Thursday

Tip layanan kepada suami

Semalam abang tak kerja Tapi terpaksa jugalah hantar anak le taska sebab abang sakit badan dan saya kena siapkan thesis. Rasanya tak sempat hantar 30 june. Mungkin terpaksa lewatkan 3 4 hari. Minggu depan, 4-5hb anak-anak duduk dirumah sebab ibu yamah nak hantar anak dia masuk poli. tak cukup orang pula di taska dengan cikmah masih berkursus penjagaan kanak-kanak. Takpelah sebab  ibu yamah tak berkira dengan saya, sayapun selalu je tak hantar anak-anak bila ibu yamah minta pertolongan untuk berbuat begitu bila di taska ada hal. Tapi takpa anak-anak, pas siap je thesis ummi ni, tiap-tiap hari pun boleh dok kat rumah..yeay!!!  Pagi semalam setelah siapkan anak-anak, saya pun dah bersiap, abang pun baru sudah bersiap saya tanya abang.

Saya    "abang, abang nak pakai minyak rambut ke? "
Abang  "ntah la ye, topi abang kat mana eh?"
Saya    "oh abang tak mau minyakkan rambut la ye?"
Abang  "nape ayang tanya, pelik hari ni?"
Saya    "Saje tanya, kalau abang nak boh minyak rambut ayang nak tolong abang sapu"
Abang  "oklah oklah, nak pakai minyak rambutlah hari ni tapi pelik betul hari ni"

Hihi, saya pun minyakkan rambut abang dengan minyak rambut HPA itu..:)

Malam tadi saya tanya abang..

Saya     "abang dah potong kuku ke?"
Abang  "kenapa pulak ayang tanya?"
Saya     "Yela tadikan abang cari ketip kuku"
Abang   "Bila?"
Saya     "Tadi yang kita cari kat celah kusyen tu, abang dah potong kuku ke?"
Abang   "abang bukan potong kuku, potong isi lebih kat kuku ni je"
Saya     "ohh, kalau nak potong bgtau ye, nak tolong potongkan"
Abang   "esoklah"

Tapi pagi tadi abang dah siap potong pulak...
Hihi..sebenarnya saya tengah melaksanakan tip tips yang Rasullulah pernah pesan kepada anaknya fatimah iaitu:

" Mana-mana wanita yang

  1. melayani suaminya
  2. meminyakkan rambut suaminya
  3. menyikat janggutnya 
  4. menggunting misainya
  5. memotong kukunya
maka di akhirat dia

  1. diberi minum oleh Allah daripada air syurga
  2. dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut 
  3. dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga 
  4. dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka 
  5. dan selamat melintasi Titian SIrat tanpa menempuh kesusahan."

Menggunting misai dan janggut pernah jadi kira pernah sikat la jugak masa nak gunting tu..:) tapi jarang sangatlah buat bab ni.

Ada benarnya ilmu ini kena selalu dipelajari dan diingati. Kadang-kadang kita belajar tapi sebab kita jarang buat kita lupa. Namun bila kita selalu belajar, mungkin kita akan dengar perkara yang sama berulang kali namun pasti akan mencetuskan semangat semnagat baru untuk melaksannaya...

Jangan segan dan jangan berhenti menuntut ilmu walaupun pada benda yang sama...

Wednesday

Matawang Akhirat = Amal Soleh

Halaqah Sentuhan Qalbu ulangan TV9: Didunia ini ada stesyen-stesyen akhirat yang mendekatkan kita kepada amalan soleh iaitu:
  1. Tilawah alquran dengan pemahaman
  2. Majlis ilmu
  3. Ziarah kubur
  4. Selalu bersama orang berilmu
Jangan sibuk dunia tapi lupa akhirat. Orang yang berjaya adalah orang yang dalam sibuk tetap mengingati akhirat. Kita mungkin sibuk didunia mencari matawang dunia untuk kesenangan kita. tapi mungkin terlupa mengumpul matawang di akhirat iaitu amal soleh.

Tatkala kita berpakaian segak hari ini,
tatkala kita makan cukup hari ni,
tatkala kita kaya hari ni,
Nabi muhammad dahulu, beribadah hingga bengkak kaki, tiada makanan dia berpuasa, dia miskin dan tidak kaya. Bukan niat baginda untuk menyuruh umatnya ikut ibadah sampai bengkak kaki atau menjadi miskin tapi ingin mengingatkan hari akhirat yang paling penting
.

Janganlah hari ini kita segak didunia tapi selekeh diakhirat
Janganlah hari ini kita kaya didunia tapi papa diakhirat
Janganlah kita tiada matawang akhirat yang perlu kita bawa iaitu amal soleh.

Teringat kata-kata A samad said. Manusia menganggap dunia ini lama, tapi sebenarnya perjalanan akhirat itu lebih lama.

Ya Allah tuntutan dunia yang mencengkam ini membuatkan kami semua sibuk. Ya allah jika kami berlaku salah tunjukkanlah kami salah. Jika kami berada di jalan yang baik teruskan kebaikkannya. Ampunilah dosa kami. Semoga kami bahagia didunia dan diakhirat. Amin. 

Tuesday

49 juta!! Gila banyak???

BERBANGGALAH DENGAN KEKAYAAN DAN KEHEBATAN NEGARA KITA

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau tak dapat perangi kezaliman pemimpin didunia ini, TUNTUT saja diakhirat nanti.bukan senang nak jadi pemimpin. tapi depa senang ja nak guna 49 juta , 16K,..arghh cakap saja berapa amaunnya. Duit dan kekayaan berlegar dikalangan keturunan dan kroni.

Sedangkan Saidina umar lampu pun dia tutup bila tidak mengerjakan urusan negara, Pen pun ada dua untuk urusan negara dan peribadi..Pemimpin kita??? depa dok umah besar, ada rakyat papa kedana. depa pakai baju segak, ada rakyat pakai baju koyak..dan kita semakin tercengkam dengan banyak keperluan mendesak...

Dengan percaturan dan percakapan mereka terasa bagaikan diri ini hamba!!. mereka suka hati memperkotak katik diri kita sebab depa punya kuasa!! tak pa..tunggu saja akhirat nanti bila mana bukan sedikit persoalan dan tuntutan yang akan dibangkitkan....

Ya allah luaskan rezeki kami..kuatkan semngat kami. mudahkan urusan kami. Sesungguhnya kehidupan kami, kesenangan kami hanya dari nikmat dan rahmat kurniaanmu ya allah. bukan tertakluk pada mereka atau sesiapa saja. Ia milikmu yang mutlak...

Bila suami kursus

Dalam setahun, banyak kali abang terpaksa outstation. Pernah satu satu masa dalam sebulan abang terpaksa outing setiap minggu. Mula-mula tidak dapat terima alasan yang mereka bagi bila saya bertanya "kenapa tak buat saja di dalam UTHM, sedang UTHM dah punya fasiliti yang bagus?"
abang kata, alasan mereka buat di luar UTH adalah kerana untuk mengelak orang yang culas atau keluar untuk buat urusan lain.Bengang jugak sebab memang takleh terima alasan tu. Boleh saja peruntukkan pukul 8-5 untuk kursus dan bengkel dan penjangkan beberapa hari. Kena komitlah terhadap task yang diberi. Saya rasa boleh je, malah boleh jimat duit peruntukan kerajaan untuk perkara yang lebih penting. Tapi mereka tetap ada alasan mereka yang tersendiri. Saya ni pun sebab takmau suami asik keluar outstation je sebab memang berasa patah sebelah kaki. :).Tapi kiranya saya ni beruntung la berbanding ada orang yang terpaksa outstation setiap minggu banyak kali. Suami saya mungkin dalam setahun, sebulan saja yang kena outing setiap minggu, yang lain2 dan sekali sekala je.  sekarang ni terima jelah. nak buat camana...haha.

Cumanya bila abang takda dirumah, memang terasa patah sebelah kaki menguruskan anak-anak kecil yang rapat ini. Muhammad ammar lansung tak boleh tinggal. Yang kelakarnya bila saya ke dapur mesti Ammar ingat saya ke bilik air. Nanti Ammar ketuk pintu bilik air sebab ingat saya ada di dalam. Kesian. Sedih dan sayu tangisan dia. kalau ayah ada, ayah la pujuk dan bermain dengan Ammar.

Malam-malam kena bangun double bila kena pangku tugas abang buat susu untuk Umar. Saya kena bangun untuk Umar dan Ammar. Tapi ok la sikit sebab Umar dah jarang bangun sekarang ni. Selalunya sekali atau dua saja bangun untuk minum susu dan tukar lampin. Ammar sangatla banyak kali.

Bila nak memasak la payah sedikit sebab abang takde nak mengasuh. Kalut dibuatnya. Saya terfikir-fikir bagaimana suri rumah fulltime tu mengurus anak-anak serentak dengan kerja rumahnya.

Lately badan saya sakit-sakit. Bahagian pinggan kembali berasa berdenyut-denyut. Risau kalau-kalau penyakit lama datang kembali. tapi kali ni bahagian lutut berasa sakit dan bila bangun kaki apabila kaki memijak lantai, sakitnya sangat. Kalau urut2 kaki alhamdulillah berasa kurang sakit tapak kaki di awal pagi. Badan terasa sakit-sakit. Sebab tu kali ni berasa sangat memerlukan pertolongan abang. Tapi nak buat camana, dia perlu penuhkah tuntutan tugas dia. 

Semalam bila ambil anak-anak dari taska, saya tanya Ahmad Umar, Ayah mana? dia jawab ayah takde..bila sampai dirumah selalunya nak masuk rumah Umar akan ucapkan Assalamualakum Ayang (pelat umar Assekom) tapi petang semalam dia panggil ayah dia. Assekom Ayah. Mungkin dia ingat ayah ada dirumah. Tapi ayah takda. Kesian Umar.

Hari ni abang balik. semoga dia balik dengan selamat dapat bertemu dengan saya dan anak-anak.

