Sudah lama saya tidak membela kucing dengan rapi. Seperti masa bujang ketika dirumah mak dulu, saya bukan setakat beri makan, basuh berak tapi saya membelai dan benar-benar menyayangi mereka. Saya tidak kisah tidur bersama kucing. Malah tak pernah kisah kalau kucing kesayangan saya dulu, tidur di atas tengkuk dan berkongsi hangat bersama-sama.
Sejak saya punya anak-anak, saya memang tak boleh membela kucing dengan betul-betul. Saya cuma memberi makan sahaja. Sejak pindah ke Taman Permai mulanya ada kucing-kucing terbuang yang datang. Jika ada makanan lebih pasti menjadi habuan mereka. Walaupun diberi makan mereka hanya singgah2 sahaja. Kemudian, ada seekor anak kucing yang datang kemudian dia terus lekat dan membesar di rumah kami. Kini dia telah besar dan bunting.
Baru-baru ni, ketika saya berada dibilik depan, saya terdengar cakaran di pintu belakang. Rupa-rupanya ada seekor ibu kucing memanjat jaring yang dilekat di pintu grill belakang. Ibu kucing tu membawa anaknya masuk ke dalam rumah. Sangat beriltizam ibu kucing tu memanjat pintu belakang yang telah saya tutup dengan jaring. Paras jaring tu boleh dikatakan lebih separuh pintu grill belakang.
Bila saya terperasan ibu kucing tu membawa anaknya masuk ke bilik belakang, saya pun berleter kepada ibu kucing tersebut supaya membawa keluar anaknya. Saya cakap pada ibu kucing tu saya takmau bela depa. Tapi kemudian ibu kucing tersebut merengus dan memarahi saya. Kemudian saya cakap pada ibu kucing tersebut. "Nantila aku habaq kat laki aku hang marah aku ". Tergelak pulak bila mengingatkan. Dalam dia merengus-rengus, ibu kucing tu berlari keluar meninggalkan anaknya. Sudah lama saya tak uruskan kucing. Saya berasa geli pulak nak melihat anak kucing yang ditinggalkan tu. Jadi saya tunggu suami balik pada tengahari. Tapi ibu kucing tak muncul-muncul untuk susukan anak dia. Saya mula susah hati. Pintu belakang dibuka tapi ibu kucing masih tak datang-datang.
Ini post Facebook saya sebab kedatangan anak kucing itu:
KUCING TU KAN..BETUL BETUL BUANG ANAK DIA KAT RUAMH KAMI..
DAHLA DIA MARAH SAYA, NI DIA TINGGAL JE ANAK DIA..SIAN ANAK DIA TAK MAKAN..
BUAT SUSU UMAR DAN AMMAR BG MINUM ANAK KUCING TU..
BENCI TAU..TAKMAU BELA..LAST2 ADA GAK 2 EKOR KUCING KAT RUMAH SEBAB KESIAN...WUAAAA..
27 September at 19:23
Akhirnya saya bancuh susu Biomil Umar dan Ammar untuk diberi pada kucing. Mula-mula saya ingat di boleh minum tapi tak boleh. Anak kucing tu masih belum pandai menjilat. Kemudian saya dan suami cari syringe ubat anak yang telah dipakai untuk suap susu ke mulut anak kucing.
Tapi anak kucing tu tak reti jugak nak minum. Saya semakin susah hati bila matanya penuh tahi mata. Risaunya jika terkena jangkitan mata, anak kucing boleh mati. Akhirnya saya dan suami, ambil keputusan untuk cari ibu kucing tersebut. Kami cari sekeliling taman tapi lansung tak berjumpa.Siap tanya-tanya orang pun tak jumpa.
Bila baca susu lembu tak boleh bagi kat kucing, saya dan suami ambil keputusan pergi beli susu kucing dan botol susu kucing. Alhamdullah bolehla kucing tu minum sedikit2. dekat 4 hari juga anak kucing cuma minum 4 5 titik beberapa kali sehari. dan selepas tu kucing dah pandai menjilat. Ketika ni perasaan lega sangat. Semasa kucing tu tak boleh makan dan minum, perasaan saya amat terganggu. Rasa susah hati sampai hati saya betul2 tak tenang. Ada juga termarah anak-anak yang merengek itu dan ini dan pada masa yang sama terpaksa bagi makan kucing yang belum tahu makan.
