Wednesday

Wordless Wednesday 11



Surah Nuh

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun." 10



"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu" 11


"Dan Ia akan memberikan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). 12


Benarlah kata-kata Allah yang Maha Esa
Dalam tanyalah ustaz, ustaz kata inilah kata-kata allah yang memberitahu kepada manusia tentang kelebihan istigfar...

BITCH


Bayangkan anak kita yang berumur 12 tahun memakai baju yang ada tulisan Bitch ni. Dia keluar rumah ke kedai dan ada ribuan mata yang memandang perkataan apa yang tertulis dibajunya. Mungkin terpacul di mulut orang:

  1. Apa ni mak bapak dia tak kisah ke anak dia pakai baju tulisan bitch ni?
  2. Awatla budak ni pakai baju bitch ni dia tak tau maksud bitch tu ka?
  3. Mak ayah dia tak tau maksud Bitch ka?
Sekali terpandang budak lelaki yang berbasikal di kawasan Parit Raja beberapa hari yang lalu memakai baju bertulisan bitch itu terus saya melaung ke arah budak tu "adik kenapa adik pakai baju ada tulis bitch ni, tak elok"..Tapi mungkin hanya dibawa angin lalu bila kereta bergerak laju.

Dalam hati takkanlah mak ayah dia tak tahu maksud bitch itu. Siapa yang beli baju anak tu. Kalau anak yang beli takkan ibu bapa hilang kuasa nak buang baju dan larang pakai baju yang beri lambang buruk dan kotor. Takda maksud baik pun untuk perkataan Inggeris Bitch ni..

Bitch boleh membawa maksud kepada:

  1. A female dog, wolf, fox, or otter
  2. informal. A spiteful or unpleasant woman
  3. vulgar. A woman
  4. informal. A difficult or unpleasant situation or thing
  5. - the stove is a bitch to fix
  6.  informal. A complaint
  7. - my big bitch is that there's nothing new here
Begitulah kita semua, selalu berfantasi boleh masuk syurga, namun diakhirat kelak apabila kita berhimpun ditengah padang masyar dan di adili dihadapan Allah kita akan mengaitkan orang lain dengan dosa2 kita. Sesak nafas memikirkannya. Ia bukan satu yang mudah dengan amalan yang ada turun naiknya. :(

Wahai mak ayah jangan hilangkan kuasa untuk memastikan anakmu tidak memalitkan arang ke mukamu. Wahai diriku, kelak tegurlah dengan berdepan kerana mungkin anak kecil itu tidak tahu maksud perkataan buruk itu.

Yang sedih kenapalah yang buruk2 itu juga menjadi kebanggaan. Kalaupun  nabi pernah kata zaman remaja adalah zaman gila, KEGILAAN apakah yang kau bawa ini wahai anak muda????

Memang kamu lebih kenal ibumu.......

Beberapa hari lepas, setelah dapat gaji teruslah beli barang dan keperluan rumah. Memang terus beli sebab bila saya tak bergaji bila nak sampai lagi seminggu gaki pada 19 dec tu, duit memang kering lansung..huhu..tapi Alhamdulillah, masih ada baki-baki stok dirumah..Masih boleh makan dll...Dan syukur sangat pada suatu hari dalam minggu lepas ada 2 orang hamba Allah sedekahkan 50 dan 10 ringgit untuk kami..Jadi rezeki yang sedikit tu amatlah besar...dan Saya syukur dan Allah sajalah dapat membalas jasa baik mereka.

Realitinya saya memang susah hati bila tak dapat kerja lagi dan correction thesis masih belum siap sebab banyak nak kena tambah dan rombak. Tapi hakikatnya, saya perlu mencari semangat dengan cara tersendiri yang halal disisi Allah untuk kuatkan hati dan berpegang dengan yakin bahawa rezeki itu hak mutlak Allah. Dia akan beri selagi kita bertakwa kepadanya. Malah Allah tak pernah beri kesusahan yang bertimpa-timpa..Maha baik Allah..

Ok..berbalik kepada tajuk ni, masa hari berbelanja tu saya ke Baby Shop nak beli drypers dan mandian pureen untuk anak2. Walaupun pakai cloth diapers, waktu malam anak-anak pakai drypers sebab malas nak menyalin 2 kali sebab depa bnyak kencing..hihi..
Sebulan selalunya 1 pek drypers saiz L(72) untuk umar dan Ammar. Pakai Cloth diapers memang sangat jimat...Nasib baiklah juga harga drypers tu RM34

Bila dah selesai membeli saya nak keluarlah dari kedai. Sebelum tu, sekarang ni bila nak masuk Baby Shop kena tanggalkan kasut. Kebetulan masa nak keluar ada seorang nenek dok belek permainan kereta yang ada disebelah pintu kedai. Rasanya nak hadiahkan pada cucu la kot. Dan saya tak kisah pun tunggu nenek tu, tapi anak perempuan dia cakap, "mak tepilah sikit, orang nak lalu tu". dengan nada yang jengkel. Rasa naik darah jugak saya tapi simpan dalam hati.
Saya terus cakap "eh takpe takpe makcik"..

Bila dah pakai selipar saya terus ke kereta. Kebetulan Parit Raja dah dua hari hujan. Saya lihat nenek tadi payungkan anak perempuan dan cucunya. Tapi yala, bila berpayung ni yang depan kadang jalan laju, yang belakang plak kadang jalan lambat. Nak tau apa anak perempuan tu buat?? Dia tarik payung kat bahagian kembang tu ke depan sampai mak dia tersentak dan mak dia yang kena hujan..Saya nampak, lagilah saya marah dan sedih. Agak2 apa perasaan mak dia..malau tak..sedih tak..

Ya..memang dia lebih mengenali sifat mak dia..dia tau apa sifat buruk mak dia yang menjadi kebencian. Tapi kalau dah ada anak pun tak dapat rasa perasaan seorang ibu dan memahami ibu sendiri itulah yang buat saya bingung..

Apa hak anak nak buat mak macam tu...nak bentak-bentak mak DIDEPAN ORANG RAMAI..??

saya dulu bukan anak yang baik juga..Banyak hal yang saya buat mak saya sedih. Tapi selepas bersalin, saya dah tak cakap dengan suara tinggi dengan mak dan kalaupun mak salah dan leceh saya takkan tegur sewenangnya..Dan bila sembang2 dengan mak saya tak pernah malu mengaku jahatnya saya dulu dan cakap barulah kakak faham susahnya mak nak jaga kami, nak pantang, nak bersalin itu dan ini..

bila dah bersalin, pantang, jaga anak..takkanlah dihati anak tak hargai pengorbanan ibu..walaupun kita lebih tahu keburukkan mak kita..

My Lovely Mother


Thursday

Olley!!! Video bagus tentang hudud..

Olleey Matluthfi!!! saya suka!!! MENCURI GITAR ADALAH HARAM, CURI HATI TAKPE..girls, sila la curi hati matluthfi tu..woha!!

Tengok sendiri cara pas ngan sembang rakyat perjelas HUdud..Ada pas kutuk dan mengumpat...NILAI sendiri...


Allah dah janji dalam quran hudud BERKESAN...Hangpa sapa nak tibai hukum Allah?


Dont believe Quran which is Allah's word?? As a Muslim you have to believe it!!!!!




Wednesday

Tafakkur-Opick (Fall in love with this song)


Semoga Allah melimpahkan berkat dan pahala yang berterusan buat penulis dan penyampai lagu ini..Maha besar tuhan, Lagu ini membuatkan hatiku menangis semahunya.... 
Nak tulis lagu biarlah lagu yang buat kita rasa BESARNYA TUHAN--MasyaAllah..


 
Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian

Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu

Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini 'kan mengadu

Bumi akan sepi
Bangga sementara
A...adakah tempat kembali
A...adakah selain Allah

Wordless Wednesday 10


Tuesday

Art work Umar & Ammar 2

Shaun the Sheep

Umar punya artwork dia yang buat..Umi adala tolong sapu gam sebab wool tu bila kena gam jadi messy sangat..Adik punya artwotk, adik cuma tampal 4 ketul wool je..selebihnya Umar dan Ummi punya bantuan..Ammar lebih tertarik nak main wool tu dari buat artwork sampai siap..:) pasni nak wat nemo plak..hihi..tunggu ye apa rupanya..:)

Monday

Nilai Sendiri


Membina Keharmonian RumahTangga

Nasihat yang baik dari Ustaz Agym dalam bukunya Menjadi Muslim Terbaik. Suka sangat membacanya dan rasanya ada beberapa perkara kena ubah dalam diri sendiri ni..