Monday

Ini bukan jalan kau atau aku..Ini jalan Sempit!!!

Aduii softwareku ini. Makin disemak dan ingin dimasukkan ke dalam thesis makin ada saja salah yang kecil2. Sampai sudah tahap pening dengan kerja sendiri. Saya ambil keputusan harus keluar dan berhenti sekejap. Saya pergi beli susu Umar dan Ammar. Kemudian beli puting MAM. Puting botol susu Umar berlubang besar. Haih anak, janganla gigit puting tu..Umi kurang berkemampuan nak beli puting selalu..:) Nak bagi minum dalam sippy cup Umar takmau. Dia mau minum air sarsi dan air masak je dalam sippy cup tu. 

Sebenarnya nak cerita pasal sikap. Sikap orang yang makin tak munsabah dan kurang bertimbang rasa. Selalunya lalu jalan dalam boleh elak traffik yang berpusu di jalan besar Parit Raja ni. Tapi ada satu masaelah, iaitu ramai orang tidak sedar bahawa jalan tersebut adalah SEMPIT. Saya hairan bila ada orang bercakap, kalau kita dok sebelah sungai INI JALAN KITA. Kalau kita duduk sebelah dalam KENA BAGI JALAN kat yang sebelah sungai. NONSENSE!!!

Okla, okla..kalau jalan yang sebelah dalam tu ada reserve boleh la jugak kita berhenti di tepi. tapi kalau sebelahnya pun longkang atau tebing tinggi. Mau macam nak pecah jantung nak elak kereta yang melaju di sebelah sungai tu, konon-konon perasan jalan ni dia punya jalan sekarang. 

Tolonglah perlahankan kenderaan dan masing cuba ambil laluan yang paling tepi dan selamat!!. Bukannya tak pernah ambil periksa undang undang jalan raya. Bukannya tak tahu kalau melalui jalan sempit kita harus perlahankan kereta. Ini melaju semacam je. Gerun takut kereta berlanggar.
Yela yela, kau pemandu hebat. TAPI saya ni bukan pemandu hebat, Tolonglah bertimbang rasa.

Sudah-sudah meluahkan rasa geram, Puan Nurul Zakiah, sila mengadap kerja-kerja dan thesis anda dengan jayanya.

Sunday

Kenapa Umur 3 tahun?

Saya pernah terbaca satu penulisa di buletin intek UTHM yang mengatakan ketika anak-anak berusia 0-3 tahun ajarlah sebanyak mana perkara yang boleh kerana dimasa usia ini ingatan manusia bersifat kekal dan jangka panjang.

Lazimnya ketika anak berusia 3 tahun, anak sudah pandai bertutur dan memahami arahan. Jadi ketika ini ajarkan anak dengan kalimah-kalimah allah dan zikir, adab-adab sopan, mengajar anak tentang keesaan allah, bahasa, dan banyak lagi. 

Saya teruja dengan darwishndarwisya . Ya allah, bagaimana saya harus mnecari kekuatan seperti ibu muda itu. Ya Allah kuatkan azamku untuk melakukan dan mengikuti contoh-contoh yang terbaik..Insyaallah. Amin.
 
Saya petik dari "Islam menjawab"

MENANAMKAN AQIDAH ANAK USIA 0 SAMPAI 3 TAHUN.(Sebelum Mereka Berdosa Atau Bahkan Sesat Menjadi Kafir).
Naudubillaahi min Dzaliq...

Aqidah Islam

Aqidah Islam adalah iman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari akhir, kepada qadla dan qadar baik buruk keduanya dari Allah SWT. Keimanan terhadap keenam rukun iman tersebut haruslah didapat dengan proses berpikir dan dilandaskan pada dalil naqli maupun aqli. Akal memiliki peranan yang sangat besar dalam proses keimanan seseorang.

Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang beriman. Dan pada penciptaan kamu dan binatang-binatang melata yang berterbaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang meyakini.” (Al-Jaatsiyat 3-4)

Menanamkan aspek keimanan kepada anak dapat dilakukan dengan mencoba mempelajari proses kehidupan Rasulullah SAW selama bergaul dengan anak-anak dan langkah-langkah yang dilakukan Beliau dalam membina dan mendidik pribadi mereka. Kita akan menemukan lima pola dasar pembinaan aqidah sebagai berikut : Mengajarkan kalimat tauhid, Menanamkan cinta kepada Allah SWT, Menanamkan cinta pada Rasulullah SAW, Mengajarkan Al-Qur’an dan mendidik anak berpegang teguh pada aqidah dan rela berkurban.

Perkembangan Anak Usia 0-3 tahun

Secara fisik anak usia 3 tahun sudah mampu melakukan gerakan-gerakan motorik yang sederhana. Seperti berdiri dalam keadaan siap, berdiri dengan 1 kaki selama 30 detik, melompat-lompat seperti katak, naik dan turun tangga, mengayunkan lengan secara berulang-ulang, melambungkan bola dan menendang bola dalam keadaan diam. Perkembangan motorik halusnya antara lain bisa meniru gerak gerik tangan, memegang pensil, membuat sesuatu dengan benda yang lunak (plastisin), membalik halaman buku satu persatu, menarik garis datar dan tegak, melipat, dan menggunting mengikuti garis lurus.

Anak sampai usia 3 tahun juga sudah dapat menberikan informasi tentang dirinya (nama panggilan dan umur), menirukan kembali urutan kata (2 kata), mengikuti perintah sederhana, menyanyikan satu lagu, mengemukakan keinginan, mengungkapkan rasa, menyebutkan bilangan , dan senang mendengarkan orang bercerita. Anak juga sudah mulai mandiri, tidak tergantung sepenuhnya pada orang tua. Bisa makan dan minum sendiri, membuka dan menutup pintu, membuka celana dan baju, mencuci tangan sendiri dan buang air sendiri. Perkembangan kognitifnya antara lain bisa menyebutkan 4 warna, membedakan ukuran benda besar dan kecil, mengetahui bentuk lingkaran, segitiga dan segi empat. Anak juga akan terus bertanya dengan menggunakan kata “apa”.

Sekalipun belum fasih mengucapkannya, anak usia 3 tahun sudah dapat melafadzkan doa dan hadits, melafadzkan dan hafal kalimat-kalimat thoyyibah. Anak juga mulai dapat mengenal dan mau melakukan gerakan wudlu dan shalat sekalipun belum berurutan.

Penanaman Aqidah Pada Anak 0-3 tahun

1. Mengajarkan Kalimat Tauhid
Ibnu Abbas ra menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda:

Jadikanlah kata-kata pertama kali yang diucapkan seorang anak adalah kalimat Laa ilaaha illallaah. Dan bacakan padanya ketika menjelang maut kalimat Laa ilaaha illallaah”. (HR. Al-Hakim).

Tujuan dari memperdengarkan dan mengajarkan kalimat tauhid ini agar pertama kali yang didengar anak yang baru lahir adalah kalimat tauhid. Jadikan suara yang didengar pertama oleh mereka adalah pengetahuan tentang Allah, keesaanNya. Mengajarkan kalimat tauhid sejak dini juga dilakukan dengan memperdengarkan adzan di telinga kanan dan iqomah di telinga kiri. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra:

“Bahwa Nabi SAW telah meyuarakan adzan pada telinga Al- Hasan Bin Ali (yang sebelah kanan) ketika ia dilahirkan dan menyuarakan iqomat pada telinga kirinya”.

2. Mengenalkan dan Menanamkan Cinta Pada Allah
Mengenalkan Allah pada anak usia di bawah 3 tahun juga dapat dilakukan dengan terus menerus melafadzkan kalimat thoyyibah. Seperti mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akabar disertai dengan aktivitas yang dilakukan sehingga anak bisa menyambungkan bacaan dan aktivitasnya. Misalnya Alhamdulillah diucapkan sebagai wujud rasa syukur ketika selesai melakukan aktivitas tertentu. Subhanallah dilafadzkan jika melihat ciptaan Allah dan sebagainya. Selain itu anak juga mulai dapat dikenalkan Allah melalui ciptaanNya. Anak-anak seusia ini sangat senang dengan binatang. Anak bisa kita ajak ke kebun binatang, mendengarkan suara-suara binatang, bernyanyi dan lain-lain. Tentang siapa Allah, ajarkan Surat Al-Ikhlas dengan artinya, dan juga lagu-lagu yang syairnya dapat mengenalkan anak pada Allah SWT.

3. Menanamkan Cinta pada Rasul
Rasulullah SAW bersabda:

Didiklah anak-anakmu pada tiga perkara: mencintai nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Qur’an. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Qur’an itu berada dalam lindungan singasana Allah pada hari tidak ada perlindungan selain dari pada perlindunganNya beserta para NabiNya dan orang-orang yang suci” (HR. Ath-Thabrani)

Para sahabat dan ulama salaf sangat suka menceritakan sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW terhadap anak-anak mereka, dengan diselingi materi pelajaran Al-Qur’an. Pemahaman terhadap sejarah kehidupan Nabi diyakini akan memberikan pengaruh kepada pendidikan dan perkembangan jiwa anak. Karena pemahaman yang baik terhadap kepribadian Nabi SAW, secara tidak disadari akan menumbuhkan rasa cinta anak terhadap pribadi beliau. Beliau akan dijadikan sebagai tokoh pujaan yang pada akhirnya anak akan berusaha meniru apa yang beliau telah lakukan selama hidupnya. Langkah semacam ini secara perlahan akan membentuk pribadi anak tidak lepas dari patokan agama, mampu memahai makna cinta yang sebenarnya terhadap beliau, serta memiliki semangat jihad yang tinggi dalam rangka menyelamatkan umat manusia dari lingkungan yang penuh dengan kesesatan menuju lingkungan yang baik, dari dunia yang penuh dengan kebatilan menuju dunia yang penuh dengan kebenaran, dan dari lingkungan yang penuh kebodohan menuju cahaya Islam yang gemilang.

