Melangkah ke usia 3 tahun, semalam Umar melakukan sesuatu perkara yang mendebarkan. Umar hilang. Aduhai anak, agaknya jika ku lepaskan kamu didunia yang terbentang luas ini, satu dunia juga kamu ingin terokai tanpa rasa takut sedikitpun.
Saya jarang membawa anak ke majlis yang ramai orang dan terpaksa membiarkan mereka lepas bebas. Tapi semalam atas dasar Umar mungkin selamat kerana kami berada di kawasan masjid dan Umar seronok nak bermain dengan kawan saya biarkan dia lepas. Ammar pulak meronta-ronta nak ke sana sini. Aduih, mana nak dengar ceramah, mana nak tengok anak, last-last satu apa pun tak fokus. Anak kena cubit dan ceramah lansung tak masuk telinga. Sudahla ceramah tu dari Ustaz Kazim. Ruginya rasa. Dapatlah tengok wajah Ustaz kesayangan hamba itu secara life.
Tapi itulah, bila ada anak kecil jangan harap nak fokus benda lain dengan sempurna. Alangkan kalau tengok tv pun kena tengok anak lebih. Kalau bersembang dengan kawan-kawan jika anak ada berhampiran pun kena tengok anak dari nak bercakap.

Mulanya Ahmad Umar bermain dengan kawan2 barunya di perkarangan masjid. Bila dapat kawan boleh dia suruh Umi main jauh-jauh. Dia cakap pada saya "pi, pi, pi, pi sana", bila saya ajak dia duduk di kerusi diam diam. Anak-anak memang selalunya terkurung di rumah. Tak berkawan sangat. Kadang-kadang je bawak mereka ke taman permainan, selebihnya banyak masa berjalan-jalan dok dalam kereta saja. Mungkin anak-anak sangat craving nak bermain dengan kawan.
Kat rumah bila dapat bermain dengan Hadif, anak jiran kami, langsung Ahmad Umar tak mahu balik rumah. Pernah suatu masa Umar menangis lama sebab saya angkat Umar balik rumah. Jiran selalunya cakap ok saja kalau Umar bermain di rumah mereka, tapi hati ni tetap risau anak menyusahkan orang. Jadi selalunya tak biarkan Umar duduk lama-lama.

Berbalik pada kisah Umar hilang tu, bila saya tak nampak kelibat Umar, saya suruh adik saya ida pergi tengok-tengokkan Umar. Saya tunggu di kerusi sebab saya pegang Ammar. Beberapa ketika saya dengar budak menangis dan saya kenal itu suara Umar. Saya nampak pakcik RELA tu mendukung Umar sambil Umar meronta-meronta minta dilepaskan. Ida ambil Umar dan sebab terlalu banyak menangis Umar muntah pula. Umar jalan jauh menghala ke kereta. Mungkin dia ingat Ummi dah balik. Dia cari umi agaknya. Kesian Umar. Pasti terdera perasaannya mencari umi tak jumpa. Sedihnya bila rasa anak sorang tu tak boleh dijaga. Nasib baiklah Pakcik
RELA tu ambil Umar dan bawa semula ke khemah. Kalau tak, tak taula apa nak jadi.
Akhirnya kami tak duduk dah bawah khemah. Terus masuk masjid dan cuci badan Umar. Mula-mula duduk kat luar masjid. Tapi Umar dan Ammar masih nak jalan sana sini. Masuk ke dalam masjid pula. Jadi kawasan mereka bermain terhad. Lega hati dapat tengok anak depan mata.
Umar baru 3 tahun tapi fizikalnya seperti budak 5 tahun sebab dia sudah boleh bercakap lancar dan fizikalnya tinggi. Tapi pemikirannya tetaplah seperti 3 tahun. Tak semua benda dia boleh fikir. Tak semua benda dia boleh nampak dengan jelas. Bersalahnya pada Umar..
Hari ni genap Umar 3 tahun. Alhamdulillah, Allah kembalikan dia pada saya semalam. Jika dia hilang dari mata dengan cara yang tidak baik pasti saya akan menyalahkan diri sendiri seumur hidup..:(

Nasib baik zakiah, tulah budak-budak sekarang akal panjang, walaupun sebenarnya diaorang kecik lagi..Lepas ni kena lebih hati-hati ek..Zarif dengan zara pun sama je..Penat sebab selalu jerit kat diaorang, suka sangat lari sana sini tak hirau kita pun.
ReplyDeleteWah...takleh bayang kan kalo betul2 hilang. Alhyamdulillah semua selamat. Kadang2 budak2 ni sebab asyik terkurung, sekali dah jumpa dunia luar mmg lupa habis...Tapi kita kena memantau dan jgn lepas pandang..bukan apa. sekarang ni tak macam dulu. Dulu kalo hilang Insya Allah dapat balik. Sekarang ni, hmmm payah nak cakap. So kena selalu pantau. Jgn sampai nanti kita sendiri menyesal. Sebab tu gak le aku malas jer nak bawak anak2 merata. takut kalo kita terleka diorang ntah kemana..
ReplyDelete