Kemudian, semasa suami beli makan kucing untuk yang besar (kucing yang sudah ada dirumah), suami teringat nak beli makanan kucing yang dalam tin. Suami beli whiskas pek kecik sebagai percubaan. Alhamdulillah sangat lega bila anak kucing tu makan. Selepas habis pek kecil tu, suami beli 1 tin makanan kucing dan kemudian disusuli 2 tin lagi. Masa tu kami bercakap habis 2 tin ni kita buang anak kucing ni.
Rutin harian saya bertambah bila ada anak kucing. Saya kena basuh kain busuknya 2 helai danbasuh bekas plastik yang dijadikan tempatnya. Pada waktu pagi kena mandikan kucing dulu sebab badanya terkena tahi dan air kencingnya sendiri. Kemudian basuh kain busuknya 2 helai. Masa mula-mula dia duduk dalam tempatnya, dia sik berbunyi je. sampaikan saya rasa menganggu jiran-jiran. Bila kain busuknya diletak dia terus diam dan tenang.
Cabarannya bila dia sudah pandai keluar dari tempatnya. Dia berak dekat-dekat sliding door. Jenuhnya membasuh. Setiap 2 hari sekali saya kena basuh laman rumah nak buang tahi/air kencing dan tapak2 kakinya yang mungkin terlekat najis. Cabarannya ialah bila saya keluar anak-anak pun nak ikut keluar. Kalau tinggalkan dalam rumah, pasti menangis. kadang-kadang baru saja tukar CD, sebab anak-anak pun 'membantu' mencucui lantai kena tukar semula. Yang kalutnya Ammarlah, bila saya menggosok lantai dengan sabun, Ammar akan menggosok-gosok tangannya ke lantai dan makan buih sabun. MasyaAllah.
Satiap kali saya membasuh lantai, membasuh kain busuknya, tempat dan memandikannya saya selalu merungut leceh dan penat. Tapi bila dah siap uruskan semua, saya lihat dia tidur, rasa selesa duduk dengan kain busuknya hilang rasa penat. Tapi memang terpaksa buang dalam hati ni sebab nak bela kucing sampai 2 ekor plus kucing yang besar pun bunting (salah kami sebab lambat kasi) memang kami tak mampu.bukan tak mampu beri makan tapi tak mampu dari segi masa, tenaga dan beri kasih sayang.
Sebab bila bela kucing di kawasan rumah taman, memang kena jaga dengan rapi. Kena jaga tempat dia berak kencing , kesihatan kucing supaya kesihatan ahli rumah tak terjejas, kena jaga kucing dari pergi buat onar di rumah2 jiran dan macam2 lagilah. Tapi dalam dok cakap nak buang kami memang tak sampai hati. Kucing besar tu pun sampai dah bunting tak terbuang-buang. Tengok! sebab takmau bela kami tak pernah bagi nama pun kat kucing-kucing tu. Kami cuma panggil kucing atau nyeow-nyeow saja.
Perasaan serba salah bila memikirkan walaupun kami hanya memberi makan sahaja, risaunya kalau dibuang nanti mereka berjumpa orang yang menganiaya mereka. Ataupun sebenarnya Allah nak anugerahkan kami pahala/syurga tapi kami mengsia-siakan dengan membuangnya pula..Tapi paling tak sampai hati kalau membuangnya sebab takut depa tak dapat cari makan dan orang menganiaya depa.
Dalam terfikir nak buang tak buang kami terus uruskan kucing-kucing tu. Ntah bila nak pergi buang.
Ahad lepas sengaja saya letak kereta diluar supaya senang nak basuh najis kucing dan biarkan anak main di luar. Sampai ke petang kereta diluar pagar.Petang tu pula ada janjitemu denga kak hani kat taman siswa jaya sebab nak ambil Maajun Anggun Bestari kat dia. Nak tukar injection depo kepada Maajun tu pulak sebagai kaedah merancang keluarga. Kebetulan anak-anak lambat bangun jadi kami dah terlewat nak jumpa. Dalam tergesa-gesa kami masukkan anak-anak dalam car seat, abang terlupa nak ambil barang masuk semula dalam rumah kami tak terfikir lansung yang anak kucing mungkin ada bawah kereta. Lagi pun suami baru masukkan makanan ke dalam pinggannya yang merupakan memang last untuk beli tin seterusnya. Memang suami ada cakap tak nampak kucing tu tapi kami tak fikir lansung yang mungkin anak kucing berada dibawah kereta sebab kereta di parkir di luar pagar rumah.