4. Mengajarkan Al-Qur’an
Mengajarkan Al-Qur’an kepada anak berarti mengajak anak untuk dekat kepada pedoman hidupnya. Dengan cara itu, mudah-mudahan kelak ketika dewasa anak-anak benar-benar dapat menjalani hidup sesuai dengan Al-Qur’an. Inilah satu-satunya jalan untuk membentuk menjadi manusia yang shaleh. Mengajarkan Al-Qur’an pada anak 0 sampai 3 tahun dapat dilakukan dengan mulai mengenalkan, memperdengarkan, dan menghafalkan. Tak heran bila Rasulullah mengingatkan kita untuk mendidik anak dengan al Qur’an.

Sesungguhnya Al-qur’an ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberi kabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal shalih bahwa bagi mereka ada pahala yang besar”. (QS. Al-Isra : 9).

Mengenalkan Al-Qur’an
Saat yang paling tepat mengenalkan Al-Qur’an adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Anak usia 2 sampai 3 tahun biasanya sudah mulai tertarik dengan buku. Hal ini penting, karena banyak orang tua yang lebih suka menyimpan Al-Qur’an di rak lemari paling atas. Sesekali perlihatkanlah Al-Qur’an kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, apalagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik. Mengenalkan Al-Qur’an juga bisa dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyyah. Bukan mengajarinya membaca, tetapi sekedar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D. Tempelkan gambar-gambar tersebut ditempat yang sering dilihat anak.Tentu dilengkapi dengan gambar dan warna yang menarik. Dengan sering melihat, akan memancing anak untuk bertanya lebih lanjut. Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf Al-Qur’an.

Memperdengarkan
Memperdengarkan ayat-ayat Al-Qur’an bisa dilakukan secara langsung atau dengan memutar kaset atau CD. Kalau ada teori yang mengatakan bahwa mendengarkan musik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, Insya Allah memperdengarkan Al-Qur’an akan jauh lebih baik pengaruhnya buat bayi. Apalagi jika ibu yang membacanya sendiri. Ketika membaca Al-Qur’an, suasana hati dan pikiran ibu akan menjadi lebih khusyu’ dan tenang. Kondisi seperti ini, akan sangat membantu perkembangan psikologis janin yang ada dalam kandungan karena secara teoritis, kondisi psikologis ibu tentu akan sangat berpengaruh pada perkembangan bayi khususnya perkembangan psikologisnya. Ibu yang sering mengalami stress, tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya.

Memperdengarkan Al-Qur’an bisa dilakukan kapan saja dan dimana saja. Juga tidak mengenal batas usia anak. Untuk anak-anak yang belum bisa bicara, Insya Allah lantunan ayat al Qur’an itu akan terekam dalam memorinya. Dan jangan heran kalau tiba-tiba si kecil lancar melafadzkan surat al-Fatihah, misalnya begitu dia bisa bicara. Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Qur’an (surat-surat pendek) terbukti memudahkan anak menghafalkannya.

Menghafalkan
Menghafalkan Al-Qur’an bisa dimulai sejak anak lancar berbicara. Mulailah dengan surat atau ayat yang pendek. Atau potongan lafadz dari sebuah ayat (misalnya fastabiqul khayrat, hudallinnas, birrulwalidayn dan sebagainya). Menghafal bisa dilakukan dengan cara sering-sering membacakan ayat-ayat tersebut kepada anak, dan latihlah anak untuk menirukannya. Hal ini dilakukan berulang-ulang sampai anak hafal di luar kepala. Masa anak-anak adalah masa meniru dan memiliki daya ingat yang luar biasa. Orang tua harus menggunakan kesempatan ini dengan baik, jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak. Menghafal bisa dilakukan kapan saja. Usahakan di saat anak merasa nyaman. Walau demikian, hendaknya orang tua tetap mempunyai target baik tentang ayat, atau jumlah yang akan dihafal anak.

5. Mendidik Berpegang Teguh Pada Aqidah dan rela Berkurban
Aqidah yang tumbuh dan tertanam dalam jiwa anak merupakan sesuatu yang sangat penting sebagai salah satu pijakan dan pedoman hidup dalam menata masa depan yang berarti dan secara tidak langsung berdampak positif bagi kelangsungan hidup masyarakat. Karena itu penanaman aqidah pada anak sejak dini merupakan sarana pendidikan yang efektif bagi pertumbuhan dan perkembangan jiwa anak. Dan diakui bahwa aqidah yang tertanam dalam jiwa anak akan semakin kokoh apabila anak bersangkutan memiliki nilai-nilai perjuangan dan pengorbanan dalam dirinya untuk membela aqidah yang diyakini kebenarannya, bahkan tidak peduli terhadap resiko yang mengancam dirinya. Semakin kuat nilai perjuangan dan pengorbanan seseorang akan semakin kokoh pula aqidah yang dimiliki.

Ceritakan kisah anak-anak para sahabat yang sangat antusias mempelajari ajaran Islam, bahkan tidak sedikit yang berani berkurban untuk menegakkan dan mengharumkan kalimat Allah. Imam Ahmad dan Bukhari mengeluarkan sebuah hadits yang bersumber dari Anas Bin Malik r.a yang menceritakan bahwa Haritsah Bin Ar-Rabi’ r.a ikut dalam perang Badar, padahal dia masih kecil. Tiba-tiba sebatang anak panah mengenai urat lehernya, dan mati syahidlah dia. Mendengar berita bahwa anaknya telah gugur di medan perang, ibunya menemui Rasulullah SAW seraya berkata’ “Ya Rasulullah, aku mendengar anakku, Haritsah telah gugur. Jika ia termasuk ahli syurga, aku akan tabah menghadapi musibah ini. Namun, jika terjadi sebaliknya maka Allah akan melihat apa yang akan aku lakukan ini”

Rasulullah SAW bersabda, “Wahai ibunya Haritsah, anakmu tidak hanya ada di dalam syurga, bahkan dia berada di dalam syurga yang banyak. Dia menjadi ahli firdaus yang paling tinggi”.

Wallahu’alam bi Al-Shawab
Barakallaahu fiikum,
Wassalamua'laykum wr.wb.
~Jeanny Muslimah~

Ahmad Umar dan Muhammad Amar Belajar Solat

Ada sesetengah pendapat mengatakan, untuk mendapatkan khusyuk dalam solat perlu elak anak-anak kecil berada bersama kita ketika solat. Betul, bukan mudah nak mengelak anak yang belum bersunat yang mungkin duduk di atas riba kita semasa solat dan sebagainya. Bila mereka duduk pada kita, memang kena cepat-cepat mengangkat atau mengalih anak kerana dikhuatiri solat kita tidak sah kerana membawa najis. Jadi mana nak khusyuk. Tapi bukan mudah juga nak letak anak dalam playpen atau meletak didalam bilik lain membiarkan mereka berseorangan. Risau hati apabila anak mengangis sampai macaam nak berdarah anak tekak. Lagilah tidak khusyuk dan akhirnya terpaksa membiarkan anak bersama-sama kita ketika kita solat. Terpaksa tunggu untuk sujud bila mana mereka parking lama di atas sejadah atau dalam keadaan yang lebih darurat terpaksa alih mereka bila mereka duduk di riba.  Tapi bila kami suami isteri ada di rumah, kami bergilir-gilir soat dan menjaga anak-anak. Tapi kami tetap bersolat di ruang tamu biar anak nampak semua perlakuannya.

Agak tidak khusyuk dan memang kalau tak da anak pun bukan senang nak khusyuk. Harapnya sampai la juga ke tahap solat mujahadah walaupun sedikit. Namun alhamdulillah dengan membiarkan anak-anak melihat kita bersolat, mereka minat dan ingin melakukannya. 

Ahmad Umar sudah pandai mengambil wuduk. Walaupun masih kurang sempurna antara berniat, cara meratakan air kemuka dan memberishkan hidung dll, Ahmad Umar tahu turutan mengambil wuduk dari membasuh muka hinggalah membasuh kaki. Saya hanya memberi panduan sekali sekala sahaja. Selebihnya Ahmad Umar belajar dari pemerhatiannya ketika saya dan suami berwuduk dan saat azan di TV9 bila ada dua adik remaja mengambil wuduk. Bila melihat adik lelaki itu mengambil wuduk Ahmad Umar pun meniru gaya mereka berdua sebab saya pernah mengajarnya. 

Sekarang Ahmad Umar dalam proses belajar solat dan menghafal al fatihah. Alhamdulillah, Ahmad Umar sudah kenal apa itu sujud dan rukuk. Bacaan fatihahnya pun sudah semakin jelas apabila dia mengikut saya membacanya. Cara saya mengajarnya, sejak dari kecil semasa menghantar dia ke taska saya akan bacakan alfatihah dan doa penerang hati ketika kami berada di dalam kereta. Jika di rumah dimasa terluang saya mengajaknya membaca bersama dan ketika solat tertentu, ayahnya membaca surah dengan suara yang kami boleh mendengarnya.


Alhamdulillah. Saya berharap sangat agar ia membuahkan hasil yang positif. Tidak lain tidak bukan saya bermohon agar Allah tambah semangat dan kekuatan dan mencapai cita-cita mendidik anak yang soleh. Amin. Saya ingin kongsikan pendapat dan panduan dari Wardina safiah tentang caranya mendidik anak untuk bersolat. Semoga kita beroleh manfaat. Sebelum ni rakan saya berkongsikan kisah seorang ibu berjaya mendidik anaknya sekecil 3 tahun berupaya menghafal 30 juzuk alquran. Seronoknya jika beroleh kekuatan seperti ibu anak kecil itu. Teringat satu bacaan mengenai islamic parenting bila mana anak kita sudah pandai dan faham bertutur, ajarkan anak-anak kita kalimah2 allah dan ajarkan anak kita menyebut la illa ha illallah. Alhamdulillah Ahmad Umar sudah pandai. 

