Saturday

Benarkah agama kamu sempurna???

Saban hari mereka berpagi pagi dengan lagu yang saya sendiri tidak faham. Saban hari mereka membaca ayat di dalam kitab mereka dengan kuat. 

Besok mereka akan ke rumah ibadat mereka jadi hari ini mereka semua berkumpul dan berlatih untuk upacara esok. Arggh.. Bosan mendengar ucapan bahawa hamba allah yang mereka percaya akan kembali untuk menyelamatkan mereka. Tapi kasihan memikirkan yang kelak sampai masa akan berlaku sebaliknya. Di masa hamba allah itu memerintah dia akan mematahkan segala kayu berikat itu kerana itu adalah fitnah kepadanya. Jadi siapa kah yang akan menyelamatkan mereka...?

Hingga di waktu ini, sejak pagi tadi mereka masih bertepuk tangan, berbincang dan menyanyi. Tidak letihkan mereka?? Sedangkan sekarang sudah maghrib ataupun dalam mana agama sekalipun masa ini bukanlah sesuai untuk berbising-bising. Apatah lagi jika 10 malam ke atas, itupun  kadang kala mereka masih berbuat bising. Yang menyakitkan hati bukan nyanyian sesat mereka tapi bunyi bising dan suara GATAL wanita yang ketawa menjerit-jerit..Astagfirullah. Ya lah, wanita ni kalau nak mengorat dia akan menguatkan suaranya dan membesarkan ketawa untuk menarik perhatian. Rumah sebelah saya memang rumah lelaki. Tetapi atas dasar agama mereka, perempuan boleh menginap dan tidur di situ..

Mereka menyanyi lagi untuk menyebarkan agama mereka di Malaysia dan ke seluruh dunia...Anakku Ammar sedang tidur kerana terlalu letih berjalan tadi..Adakah kata-kata dari nyanyian mereka meresap masuk ke minda bawah sedar anaku itu..Arghh tension dan takut...Hanya doakan saja dan usaha mendidik anak-anak.

Mari sini aku khabarkan kepada kamu yang tidak mengerti agamaku ini adalah agama yang sempurna cara hidupnya. Kamu tahu, hendak ke tandas pun ada adab apatah lagi dengan jiran..Ohhh..kalau bukan dibicarakan dari sudut agamapun kamu sebagai bangsa yang moden dan bertamadun adakah tidak tahu yang ada waktu-waktu yang harus di hormati..Apakah sesuai melalak diwaktu malam dimana ramai manusia lain kepingin rehat yang tenang.....

Mari sini ku khabarkan lagi. Walaupun aku harus membenci kepercayaanmu tapi tidaklah sampai aku harus menunjukkan rasa tidak hormat kepada kamu. Nabi agung kami Muhammad tetap tersenyum dan sabar dengan bangkangan kafir di zamannya. Aku tetap menghormati kamu dan kasihan kepada kamu. Jadi aku selalu berdoa Allah titipkan hidayah agar kamu tidak menjadi orang yang terpaksa aku doakan celaka jika kamu mati kelak tanpa sempat mengucap shahadah.

Mari sini aku hendak bertanya, jika kamu percaya agama kamu yang paling baik adakah agama kamu tidak mengajar atau ada batasan tentang perkara HORMAT kepada manusia lain..Jika ada kenapa kamu tidak ikut..Atau kamu hanyalah pendusta kepada agama kamu sendiri......

Andai kata kamu persoalkan tentang azan mari sini aku khabarkan lagi yang azan itu hanya berkumandanh tidak sampai 3 minit..tapi kamu menganggu kami, jiran-jiran mu ini sejak 12 jam lalu...Apakah kamu tidak letih?????

2 comments:

  1. Buat report kat majlis perbandaran je jika dah sampai mengganggu ketentaraman tu. Pihak Majlis ada kuasa dalam mengambil tindakan. Yelah. kot ye pun nak "beramal" takkan sampai mengganggu orang lain....

    ReplyDelete
  2. "Mari sini aku hendak bertanya, jika kamu percaya agama kamu yang paling baik adakah agama kamu tidak mengajar atau ada batasan tentang perkara HORMAT kepada manusia lain..Jika ada kenapa kamu tidak ikut..Atau kamu hanyalah pendusta kepada agama kamu sendiri......"

    saya suka ayat ni...:)....

    ReplyDelete