Untuk membina keharmonian rumahtangga nasihat Ustaz Agym ialah:

  1. Menjadikan pasangan kita sebagai tempat kita belajar supaya diri bertambah baik
  2. Sentiasa bersemangat untuk menuntut ilmu
  3. Mental mesti siap dan sedia untuk menghadapi kekurangan pasangan kita
  4. Bersyukur dengan kelebihan pasangan yang mencetus semangat kita untuk beribadah
  5. Bersabar atas kekurangan pasangan kita sehingga menjadi penggerak membuat ibadah dan kekusyukan doa
  6. Selalu berbincang untuk selesaikan masalah
  7. Membahagikan tugas dan bekerjasama dalam urusan rumahtanga
  8. Jangan meninggalkan rumah sebelum memberitahu pasangan kita

Kesimpulannya dari pandangan saya yang kerdil ini, seburuk mana pasangan kita  ia bukan titik tolak untuk mengubah pasangan mengikut acuan kita dengan drastik atau menjadi punca ketidaksefahaman. Kekurangan pasangan itu adalah titik tolaknya kita untuk lebih dekat dengan Allah lantas akhirnya dengan sifat sabar dan khusyuknya doa, Allah buka pintu hati pasangan untuk jadi lebih baik...(muhasabah diri sendiri dengan banyaknya)

cumanya kalau diri tak segagah ASIAH isteri firaun dan suami pun jahat dan mengabaikan hak secara total jangan nafikan HAK anda sebagai isteri..Islam tak menzalimi wanita. Namun jika mampu sabar, kelak dengan kesabaran terhadap pasangan kita boleh masuk syurga dengan Allah memadamkan dosa2 yang lain..


“Orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah SWT sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikit pun.” – Hadith Tirmizi. 


dan falsafah yang terbaik yang pernah saya baca sehingga kini tentang keharmonian rumah tangga ialah:
“Analoginya, perkahwinan atau rumah tangga ibarat membeli kereta. 
Bila rosak, kita akan baiki dan terus baiki menunjukkan diri kita tidak sempurna seperti kereta. 
Kita tidak akan tukar kereta baru dengan mudah, tetapi akan terus membaikinya samalah dalam perkahwinan.”


Kenapa saya letak diblog ini sedangkan ini adalah muhasabah diri sendiri, SEBABbbbb, ia juga adalah ilmu yang bermanfaat dan elok dikongsi..Insyaalllah..:)

Thursday

Wednesday

Anak-anak itulah apa yang ditanam

Saya kira Umar tidak faham pun maksud bila dia berkata wah hebatnya tapi saya sentiasa menyambung apabila dia berkata hebat " Allah lagi Hebat". Kadang-kadang saya cuba menguji Umar bila saya puji Umar hebatnya dia. Dia akan menjawab "Bukan...Allah lagi Hebat"


Saya percaya dengan pendekatan Anak-anak itulah apa yang kita tanam dalam fikirannya. Daripada bacaan saya, masa anak-anak kecil kita patut masukkan semua perkara tentang Keesaan Allah walaupun dia mungkin sebenarnya tidak faham. Apabila dia sudah pandai bercakap pula terus menerus ajarkan kalimah Lailahaillah, Subhanallah, Astagfirullahal'azim, Alhamdulillah, Masyaallah, Allahuakbar dan ajarkan ayat alquran, doa-doa dan akhlak islam.

Pernah juga ada satu masa Umar tak boleh terima apa yang diajarkan "nanti Allah marah", "Dosa tau" dll. Dia akan akan cakap " Umi, salah..Allah takde kan". Sebab dia tak dapat cari Allah tu dimana. Sebagai umi kecewa dan takut juga. Tapi didikan agama ialah satu perkara yang terus terusan kena buat. Begitu juga dengan hal-hal lain. Allahamdulillah kini dia dah tak bangkang bila saya cakap "nanti Allah marah tau", "dosa tau", "nanti Allah masukkan dalam neraka tau".. Selalunya Umar dengar dan jawapannya adalah Oooooo. Ntah Oooo faham atau Oooo kosong. Tapi takpalah dari dia jawab " Umi, salah..Allah takde kan" sebab itu menggerunkan walaupun dia cuma anak kecil.

Pernah satu masa Ammar terberak cair dan terbocor dari Cloth diapers. Di dapur saya dengar Umar cakap Masya Allah beberapa kali. Umar ke dapur nak bagi tahu apa yang Ammar buat. Dalam pelat dan sibuk memasak saya hanya angguk saya. Kemudian saya ke ruang tamu menjengah anak-anak. Bila melihat keadaan Ammar saya memang tak terkata apa sebab Ammar sudah menepuk-nepuk dan menyapu-nyapu najisnya yang bocor dia atas tikar evamatik yang dibeli dari mahfuzah. Boleh tengok di blog http://zmfnurahmadshoppe.blogspot.com/. Nasib baiklah tikar evamatik tu lasak dan senang dibasuh. Dalam hati berkata patutlah Umar asik sebut MasyAllah-MasyaAllah tadi.Umar juga dah pandai padankan zikir2 lain dengan situasi dan keadaan yang sepatutnya.

Saya taknak kongsi banyak2 tentang apa yang Umar dan Ammar boleh buat itu ini nanti saya dikatakan riak, tapi saya nak highlightkan, Anak-anak itulah yang kita tanam dalam pemikirannya. Adalah lebih baik kita usaha untuk suntik apa yang kita nak anak kita jadi dimasa depan diawal usianya 0-3 ini. Sebab masa ini ingatanya bersifat kekal dan jangka masa panjang. Anak-anak juga tak pernah gagal meniru sikap ibu bapanya. Kadang-kdang lihat Umar dan Ammar saya rasa saya melihat diri sendiri. Dari apa yang saya buat baik dan sifat buruk diri sendiri. semuanya ada. Saya tulis sebagai perkongsian malah ini ingatan buat diri yang kadangkala culas menculas.

Harap pada Allah biarlah usaha ini memberi corak-corak yang indah pada kain putih yang telah dibekalkan.....

Allah Maha Cahaya



Jauh melangkah meniti waktu berlalu
Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan
Tanpa sedari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku dalam hidup yang semakin merapuh

Allah bukalah hatiku, bimbing di jalan terangMu
Selamatkanlah jiwa yang gelap dalam cahaya rahmatMu
Allah Kau Maha Cahaya beri petunjuk sang jiwa
Ampuni diri yang lelah, kadang sesatku melangkah

Allah Kau Maha Cahaya, menerangi gelap jiwa
Allah Kau Maha Penguasa, padaNya hati berserah

Anak

Tiada Anak
Mempunyai anak adalah impian semua pasangan yang berumah tangga. Tambah-tambah jika mempunyai kefahaman bahawa berkahwin mestilah ada anak sebab adanya hubungan seks. Namun kuasa Allah jualah yang menentukan kita punya anak atau tidak. Bagi Allah pula, tidak WAJIB untuknya memberi anak jika sudah berkahwin kerana Allah maha menjadikan sesuatu. Walaupun ditakdirkan terkena sihir atau penyakit yang mustahil bagi pasangan untuk mempunyai anak namun bagi Allah jika Dia mahu menjadikannya tiada apa yang dapat menghalang. Allah mahu atau tidak mahu jadikan, semuanya berada dalam pengetahuannya yang kukuh. Namun sebagai makhluk tidak haruslah berputus asa untuk berubat dengan tidak melampau. 

Ustaz Kazim pernah bawakan satu kisah wanita yang sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak. Mertua, ipar dan orang sekeliling mula mendesak dan mengata. Ia menjadikan suami isteri tertekan. Lalu mereka berusaha mendapatkan zuriat hinggalah si isteri mengandung. Tapi disebabkan mengandung pula isteri menjadi lumpuh kerana badannya tidak mampu menampung berat kandungannya. Begitulah satu contoh bahawa semuanya yang terjadi adalah kerana Allah ada sebab yang kukuh. 