Muhammad dalam proses. Dia juga seperti Umar ketika kecil dulu. Meniru gaya Ummi dan Ayah bersolat dengan extremely sujud seperti orang mengangkat punggung untuk berlari pecut. Pernah saya ceritakan di layar maya ini. Namun besar harapan saya agar mereka menjadi anak-anak yang menegakkan solat. Insyaallah. kongsila pengalaman dan cara2 rakan blog mendidik anak solat. Insyaallah pasti menjadi ilmu yang besar manfaat untuk kita semua.

Ini dari catatan nota wardina saffiah di FBnya. Semoga kita beroleh semangant dan manfaat. 
Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....

Thursday

Ammar di Hari Keluarga UTHM

Godek godek FB terjumpa gambar Muhammad Ammar masuk pertandingan wajahku wajahmu jua masa hari keluarga UTHM yang lepas. Hihi tak menang pun..tapi takpe, wat meriah majlis sebab saya pun tak faham pertandingan tu nak main macam mana. Depa kata judge wajah sama antara mak ayah dan anak. Tapi kan kami main masuk je..At least dapat gak sagu hati.

Tunggu lama gak masa hari keluarga hari tu. Cabutan bertuah gempak-gempak tahun ni berbanding tahun dulu-dulu. Takde dah hadiah jam loceng. Kali semuanya barang mahal. Ada IPAD, TV, mesin basuh, kamera dll. Semuanya branded dan 84 cabutan semuanya. DASYAT!! Kami tunggu la jugak. tapi tak rezeki cabutan pun. Takpala boleh happy happy dan jumpa ramai kawan.


Masa diminta buat aksi mak dan anak ni, Muhammad Ammar  mana nak duduk diam-diam. Takda aksi pun. hihi..Yang kelakarnya Ahmad Umar pun turut beraksi gak. Meriah..:)

 
 

Wednesday

Muhammad Ammar : Eating Mango


Muhammad makan buah mangga harumanis. Ahmad pula tak suka makan benda lembik2. Durian pun tak makan. Adik tak kisah. Durian pun adik makan. Taktaula kalau sebab dia kecik lagi semua pun makan. Tengok nanti besar sikit macam mana, sama tak cam Ahmad

Ahmad tak suka bawang. Dia tahu bila ada bawang dalam mulut dia. Sama macam ayah. nanti geli geleman sampai nak muntah. 

Ummi la pengutip bawang dalam pinggan masing2 untuk dimakan. Huhu.

Muhammad dah bertambah berat dan besar. Makin lasak. Dia pun dah ikut Ahmad dan Ayah panggil Ummi, Ayang. Takpalah ketiga tiga boboy dalam rumah ni panggil ummi ayang..:) 

Dikasihi atau dibenci

Dalam kehidupan seharian seboleh-bolehnya ingin berkelakuan biar semua orang senang dan gembira. Namun dalam perjalanan hari-hari ini bukan semua boleh jadi suka atau semua jadi duka. Kadang kala perbezaan pendapat mebuatkan kita selalu bertelegah. Perbezaan itu tidak dicerna supaya bertemu dengan titik yang menyatukan kita.Kadang-kala cara kita terdidik juga mempengaruhi apa yang difikir, apa yang disimpulkan dan sebagainya. Contoh satu keadaan.

Pak Daud ke surau memakai jubah dan serban yang menjadi sunnah Nabi Muhammad. Mungkin ada satu orang berkata :tunjuk alim sangat. macam bagus pakai jubah. sekarang zaman moden tak payah pakai jubah.

Atau satu orang berkata: Alhamdulillah, mudah mudahan dia mendapat syafaat di padang masyar nanti asbab dia menjalankan sunnah nabi memakai jubah dan serban.

Jika tidak ada ilmu atau buruk sangka, kita mungkin berkata seperti orang pertama, sebaliknya mungkin kita bercakap seperti orang kedua.

Teringat cerita Ular Emas(Ulangan) semalam bila Lisdawati dalam lakonannya berkata " Kalau baik sangat pun nanti orang tak suka"

Apa yang mungkin kita dapat simpulkan disini?? Takkan buat baik pun orang tak suka. Mungkin pada hemat saya seperti Nabi Muhammadlah, ketika dia diutuskan sebagai penyelamat umat, masyarakat jahilliyah membenci dan menentang dakwah baginda habis habisan sehingga baginda diancam bunuh. Malah dicaci dan disihir. Dalam perjalanan dakwahnya, dugaan mana yang tidak baginda tempuh sedangkan baginda menyampaikan kebaikkan. Dalam hati musyrikin ada kala membenarkan kata-kata nabi namum kerana kesombongan mereka, mereka tetap menentang Nabi Muhammad.

Begitulah mungkin dalam cerita Ular Emas tu, duduk dikelompok jahil dan jahat, mana ada yang suka kebaikkan yang dicakap atau dihulurkan. Kadang kala kebaikkan itu disambut dengan perasaan dengki dan iri hati. Kadangkala kebaikkan itu disambut dengan prasangka dan dan cemburu.

Apapun teruskan melakukan kebaikkan. Teruskan menyebarkan salam. Teruslah menunjukkan keprihatinan kepada saudara dan jiran, Teruskanlah menghulurkan bantuan, teruskan melebarkan senyuman kerana:

"Sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah. Dan Kalaulah (amal yang seberat zarah itu amal kebajikan), nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya pahala yang amat besar" Annisa' -40

Dalam melaksanakan kebaikkan jangan lupa beramal yang wajib kerana Allah takkan menerima yang lain selagi kita tidak menunaikan yang wajib iaitu solat lima waktu. Dalam melaksanakan kebaikkan, ya bukan mudah nak iklas. Banyak orang mula-mula ada sifat besar hati, riak atau menunjuk-nunjuk. Tapi tak mengapa..teruskan melakukan kebaikkan kerana ikhlas perlukan latihan. Seperti lawak Ustaz Badli Shah Alauddin pagi tadi dalam muqaddimah TV9 jangan la seorang isteri apabila suaminya balik rumah tiba-tiba isteri pun ajak makan luar. Isteri pun bagitau suami " saya tak masak hari ni sebab saya rasa tak ikhlas". Ustaz kata tak bolehla macam tu. Nanti sebab rasa tak ihklas, solat pun kita tak buat. Ikhlas memerlukan latihan. Buatlah sedikit-sedikit lama kelamaan dengan istiqamah pasti berasa kenikmatannya.

Apapun jadilah manusia yang baik
dimana bila ada didepan mata akan sukai
bila jauh meninggalkan dirindui
dan bila mati akan ditangisi

Jangan jadi manusia jahat
dimana bila ada didepan mata akan dibenci
bila jauh meninggalkan tidak dirindui
dan bila mati akan dirai.

PS:
Pangkat paling tinggi yang semua org akan dapat ialah PENCEN. Gelaran yang tertinggi semua orang akan dapat ALLAHYARHAM. Tiada guna menunjuk nunjuk.

Tuesday

IT's You

The mystery of whose story it will be of who draws the curtain.
Who is it that chooses our steps in the dance?
Who drive us mad lashes us with whips and crowns us with victory then we survive the impossible
Who is it..
Who honors those we love with the very life we live?
Who sends monsters to kill us and at the same time sings that we'll never die?
Who teaches us what's real and how to laugh at lies?
Who decides why we live and what we'll die to defend?
Who chains us?
And who holds the key that can set us free?
it's You!

~~Sucker Punch~~

Monday

Tak rasa ke? Nak makan pun takut.

Sejak hal-hal halal dan tak halal semakin didedahkan, semakin takut dirasakan untuk membeli makanan diluar. Tambah-tambah yang ditin, ataupun fast food. Sudah hampir setahun kami sekeluarga tidak menjejakkan kaki ke McD, KFC dll. Mulanya asal niat memang nak berjimat. Kemudian kembali memboikot especially McD atas kempen dan gesaan Wardina di facebook dan lama kelamaan rasa teringin nak ke Fast Food terus hilang. Sejak Golden Churn disahkan TIDAK HALAL dengan penemuan DNA Babi didalamnya semakinlah saya terasa, siapa yang tak pernah terkena zat zat babi. Golden Churn tidak halal. Ya kita sebagai pengguna boleh berhenti dari membelinya. Tapi bagaimana dengan rantaian penggunaan Golden Churn ini? Kedai kek mana masih guna? Kilang roti mana masih guna? Mati langkah saya untuk beli kek disebarang kedai. Mati selera juga nak memilih mana merjerin/mentega yang benar-benar halal. 

Apapun syabas buat TPM, JAKIM, IPTA dan mereka yang mempunyai peralatan yang boleh mengesan DNA Babi ini, berbanding kaedah lama yang hanya menyemak bahan2 di kilang melalui visual sahaja. Dengan adanya peralatan yang boleh mengasingkan DNA Babi mungkin akan mencetuskan satu suasana baru dalam kita memilih dan menentukan produk halal. Usaha ini harus ditingkatkan terus menerus agar lebih banyak produk dapat disahkan halal dengan yakin. 

Tapi dunia sekarang yang semakin maju ini tidaklah begitu menyenangkan kita. Peniaga kadangkala semakin rakus menjual dan mencipta produk makanan tanpa memikirkan hal-hal keselamatan dan kesihatan pengguna. Janji dapat jual barang. Janji barang tahan lama. Saya sendiri bila hendak memebeli ikan pun takut-takut. tambah di Parit Raja yang bukan tepi laut ni. Kerisauan itu pernah saya catitkan disini. Ikan pun diawet. Timun pun ada e-coli. Sayur-sayur penuh dengan pestisid. Air minuman yang dibotolkan dan makanan yang ditinkan terdedah dengan risiko bahan karsinogen, ubat-ubatan yang melegakan penyakit tapi mendatang risiko penyakit lain pula jika diambil berlebihan. Tidakkah kita risau?? Sungguh ini bukan omongan kosong. Saya pasti ramai antara kita sedar produk2 yang kita guna ada bahayanya tapi kita terpaksa guna tau kita masih mahu guna. 

