Tuesday

New little caliph is coming..Insya Allah

Alhamdulillah. Allah gantikan yang baru. Rezeki allah tambah.
Sepanjang setahun mengajar sebelum ini saya sudah berniat tak mahu mengandung lagi. Dilayarkan doa supaya tidak mengandung kerana benar benar ingin tumpukan pada anak anak di tadika.

Tapi setelah berhenti bulan 8 hari tu terus mengandung tapi sekejap saja bersama. Cuma 6 minggu. Allah ambil semula.

Tapi selepas itu allah hadiahkan lagi. Hadiah..sebenarnya amanah yang bakal dipikul dosa dan pahala sepanjang bersamanya kelak.

The little one is just small as a bean. Baru melalui perjalanan 8 minggu. Alhamdulillah. Allah maha menyusun. sebulan yang pertama sangat teruk. Aktiviti homeschooling terus tergendala. Sepanjang hari letih dan tak bermaya. Keadaan bertambah teruk bila gigi bermasalah jadi makanan tidak dikunyah dengan betul. Apalagi, angin, kembung dan cirit birit selama sebulan lebih

Semalam terus ke klinik gigi dan bawa anak anak sekali periksa gigi. Selesai Masalah. Alhamdulillah

Harapnya, semua menjadi baik dan lancar.semalam juga sempat ke PKU untuk scan kandungan. Doctor detect cist tapi doctor kata normal. Kadang kadang hadir ketika mengandung. Takpalah, just wait and see. Insya Allah semuanya akan ok..

Saturday

Episod baru lagi...

Assalamualaikum semua..lamanya tak menuliskan..kesian blog ni dah bersawang sawang---ayat standard bila lama tak menulis..hehe

Sejak dah kembali ke status surirumah sepenuh masa ni, ada sikit masa nak menulis di blog.
Sekarang homeschool ketiga-tiga anak di rumah.

Alhamdulillah...agak tergesa-gesa keputusan berhenti kerja tapi dah lama memikirkan Ammar dan nak meningkatkan kebolehan diri Ammar saya nekad berhenti. Since condition Ammar mula disebut sebahagian pihak, maybe its time to quit job dan latih secara individu Ammar di rumah..

Tidak ada apa yang hendak dikesalkan. Cuma saya minta maaf pada sesetengah pihak sebab saya faham tindakan tersebut pasti mengecewakan dan mengundang susah..Tapi have faith in Allah dan keep on moving semuanya termasuk diri ini..Allah sedang menyusun yang terbaik.

By the way, saya sangat gembira kehidupan yang sekarang..kembali ke rutin lama..
Uruskan homeschool anak anak adalah sesuatu yang penat..Penat tapi seronok..

Duduk rumah kawan dengan anak-anak..Layan kerenah dan cuba didik dan beri perhatian yang mereka perlukan berbanding sebelum ni.

Cakap pasal kawan,bukan senang kan kita nak cari sahabat yang benar benar sahabat, Kadang-kadang mereka bersahabat dengan kita kerana kita nampak macam elok dan berkepentingan untuk agenda masing-masing.

Awal perkenalan memang begitukan.. Tapi bila dah lama mereka akan jumpa sahabat yang baru dan kita mungkin dah tak berkepentingan lagi, aura kasih tu selalunya dah tak dapat kita rasa..
Cara cakap, bahasa,  kata-kata mungkin dah tak sama..Sahabat yang sejati berkawan dengan kita bukan kerana kita ni pandai, kaya. atau boleh membantu agenda kita. Carilah sahabat dan bersahabatlah kerana kita benar benar ingin bersahabat..Bukan kerana kita perlukan sesuatu darinya....


Jadi m pengalaman yang hadir bersilih ganti dalam hidup kitam hargailah sahabat yang benar-benar sahabat..:

Friday

LEMAH



Ada suatu suatu masa kelemahan hanyalah satu kesusahan
Kelemahan menjadi duri dalam perjuangan.
Kelemahan adalah menjengkelkan

Mungkin di dalamnya ada yang paling lemah dalam memikul beban perjungan.
Mungkin juga benar, kelemahan itu adalah tanda tidak layak untuk bersama.

Tapi bersalahkah, pada suatu masa berasa lemah.
Kerana keutamaan keutamaan yang letakkan?
Kali ini alasannya sangat berbeza
Bukan ingin meninggalkan semua tapi dipohon penyelesaian kerana memikirkan kebaikkan.
Namun penyampaian tersalah arah dan gagal diterjemahkan

Kagum dengan nasihat nasihat yang diberikan
Tapi itu semua bukan situasi yang sekarang.
Ia mengguriskan hati dan dibiarkan saja menangis kerana faham kelemahan itu menjengkelkan.
Andai benarlah kelemahan kelmahan itu menyusahkan hanya menanti saat dikeluarkan dari perjuangan oleh maha penggerak alam. 

Ada lebih banyak wadah yang boleh diaturkan.
Kadangkala harus dimengerti KEWUJUDAN
ada atau tiada ia tidak memberi kesan.