Namun naluri tetaplah sedih bila orang sekeliling mula menekan dan bertanya-tanya. Saya ada saudara (menantu ibu saudara tiri suami) tak punya anak. Kesian jugak melihat keadaan dia yang terpaksa menjawab pertanyaan orang bila ditanya takda apa-apa lagi ke? Mungkin dia sudah lali tapi saya kira banyak soalan dituju kalau tak sabar dan percaya ketentuan Allah boleh jadi terasa hati saja. Peranan kita sebagai orang luar yang tak tahu masalah orang diamkan saja pertanyaan tentang anak pada pasangan yang tak punya anak walaupun sudah lama berkahwin. Doakan mereka, jika Allah tahu ada kebaikkan bagi mereka kerniakanlah anak yang soleh buat mereka.Andaikan mereka bertanya pandangan beri pandangan secara baik. Jangan sibuk-sibuk jika tidak diminta. 

Ada Anak
Memang seronok ada anak. Banyak keletah manja mereka yang menghiburkan hati. Namun tak kurang juga keletah yang memerlukan sabar yang tinggi. Apabila ada anak kegusaran utama apabila melihat wajah anak-anak ialah "Ya Allah janganlah kau masukkan anak-anakku kedalam neraka. Ambillah mereka disaat mereka benar-benar layak masuk ke syurga". Begitulah sayangnya pada anak-anak. Walaupun hebat cabaran dunia menerpa sebagai Umi dan Ayah amat mengharapkan mereka terhindar dari kejahatan dunia dan diakhirat. 

Begitulah bila punya anak. Setiap hari risau dengan tugasan diri sebagai Umi. Adakah hari ini sudah diajarkan anak-anak tentang tauhid dan akhlak islam. Adakah hari ini telah menjalankan tugas-tugas sebagai umi dengan betul dan ikhlas demi memohon kepada Allah supaya anak-anak ini menjadi ahli syurga. Anak-anak yang diibaratkan sebagai kain putih yang mana ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi islam atau kafir. Jikalau menatap wajah mereka disaat mereka tidur selalunya tiada lain yang difikirkan iaitu bolehkah diriku mendidik anak-anak sampai mereka masuk syurga. Jika membayangkan mereka diseksa dalam api nerka hati ini tersayat hingga air mata takkan mampu dibendung lagi. 

Bila ada anak ada cabaran yang besar menanti. Jangan diagungkan kalimat syurga dibawah tapak kaki ibu jika kita sebagai ibu tak tunaikan hak-hak anak dengan baik. Jika tidak meyanyangi mereka dengan wajar sungguh nanti sukar hendak tunjukkan dimana syurga yang terletak dibawah tapak kaki itu.

Cabaran dunia masa ini, lagilah menimbulkan rasa takut jika gagal memikul amanah-amanah Allah ini. Akhirnya dalam sabar, kreatif, kuat, bertenaga, dan semuanya doalah menjadi harpaan agar Allah memberi segala perkara yang diperlukan untuk menjadi umi mithali lantas dapat menjadikan anak-anak yang soleh. Walau kadangkala tersalah atau gagal usaha tetap usaha membuat yang baik agar dapat menjadi umi yang baik. Syaitan tolong jangan ganggu iltizamku ini. Kerana acapkali usaha dan tindakan berada ditahap baik syaitan akan datang menghasut dengan dasyat. bukan takat hal anak-anak dan rumah tangga hal ibadat juga begitu.

Semuanya ada kebaikkan
Begitulah perihal anak. Ada anak pun senang, takda anak pun senang. Jangan mengeluh. Ada anak soleh Insyaallah kelak anak itu mungkin boleh menjadi tiket untuk umi dan ayah masuk ke syurga. Takda anak pun senang juga. Ibu bapa takda salah dan dosa tersilap marah anak, tersilap pukul anak, tersilap herdik anak, tersilap bagi makan pada anak, tersilap didik anak.Jangan ingat ibu bapa ni senang je bila ada anak..kesalahan pada anak pun boleh jadi dosa pada diri ibu bapa. 

Bagi yang tiada anak ustazah bahiyah kata jangan risau. Ambillah anak-anak angkat. Didiklah mereka hingga menjadi soleh dan solehah. Insyaallah ustazah kata, usaha mendidik mereka menjadi soleh dan menjaga mereka seperti anak sendiri takkan Allah pandang dengan sia-sia.

Pasal tiada anak tu janganlah menuduh saya bersikap angkuh kerana saya punya anak. Saya pun sebelum mendengar ceramah ustaz kazim saya sendiri rasa, kahwin mesti ada anak. Mesti usaha sampai mengandung. Tapi bila ustaz kazim cerita perihal Allah maha menjadikan tu saya sendiri tersentak dan mengubah pemikiran saya yang cetek itu. Malah saya harap kisah iu menjadi semangat pada mereka yang tak punya anak jika ditalukan dengan banyak soalan dan cakap-cakap orang yang sibuk.

Dalam hal mendidik anak, kegagalan mendidik anak tu bukan semuanya hukuman. Adakalanya Ujian dari Allah. Jangan terus berkata ini hukuman Allah kerana kita dulu kasar dengan mak, kerana kita dulu couple, kerana kita dulu tak tutup aurat. Jangan cakap Allah hukum tapi muhasabah diri tanpa mengaitkan sebagai hukuman. Muhasabah dan terus muhasabah. Muhasabah jangan teringat saja cari juga jalan untuk berubah. Ustaz kazim kata terus berdoa agar Allah tidak balas kesalahan kita pada anak-anak kita. 

Anak oh anak
Dalam besarnya cabaran mendidikmu
Dalam besarnya ketakutan dalam menunaikan hak hakmu
Umi tetap sayang dan tidak mahu kamu cedera didunia dan diakhirat
Ya Allah ambillah anak-anakku disaat mereka benar-benar layak menetap di dalam syurgamu. 
Amin.

Tuesday

Makan mesti duduk sopan-sopan

Hari ni nak buat donut sira sambal. Alhamdulillah donut dah siap digoreng separa masak pagi tadi. Sebagai sarapan buat donut ball untuk anak-anak dan dicicah dengan coklat dan strawberry sauce. Alhamdulillah, first time buat donut ni anak-anak suka nak makan. Sebenarnya nak upload gambar depa makan-makan. Just to share dan yang paling penting adalah kenangan untuk masa depan...:)


Pesan untuk Umar dan Ammar..
Ahmad Umar dan Muhammad Ammar, kalau makan mesti duduk sopan-sopan tau. Kemudian kena hargai apa yang telah dimasak. Jangan komplen-komplen walau tak sedap. Sebab Nabi kita jika tidak sedap baginda hanya diam-diam sahaja. Malah kena hargai pemberian orang walaupun suka atau tidak suka sebab nilai ingatannya untuk kita amat mahal dan berharga.

Teringat kenangan bersama emak dan ayah tersayang. Kalau dia masak semuanya sedap. Dek kesibukkan hari bekerja mak akan masak makanan spesial setiap cuti hujung minggu jumaat dan sabtu. Setiap hujung minggu mak akan masak sup ayam atau sweet sour ikan bawal. Masa kami kecil-kecil itu sudah dikira mewah dan spesial. Ayah pula sebagai chef, ayah akan masak masakan barunya dirumah. Jadi kamilah tukang rasa AKA tukang makan sampai licin. :) Tak pernah tak sedap walaupun mak dan ayah cakap masakan mereka kurang garam atau gula dll. hihi SEDAP JE!! SEBAB MAK DAN AYAH YANG MASAK..

seronoknya ingat zaman kecik-kecik dulu kan.....

Wednesday

Bride's Death in SUJUD ...

True Strory Told By Shaykh "Abdul Mohsen al Ahmad", in ABHA - Saudi Arabia


"Abdul Mohsen al Ahmad", it Happened in Abha (the capital of Asir province in Saudi Arabia) " After Performing Salat Al Maghrib, She Put Her Make-Up, Wore Her Beautiful White Dress Preparing Herself For Her Wedding Party, Then She Heard The Adhan Of ‘Ishaa And She Realized That She Broke Her Wudu She Told Her Mother :

“ Mother, I Have To Go To Make Wudu And Pray ‘ Ishaa ”

Her Mother Was Shocked :

“Are You Crazy ? !! Guests Are Waiting For You, To See U ! What About Your Make –Up ?