Cakap pula pasal susu tepung anak bermacam kerisauan yang menjengah fikiran. Bukan setakat peningkatan dan penambahbaikkan kononnya banyak vitamin atau lebihan DHA itu bagus, tapi pernah tak kita menyedari dalam dunia ni berapa juta orang minum susu. Malah penghasilan susu perlu banyak untuk menampung keperluan manusia. Hinggakan tanpa kita sedari binatang ini DITERNAK TANPA MENGAMBIL KIRA FITRAH haiwan berkenaan. Lembu dikurung hanya untuk menghasilkan susu. Lembu pun nak ambil angin segar. nak enjoy-enjoy, nak jugak hilangkan stress. Kadang-kadang mereka dibiarkan berkerja untuk menghasilkan susu sampai ada lembu-lembu yang gila (Dari Kuliah Ustaz Kazim). Sekarang sudah hampir 6 bulan kami bertukar kepada Biomil.

Ada orang kata kenapa kita bising pasal babi, halal haram, sedangkan zina kita tak peduli. Sedar tak Zina tu berhasil dari sumber makanan yang tidak halal la. Kenapa banyak perkara maksiat dan manusia jadi tak tentu hala. Semuanya bermula dari apa yang kita makan. Ustaz Kazim kata kenapa telah ada unsur-unsur kebabian dalam diri kita walaupun kita tak makan babi. Ini sebab kita terambil dari produk produk makanan yang bukan muslim hasilkan dimana mereka tidak faham apa itu halal secara total. 

Begitulah juga anak-anak kita yang cepat stress dan tidak kuat semangatnya. Dikhuatiri mereka terkesan dengan susu yang dihasilkan. Seorang ibu gila tidak bpleh menyusu anaknya dikhuatiri anaknya terkena penyakit gila itu. Begitulah kalau kita terkena dengan produk susu yang mana susunya dihasilkan dengan banyak tanpa mengira fitrah haiwan tersebut. 

Banyak benda makanan yang mengudang persoalan??? Sampaikan saya dirumah hanya makan apa yang dimasak dengan tangan sendiri. Malah berusaha sedaya mungkin membeli produk2 yang terjamin halal. Tapi sejauh mana tidak terjebak saya tidak pasti dan sedih memikirkannya. Bukan sahaja takut tentang halal tapi selamat atau tidak. Ustaz Kazim seendiri mengakui zaman kini, nak makan pun takut...Menjadi fardhu kifayah untuk umat islam bangun menghasilkan produk sendiri. Malah umat islam kena berhati hati dan tingkatkan usaha agar kita dijauhkan dengan sumber makanan yang tidak halal, tidak suci dan berbahaya kepada kesihatan. 



Tersepit Celah Dinding

Tadi di Berita tengahari TV7 ada kisah budak tersepi di celah dinding semasa main sorok-sorok dengan kawan-kawannya. Apabila pergi semakin dalam, budak tersebut tak dapat keluar sebab bangunan semakin sempit. Budak tu tersepit hampir 3 jam dan bomba terpaksa gunakan kaedah pengembangan angin untuk menjarakkan bangunan dan akhirnya budak tu dapat keluar.

UMAR TERSEPIT

Bila tengok cerita tu terus teringat Umar tersepit kat rumah tok lang dia di Alor Gajah. Belum sempat lagi nak tunjuk perihal Umar kat Maklang dan Paklang. Harus mereka tergelak melihat kerenah cucu yang seorang ini. Dah jelas, jelas sebelah tu ada jalan untuk lalu, tapi taktahulah idea apa yang muncul dalam kepala Umar bila dia nak lalu ikut celah tu. Nasib baiklah tak payah panggil bomba. Nanti bomba datang berlumba-lumba 


Banyak Wild Idea Umar ni yang akhirnya ada saja kelucuan atau tangisan yang terjadi contohnya tersepit di hanger macam ni.

Friday

Budi bahasalah sikit

Gamaknya betul la kot rakyat Malaysia ni dikatakan kurang dengan sifat polite seperti statistik yang dikeluarkan oleh Readers Digest suatu masa dulu. Walaupun dikatakan bangsa melayu dikatakan kaya dengan budi bahasa dan sopan santun tapi nampaknya ia semakin terhakis. Tapi memang ada yang masih bersopan dan polite cuma saya geram dengan sikap orang yang tak berbudi bahasa neh..
 Sebabnya semalam masa parking di Pasaraya Wellward, ada satu kereta Honda yang gagah perkasa parking di sebelah kereta VIVA kami yang kecik ni. Dahla perking tak betul, masuk ke petak kami, dia buka pintu hentam lak side mirror VIVA yang kecik ni. Yang geramnya, saya ada dalam kereta, saya pandangla makcik tu, tapi selamba bodo je dia pandang saya dan berlalu. Aikk..kot la nak angkat tangan cakap sorry. Bukanla nak kesah pun takat calar sikit. kot kalau tercabut side mirror tu marah la jugak sebab sebelah saja side mirror harganya RM 700. Tapi rasa terkilan sebab saya terasa macam dia rasa dia bawa honda dia kaya, boleh besar diri nak minta maaf pun tak boleh ka.. Takpa-takpa sangka baiklah walaupun hati terasa, bahawa sebenarnya  dia tergamam sebab terkena VIVA yang kecik ni sampai tak tau dan terlupa nak minta maaf. Takpalah saya maafkan.

Bukanlah kami nak kata kami paling polite, ada je yang polite tapi memang kami jumpa ramai yang tidak polite.Satu lagi cerita, usually, bila keluar dari pintu bank suami akan tolong hold pintu untuk orang yang nak masuk. Tambah2 yang bawak anak atau bawa barang. Yang kelakarnya bila dah tolong hold pintu, abang akan jadi JAGA PART TIME bila ramai pulak yang akan masuk. Kadang kala sampai 5 6 orang masuk serentak. Kotla ye, dah nampak jelas abang tolong hold pintu, orang yang kemudian masuk tu hold pintu untuk DIRI sendiri la Deiiii!!! Macam biasa Rakyat Malaysia memang kurang nak cakap Terima Kasih..

Teringat kata-kata seorang rakan. Dalam apa yang kita lakukan jangan kita lupa dua perkataan, iaitu Tolong dan Terima Kasih. Ada orang yang jenisnya main suruh je. Kotla nak tanya kita ada hal ke, ada duit ke yang dia tau bagi arahan je. Dah dapat Terima Kasih pun Tadak. Memang betul hidup ni tak payah berkira, tapi setiap orang dari kita kalau menjaga hati, bersungguh-sungguh menghormati orang lain pasti kita semua berasa seronok hidup dalam satu kelompok masyarakat.
Itu baru bab sopan santun belum lagi bab sebarkan salam. Berapa ramai yang sebarkan salam. Bukan susah nak sebut Assalamualaikum. Kadang-kadang bila kita beri salam pada yang dikenali atau tak dikenali mereka seakan terkejut malah sampai kelu nak jawab waalaikumussalam. Kesian kat kita di Malaysia sebab Salam jadi perkara wajib bila nak masuk rumah kita dan rumah orang je.

Saya selitkan perkongsian disini dari Saifulislam.com..Cederahati Tahun Merawat Malaysia 2007

Kesedaran sivik?
Menyebutnya seperti menyebut tentang suatu subjek yang sungguh klasik.
“Belum pernah lagi terjadi selama kami duduk di Ireland ini, kereta tidak berhenti dan memberikan laluan setiap kali kita mahu menyeberang jalan”, cerita saya kepada emak semasa membawa keluarga bersiar-siar di Belfast. Membawa anak-anak semasa membeli belah akan menyebabkan lebih banyak ‘syafaat’ (Baca artikel “Akhlak Itu Bukan Lalang”) yang diperolehi kerana keprihatian anggota masyarakat yang protective terhadap maslahah kanak-kanak.Malah zebra crossing memang benar-benar milik pejalan kaki.....Sila baca selanjutnya .Cederahati Tahun Merawat Malaysia 2007

Thursday

Saya nak jadi Bidadari Didunia dan Disyurga!! Amin


Ketika hilang segala yang nyala
Kau hadir dengan pelita hati
Sungguhmu melangkah kesopanan
Tiada bicara dapat dilafazkan

Semoga kau menjadi isteri yang berlemah lembut dengan dirimu wahai suami. Menjauhkan bentakkan yang menyakiti hatinya. Semoga akad yang terlafaz bukan hanya satu perjanjian yang termeterai diatas sekeping kertas. Namun ia adalah perjanjian dengan tuhan yang mendambakan kau menjadi seorang isteri yang solehah.

Rasulullah S.A.W bersabda " Apabila seseorang itu berkahwin, dia telah melengkapkan separuh daripada agamanya. Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah yang separuh lagi"


Pulangku kau sambut dengan senyuman
Pemergianku didoakan kemuliaan
Kau sulam kasih sayang ini dengan kemesraan
Walau kesederhanaan yang mampu ku hulurkan

Jangan lupa kau menghantar suamimu dimuka pintu dengan senyuman. Jangan lupa kau memandang wajah suamimu tatkala dia berbicara kalam. Jangan lupa kau sambut dirinya dengan sejuta ketenangan. Hapuskan ketidakpuasan hatimu tatkala suami bersalahan. Terimalah segala yang dia sembahkan.
 
Kau tadah penuh keredhaan
Limpah syukurmu,ku susun rapi
Sunguh dirimu dapat ku hargai
Sebagai bidadari

Jangan pula kau meminta-minta sesuatu yang tidak suamimu berkemampuan. Redhalah pada setiap kesusahan. Allah telan menjanjikan dengan meningkatkan takwa dirimu akan keluar dari segala kesusahan. Andai kau bersabar bermanis muka, dan bermesra bersama suamimu sehingga suamimu redha di penghujung nyawa, mahukah kau menjadi bidadari buat kali kedua dan abadi di dalam syurga.

"Rasulullah S.A.W bersabda "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik diantara segala yang bermanfaat didunia."

