Tuesday

Bekerja di rumah

Assalamualaikum semua...

Mulai hari ni, dah bekerja di rumah saja..
Sambil siapkan kerja-kerja kemas gak rumah..packing baju anak, saya dan suami...
lom sempat nak uploadkan gambar2nya...
Cadar dan pijama baby dah siap jahit..tinggal barut ngan bedung baby belum lagi....

Yang penting kena siapkan kerja dulu...:)

Wednesday

Geram sangat dengan unit akaun Pelajar >:(

Sebelum saya me"NYACAD"kan aduan saya nak gak komen kat blog dan FB...patut ke tak saya memang tak seronok sebab bukan kali ni B buat hal dengan saya...Dah banyak kali..

Kecewa gila dengan perkhidmatan B..especially unit akaun pelajar...
Ya ya ya saya maklum sebagai student kami ni takda kepentingan kepada Uni..jadi tuntutan kami mungkin REMEH...Yalah..pelajar selalunya bukannya nak buat apa pun kot dengan duit2 tu..

Seriously, saya memang nak guna duit...saya ada tanggungan dan keperluan yang penting..Setaip hari saya semak akaun bank nak tengok dah ada duit belum...Saya sebenarnya taklah kisah sangat duit tak masuk lagi walaupun dah terdesak... TAPI KECEWA dengan cara unit akaun pelajar handle pertanyaan saya.
--Kronologi----

1. Saya semak akaun pelajar untuk lihat baki hutang melalui SMAP. Saya masih berhutang yuran dengan Universiti. Saya belum buat pendaftaran subjek sebab malu nak jumpa pegawai kerana sebelum ni yuran saya bayar ansur2 dan pegawai pernah pesan "bayar tau yuran". Gladly, hutang saya bersih dan saya terus telefon B sebab hairan kenapa yuran langsai tapi elaun belum masuk.Mujurlah pihak PS bagi can buat pendaftaran subjek pada 27 feb nanti sama-sama dengan pelajar baru.

2. Pegawai beritahu tuntutan dan lulus pada 17 jan lagi. Jadi tarik dulu untuk bayar hutang2. Cek belum release ke bank..Okla..dia kata dah tak lama lagi..

3. Hari-hari pun cek akaun.

4. Semalam telefon semula B(unit akaun pelajar) dan pegawai lain pulak cakap cek dah bagi lama dah kat bank. SUSPICIOUS gila!!!....agaklah kalau nak CHONG dan bagi alasan pun...Bank ada polisi dia..takkan dia nak hold cek lama-lama. kawan cakap ada setengah bank 2 minggu sekali baru proses cek..oklah..nanti saya nak ke bank tanya..sebab semalam dah sepetang call bank, engage je..Siap call Operator universiti minta tolong sambungkan ke bank. Mana tau dia ada no lain..Tapi malangnya nombor sama je la dalam sistem dia..

5. Hari ni ke bank, dan tanya status akaun pelajar...Walaupun dah tau kena CHONG ngan B.
dan memang tepat sangat-sangat yang sebenarnya saya ditipu untuk sekian kalinya oleh B...

6. Kecewa..kecewa...

Sebab

1. Kenapa tak jawab saja dengan jujur yang cek tu belum release..kenapa taknak cakap yang bulan ni mungkin lambat sikit sebab proses yang macam-macam..malumlah baru je Disember kan.Kenapa tak bagi saja tarikh bila nak masukkan cek tersebut. Saya telefon sikit pun tak marah. Tak desak-desak..saya mula dengan tanya status tuntutan elaun saja..

2. Padahal di Unit yang lain di B tu, bahagian tuntutan pensyarah sambilan, dia boleh jawab je dengan jujur...yang elaun disember masuk awal feb nanti..Sebab terhold kerana proses penutupan akaun..

3. Unit akaun pelajar sejak dulu selalu spoiled...:(

Sejak 2007 saya kena buat tuntutan elaun. Saya ok je. takda masalah nak tuntut2..Buat kerja ada gaji..tak buat kerja sendiri pun malu kan nak tuntut elaun.

Tapi sejak tu banyak juga masalah yang saya kena dengan B...

---Masalah-masalahnya-

1. Masalah No KWSP. Saya menjadi RA sejak 2007-2009. Masa tu caruman saya ok je. tak ada masalah. Tapi 2009, bila jadi RA kepada pensyarah yang lain tiba-tiba timbul pulak masalah NO KWSP salah. Saya diminta telefon KWSP batu pahat untuk betulkan. Kali pertama dah betulkan. B masih cakap ada masalah. Kali ke2 buat lagi semakan. B masih kata ada masalah. Dan kali ke 3 B minta ke KWSP sendiri. Saya betulkan. Masih lagi ada masalah katanya....Sedangkan 3 kali berurusan dengan KWSP, mereka kata maklumat saya TIADA MASALAH. Dan terpaksa ke KWSP yang jaraknya 20 KM dr Uni untuk membuat perkara yang REMEH dan tak SALAH pun sebenarnya. Bayangkan 2007-2009 KWSP saya boleh dicarum dengan elok je, tetiba mereka kata maklumat ada masalah. Kebetulan ada seorang kawan saya juga kena benda yang sama. Saya agak pengurusan B yang bermasalah.

