Tuesday

Takde Tauliah Toksah cakap..??

Baru-baru ni Wardina ada mengeluarkan luahan hatinya..

" Ada orang tanya kawan saya..."Wardina ni baru je pakai tudung, kenapa nak cakap pasal Islam...ada tauliah ke, bukannya Ustazah".... Saya pun terkedu...errr..apa itu Islam? Islam itu "segala aspek kehidupan", way of life dan bukan milik mutlak Ustazah...harap maklum...everyone SHOULD and can speak up about Islam... Wallau'alam..... We are all Daie's in our own way..we are Khalifah' that should encourage good..-biasa ke pemikiran mcm ni atau satu dlm seribu? How do we teach ISlam until yg cuma boleh bersuara hanya para Ustaz dan Ustazah..its bothering me..." ~~ 29 September at 10:34Wardina Safiyyah OfficialPage

Kemudian Bob Lokman pula ditangkap jais sebab menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.... http://www.malaysiakini.com/news/178288

Bagi saya kita sendiri tahu apa yang kita tahu dan tak salah nak sampaikan apa yang diketahui itu. Semua orang perlu mengetahui tentang agama islam yang dianuti ini. Orang yang jahil sahaja yang akan memusuhi dan memandang pelik apa yang tidak dia ketahui itu. 

Sarkastiknya, Senang cakap, kita semua tak boleh ajar anak-anak kita tentang solat, tentang puasa, tentang akhlak tentang iman, tentang islam sebab kita takde tauliah???? betul ke macam ni???? Ye la nak tunggu ada tauliah...

Seharusnya, Semua orang yang beragama islam kena taula ilmu ilmu agama yang dianuti ni..kalau islam pada baka saja memang senanglah nak dibodoh bodohkan hingga sesat sebab asas islamnya tak kuat..

Tak semesti seorang wanita yang dulunya tak tutup aurat tapi sekrang dah tutup auratnya tak boleh berpesan-pesan kepada orang lain..
Tak semestinya juga jika ada seorang bekas penagih dadah berpesan nasihatnya tak boleh dipakai...

Kata-kata Hassan al basri tetantang dakwah..

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."


dan tentang ilmu nabi pernah bersabda dengan maksud: 

" Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat."

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi : rujukan Himpunan Hadis JAKIM


Seperti luahan hati wardina everyone SHOULD and can speak up about Islam..sebab sebagai islam kita patut tahu apa isi didalam agama yang serba indah ini...

Kalau taktahula, kita pulak cakap orang sesat, memandai, dan takda tauliah pula..:(

Nabi pernah bersabda apabila sahabat bertanya. Seperti yang diriwayatkan  daripada Thauban r.a. yang bermaksud:  

“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. bertanya,

”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.

Sahabat bertanya lagi,

“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“

Sahabat bertanya lagi,

“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”


Saya bertanya pada diri saya adakah saya juga seperti buih2 dilautan itu..:(

1 comment:

  1. mmmmm, mentaliti yg perlu diubah :-)

    saya pun tak ada tauliah, tp sy nak jugak share psl Islam dgn semua org, atas tiket nak berdakwah dan utk dptkan pahala secara tak langsung, hrp2 sy tak kena tangkaplah :-) hehehe

    ReplyDelete