pun si anak tidak sekaya mana. Nak kata kaya tak kaya pun sebab takda lebihan pun dalam perbelanjaan seharian.

Dan semalam si abang dari lain emak mesej, yang si abah tidak sihat jadi minta di tanyakan khabar. Si anak hanya berdiam dan malas hendak buat apa-apa.

Orang senang berkata, layanlah abah selagi dia masih ada, sedangkan anak sudah biasa dan tenang menghadapi hidupnya tanpa abah.
Orang senang berkata dia tetap abah, jangan melayannya dengan cara tidak baik. 

Tapi di hati anak tetap bergolak dengan banyak emosi. lebih lagi bila si abah berkata bila dah senang lupakan abah. Sedangkan si abah, nafkah pun tak pernah beri apatah lagi perasaan sayang. Di hati anak tetap hormat si abah tapi untuk melahirkan sayang tentulah sukar. Hubungan anak dengan ayah dan ibu ia perlu dipupuk. Ia tidak hadir bagaikan magis. 

Nak bahagia dalam hubungan baik suami isteri, mertua menantu, ayahibu anak, sesama muslim semua perlukan hubungan dua hala. Kasih sayang takkan menjadi dengan ikhlas jika hanya sebelah pihak saja yang berusaha. Jangan dibicara tentang hak yang patut diperolehi tapi tunaikan hak yang orang lain patut dapat. Jika semua orang asyik bicara tentang apa yang patut dapat ramailah yang takkan berpuas hati. Tapi jika masing-masing menunaikan hak sejak teramanahkan kepadanya tentulah semua hubungan menjadi bahagia.

Begitula hal sianak dan siabah. Anak tak pernah minta dilahirkan sebagai anak abah. Semuanya takdir yang abah patut tahu anak itu amanah Allah. Jika abah tidak membuang anak dari hidupnya pasti anak juga akan subur kasih sayang untuk si abah.

Anak tetap hormat pada abah. tak terniat untuk melampaui batas. Tapi abah perlulah berubah dan jika masih tidak berubah harus tahu tempatnya dan faham anak tidak rapat dengannya sebab apa yang kita tanam itulah yang dituai.




Thursday

Indeks Prestasi Keluarga

Salam. Semoga hari ni semua orang dalam keadaan ceria dan bahagia. Alhamdulillah saya sihat, tapi hati tak berapa best sebab tengahari tadi lepas lunch dirumah, tinggalkan anak-anak,mereka menangis di depan muka pintu nak ikut. Umar asik cakap 'nak duduk dalam car seat'.. Aduhai..Sebaknya tangisan tu buat saya gelisah. Kesian anak-anak. Seperti saya mendera emosi mereka pula. Mungkin mereka rasa sangat tak seronok bila umi pergi kerja sebab dah lama umi duduk di rumah dengan Umar dan Ammar. 

Walaupun saya tau tangisnya tak lama tapi kasihan. Anak-anak tinggal dengan maklang diorang dirumah. Maklangnya baru abih belajar dan nak lepaskan rindu kat Umar dan Ammar. Maklang lah yang kena pujuk. 

Sebelum balik ke rumah untuk lunch saya ke kedai buku di Parit Raja. Nak binding thesis untuk dihantar semula ke pusat siswazah. Dalam menunggu thesis dibind, saya belek-belek buku yang ada. Saya terjumpa satu buku yang harganya murah tapi isinya banyak dan padat. Buku tu seperti gambar iaitu buku yang bertajuk Indeks Prestasi Keluarga. Bukunya nipis sahaja tapi menyelak helaian demi helaian saya terpikat terus. Selalu kita dok sebok dengan KPI kerja, buku ni nak suruh kita nilai plak prestasi keluarga kita. Murah saja buku ni. Harga dia cuma RM8. Memang teruja nak baca. Cuba tengok isi kandungan dia dibawah ni. Banyak yang dikupas dan ditulis secara padat. Boleh dijadikan buku poket dan boleh dibaca dimana-mana...Cubalah beli, pasti menarik...:)

 BAHAGIAN 1 : MENGENALI KELUARGA & CABARANNYA

Bab 1 Mendirikan Masjid
Bab 2 Menyahut Cabaran
Bab 3 Mencari Pasangan
Bab 4 Hati adalah Raja Diri
Bab 5 Berfikir Sejenak
Bab 6 Rahmat dan Kasih Sayang
Bab 7 Kekal Intim
Bab 8 Titik Nyawa
Bab 9 Qawwam
Bab 10 Kayu dan Bayang-Bayang

BAHAGIAN 2: SENARAI SEMAK PRESTASI KELUARGA

Bab 11 Suami Contoh
Bab 12 Senarai Semak Prestasi Suami
Bab 13 Senarai Semak Prestasi Isteri
Bab 14 Senarai Semak Prestasi Ibu Bapa
Bab 15 Prestasi Anak-Anak
Bab 16 Melahirkan Generasi yang Baik
Bab 17 Senarai Semak Mendidik Anak
Bab 18 Senarai Semak dalam Berbelanja
Bab 19 Melahirkan Generasi Berkualiti

