Lama tak menulis .
Kesian blog ni dah ditinggal lama.
Tapi kali ni rasa nak menulis juga sebab tak dapat nak menulis terbuka di facebook.
Hanya tentang kucing.
Semalam berbincang dengan suami. Kalau didunia ini semua orang membela kucing pasti yang tak bela kucing tu macam orang yang salah.
Tapi sebab dalam dunia ni yang membela kucing ni bukannya ramai pun jadi membela kucing ni macam menyusahkan. Silap hari bulan boleh jadi bergaduh sesama manusia.
Saya sendiri tak penah nak bela kucing. Sayang sangat tidaklah pun tapi semua kucing yang diambil bela atau datang ke rumah semuanya di bela sebab rasa kasihan.
Ada beberapa insiden berlaku. Bimbang merosakkan hubungan dengan manusia lain tapi nak buang kucing kucing ni rasa tak sampai hati sangat. Tambah ibu kucing di rumah ni mengandung pula..
Allah.. bila nak buang terfikir nanti anaknya sakit, kurap dan ntahla bila duduk kat luar mesti cepat kecacingannya.Terfikir jika ada yang sepak terajang .. terfikir dikutip dan dibuang ke tempat lain pula.. Sedih dan jatuh juga air mata.
Pernah ibu kucing ni keguguran. Ntahla kenapa.. taktahu macam mana terjadi. Tapi rasa sedih sangat sebab terfikir kalau ada yang menyepaknya. Akhirnya beberapa bulan lepas tu lahir anak cuma seekor. Kesian dia masa keguguran tu..sakit tau dia..
Di cadangkan supaya beli sangkar besar untuk kucing ni supaya mereka tak pergi merata tapi jujurnya saya yang tak berkerja, cuma suami saja yang memenuhi keperluan isi rumah, memang tak mampu pun nak beli sangkar besar.
Keduanya rumah kami tak ada awning. Lagilah kesian nak letak dalam sangkar sebab di luar panas.
Ketiganya memang tak sampai hati nak letak didalam sangkar.
Pasir kucing tu juga sebenarnya tak mampu. Sekarang ada 4 ekor kucing.
Sebenarnya sebelum ni kucing2 ni berak elok2 je dekat dalam kawasan rumah. Setiap pagi saya atau suami akan cuci . Kami usahakan ajar semua kucing berak disitu sebab situlah tempat yang paling mudah hendak cuci najis kucing2 tu. Ditambah dengan kekalutan 4 anak, kerja rumah, mengajar begitu begini tak sempat sangat nak belek kucing2 tu.
Ntah macam mana ada yang pergi berak di rumput jiran. Tapi masih tak pasti siapa sebenarnya yang berak sebab ada jiran lain yang membela kucing..
Membela kucing2 ni bukanlah sebab suka tapi semuanya sebab kasihan. Sepanjang 6 tahun di rumah ni, semua yang datang ada sebab sendiri. Yang kehilangan ibu, yang dibuang, digigit musang, yang melekat dirumah sebab dah diberi makan, yang kena puru, yang dilanggar kereta,,yang semput, memang semuanya dikutip dan dibela sebab kesian.
Pendek kata kucing ni cuma diberi makan, mandi dan tumpang berteduh.. Jarang sangat diizin masuk kerumah kecuali sakit atau nak beranak...
Entahlah , apa maksud tulisan yang panjang ni..
Betul...Kena jaga kucing2 ni daripada berak disana sini tapi memang itulah binatang. Hanya yang mampu dibuat bermuka tebal meminta maaf dan membuang tahi kucing tu setiap hari.
Tapi bimbang juga kucing masuk rumah jiran berak didalamnya.
Berdoa saja supaya Allah gerakkan hati kucing2 tu untuk tidak berak ditempat lain..
Sekadar inilah yang termampu buat untuk kucing tu.. Hanya berniat untuk memberi tempat untuk berteduh dan makan.
Itupun dan 3 ekor dah hilang tiba-tiba..taktahu hilang kemana. Kalau mati jauh benar ketiga tiganya mati. kesemuanya hilang berturut serentak hilang kucing2 yang melepak di longkang belakang rumah.
Sedih sangat. Mencari hingga ke pasar tapi tak jumpa.
Memang tidaklah suka atau sayang benar hingga bergomol dengan kucing. Mereka diberi tinggal disini hanya kerana kasihan dengan budget untuk membela sangat rendah kemampuannya..
Sedih juga..Nak buang kucing tak sampai hati, nak bela bimbang sakitkan hati jiran yang baik..
Semoga allah cukupkan keperluan supaya dapat berikan yang lebih untuk kucing-kucing dirumah ni..
................................................................
.................
..........
No comments:
Post a Comment