Kau permaisuri hati
Kau permata suci
Akan ku tatahkan hatiku dengan sinar iman
Akan ku hiasi jiwamu dengan kewajiban
Tanda mensyukuri anugerah Tuhan
Serta anak yang menjadi penawar

Ya, wahai suamiku aku ingin menjadi permaisuri hatimu. Jadikanlah diriku permata yang sentiasa tersemat dihatimu. Ajarkan daku ilmu. Ajarkan daku taat. Ajarkan daku takwa. Insyaallah diriku akan mengikut solehmu bersama anak-anak yang dianugerahkan menjadi mutiara cinta kita.

Dari Ahmad dan Ibnu Majah Rasulullah S.A.W berkata "Harta yang paling baik adalah lidah yang mengingat Allah, Hati yang bersyukur dan isteri yang beriman yang membantu suami dengan keimanannya"

Dirimu anugerah Tuhan
Amanah buat insan beriman
Rusuk kiriku dicantumkan
Agar dapat kita bergandingan 
 
Tatkala ikatan cinta kita termeterai, diriku tahu akulah milikmu didunia. Aku adalah amanahmu. Aku adalah adindamu. Yang kita berdua amat mencitakan, agar kita bergadingan sepanjang jalan. Insyaallah. Makbulkanlah doa kami wahai Tuhan.

Dari At Tirmizi Bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang wanita yang suaminya redha kepadanya semasa dia (isteri) meninggal dunia akan terus masuk syurga"

Wednesday

Ahmad Umar ada Banyak Angin Dalam Badan

Seringkali teletah anak-anak mencuit hati. Tambah-tambah bila anak-anak sudah memahami perbuatan dan percakapan kita. Dan yang paling menarik keletah mereka bila mereka sudah pandai bercakap dengan vocab yang banyak dan mengikut citarasa sendiri. Citarasa sendiri??Mmmm rujuk Magic Word Umar di sini.

Selalunya bila baring depan TV, Ahmad Umar dan Muhammad Ammar akan main "smack downkan Ummi dia". Perit jugak badan, tapi saya memang tak mampu nak marah. It is the best way for us to cuddle, touch each other setelah mereka seharian ditaska tanpa Ummi. Bila dah dok smack down ni, sakit la jugak. Ammar dengan gaya dia, dah pandai berdiri kemudian menjatuhkan badan dia ke atas badan ummi dan apabila mendudukan badannya dia menjatuhkan pula badannya hingga terbaring dia atas tilam dan mengulangi perbuatan tersebut sampailah dia boring. Umar pulak, dengan gayanya mendepakan tangan, berlari untuk memeluk ummi dan mencium2 pipi Ummi. Sakit jugakla..Boleh tahan!! Bila dah mengaduh sakit, Semalam Umar pun buat satu kelakuan. Saya pun tak faham tapi bila dia pegang kaki saya baru saya faham kelakuannya ialah MENGURUT. 

Saya pun cakap ngan Umar "Terima kasih Umar, Umar Urut Ummi ye..Ok ok, meh Ummi Urut Umar pulak" Mula-mula saya urutlah kat bahu dia, kemudian saya urut pulak kat kaki..Tiba-tiba Umar buat bunyi..Erk erk erk erk..Bila saya urut kaki yang sebelah lagi, lagi laju plak erk erk Umar. Rupanya dia meniru gaya "belahak" bila diurut..

Saya pandang suami..Pecah ketawa!!! Seriusly, dirumah saya dan suami tak pernah urut sampai terbelahak belahak..Saya cakap ngan suami, mesti dia tiru gaya Ibu-ibu dia ditaska..Huhu..Apapun erk erk erk Umar tu sangat kelakar..Alahai Anak-anakku. Terima Kasih...

Protokol Minum Sup..Sebab kena cedok ke depan..:)

Macam biasalah, sambil wat kerja research, telinga mendengar apa yang di sebut di TV dan mata kadang kala menjeling bila tiba part yang menarik. Sekarang ni cerita Gadis Melayu Ulangan dimana gadis -gadis melayu  tu diuji dengan protocol dan table manner. Sekarang ni depa tengah makan sup. Jadi saya teringatlah satu kisah lawak yang saya tak ingat siapa yang sampaikan pada saya.

Kenapa protokol minum sup kena cedok dari bahagian mangkuk di bahagian depan kita dan menolak sudu ke depan untuk mencedoknya?? Contohnya macam gambar ni..Ha, cuba agak kenapa..:) Dapat agak tak kenapa??

Sebab, kadang-kadang sup terlampau sedap jadi ada kemungkinan kita makan hingga tak sedar orang atau laju..jadi bila sudu di tolak ke depan, jika kita tersalah etika, sup tu kena kat orang depan kita la..tak kena kat kita..huhuhu..:) "Ha padan muka kau" !! penyampai cerita ini berseloroh!!

Ya, etika dan table manner ni memang membantu untuk kita berkelakuan OK..Tapi apapun just be diri kita. Kadang-kadang etika ni buat kita kekok. Tapi with some help from table manner and etiquette kita just berkelakuan sesopan diri kita..pasti lebih selesa. :) 

Namun kadang-kadang etika di meja makan yang berpaksikan barat ini mungkin tidak sesuai dengan kita. Contoh pegang garpu, dan sudu menggunakan tangan kiri. Jadi sebab tulah beretikalah sesopan yang boleh mengikut gaya sendiri dimana mungkin kita boleh memotong dengan pisau menggunakan tangan kanan, namun letakkan kembali pisau dan guna garpu untuk suap makanan dengan tangan kanan.

Ya mungkin nampak ganjil tetapi, teringat pesanan suami saya..yang mana Jika kita berlainan dari orang lain tak semestinya kita salah dan jika orang lain semua melakukan benda yang sama tak semestinya mereka betul..JUST BELIEVE YOURSELF!!!

Monday

Untung Ahmad Umar dan Muhammad Ammar : Selamat Hari Bapa Abang

Muhammad Ammar dah tidur kepenatan ketawa bermain dengan ummi setelah balik dari taska. Umar pulak bergolek-golek di atas tilam yang dibentang di ruang tamu untuk anak-anak baring. Sedang berbicara tentang Jimmy shanley dan Nor suhaila eliani, abang bergurau suruh saya menciumnya kerana ini adalah perintah suami. Tiba-tiba Ahmad Umar pula minta mencium pipinya. Jadi saya dan suami membilang 1, 2, 3 lantas mencium pipi Umar. Umar ketawa melekek. Lalu Abang berkata:

"Umar beruntung tau dapat ciuman di kedua-dua pipi, Ayah dapat sebelah sahaja"

Siapa yang dari kecil ayah dan ibunya telah tiada? angkat tangan!! Yes abang, abahnya ada tapi seumpama tiada. Saya ada ayah dari kecil, tapi abang "tak punya ayah" dari kecil. People can say anything to him, but yet i know his hurt feeling akan ditimbal balikkan dengan pahala untuknya. Abang selamat hari bapa. Abang dah ada 2 orang anak tau dan seorang isteri..ehem-ehem-ehem....jom kita hepi hepi ngan life kita. I feel so grateful if only have you and the kids as friend..Macam kata Mahfuzah yang penting kita sentiasa bersama orang-orang yang kita paling sayang dan menyayangi kita. Simpan saja semua kesedihan yang ada dalam beg plastik sampah dan buang saja kat dumpster feveret Umar itu.  Jika sekarang masa yang paling bahagia, jom kita sama-sama terus membahagiakan dan fikir bahagia.

Abang, selamat hari ayah..Umi dan anak-anak bahagia bersamamu..:) Muahh Muah..:)

Berbalik pasal Jimmy shanley dan nor suhaila eliani, jom kita stop buat spekulasi. Kita hanya dengar dari pihak jimmy. Cuma doakan mereka akan kembali bersama dan berubah menjadi baik demi cinta dan kasih sayang untuk anak yang bakal lahir..Amin..

Saya nak jadi Pengemas Rumah yang PRO!!

Hihi..macam kelakar kan tajuk ni. Tapi frankly speaking saya memang bukan seorang pengemas rumah yang bijak dan pro. Teringat satu topik sembang dengan kawan suatu masa dulu.

"macam mana eh kita nak mop lantai, dan jangan bagi tapak kaki melekat kat tempat yang kita mop." Lantas kawan saya pun menjawab 
"mop la dari ruang depan ke belakang, yang penting janganla pijak tempat yang dah di mop tu" 
"saya ketawa  dan berkata padanya saya tak terfikir pun, saya main mop je sesuka hati saya" 

Seriusly dengan dua anak yang hampir sebaya, banyak yang saya tidak sempat buat. Saya akan buat benda yang urgent dan penting sahaja. seperti memasak, membasuh. Yang lain2 dibuat ketika anak tidur. Tapi kadang-kadang saya tak terbuat sebab saya juga keletihan. Saya selalu terfikir kenapa orang lain boleh buat tetapi saya sering kepenatan dan tak berjaya melakukannya. Saya nak, tapi badan saya sangat penat. Bila malam, anak-anak bergilir-gilir terjaga. bila siang, saya dan suami pun tak menang tangan. Semalam bila weekend abang demam, saya betul betul kepenatan sehingga malam tadi saya tetiba stress apabila baru sekejap terlelap tiba-tiba Umar terjaga minta buatkan susu. Selalunya memang tugas abang setiap malam sebab saya dah susukan Ammar. Tapi sebab abang demam, kebanyyakan benda terpaksa dilakukan oleh saya. Hari ni abang masih tidak sihat. Tonsil membengkak dan demam urat. Rasa macam patah kaki sebelah. 

