Kisah ini adalah dari bingkisan hidup seseorang. bukan hendak dijadikan ungkitan tetapi menjadi pedoman kepada semua pemegang amanah saham akhirat iaitu ibu dan bapa.
30 tahun dulu ada seorang anak terpisah dengah abahnya. Terpisah kerana abahnya gilakan wanita lain. Memang sikap abahnya sukakan wanita. Emak si anak adalah isteri ke 3 dan si abah kini, dia sudah punya isteri ke 5 dan yang lain-lain telahpun terpisah. 30 tahun yang lalu anak membesar dengan sakit kulit yang teruk. kulitnya melepuh dan berair hinggakan tidak dapat dipakaikan baju dan apabila tidur didada nenek dan emaknya, kulit nenek dan emak juga melepuh. Hari ini bila nampak wajah si anak, nenek dan emak akan berkata "tidak sangka dia dapat hidup". Ketika mengharungi detik sakit itu abahnya tidak menjenguk apa lagi bertanya-tanya.
20 tahun yang lalu apabila si anak bertanya "kenapa orang lain ada abah, saya tak ada abah?" Pertanyaan tulus si anak sewaktu kecil disambut oleh emaknya dengan hamburan air mata Hati emak tentulah faham apa perasaannya tanpa abah. Tentulah hati emak sebak mengenangkan anak yang rindu ada abah. Anak kian membesar. Hendak berjumpa ayah, anak pecahkan tabung buat tambang bas. Seumur hidup berjumpa abahnya tidak sampai 5 kali. Abah nak datang jenguk jauh sekali. Ketika membesar emak cuma bekerja biasa-biasa saja. Bapa tiri tetap bapa tiri. Tapi lebih baik dari abah sendiri. Normalnya tentulah sepatutnya abah sendiri yang paling baik tapi yalah, ikatan itu tidak dibina masakan abah sendiri boleh merasa kehadiran anak dari darah dagingnya. Alangkan seorang ibu yang mengandung 9 bulan perlu berusaha membuat ikatan kasih sayang dengan anak agar perasaan sayang itu menjadi kuat, inikan pula abah yang tidak buat apa-apa.
Anak menangung bebanan perasaan yang hebat. Mendapat bapa tiri bukanlah merubah hidupnya namun dia dapat juga menumpang rasa punya ayah. Walalupun sentuhan kasihnya tidaklah seberapa. Tapi sedikit ada. Dalam kasih ada pengorbannan yang perlu dibuat. Terpaksa lagi menanggung bebanan berkongsi kasih dengan keluar tiri. Si anak pernah berkata pada si isterinya. "Saya selalu menginginkan satu tempat yang saya punya dan dipunyai". dan siisteri sentiasa faham, kerana sejak kecil terpaksa mengalah dek menumpang rumah orang. Si Emak cuba mengambil hati dan mejaga keluarga tiri seikhlasnya agar anaknya juga diterima. Namun, bila perhimpunan keluarga tiri si anak tiada tempat untuk bersama kerana pernah dipesan kepadanya "Janan masuk campur, sianak itu tidak layak mendapat harta". Huh apa kena mengena harta dengan perbincangan keluarga. Dari perut si emak lahir 2 anak lagi hasi perkongsian dari keluarga tiri tapi mereka cuma digelar cik XXX..Tiada panggilan paksu atau makcik, apatah lagi si anak ini yang sememangnya bukan sedarah dan sedaging dengan bapa mereka. Natijah dari tindakan abah yang tidak bertanggungjawab. Anak melalui pelbagai jalan hidup yang orang normal tidak lalui. Tetapi itulah, Allah maha mengetahui.

Kali terakhir bertemu si abah pada 2006. Emaknya seringkali berpesan agar jangan dibenci abah. Dia tetap abah. Benar, hak ayah tidak selayaknya dibenci. Malah ayah berhak membunuh anaknya jika perlu dan mengambil wang anak tanpa izin. Malah hak ayah adalah melakukan ihsan padanya, mentaatinya, dan lansung tidka layak dikasari. Tapi jangan lupa anak juga ada haknya dari si abah.
30 tahun berlalu tiba-tiba si abah muncul mengusik si emak. Kisah lama diungkit kembali. Nyatanya sikap si abah tak pernah berubah. Tapi terkilan dihati anak bila si abah mengadu yang si anak tidak menjawab mesej si abah. Sedangkan sejurus mesej dihantar, si anak membalasnya malah dengan kata-kata yang baik. Dan paling terkilan bila si abah mengadu dengan si emak dengan kata-kata yang menyengat jantung si anak. " Bila dah senang lupa si abah". Drama apa yang si abah ingin mainkan. Abahnya yang cuma berjumpa anak 5 kali dalam 30 tahun tiba-tiba bercakap begitu. Sedangkan satu apapun tentang kisah si anak si abah tidak tahu malah tidak pernah peduli, tiba-tiba mengharap senang dan tidak tahu pun si anak tidak sekaya mana. Nak kata kaya tak kaya pun sebab takda lebihan pun dalam perbelanjaan seharian.
Dan semalam si abang dari lain emak mesej, yang si abah tidak sihat jadi minta di tanyakan khabar. Si anak hanya berdiam dan malas hendak buat apa-apa.
Orang senang berkata, layanlah abah selagi dia masih ada, sedangkan anak sudah biasa dan tenang menghadapi hidupnya tanpa abah.

Orang senang berkata dia tetap abah, jangan melayannya dengan cara tidak baik.
Tapi di hati anak tetap bergolak dengan banyak emosi. lebih lagi bila si abah berkata bila dah senang lupakan abah. Sedangkan si abah, nafkah pun tak pernah beri apatah lagi perasaan sayang. Di hati anak tetap hormat si abah tapi untuk melahirkan sayang tentulah sukar. Hubungan anak dengan ayah dan ibu ia perlu dipupuk. Ia tidak hadir bagaikan magis.
Nak bahagia dalam hubungan baik suami isteri, mertua menantu, ayahibu anak, sesama muslim semua perlukan hubungan dua hala. Kasih sayang takkan menjadi dengan ikhlas jika hanya sebelah pihak saja yang berusaha. Jangan dibicara tentang hak yang patut diperolehi tapi tunaikan hak yang orang lain patut dapat. Jika semua orang asyik bicara tentang apa yang patut dapat ramailah yang takkan berpuas hati. Tapi jika masing-masing menunaikan hak sejak teramanahkan kepadanya tentulah semua hubungan menjadi bahagia.
Begitula hal sianak dan siabah. Anak tak pernah minta dilahirkan sebagai anak abah. Semuanya takdir yang abah patut tahu anak itu amanah Allah. Jika abah tidak membuang anak dari hidupnya pasti anak juga akan subur kasih sayang untuk si abah.
Anak tetap hormat pada abah. tak terniat untuk melampaui batas. Tapi abah perlulah berubah dan jika masih tidak berubah harus tahu tempatnya dan faham anak tidak rapat dengannya sebab apa yang kita tanam itulah yang dituai.
No comments:
Post a Comment