Tapi sangkaan kami meleset. Bila suami berasa seperti terlenyek sesuatu dia terus membrek dan menjeri Kucing! Kucing!. Saya ketika tu pun terus mengucap MasyaAllah dan Allah hinggakan Fatimah dan Hairi juga keluar melihat, takut ada apa-apa yang serius. Saya taktau nak buat apa masa tu. Anak kucing sedang menggeletik kesakitan. Kami terlenyek kepalanya. Dalam buntu tak dapat terima kami telah terlanggar kucing tu saya tersedar bila Hairi cakap "Dah tak de tu" dan menyebut Innalillah. Baru saya boleh kawal perasaan dan air mata bergenang.
Saya tak sangka kami boleh terlanggar anak kucing tu. Malah tak teringat lansung yang anak kucing tu ada bawah kererta sedangkan selama beberpa minggu dia ada dirumah, kami tak pernah lupa nak letak dia ditempatnya atau mengawal dia dari masuk bawah kereta bila nak keluar. Hari tu kami benar-benar tak teringat. Ini post akhir di wall saya tentang anak kucing tu:
Nurul Zakiah Zamri Tan
sedih dan rasa rindu pada anak kucing kecil tu..memang saya selalu merungut letih terpaksa membasuh laman rumah dan tahi kucing, basuh kain busuknya yang terkena tahi dan air kecing dia hari2. suami betanggungjawab beri makan..Tapi saya tak pernah berniat untuk menyakitinya walalupun sedikit...
dia dah takda..kami terlanggar anak kucing tu.sebab kereta park diluar pagar..kalut2 nak kluar sebab ada janji temu lansung tak teringat kalau2 dia ada dibawah kereta..selalunya saya memang tunggu abg kluarkan kereta sambil awasi anak kucing tu supaya tak keluar dari bakulnya.. sedihnya teringat dia mengeletik kesakitan..Dia cuma sempat bersama km hanya beberapa minggu. susu tepung kucing pun masih banyak berbaki..
16 October at 11:26
Sedih mengingatkan kami
pernah cakap bila abis 2 tin makanan kucing ni, kita buanglah. akhirnya
habis 2 tin dan kami masih berbelah bagi nak buang, allah terus ambil
dia...
Akhirnya kucing yang besar pun kami buang juga. Takut kejadian yang sama terjadi pada anak-anaknya. Kami sedapkan hati dengan kata-kata "Life will find a way" , dan berharap mereka selamat dan Allah mengampuni dosa-dosa kami.
Akhirnya kucing yang besar pun kami buang juga. Takut kejadian yang sama terjadi pada anak-anaknya. Kami sedapkan hati dengan kata-kata "Life will find a way" , dan berharap mereka selamat dan Allah mengampuni dosa-dosa kami.
zakiah sedihnya...macam kucing kat rumah akak jugak yang suami terlanggar tu..ermm..Tuhan lagi sayang dia kan..fikir positif je.
ReplyDeletesedihnya baca entry kali ni.kat rumah aku ada banyak kucing.adik aku suka bela.bila hari2 dok main, sekali kucing tu eksiden..memang sebak jugak la di dada.
ReplyDeleteKak missbby: lepas zakiah terlanggar anak kucing tu memang teringat je akak cerita pasal kucing akak tu. nak bgtau akak tapi tak sempat2..last tulis kat blog dah..sedih sebab macam ralat rasa. Tapi kalau dielak memang sudah ajal jugak. jadi peringatan jela kat diri kalau2 bela kucing lagi..huhu
ReplyDeleteCikgaban: adik2 aku pun sama..dulu kat rumah tok ada stu anak kucing. Adik aku yang zahida terduduk atas kepala dia..kesian sangat..teruk juga..hidung dia berdarah pastu cam nyawa2 ikan..memang adik2 aku pakat teriak..tambah2 syikin ngan uddin. uddin siap suruh bacakan fatihah kat kucing tu..malam tu ok sikit sebab dia boleh bangun dan dtg tidur kat leher aku...esoknya bawak pi vet..
ReplyDeletekalau syikin pulak memang sayang gila ngan kucing..semua kucing dia kutip bawa balik..la ni kat rumah mak aku ada dekat 20 ekor...