Bila teringat kawan saya datang menolong saya mengemas rumah sebab saya dah nak due bersalain, saya mengingat cara dia mengemas rumah ada turutan-turutannya. Malah dia ada pesan mula2 buat ini, kemudian buat itu, yang ni simpan kat sini yang itu simpan kat situ...Huhu teruk kan saya ni..Jadi saya teringat untuk search macam mana nak kemas ruang tamu dengan teratur..Jadi inilah hasil catatan dari carian2 tersebut:

Cara untuk mengemas ruang tamu:

  1. Mula dengan mengasingkan benda-benda yang boleh dibuang atau dikitar semula.
  2. Simpan barang yang bukan kepunyaan ruang tamu.
  3. Guna hos vakum untuk sedut debu di lampu, tv, meja, dan kipas. 
  4. Vakum sofa pulak.
  5. kemudian susun buku, perhiasan, cd di rak rak yang berkaitan
  6. Guna kain lembab untuk lap meja, tv dll
  7. Vakum atau sapu lantai
  8. Buka tingkap
  9. Cuci kotoran yang ada pada karpet..
TADAA!!! siaplah proses mengemas-ngemas!! pasni salin dan tampal kat peti ais..KUIKUI..Puan Nurul Zakiah, pasni nak kemas rumah sila ikut langkah ini step by step..


Bila Ahmad Umar Memerap

Sian pula Umar ni, lepas hari keluarga UTHM, kami sekeluarga tak kemana-mana. Terperap saja didalam rumah. Habis-habis cuma keluar untuk masukkan baju dalam mesih basuh, sidai baju dan basuh kereta. Kejap tadi keluar buang sampah sebab taknak asik kejar dumpster lagi. Selalu melambat-lambat pergi masukkan sampah ke dalam tong sebaliknya letak kat depan pintu semuanya, bila dah kumpul masa kemas rumah antara jam 8-9 pagi. Pastu dah ralit dengan kerja research mana nak ingat lagi. Dumpster datang terkalut-kalut la nak pergi angkut semuanya pergi bagi kat pakcik2 tu. Kadang2 dah ditutup pintu belakang dumpster tu, pakcik driver tu kena bukak balik demi saya..hihi..tapi malu dah asik saya je yang kejar dumpster tu...

So dah buang sampah tu, Umar keluar la rumah. Minta Ummi dukung dan bawak dia keluar jalan. Nak jalan apa malam-malam buta ni.. Nak suruh round taman pulak tu..Saya masuk rumah dan ajak dia tengok cerita kat dvd nih..Tak jalan..Menangis-nangis suruh saya pakai tudung balik sebab nak pergi jalan. Hai anak, tak jadi Ummi buat mee goreng. Masak lambat malam ni sebab ayah masih tak sihat. Jadi ayah tak dapat jaga Ahmad dan Muhammad. Dua-dua nak 'menolong' ummi di dapur.

Nak jugak jalan terpaksa juga pujuk Umar naik kereta ngan ayah pi beli burger lori. aiseh Sian lak ayah tu..Tapi nak buat camana, adik lak tidur..kalau tak ummi masukkan saja Ahmad dan Muhammad dalam car seat kemudian ayah dok sebelah dan ummi bawa kereta..

Kami jarang pergi kemana-mana berasingan. Bila salah seorang keluar tanpa ahli keluarga yang lain mulalah nak risaula itula inila..jahatkan mainan perasan ni..Tengah tunggu abang dan Ahmad Bawa balik burger....kalau burger lori buka lagik la..

Sunday

Ya, Allah, bolehkah jika Hamba ingin bertanya padamu...

Saya sebenarnya baru terbaca satu blog yang dia kehilangan anak kecilnya yang baru berusia 7 bulan 3 hari..Bila membaca luahan hatinya saya dapat rasakan beratnya perasaan ibu itu menangung. Sebuah kehilangan, siapa mungkin dapat menghadapinya. Lantas, bila membaca kisah-kisah begini Ahmad Umar dan Muhammad Ammarlah yang terpacul dalam kotak ingatan saya ini. Saya pun tidak tahu berapa lama saya punya masa dengan mereka..mungkin setahun atau mungkin 50 tahun lagi..saya pun tidak tahu. Teringat pesan seorang kawan. Jangan difikirkan cakap-cakap orang lama yang takut anak tak mahu berenggang sebab kita asik memegang dan memeluknya. Buat saja jika kita ingin sebab kita tak tahu berapa lama masa yang kita punya bersama-sama anak kita.

Saya tak tahu perasaan saya sendiri. Bila hal-hal begini bermain di kepala saya saya akan berkata Ya Allah janganlah engkau ambil nyawa anak-anak ku ini..mereka masih kecil.tapi kemudia hatiku memangkah, ya allah jika kau ambil mereka disaat ini akulah ibu bertuah kerana anakku adalah penghuni syurgamu. tapi nanti aku sedih ya Allah..Lalu hati memangkah lagi ya allah jika ini kebaikkan untukku, jika aku perlu menghadapi saat-saat ini kau titipkanlah sabar dan redha. Ya Allah kalau lah boleh hamba ini bertanya "Berapa lama masa lagi ya Allah?"

Respon Terhadap Kerja2 Master

Anak-anak semuanya tidur. Abang pun tidur sebab demam. Dah makan sebiji ibuprofen. harap2 kebah dan beransur pulih insyaallah. Janji nak buat air kopi untuk dia pas dia makan nasi goreng tadi, tapi dah sibuk ngan umar dan ammar dah tak sempat buatkan, tengok-tengok dah tertidur. Takpe, jap lagi abang bangun baru buatkan dia air kopi.

Dan semuanya tidur, saja ambil kesempatan nak tulis respon Dr Mohamad Minhat, regarding my research works. Bulan 5 yang lepas, Dr yusri minta saya sediakan bahan untuk perbentangan tentang hasil dan perkembangan kajian yang sedang dijalankan. Bila Dr Yusri sebut saja nak bentangkan pada Dr Mohamad Minhat, Puan Aini Zuhra, Encik Elias, En, Muharam dan especially my supervisor wahh saya macam nak berdolak dalih je..taknak bentang sebab Dr Mohamad adalah orang yang boleh dikatakan terror la dalam bidang STEP-NC. Dalam hati boleh ke saya buat, sedangkan saya amat risau dan tak yakin terhadap kualiti research saya sendiri. Aiseh. 

Tapi bila balik rumah, saya fikir dan fikir. Tak boleh macam ni. Saya dah lama tak present. Kemudian inilah peluang untuk tunjukkan kerja dan minta pandangan dari mereka yang experts. Even sebelum ni Dr Yusri kata dia dah puas hati dengan perkembangan research yang sebelum ini bukan agak tapi memang lambat seperti kura-kura saya rasa saya patut cabar diri sendiri dan tunjuk hasil kerja pada Dr Mohamad Minhat.

So saya siapkan slide dan apa apa kerja yang saya boleh siapkan untuk tunjuk pada mereka semua. Pada hari 10/6 tu memang saya sangat berdebar. Sampaikan saya sakit perut. Sebelum nak pergi bentang pada jam 3 ptg tu saya dah mula loya-loya..balik rumah petangnya saya cirit birit..kihkih..tak tahula penangan nak bentang depan mereka atau sebab makanan. Nak kata sebab makan suami ok je..

Surprisingly, habis saja bentang, Apa yang Dr mohamad cakap ialah THIS IS A BIG JOB...wahh kembang kempislah hati dan hidung saya..betul sebab saya rasa kerja saya ni cikai cikai je..Malah hampir keseluruhan kerja mendapat respon yang positif. Dr mohamad beri respon terhadap kerja-kerja Literature review, hasil perbandingan G code antara vendor, hasil perbandingan g code dan step-nc, kerja-kerja interview dan yang paling penting dia impress terhadap pembangunan software. Lega sangat2 yang penting saya tak drop my SV water-face..hihi. Kalau tak mesti rasa bersalah sangat. Alhamdulillah.

Yang bestnya semua orang share pengalaman dan pendapat untuk memperbaiki apa yang ada. Malah beri idea yang mana kerja-kerja research saya ini yang boleh dibawa/diupgrade ke peringkat Phd. DING DONG!!! Dr MOHAMAD sendiri setuju yang bidang STEP-NC ni, bila kita memasukinya ia seumpama memasuki bilik gelap yang pada awalnya sangat gelap dan lama-kelamaan akan nampak terang dan bercahaya. Ya betul.

Tapi apapun walaupun bukanlah VIVA lagi tapi saya lebih berkeyakinan untuk menyiapkan master ni. dan yang paling penting saya nak ucapkan terima kasih buat DR yusri, Encik Zazuli, dan tentunya Abanglah yang selama ini banyak membantu saya sepanjang master ni..2 tahun mereka inilah yang banyak membantu. 

Insyaallah dr yusri bg due sampai hujung bulan 6. Kena siapkan the complete thesis. Huhu kena pulun!!!

Friday

Ikan...Sakit Tak?

Umar susah nak makan nasi. Semalam goreng pisang, tapi macam lapar lagi kami habiskan nasi, sayur bayam dan ikan goreng baki makan tengahari tadi. Sambil saya mengutil-ngutil isi ikan yang ada dalam piring, Ahmad Umar pun bertanya pada IKAN..

"Ikan..o ikan...Sakit Tak"
"Ahmad, Ikan ni tak sakit lah, dia memang untuk kita makan"
Aiseh..saya main jawab je dan didalam hati saya menahan ketawa...
tapi bila cerita pada suami yang terpaksa berhenti makan sebab Ammar terjaga, pecah juga ketawa.. 
Hai anak..