BAHAGIAN 3: KISAH-KISAH KELUARGA & PENGAJARAN

Bab 20 Mimpi
Bab 21 Siam
Bab 22 Kubis
Bab 23 Kerja Luar Kawasan
Bab 24 Tidak Jadi Mati
Bab 25 Perigi Buta
Bab 26 Janji Allah

Wednesday

Wordless Wednesday 16





Sedarlah Insan--Soutul Amal


Duhai insan sedarlah dirimu
Ke mana akan pergi selepas hidup ini
Sudahkah bersedia dirimu ke sana
Membawa amal mulia atau dosa-dosa

Chorus:
Di sana tangisan tiada guna
Rayuan tiada diterima
Jasad kesakitan menanggung azab
Atas perbuatan hidup di dunia

Di sana tempat kita kembali
Hamba yang berdosa akan dihukumi
Hamba yang mulia akan dirahmati
Sebagai anugerah dari Ilahi

JOM Bergaduh..

Sesekali membaca ada suami isteri veteran yang tidak pernah bergaduh sepanjang usia rumahtangga mereka yang sudah 30,40,atau 50 tahun saya kagum!! Saya percaya mereka tidak pernah bergaduh dan hebatnya sikap positif mereka dalam melayari rumahtangga. Dalam kecil hati mereka posotif mememdam apa yang mereka tidak perlu cakap dan berusaha memberi dan menunaikan hak pasangan. Tentu mereka super psoitif!! Kerana apa? Tentulah mereka amat menyayangi antara satu sama lain dan taat pada perintah Allah. 

Jika suami faham untuk mengauli isteri dengan cara baik itu adalah mereka yang paling baik dan isteri pula faham bahawa bagaimanapun suami kena wajib taat pasti kedua-duanya akan sentiasa menjaga hati masing-masing agar tidak menyakiti hati yang lain.

Cinta kekasih itu, bila kita tidak minta pun pasangan akan sedaya upaya membuatkan hati kita gembira. Contohnya suami, isteri kadangkala tak minta suami masak tapi sebab nak gembirakan isteri suami belajar masak dan masak untuk isteri. Isteri pula sanggup tolong suami dengan bekerja semata-mata nak suaminya tidak terbeban dengan keperluan kewangan yang pelbagai. Malah kadangkala bila ingin ungkapkan cinta, kita mungkin beli hadiah, smskan kata cinta, dan banyak lagi perkara romantis yang kita perlu buat untuk suburkan kasih sayang. Ini memang for sure kena buatlah. Kalau kita dah mula ambil lewa pasti kasih sayang hilang serinya. Tapi bukan satu kemestian sebab hakikat suami isteri bahasanya dalam lagi halus. Kasih sayang boleh terungkap dengan pelbagai cara. Malah bagi suami isteri yang soleh dan solehah memahami bahasa memberi dan menerima hak yang masing-masing itulah bahasa kasih sayang mereka. Namun kita tetap kena jretaif untuk ungkapkan kasih sayang pada pasangan kita.

Kalau diibaratkan sebuah keluarga itu adalah sebuah pokok rendang dimana ayah adalah batangnya, ibu adalah pohon dan anak-anak adalah buahnya, pasti sebuah pokok itu memerlukan baja. Jangan Lupa!!

Tapi kadang-kala bergaduh juga ada kuasa nak mangkinkan kasih sayang. Tapi dalam rumah tangga kena bergaduh TANPA EGO. Kalau DENGAN EGO, alamatnya boleh berantakkan. Cuba sekali-sekali bergaduh dalam erti kata bergaduh hal rumahtanggala. maksudnya dalam menyuarakan apa yang kita mahu, kita tidak mahu, kita terasa dan seumpanya. Kadang-kadang lepas bergaduh tentu kita rasa kita bersalah sangat walaupun kita cakap tu betul. Kadang-kala selepas begaduh kita akan berpeluk-pelukkan dan yang paling manis masing-masing mengucapkan maaf. Malah kerana rasa bersalah itu kita akan terfikir sebenarnya kita ada kelemahan-kelamahan dan sebenarnya pasangan kita tidaklah 100% seperti apa yang difikirkan negatif dan mungkin satu persatu kebaikkannya akan muncul kembali dan menghangatkan cinta. Betul tak?

P/S: Jangan bergaduh baling-baling pinggan atau pisau
Jangan bergaduh jerit-jerit
Jangan begaduh tampar-tampar
Jangan gaduh lebih sehari

Gaduh-gaduh jangan lari rumah
Gaduh-gaduh kena masak gak kat suami
 
Gaduh-gaduh sayang sudahla...:)


Wordless Wednesday 15