It Will Be All Washed Away By Water !! ” Then She Added

” I Am Your Mother And I Order You Not To Perform Salah Now ! Wallahi if You Make Wudu Now, I Will Be Angry At You ”

Her Daughter Replied : ” Wallahi I Won’t Go Out From Here Till I Perform My Salah ! Mother You Must Know That " There is No Obedience To Any Creature in Disobedience To The Creator." !!

Her Mother Said : ” What Would Our Guests Say About You When You'll Show Up in Ur Wedding Party Without Make-Up ? ! You Won’t Be Beautiful in Their Eyes ! And They Will Make Fun Of You ! ”

The Daughter Asked With A Smile : ” Are You Worried Because I Won’t Be Beautiful in The Eyes Of Creations ? What About My Creator ? ! I Am Worried Because, if I Miss My Salah, I Won’t Be Beautiful in His Eyes ”

She Started To Make Wudu,  And All Her Make-Up Was Washed Away, But She Didn’t Care Then She Began Her Salah And At The Moment She Bowed Down To Make Sujud, She Didn’t Realize That it Will Be Her Last One ! Yes ! She Died While in Sujud !

What A Great Ending For A Muslimah

Who insisted On Obeying Her Lord !

Many People Who Heard Her Story

Were So Touched !!

She Put Him And His Obedience

First in Her Priorities,

So He Granted Her The Best Ending

That Any Muslim Would Have !

She Wanted To Be Closer To Him,

So He Took Her Soul in The Place

Where Muslim Are The Closest To Him !

SubhanaAllah !

She Didn’t Care if She Would Be Beautiful in The Eyes Of Creatures

So She Was Beautiful in The Eyes Of Her Creator !

Oh Muslim Sister,

imagine if You Are in Her Place !

What Will You Do ?

What Will You Choose :

Pleasing Creations Or Your Creator ?

O Dear Sisters !

Do You Guarantee

That You Will Live For

The Next Minutes ? Hours? Months? !!

No One Knows When Their Hour Will Come ?

Or When Will They Meet Angels Of Death ?

So Are You Ready For That Moment ?

O Non Hijabi Sister !

What Do You Choose :

Pleasing Yourself By Non Wearing Hijab

Or Your Lord ?

Are You Ready To Meet Him Without Hijab ?

And What About You,

Sister Who Are “ in Relationship”

Or “ Open Relationship ”,

Are You Ready To Meet Your Lord

Today ? Tomorrow ? !

What Do You Choose Pleasures Of This Dunya Or Pleasures Of Akhirah ?!

May Allah Guide Us All To What Pleases Him And Grant Everyone Who is Reading These Lines Good Ending,

Ameen Ya Rabbul Alameen

Wordless Wednesday 9



Friday

A B C Z untuk Zakar?? (Maaf kerana Lucah)

Saya baru saja membaca beberpa entry di blog Mazidul Akmal Sidek. Tak sangka pulak terbaca entrynya z-untuk-zakar-tidak-ada-contoh-lain-ke. Silalah ke lamannya untuk tulisan lengkap beserta gambar2.

Dalam kelucuan saya kira memang tak sesuai nak buat contoh ZAKAR dalam buku pembelajaran kanak-kanak.

Entahlah ya..kalau guna perkataan lain, kan lebih baik. Contohnya Z untuk zoo, Z untuk zip..dalam banyak2 perkataan Z, boleh pulak dia letak Zakar..pelik juga. 

Saya tak pernah menggunakan perkataan direct merujuk kemaluan kepada anak-anak saya yang berumur 2 dan 1 tahun. Saya gunakan NUNU sebagai ganti untuk menerangkan kemaluan. Sebab pada tahap umur mereka tak guna perekataan direct lebih senang. Perkataan direct tu biarlah ketika ketika mereka sudah faham dan boleh faham tetang fungsi alat kelamin mereka. Itupun saya kira saya tetap akan gunakan NUNU walaupun mereka dah besar panjang. Cuma kalau2 perlu mengajar tentang hal berkaitan sek/alat kelamin saya akan guna perkataan direct dan saya akan cari perkataan yang paling sopan seperti zakar/alat sulit.

Apapun sesuai ke guna Z untuk Zakar dalam buku A B C kanak-kanak??

Kalau kita pi kedai nak beli buku A B C cek sampai habis..huhu manala tau P untuk Payudara. Tak haru biru nak terang kat anak nanti..:)

Thursday

Kucing Meow Meow

Sudah lama saya tidak membela kucing dengan rapi. Seperti masa bujang ketika dirumah mak dulu, saya bukan setakat beri makan, basuh berak tapi saya membelai dan benar-benar menyayangi mereka. Saya tidak kisah tidur bersama kucing. Malah tak pernah kisah kalau kucing kesayangan saya dulu, tidur di atas tengkuk dan berkongsi hangat bersama-sama.

Sejak saya punya anak-anak, saya memang tak boleh membela kucing dengan betul-betul. Saya cuma memberi makan sahaja. Sejak pindah ke Taman Permai mulanya ada kucing-kucing terbuang yang datang. Jika ada makanan lebih pasti menjadi habuan mereka. Walaupun diberi makan mereka hanya singgah2 sahaja. Kemudian, ada seekor anak kucing yang datang kemudian dia terus lekat dan membesar di rumah kami. Kini dia telah besar dan bunting.

Baru-baru ni, ketika saya berada dibilik depan, saya terdengar cakaran di pintu belakang. Rupa-rupanya ada seekor ibu kucing memanjat jaring yang dilekat di pintu grill belakang. Ibu kucing tu membawa anaknya masuk ke dalam rumah. Sangat beriltizam ibu kucing tu memanjat pintu belakang yang telah saya tutup dengan jaring. Paras jaring tu boleh dikatakan lebih separuh pintu grill belakang. 

Bila saya terperasan ibu kucing tu membawa anaknya masuk ke bilik belakang, saya pun berleter kepada ibu kucing tersebut supaya membawa keluar anaknya. Saya cakap pada ibu kucing tu saya takmau bela depa. Tapi kemudian ibu kucing tersebut merengus dan memarahi saya. Kemudian saya cakap pada ibu kucing tersebut. "Nantila aku habaq kat laki aku hang marah aku ". Tergelak pulak bila mengingatkan. Dalam dia merengus-rengus, ibu kucing tu berlari keluar meninggalkan anaknya. Sudah lama saya tak uruskan kucing. Saya berasa geli pulak nak melihat anak kucing yang ditinggalkan tu. Jadi saya tunggu suami balik pada tengahari. Tapi ibu kucing tak muncul-muncul untuk susukan anak dia. Saya mula susah hati. Pintu belakang dibuka tapi ibu kucing masih tak datang-datang.

Ini post Facebook saya sebab kedatangan anak kucing itu:

KUCING TU KAN..BETUL BETUL BUANG ANAK DIA KAT RUAMH KAMI..

DAHLA DIA MARAH SAYA, NI DIA TINGGAL JE ANAK DIA..SIAN ANAK DIA TAK MAKAN..

BUAT SUSU UMAR DAN AMMAR BG MINUM ANAK KUCING TU..
BENCI TAU..TAKMAU BELA..LAST2 ADA GAK 2 EKOR KUCING KAT RUMAH SEBAB KESIAN...WUAAAA..
 27 September at 19:23

Akhirnya saya bancuh susu Biomil Umar dan Ammar untuk diberi pada kucing. Mula-mula saya ingat di boleh minum tapi tak boleh. Anak kucing tu masih belum pandai menjilat. Kemudian saya dan suami cari syringe ubat anak yang telah dipakai untuk suap susu ke mulut anak kucing.

Tapi anak kucing tu tak reti jugak nak minum. Saya semakin susah hati bila matanya penuh tahi mata. Risaunya jika terkena jangkitan mata, anak kucing boleh mati. Akhirnya saya dan suami, ambil keputusan untuk cari ibu kucing tersebut. Kami cari sekeliling taman tapi lansung tak berjumpa.Siap tanya-tanya orang pun tak jumpa.