Thursday

Mengumpat ibarat BULU BURUNG YANG BERTERBANGAN

Yang bertulisan biru ni bukanlah tulisan saya, tapi terima kasih kepada Wanita Bertudung Hijau sebab sudi berkongsi ilmu dari kuliah yang dia hadiri. Banyak manfaat dari artikel ini bagi mereka yang mahu berfikir dan bertakwa. Patutlah Allah kata dosa mengumpat ni lebih besar daripada berzina..Astagfirullah..Meh kita baca dan sama-sama ambil iktibar..
~~~~~~~
Kuliah zohor semalam sebenarnya menyentuh tentang banyak aspek. Tapi aku nak ringkaskan tentang satu topik sahaja iaitu tentang mengumpat. Aku nak tujukan entry ini khas buat diri aku sendiri. Aku ceritakan di sini versi aku ya.

Ustaz kata, pada zaman dahulu, ada seorang wali Allah. Dia sering diumpat oleh golongan munafik Tapi sebagai wali, dia tetap memaafkan sesiapa saja yang mengumpatnya. Nak dijadikan cerita, salah seorang yang mengumpatnya tadi tiba-tiba mendapat taufik dan hidayah daripada Allah. Maka, dengan penuh rasa bersalah, dia kembali mendapatkan wali Allah tadi untuk memohon maaf. Wali Allah tadi cakap boleh, tapi dengan bersyarat iaitu sediakan sebiji bantal yang diisi padat dengan bulu burung.

Selepas menyediakan bantal yang dikehendaki, wali tadi meminta orang tersebut mengoyakkan bantal itu. Maka berterbanganlah bulu burung tadi. Wali Allah meminta semula orang tersebut kembali mengutip segala bulu burung yang dah berterbangan tadi dan kemudian memasukkan semula ke dalam bantal.

Malangnya, orang tersebut tidak mampu lakukan. Adalah mustahil dapat mengumpul kesemua bulu yang telah terbang entah ke mana. Tiba-tiba wali tadi berkata lebih kurang beginilah,

Beginilah perumpamaan orang yang mengumpat. Dosa kamu mengumpat aku telah ampunkan. Tapi bayangkan bulu burung tadi adalah diibaratkan seperti orang-orang yang mendengar umpatan kamu sebelum ini. Adakah kamu tahu sehingga ke manakah umpatan tersebut telah disebarkan? Kamu takkan mampu kutip dan kumpul.

~~~~~~~~~~
Boleh jadi kita melampaui batas dalam sesuatu perkara tambah-tambah hal yang menjadi kebiasaan kononnya. Contohnya ada orang suka mengintip hal-hal orang lain sedangkan bukanlah suatu keperluan. Sudahlah mengintip, menelah pula tanpa mengetahui hal yang sebenar. Kemudian dengan kepercayaannya yang tersendiri dan keyakinan dari perkara yang ntah betul entah tidak itu, disebar sebar pula kepada orang lain. Sedangkan perkara pokok , lansunglah tidak ditanyakan hal sebenar daripada empunya badan. Banyak terjadi dalam kehidupan sekeliling kita. Saya bawa beberapa situasi. Kadang-kadakala meneliti dan melihat sikap yang dipaparkan berasa malu sendiri kerana terfikir sama ada diri masih tergolong dalam perkara-perkara sebegitu.

"kenapa kahwin awal sangat? ada yang menjawab entah-entah bunting tak"
" lambat betol dia kahwin? ada yang menjawab dia tak laku le tu"
"Kak tipah tu mengadung lagi? ada yang menjawab serupa kilang ye"
"Enon tu dan 10 tahun kahwin tapi tak de anak, ada yang jawab mandul gamaknya"
"Lainnya muka anak dia dengan dia, ada yang jawab ala, dia ada skandal tu"
 
Mungkin apa saja situasi yang kita hadap, waima membaca tulisan ini apa pemikiran kita disaat ini. Prasangka atau Positif. Allah telah menerangkan dengan jelas sifat buruk prasangka yang Allah larang kerana dari prasangka ia boleh memecah belahkan hubungan sesama manusia.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
Al-Hujuraat ayat 12

 ~~~~~~~
Ini adalah terjemahan dan tafsiran dari web soaljawab.wordpress.com
Dalam ayat ke-12 ini Allah (SWT) menetapkan satu lagi larangan dalam konsep pembinaan persaudaraan dalam Islam. Dua larangan awal dalam ayat ke-11 adalah berbentuk zahir berbeza dengan sifat prasangka dan mengintip-intip dalam ayat ke-12 yang bersifat tersembunyi.
Ayat dimulakan dengan larangan Allah (SWT) terhadap sifat bersangka-sangka (dengan persangkaan buruk – su’ul dzan). Persaudaraan yang kukuh mustahil dapat dibentuk kalau wujudnya sikap bersangka-sangka buruk terhadap satu sama lain. Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata” (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Syak wasangka yang dizahirkan dengan ucapan mudah tergelincir kepada fitnah dan mengumpat (ghibah). Dapatlah disimpulkan bahawa keburukan fitnah dan mengumpat (ghibah) itu sebenarnya adalah berakar umbi dari sifat-sifat syak-wasangka.

Seorang Islam yang beriman seharusnya tidak menzahirkan sebarang anngapan buruk terhadap saudaranya sebagaimana pesan sebuah hadis dari Rasulullah (SAW) yang dilapurkan oleh Abu Hurairah “Allah (SWT) tidak akan melihat niat buruk seseorang itu sehinggalah dia menyuarakannya atau melakukannya”. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Dilapurkan, berkata Umar Al-Khattab “Bila saudaramu berkata sesuatu yang mencurigakan, fikirkanlah tentang yang baik-baik sahaja dan engkau akan mendapat penjelasan yang baik-baik juga” (riwayat Ibnu Katsir dan Imam Malik)
Ayat ke-12 ini diakhiri dengan larangan mengumpat (ghibah, berbicara buruk) yang lahir dari perasaan syak-wasangka. Perbuatan ghibah ini adalah antara faktor utama yang meruntuhkan persaudaraan (ukhwah) sesama Islam. Rasulullah (SAW) pernah ditanya “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah (SAW) menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah (SAW) menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”.

~~~~~~
Husnu Dzan bukan suul dzan
Apapun perkara yang kita bercakap jika si empunya diri tidak menyukai apabila mendengarnya ialah mengumpat. Dan seperti tafsiran ayat mengumpat itu lahir dari sangka sangkaan buruk. Teringat satu kisah ketika Saidatina aisyah berjalan bersama rasulullah dan aisyah berkata apabila melihat salah satu satu isteri (sofia) nabi berjalan. Kata aisyah " dia pendek" lantas rasulullah berkata pada aisyah, jika kata-katamu dicampurkan dengan air laut maka berubahlah warnanya. Lihat Saidatina aisyah hanya berkata dia pendek...

jom kita husnu dzan..kita ubah jawapan kita

"kenapa kahwin awal sangat? kita jawab alhamdulillah selamat, semoga berkat dan selamat dari maksiat"
" lambat betol dia kahwin? insyaallah nanti bertemu jodoh. mungkin dia ada tanggungjawab lain yang lebih memerlukan"
"Kak tipah tu mengadung lagi? kita jawab insyaallah berkat ramai anak, senanglah dia masuk syurga"
"Enon tu dan 10 tahun kahwin tapi tak de anak,kita jawab insyaallah allah lebih mengetahui dan berkuasa"
"Lainnya muka anak dia dengan dia, kita jawab itulah kuasa allah yang maha menciptakan. mana tau nu dna mai dr tok nenek moyang dulu2" 


Insyaallah bila kita jawab dengan sangkaan baik, takda ruang kita bersangka-sangka buruk dan kita akan dijauhkan dari mengumpat.

Mak, Selamat Hari Melahirkan Kakak

EMAK, SELAMAT HARI MELAHIRKAN KAKAK, TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKAN KAKAK KE DUNIA INI. SEMOGA ALLAH MEMBERI SYURGA BUATMU. SEMOGA EMAK BAHAGIA DIDUNIA DAN AKHIRA. AMIN


Saya sudah berumur 28 tahun hari ni..Fuyyoo!!  Melihat angka 8 itu terasa sebenarnya saya sudah semakin tua dah harusnya banyak benda saya sudah matang khasnya cara berfikir dan melakukan sesuatu mengikut syariat Allah. Saya harus meninggalkan perkara-perkara jahat dan meneguhkan pendirian terhadap apa yang merendahkan semangat diri.  Subhanallah dan Alhamdulillah terhadap kurniaan umur yang semakin bertambah. Tentu saja lebih banyak tanggungjawab dan tuntutan Allah serta dunia yang harus di langsaikan seiring dengan pertambahan umur. Yess!! today is my speacial day but it is more speacial to mak!! Sebab pada hari ini, 28 tahun yang lalu emak telah berpayah dan menahan sakit yang amat untuk melahirkan saya kedunia ini. Alhamdulillah saya punya nikmat untuk mempunyai emak yang baik. Lantas saya sangat-sangat bersyukur. 

Bila kita menyambut hari lahir, kita harus bersyukur dengan nikmat Allah memanjangkan usia. Jangan kita cuma berseronok dengan kek hari jadi dan hadiah serta ucapan tapi terlupa memanjatkan syukur kepada Allah dan UCAPLAH, EMAK SELAMAT HARI MELAHIRKAN SAYA, TERIMA KASIH EMAK SEBAB MELAHIRKAN SAYA KEDUNIA INI. Jangan kita lupa. Sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling istimewa buat mereka. Malah lebih istimewa sebab semasa kita lahir kita tak buat apappun kan..Maklah yang patut diraikan kerana pada hari itu mereka sakit melahirkan kita dan mereka penuh gembira bila lahirnya kita. Para ayah pula bila tiba hari lahir anak pesan pada anak dan minta anak mengucapkan SELAMAT HARI MELAHIRKAN SAYA EMAK. TERIMA KASIH EMAK SEBAB MELAHIRKAN SAYA KEDUNIA INI.

Jangan malu. Buat apa nak malu, Kalau kita tak pernah ucap begini, jom mula dari sekarang. Kita ajar anak-anak kita juga. Natijahnya bukan sahaja anak-anak kita menghargai ibu bapa tetapi dia juga dapat merasakan isteri yang melahirkan anak-anaknya juga patut mendapat penghargaan yang serupa..Insyaallah Saya dulu pun tidak mengucapnya namun terima kasih buat kawan saya Madiha Saiin, dimana 10 tahun yang lalu dia berpesan untuk melakukan perkara ini.
 
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibulah mesti dihormati

Ayah dan ibu wali-wali keramat
Pada mereka kita beri hormat

Pakailah tunjuk ajar dan nasihat

Supaya hidup kita akan selamat


Wednesday

INSAN

Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana

Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan

Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa