Saya seringkali terinspirasi dengan cerita-cerita yang dibawa oleh Ustaz Kazim dalam ceramahnya. :) Saya ni asik asik ustaz kazim je..Haah, taktaulah kenapa saya memang suka mendengar ceramah-ceramahnya. Saya berharap dapat bertemu dan mendengar ceramahnya secara lansung suatu hari nanti. Dalam satu ceramah ustaz, ustaz bawakan kisah. Kisah ini amat berguna dan menjadi inspirasi buat isteri memberi layanan kepada suaminya.
Ceritanya begini. Ada satu imam yang bernama Imam Sufian At Thauri. Beliau adalah seorang ulama mazhab, tapi mazhab dia tak popular macam imam-imam yang empat itu. Tapi Iman Sufian At Thauri ni ulama yang hebat. Beliau tulis beratu ratus kitab dan bayak hukum yang telah diijtihadkan.
Tetapi kerjanya pada malam hari ialah solat dari isyak ke subuh. Sampaikan ada muridnya bertanya. "Sudah banyak ibadat yang Tuan lakukan, Masih belum cukup lagi ke?"
Lalu Imam Sufian menjawab. "Macam mana aku boleh bersenang-senang bila aku membaca hadis nabi yang menyatakan, Di dalam syurga sedang manusia sedang berseronok seronok, tiba-tiba ada satu cahaya melintas dalam syurga hingga penghuni syurga bangun tengok cahaya tersebut kerana pada sangkaan mereka itu adalah cahaya Allah.
Tapi bila bangun melihat cahaya itu cahaya siapa, rupa-rupanya itu adalah cahaya wanita solehah yang ketika hidupnya senyum pada suaminya"
Seronok kan dalam perkahwinan ni, senyum pada suami pun Allah beri ganjaran yang sedemikian rupa.
SENYUMLAH ketika menghantar suami ke muka pintu untuk ke tempat kerja
SENYUMLAH ketika menyambut suamimu pulang
SENYUMLAH ketika menghidang makanan padanya
SENYUMLAH ketika berselisih dengannya
SENYUMLAH selalu dan buanglah rajuk dihatimu
Tapi ustaz pesan pastikan bila senyum jangan senyum sorang-sorang..nanti orang hantar pergi tampoi pula...
sy tgh senyum sorang2 dpn pc ni :-)
ReplyDeleteiallah..cuba untuk senyum selalu..
ReplyDelete