Bila baca susu lembu tak boleh bagi kat kucing, saya dan suami ambil keputusan pergi beli susu kucing dan botol susu kucing. Alhamdullah bolehla kucing tu minum sedikit2. dekat 4 hari juga anak kucing cuma minum 4 5 titik beberapa kali sehari. dan selepas tu kucing dah pandai menjilat. Ketika ni perasaan lega sangat. Semasa kucing tu tak boleh makan dan minum, perasaan saya amat terganggu. Rasa susah hati sampai hati saya betul2 tak tenang. Ada juga termarah anak-anak yang merengek itu dan ini dan pada masa yang sama terpaksa bagi makan kucing yang belum tahu makan.

Kemudian, semasa suami beli makan kucing untuk yang besar (kucing yang sudah ada dirumah), suami teringat nak beli makanan kucing yang dalam tin. Suami beli whiskas pek kecik sebagai percubaan. Alhamdulillah sangat lega bila anak kucing tu makan. Selepas habis pek kecil tu, suami beli 1 tin makanan kucing dan kemudian disusuli 2 tin lagi. Masa tu kami bercakap habis 2 tin ni kita buang anak kucing ni.


Rutin harian saya bertambah bila ada anak kucing. Saya kena basuh kain busuknya 2 helai danbasuh bekas plastik yang dijadikan tempatnya. Pada waktu pagi kena mandikan kucing dulu sebab badanya terkena tahi dan air kencingnya sendiri. Kemudian basuh kain busuknya 2 helai. Masa mula-mula dia duduk dalam tempatnya, dia sik berbunyi je. sampaikan saya rasa menganggu jiran-jiran. Bila kain busuknya diletak dia terus diam dan tenang.

Cabarannya bila dia sudah pandai keluar dari tempatnya. Dia berak dekat-dekat sliding door. Jenuhnya membasuh. Setiap 2 hari sekali saya kena basuh laman rumah nak buang tahi/air kencing dan tapak2 kakinya yang mungkin terlekat najis. Cabarannya ialah bila saya keluar anak-anak pun nak ikut keluar. Kalau tinggalkan dalam rumah, pasti menangis. kadang-kadang baru saja tukar CD, sebab anak-anak pun 'membantu' mencucui lantai kena tukar semula. Yang kalutnya Ammarlah, bila saya menggosok lantai dengan sabun, Ammar akan menggosok-gosok tangannya ke lantai dan makan buih sabun. MasyaAllah.

Satiap kali saya membasuh lantai, membasuh kain busuknya, tempat dan memandikannya saya selalu merungut leceh dan penat. Tapi bila dah siap uruskan semua, saya lihat dia tidur, rasa selesa duduk dengan kain busuknya hilang rasa penat. Tapi memang terpaksa buang dalam hati ni sebab nak bela kucing sampai 2 ekor plus kucing yang besar pun bunting (salah kami sebab lambat kasi) memang kami tak mampu.bukan tak mampu beri makan tapi tak mampu dari segi masa, tenaga dan beri kasih sayang.

Sebab bila bela kucing di kawasan rumah taman, memang kena jaga dengan rapi. Kena jaga tempat dia berak kencing , kesihatan kucing supaya kesihatan ahli rumah tak terjejas, kena jaga kucing dari pergi buat onar di rumah2 jiran dan macam2 lagilah. Tapi dalam dok cakap nak buang kami memang tak sampai hati. Kucing besar tu pun sampai dah bunting tak terbuang-buang. Tengok! sebab takmau bela kami tak pernah bagi nama pun kat kucing-kucing tu. Kami cuma panggil kucing atau nyeow-nyeow saja.

Perasaan serba salah bila memikirkan walaupun kami hanya memberi makan sahaja, risaunya kalau dibuang nanti mereka berjumpa orang yang menganiaya mereka. Ataupun sebenarnya Allah nak anugerahkan kami pahala/syurga tapi kami mengsia-siakan dengan membuangnya pula..Tapi paling tak sampai hati kalau membuangnya sebab takut depa tak dapat cari makan dan orang menganiaya depa.

Dalam terfikir nak buang tak buang kami terus uruskan kucing-kucing tu. Ntah bila nak pergi buang.

Ahad lepas sengaja saya letak kereta diluar supaya senang nak basuh najis kucing dan biarkan anak main di luar. Sampai ke petang kereta diluar pagar.Petang tu pula ada janjitemu denga kak hani kat taman siswa jaya sebab nak ambil Maajun Anggun Bestari kat dia. Nak tukar injection depo kepada Maajun tu pulak sebagai kaedah merancang keluarga. Kebetulan anak-anak lambat bangun jadi kami dah terlewat nak jumpa. Dalam tergesa-gesa kami masukkan anak-anak dalam car seat, abang terlupa nak ambil barang masuk semula dalam rumah kami tak terfikir lansung yang anak kucing mungkin ada bawah kereta. Lagi pun suami baru masukkan makanan ke dalam pinggannya yang merupakan memang last untuk beli tin seterusnya. Memang suami ada cakap tak nampak kucing tu tapi kami tak fikir lansung yang mungkin anak kucing berada dibawah kereta sebab kereta di parkir di luar pagar rumah.

Tapi sangkaan kami meleset.  Bila suami berasa seperti terlenyek sesuatu dia terus membrek dan menjeri Kucing! Kucing!. Saya ketika tu pun terus mengucap MasyaAllah dan Allah hinggakan Fatimah dan Hairi juga keluar melihat, takut ada apa-apa yang serius. Saya taktau nak buat apa masa tu. Anak kucing sedang menggeletik kesakitan. Kami terlenyek kepalanya. Dalam buntu tak dapat terima kami telah terlanggar kucing tu saya tersedar bila Hairi cakap "Dah tak de tu" dan menyebut Innalillah. Baru saya boleh kawal perasaan dan air mata bergenang.

Saya tak sangka kami boleh terlanggar anak kucing tu. Malah tak teringat lansung yang anak kucing tu ada bawah kererta sedangkan selama beberpa minggu dia ada dirumah, kami tak pernah lupa nak letak dia ditempatnya atau mengawal dia dari masuk bawah kereta bila nak keluar. Hari tu kami benar-benar tak teringat. Ini post akhir di wall saya tentang anak kucing tu:



Nurul Zakiah Zamri Tan
sedih dan rasa rindu pada anak kucing kecil tu..memang saya selalu merungut letih terpaksa membasuh laman rumah dan tahi kucing, basuh kain busuknya yang terkena tahi dan air kecing dia hari2. suami betanggungjawab beri makan..Tapi saya tak pernah berniat untuk menyakitinya walalupun sedikit...

dia dah takda..kami terlanggar anak kucing tu.sebab kereta park diluar pagar..kalut2 nak kluar sebab ada janji temu lansung tak teringat kalau2 dia ada dibawah kereta..selalunya saya memang tunggu abg kluarkan kereta sambil awasi anak kucing tu supaya tak keluar dari bakulnya.. sedihnya teringat dia mengeletik kesakitan..Dia cuma sempat bersama km hanya beberapa minggu. susu tepung kucing pun masih banyak berbaki..

16 October at 11:26

Sedih mengingatkan kami pernah cakap bila abis 2 tin makanan kucing ni, kita buanglah. akhirnya habis 2 tin dan kami masih berbelah bagi nak buang, allah terus ambil dia...

Akhirnya kucing yang besar pun kami buang juga. Takut kejadian yang sama terjadi pada anak-anaknya. Kami sedapkan hati dengan kata-kata "Life will find a way" , dan berharap mereka selamat dan Allah mengampuni dosa-dosa kami. 




Wednesday

Lintasan Cahaya Di Syurga

Saya seringkali terinspirasi dengan cerita-cerita yang dibawa oleh Ustaz Kazim dalam ceramahnya. :) Saya ni asik asik ustaz kazim je..Haah, taktaulah kenapa saya memang suka mendengar ceramah-ceramahnya. Saya berharap dapat bertemu dan mendengar ceramahnya secara lansung suatu hari nanti. Dalam satu ceramah ustaz, ustaz bawakan kisah. Kisah ini amat berguna dan menjadi inspirasi buat isteri memberi layanan kepada suaminya. 

Ceritanya begini. Ada satu imam yang bernama Imam Sufian At Thauri. Beliau adalah seorang ulama mazhab, tapi mazhab dia tak popular macam imam-imam yang empat itu. Tapi Iman Sufian At Thauri ni ulama yang hebat. Beliau tulis beratu ratus kitab dan bayak hukum yang telah diijtihadkan. 

Tetapi kerjanya pada malam hari ialah solat dari isyak ke subuh. Sampaikan ada muridnya bertanya. "Sudah banyak ibadat yang Tuan lakukan, Masih belum cukup lagi ke?"

Lalu Imam Sufian menjawab. "Macam mana aku boleh bersenang-senang bila aku membaca hadis nabi yang menyatakan, Di dalam syurga sedang manusia sedang berseronok seronok, tiba-tiba ada satu cahaya melintas dalam syurga hingga penghuni syurga bangun tengok cahaya tersebut kerana pada sangkaan mereka itu adalah cahaya Allah. 

Tapi bila bangun melihat cahaya itu cahaya siapa, rupa-rupanya itu adalah cahaya wanita solehah yang ketika hidupnya senyum pada suaminya"

Seronok kan dalam perkahwinan ni, senyum pada suami pun Allah beri ganjaran yang sedemikian rupa. 

SENYUMLAH ketika menghantar suami ke muka pintu untuk ke tempat kerja
SENYUMLAH ketika menyambut suamimu pulang
SENYUMLAH ketika menghidang makanan padanya
SENYUMLAH ketika berselisih dengannya
SENYUMLAH selalu dan buanglah rajuk dihatimu

Tapi ustaz pesan pastikan bila senyum jangan senyum sorang-sorang..nanti orang hantar pergi tampoi pula... 

Tuesday

Misi Bahtera Nabi Nuh : Halaqah TV9

Bak kata Ustaz Badlishah Alauddin Halaqah, Tak Tengok Rugi. Sejak terlepas siaran pertama Selasa yang lalu, saya memang tertunggu siaran ulangannya pada hari ini, Isnin. Topiknya juga menarik iaitu tentang Misi bahtera Nabi Nuh. Topik ini dikupas dengan begitu menarik yang mengaitkan misi bahtera nabi nuh dengan kehidupan kita kini. Malah banyak info yang direfresh semula dan tambahan-tambahan maklumat yang baru.

Seronoknya apabila mendengar sesuatu sampaian ilmu baik di media elektronik atau secara lansung ialah kita mula membuka tafsir dan turut menyemak, agar rujukan bukan hanya internet yang mungkin kita tertipu dari pihak yang ingin menyesatkan dan dapat memahami tafsir itu sendiri, malah akan lebih adventure bila kita sendiri dapat membacanya dengan satu persatu dimana satu cerita berkait dengan ayat2 dan surah-surah yang lain. Saya kongsikan kupasan Misi Bahtera Nabi Nuh di blog saya yang kerdil ini. Panelnya ialah Dr Danial Zainal Abidin. Semoga memperoleh manfaat.

Sebelum dimulakan dengan persoalan-persoalan yang akan dikupas oleh Dr Danial, Ustaz Tirdmizi membacakan Ayat 14 dan 15 dari Surah Al ankabut dengan maksudnya:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada Kaumnya, maka tinggallah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; Akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka)
(14 Al Ankabut)

Maka dengan itu Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera dn kami jadikan bahtera itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan memberi pengajaran insaf) kepada sekalian makluk (15 Al-Ankabut)


Siapakah Nabi Nuh 'Alaihiwassalam?

Dr Danial memulakan dengan menceritakan susur galur keluarga dari Nabi Adam yang diutus sebagai khalifah yang pertama dimuka bumi. Dengan Hawa, mereka dikurniakan anak secara berpasang-pasangan. Saya kurang dengar apa yang Dr Danial sebutkan mengenai susur galur keturunan Nabi hingga lahirnya Nuh jadi saya buka semula Diari Islam yang ada carta kerturunan nabi dan rasul. Keturunan Nabi Nuh bermula selepas Nabi Adam ialah Nabi Syisy, Anwas, Qinan, Mahkail, Yarid, Yardukil, Mahnaukh, Matusalkh, dan Lamik. Dari Yardukil lahirlah Nabi Idris dan Nabi Nuh dari Lamik.

Ulama mengatakan dari zaman Nabi Adam hingga Nabi Idris amnya umatnya baik namun ketika sampai di zaman Nabi Nuh mula ada pancaroba.

Ketika Zaman Nabi Nuh mereka mula menyembah berhala. Seperti dinyatakan dalam Alquran suran Annuh Ayat  23 iaitu :

"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: 'Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr'. (23 Annuh)

Dr Danial menerangkan asalnya sembahan mereka itu adalah orang-orang baik. Tetapi kerana terlalu diidolkan mereka dipuja dan dijadikan sembahan oleh orang-orang yang sesat.   Sejak itulah bermula kesyirikkan terhadap Allah. Nabi Nuh berdakwah, ada yang terima tetapi terlampau sedikit. Dalam hidupnya 950 tahun berdakwah hanya 80 orang saja yang terima. Mungkin ada yang bertanya masuk akal ke hidup sampai 950 tahun?? Dr Danial menjawab dalam mengkaji alquran bukan sekadar akal walaupun akal itu penting. Tidak mustahil disisi Allah untuk menjadikan hidup selama 950 tahun. Selain akal, IMAN membenarkan apa saja yang datang dari Allah. 

Ada satu pengkaji yang bernama Leonard  Wooleys seorang arkeologis mengkaji di lembah mesopotamia menyatakan memang ada banjir besar berlaku 3000 tahun dahulu. Disitu nampak ada isyarat dan membuktikan Alquran itu benar.

Banjir besar itu berlaku kerana masyarakat ketika zaman itu menentang mesej kebenaran daripada Allah iaitu disebut dalam surah Annuh ayat 3 seperti maksudnya:

"Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaKu;" 
(3 Annuh)
Nabi Muhammad juga menyampaikan mesej yang sama. Kesungguhan Nabi Nuh pula dinyatakan didalam alquran seperti Ayat 5 Surah Annuh iaitu seperti maksudnya: 

"Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);" 
(5 Annuh)

Disni Dr Danial menyatakan nak sampaikan Islam ni kena ada sabar dan kegigihan. MAlah ketika 950 tahu berdakwah cuma 80 orang sahaja menerima memberi isyarat bahawa MAJORITI tak semestinya betul. Teringat pesan suami kepada saya, jika kita berlainan dari orang lain tak semestinya kita salah dan mereka betul.

Selain Suran Annuh yang menceritakan kisah banjir besar Nabi Nuh, terdapat juga kisah-kisahnya dalam surah Hud ayat 25-49.

Penemuan Bahtera Nabi Nuh??

Belum ada penemuan yang putus mengenai Bahtera Nabi Nuh, tetapi Dr Danial Mengupas dengan membuat perbandingan begini:

Di dalam Bible dikatakan bahtera Nabi Nuh terdampar di Gunung Ararat tetapi dalam Alquran mengatakan dalam surah Hud ayat 44 dimana dengan maksudnya:

"Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperitahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera  Nabi Nuh itupun berhenti di atas Gunung Judi, serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah bagi orang-ornag yang zalim"
(44 Hud)

Pada 16 Januari 1964 akhbar The Observer mencatatkan satu penemuan yang menarik dimana ia mengukirkan penemuan bahtera Nabi Nuh di Gunung Judi. Seperti dicatatkan dalam catatan yang berwarna Cyan dibawah.

The Qur.aan and Noah's Ark
Martin Wroe, LONDON - Noah's Ark has been found on the Turkish-Iranian border, 32 kilometres from Mount Ararat, according to the leader of a team of scientists that has been investigating the site for six years. The Turkish government is so convinced by the findings that, after years of intransigence, it has designated the site one of special archaeological interest and agreed to its excavation next summer. The remote site contains a buried, ship-like object, resting an altitude of 2,300 metres. At 170 metres long and 45 metres wide, it conforms almost exactly to the 300 cubit by 50 cubit boat that God told Noah to build, according to Genesis 6 in the Bible. On surrounding terrain, the American and Middle Eastern scientists have identified huge stones with holes carved at one end, which they believe are "drogue-stones," dragged behind ships in the ancient world to stabilise them. Radar soundings indicate unusual levels of iron-oxide distribution. Salih Bayraktutan, head of geology at Turkey's Ataturk University, estimates the age of the 'vessel' at more than 100,000 years. "It is a man-made structure and for sure it is Noah's Ark." The site is directly below the mountain of Al Judi, named in the Koran as the Ark's resting place. David Fasold, an American shipwreck specialist with no religious affiliation, has led the investigation. He says subsurface radar surveys of the site have produced "very good pictures." "The radar imagery at about 25 metres down from the stern is so clear that you can count the floorboards between the walls." He believes the team has found the fossilised remains of the upper deck and that the original reed substructure has disappeared. But the findings have infuriated the scores of Christian Ark-hunters who travel to Turkey, convinced the Ark will only be found on Mount Ararat. Fasold, who calls himself an "Arkologist," also argues that it was not a great flood that pushed the Ark into the mountains. He says it was "an astronomical event causing a tectonic upheaval, a tidal bore causing gravitational pull in the ocean waters that forced the boat into the mountains." Some of Fasold's team of geophysicists and geologists are reserving final judgement until the excavation and carbon-dating. But in a British TV series on the environment next month, team member Vendyl Jones, a Middle East archaeologist and inspiration for film character Indiana Jones, says it is "between maybe and probably" that they have found Noah's Ark.
The Observer newspaper, 16 January 1994

Dr kata ini MUNGKIN pentanda itu dalah bahtera nabi Nuh. Wallahualam.

Ketika akhabar The Observer melaporkan berita ini ramai Kristian terkejut sebab dalam Bible kata mendarat digunung ararat tapi akbar melaporkan di Gunung Judi. Jika benar itu adalah bahtera Nabi Nuh, jadi nampak kebenaran Al Quran disitu.

Pembuatan kapal itu adalah wahyu dari Allah. Masa Nabi Nuh buat kapal tu orang yang kufur mengejek-ngejek perbuatan Nabi Nuh. Baginda dikatakan gila dan berdusta seperti ayat 38 Surah Hud:

"Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu, dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya, mereka mengejek-ngejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: " Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu"
(38 Hud)

Dr Danial mengatakan asalnya jika difikirkan dengan akal semata, ia seperti mustahil untuk membina bahtera yang sangat besar dan luas. Tapi sebab ia adalah wahyu Allah sebab tu bahtera dapat di bina. Dr kaitkan dengan kehidupan hari ni. Jika kita ikut apa yang Allah suruh insyaallah pasti jadi. Sebab tu buatlah apa yang telah terkandung dalam Alquran, Insyaallah jadi.

Kaitan Antara Nabi Nuh, Bahtera dan Misinya

Nabi Nuh Contoh Pemimpin
Nabi Nuh ialah contoh yang bagus dimana pemimpin harus ada sifat-sifat nabi iaitu Amanah, Sidiq, Fatanah dan menyampai kebenaran. Dr Danial beri contoh budget baru-baru ni. Budget sudah bagus tapi kalau tak amanah ada ketirisan sebab tu tak sampai kepada orang miskin. Sebab tu pemimpin dan diri kita perlu jadi sabar, gigih, menjadi yang sebaik mungkin.
Bahtera
Bahtera pula dianalogi sebagai alat. Contoh zaman ini, banyak teknologi tapi kemana teknologi tu nak bawa kita. Contoh internet, kalau tengok porno ia bawa kita kemana tapi kalau internet tu digunakan untuk cari ilmu agama, baca benda elok dan positif, guna sebagai medium sebaran ilmu ia nak bawa kita kemana pula.

Misi
Misi pastilah kerana Allah, demi keselamatan dan kesejahteraan untuk Allah.

IKTIBAR

Dari sirah-sirah yang tertulis dalam alquran, ia boleh membawa kepada kajian yang banyak. Saya suka Dr Danial menegaskan kita perlu melahirkan graduan-graduan yang berbentuk saintis, mengkaji apa yang ada di dalam alquran untuk membuktikan kebenaran Alquran. Dr Danial kata apa guna dan kita tak mahu graduan yang mengkaji hantu, jembalang potianak Tapi kita nak graduan yang boleh kaji al quran.

Ini adalah catitan ringkas saya dari halaqah tv9. Boleh juga dengan mp3 rancangan tersebut di link ini :  http://www.4shared.com/audio/vmay3rMr/Ustaz__Dr_Danial_Zainal_Abidin.html

Monday

Hak Seorang Muslim

Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara:

(1) Apabila berjumpa berikan salam kepadanya

(2) Apabila ia menjemput engkau memperkenankan undangannya

(3) Apabila ia meminta nasehat, engkau menasehatinya

(4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah (berdoa untuknya)

(5) Apabila ia sakit hendaklah engkau ziarahinya

(6) Apabila ia mati hendaklah engkau antarkan jenazahnya ke kubur.

HR.Muslim dan Tirmizi.

Saturday

Kesenangan juga Ujian Allah

Semalam saya dan suami berbual tentang hal ujian dan musibah..
Di Bangkok dengan ujian kepada penduduknya, didatangkan banjir yang agak lama,
Di Jepun dan Cristchurh juga digegar lagi dengan gempa berskala 5 hingga 6 skala ritcher
Puting beliung yang melanda disana sini
Malah semalam di berita TV 3, banyak juga berita tentang bencana yang melanda di beberapa buah negara..

Saya cakap pada suami, Banyaknya maksiat dan kezaliman di Malaysia tapi Allah masih sayang dan lindungi kita. Atau sebenarnya Allah sudah tidak pedulikan kita lagi??

Suami saya menjawab Allah juga datangkan KESENANGAN sebagai Ujian

Saya terfikir sebentar. Betul cakap suami dan saya juga melupai fakta tentang KESENANGAN itu...

Kenapa Allah datangkan ujian kepada kita. Jelas di dalam alquran ia adalah untuk menguji keimanan seseorang. Ketika didatangkan musibahlah seseorang akan menunjukkan rupa yang sebenarnya.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka( dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang benar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Al-Ankabut: 2-3)
KESENANGAN sebagai ujian pula Allah menyebut dalah surah Al Kahfi:

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahfi: 7)

mungkin juga senang kita adalah musibah..
dengan senang kita sudahkah kita menginfakkan harta ke jalan Allah..
dengan senang kita adakah kita telah melakukan dakwah demi menebas gejala sosial yang makin parah
dengan senang kita adakah kita ingat pada allah
dengan senang kita adakah kita kufur pada allah
dengan senang kita adakah kita lupa Allah maha berkuasa membalas apa saja dengan kehendaknya
atau dengan senang kita Allah telah lemparkan istidraj kerana Allah sudah tidak sayang lagi pada kita..
bukan senang memikul amanah kesenangan......
mungkinkah kesenangan kita adalah satu UJIAN dan MUSIBAH.

Tuesday

Takde Tauliah Toksah cakap..??

Baru-baru ni Wardina ada mengeluarkan luahan hatinya..

" Ada orang tanya kawan saya..."Wardina ni baru je pakai tudung, kenapa nak cakap pasal Islam...ada tauliah ke, bukannya Ustazah".... Saya pun terkedu...errr..apa itu Islam? Islam itu "segala aspek kehidupan", way of life dan bukan milik mutlak Ustazah...harap maklum...everyone SHOULD and can speak up about Islam... Wallau'alam..... We are all Daie's in our own way..we are Khalifah' that should encourage good..-biasa ke pemikiran mcm ni atau satu dlm seribu? How do we teach ISlam until yg cuma boleh bersuara hanya para Ustaz dan Ustazah..its bothering me..." ~~ 29 September at 10:34Wardina Safiyyah OfficialPage

Kemudian Bob Lokman pula ditangkap jais sebab menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.... http://www.malaysiakini.com/news/178288

Bagi saya kita sendiri tahu apa yang kita tahu dan tak salah nak sampaikan apa yang diketahui itu. Semua orang perlu mengetahui tentang agama islam yang dianuti ini. Orang yang jahil sahaja yang akan memusuhi dan memandang pelik apa yang tidak dia ketahui itu. 

Sarkastiknya, Senang cakap, kita semua tak boleh ajar anak-anak kita tentang solat, tentang puasa, tentang akhlak tentang iman, tentang islam sebab kita takde tauliah???? betul ke macam ni???? Ye la nak tunggu ada tauliah...

Seharusnya, Semua orang yang beragama islam kena taula ilmu ilmu agama yang dianuti ni..kalau islam pada baka saja memang senanglah nak dibodoh bodohkan hingga sesat sebab asas islamnya tak kuat..

Tak semesti seorang wanita yang dulunya tak tutup aurat tapi sekrang dah tutup auratnya tak boleh berpesan-pesan kepada orang lain..
Tak semestinya juga jika ada seorang bekas penagih dadah berpesan nasihatnya tak boleh dipakai...

Kata-kata Hassan al basri tetantang dakwah..

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."


dan tentang ilmu nabi pernah bersabda dengan maksud: 

" Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat."

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi : rujukan Himpunan Hadis JAKIM


Seperti luahan hati wardina everyone SHOULD and can speak up about Islam..sebab sebagai islam kita patut tahu apa isi didalam agama yang serba indah ini...

Kalau taktahula, kita pulak cakap orang sesat, memandai, dan takda tauliah pula..:(

Nabi pernah bersabda apabila sahabat bertanya. Seperti yang diriwayatkan  daripada Thauban r.a. yang bermaksud:  

“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. bertanya,

”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.

Sahabat bertanya lagi,

“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“

Sahabat bertanya lagi,

“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”


Saya bertanya pada diri saya adakah saya juga seperti buih2 dilautan itu..:(

Friday

Bila ajar anak banyak bahasa

Senarionya begini....

 Ummi: Umar ini Fiilun (Bahasa Arab)
Umar: Bukanlah, Ini Elephant (Bahasa Inggeris)
Ummi: Bukan Gajah ke?? (Bahasa Melayu)
Umar: Bukannnnn, Elephant!!
 
Ummi: Ini kalbun (Bahasa Arab)
Umar: Kung-Kung Lah!!


Ummi: ini apa??
Umar: Pig-geg (dia bubuh geg kat hujung sebab dengar saya sebut macam piggeg)sambil membuat gaya menyodol dengan hidung. (gambar animal dia, gambar pig tu tengah sondol2 kat rumput)

Umar dah boleh sebut banyak nama binatang..cumanya bila nak ajar bahasa lain dia belum leh terima..Dia je yang betul...

Bila baca iqra pula, dia kata...
Umar: Ini bukan Aa, Alif..
Ummi: betul tapi bila baca iqra kita sebut Aaa (dah kena mengeja Alif Fathah Aaa..dah tak kena gaya dengan kaedah iqra la plak...)

Ba, ok la sebab huruf arab pun disebut ba..

Takpe..tunggu sikit masa lagi..

sekarang tengah ajar Umar Arabic, English, Jepun dan Korea..Start dengan simple word dulu...Nak tau Tok gurunya sapa??

Youtubelah!!!
Alhamdulillah ada basic Arabic dan Jepun..Jadi lagi mudah nak ajar Umar dan Ammar..

Tuesday

Nasihat Tentang Hijab



Wahai Saudari jangan Teperdaya dengan hasutan Syaitan
Sesungguhnya KEWAJIBAN hijab datangnya dari tuhan kita yang Maha Memberi
Kita telah mendengar kata kata ajaib saudari kita 
Ungkapan mereka yang tidak menyenangkan tentang hijab
Mengatakan diantara pakaian yang hitam gelap
Bagaikan diikat khemah diatas tengkuk
Kononnya mereka mengajak untuk membebaskan para gadis
lalu ditulis tentangnya didalam buku
Mereka melakar cara berhias yang kononnya tidak akan merugikan para pemuda

Wahai saudariku inilah lolongan pembenci umapama serigala
Maka nerakalah seburuk buruk tempat pembalasan bagi orang zalim
Allah akan membentangkan segala kezaliman mereka dihari perhitungan
Dan Surgalah sebaik baik tempat kembali



Saengil Chukha Hamnida-Happy Birthday Abang

Semalam 3 Oktober hari lahir abang. Saya cuma buat kek coklat kukus, sate goreng, nasi impit dan kuah kacang. Lagi satu ialah Air teh yang dijanjikan kerana air teh tengahari pagi semalam itu telah dimasukkan Elmo seperti yang diceritakan dalam entry Elmo Lemas.

Semalam adalah kali pertama wat buttercream frosting untuk kek. Sebenar tak jadilah rasanya, macam terlebih gula icing..Saya dapat resepi yang salah kot. Tambah2 takda electric mixer..lenguh tangan memukulnya. Abang yang banyak tolong pukul buttercream tu..

Kemudian pipping beg, taukeh kedai lupa masukkan dalam beg..Saya pun terlupa juga nak amik..Huhu..Jadi decorating jadi comot sangat..Tapi bolehlah,,sebab fisrt time lah katakan...

Alhamdulillah, dapat makan bersama dengan hasil air tangan sendiri...Selamat Hari Lahir Abang..Semoga Allah memberkati usia dan perjalanan hidupmu..Sayang selalu dari Isterimu yang setia..:) Alhamdulillah hari ini suamiku masih disisi....



Monday

Elmo Lemas


Elmo ni adalah hadiah dari seorang kawan.. Dah lama saya simpan dia. Sayang tau...Sekali tadi nak lunch dengan husband, kelam kabut sana sini..(makan, nak elak anak cepuk lauk itu dan ini..

Umar cakap kat saya "Umi, ni dah kat dalam"

Sekali pandang terus saya sebut "Masya Allah"

Elmo dah lemas dalam Air teh yang saya buat pagi tadi (Sejug)..Ada baki bawak tengah hari la..Taktahulah Umar atau Ammar yang menyebabkan Elmo Lemas...:)

Nak Buat camana..Takdapatlah husband Minum....Malam nanti lah ye Abang..

Hari ni 3 Oktober..Birthday Abang...

Elmo's Song--Feveret Anak2..

This is the song
La la la la
Elmo's song.
La la la la,
La la la la,
Elmo's song.

La la la
La la la la, la
La la la
La la la la, la

He loves to sing,
La la la la,
Elmo's song.
La la la la,
La la la la,
Elmo's song.

He wrote the music.
He wrote the words.
That's Elmo's song.



Friday

Lagu JAwa Lagu CiNA : Lagu Jiwa Lagu Cinta

Abang selalu mengusik "anak-anak kita ni bukan lagi lagu jiwa lagu cinta dah"..
"Nanti depa jadi LAGU JAWA LAGU CINA"
Kih Kih
Ahmad Umar
Muhammad Ammar

Saya tidak layak untuk membenci sesiapa. Malah tak pernah state Saya Benci dia, dia, atau dia. Saya juga punya kelemahan yang tersendiri. Saya sayang pada mereka yang baik pada saya. Hanya itu yang saya tahu..

Mengingat kembali Suami Jawa saya Cina, Tergelak pun ada..
Saya pernah usik suami.."abang kalau balik utara, jalan2 kat pekan jangan cakap jawa, nanti depa ingat ayang kahwin ngan indon" Abang hanya gelak..
Tapi itu usikan sahaja....sayang selalu..

Dan tak larat nak jawab dah bila orang tanya "Macam Cina??"

Lagu JAWA lagu CINA..:)

Kucing yang ditinggal Ibunya dirumah kami


Baru-baru ni ada seekor kucing ditinggal oleh ibunya dirumah kami...Berat juga nak menjaganya sebab dia masih kecil. Belum pandai menjilat lagi..Mesti kena pakai botol untuk beri susu..Waaaa, macam dapat baby baru..

Bila nampak kelibat kami je, berbunyi la kucing ni dengan kuat...Kami tak mahu bela kucing sebenarnya. Tapi mesti ada yang datang. nak buang tak sampai hati. Sebab takut berdosa. Serba salah..Saya bukan orang yang sesuai nak bela kucing. Rasanya seperti takkan sempat. Kalau seekor boleh lagi, kalau dah banyak ekor kena penjagaan yang rapi.. Nak buat camana kalau dah nama binatang, tapi takut jadi masam hati pulak sebab kucing dok pi rumah orang...Kesihatan dan Kebersihan lagi. Kalau tak betul2 ahli rumah juga boleh dapat sakit.

Ini LAGU apa?? Mmmm, Taktahu lah 'LAGU'(Slang Utara) Mana.....

Ada sapa2 nak amik bela???