2. Elaun GRA saya masuk double pada satu bulan. Sebab saya agak ia bukan duit saya, saya terus telefon B untuk maklumkan masalah tu. Memang pun, lebihan RM1300 tu duit Pak ahmad. Oklah B suruh saya segera ambil duit tu dan pulangkan ke B. Masa tu saya pregnant. Dah sarat juga. Sebab nak ke bank dr ofis saya boleh sampai dengan berjalan saja, saya pun jalan ke bank untuk keluarkan duit. Tapi bila nak keluarkan baki pulak tak cukup.. Semak balik rupanya duit tu bendahari dah ambil balik. Saya ni mengandung!!..jalan pun dah mengah. Kenapa dari awal tak buat decision yang B sendiri keluarkan duit tu..Kan senang.

3. Bila ada geran selalunya, yuran balajar, geran yang bayarkan. Tapi masa mula-mula daftar, bayar sendiri. dalam RM2100 juga. Tapi boleh buat tunttutan semula kemudian. Oklah. Bila dah buat tuntutan duit pun masuk balik. Kemudian tetiba masuk lagi RM2100. Saya beritahu B. B minta datang jumpa pegawai untuk pulangkan duit. Saya ingat dengan 3-4 kali pergi B pun pegawai takda. Masa tu masih mengandung..Penatnya...Mujurlah saya bukan pemarah..kalau tak depan ke belakang ke mungkin kena maki je B nih...

4. Selalunya bila lambat elaun masuk, memang saya akan tanya B. Bila nak masuk. Untuk akaun pelajar mereka takda tarik yang tetap untuk masukkan elaun. Suka hatilah ikut keadaan diorang. B mungkin takda masa nak fikir keadaan kitaorang..

Alhamdulillah kalau unit tuntutan gaji pensyarah sambilan ok je. Tapi Akuan pelajar saya rasa dah sangat kecewa...Sikap mereka lansung tak profeisional. Saya selalunya yakin pihak ORRIC menyelesaikan proses tuntutan pelajar 1-8 hb setiap bulan. Tapi bila call B dia cakap tuntutan dari orric belum sampai ke pejabat mereka. Saya tanya lagi orric. Dan orric kata tuntutan dah pun dihantar. Masa tu saya pun konfius sebab yang mana satu pihak yang salah??? B masih cakap ORRIC belum hantar.
Saya panjangkan aduan ke pegawai di Orric. Dan habuanya...Keruhla kan sebab mereka memang dah hantar pun tuntutan ke B. Salah B tapi boleh nak boh jap salah diorang kat jabatan lain. Yang jadi macam BOLA kami nilah...

Suami saya adu ke sacad dan pegawai di bendahari membalasnya di emel peribadi...Katanya menyalah gunakan sacad...Tapi saya sendiri senaraikan masalah yang saya pernah hadapi dengan B. Saya harap sangat dia faham yang unit tersebut kurang pro la kot...

Tapi tolonglah faham..Yang kami ni walaupun student kami juga perlukan duit dan perlu duit tu dibayar dengan konsisten. Kami pun ada budget yang kena jaga. Kadang-kadang ada keperluan yang urgent. Macam bulan ni nak bersalin la apala...Kami ni bukan kaya-kaya..Dan tolonglah bila jawab pertanya jawab saja dengan jujur sebab kami pun sedia maklum untuk elaun pelajar memang tak pernah tetap sejak dari sulu lagi...

Boleh pulak bila ada duit dalam akaun pelajar dia potong untuk kesenangan pihak B dan U.17 hb dah selesai hutang..lambat betul bakinya nak sampai ke akuan saya. .Duit tu hak kami juga. kami sangat PERLU...

Tuesday

Mandikan Newborn Baby

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya sihat..Kawan-kawan camana? sihat? Mudah-mudahan sihat semuanya...Insya allah Amin..

Tetiba rasa nak kongsi cara mandikan baby. Mungkin ramai yang membuatnya, tapi saja nak kongsi cerita sebab saya pantang sendiri sejak lahirkan Umar dan Ammar jadi banyak yang kena buat sendiri dari hari pertama bersalin...

Masak memasak, membasuh tu suami yang buat la..Tapi mandikan baby mula-mula dia belum berani...

Masa awal2 saya masih mandikan anak dengan cara saya bersimpuh kat lantai.atau duduk macam duduk anatara dua sujud..Mengah jugak..:)

Tapi, alhamdulillah makcik ru, iaitu bidan yang mengurut saya masa bersalin Umar, dia yang ajarkan cara mandikan bayi...

Dia kata sediakan meja, dan mandikan bayi atas meja..Jadi kita tak payahlah nak duduk-duduk sangat..sebab sakit jugak kot..maklumlah baru-baru bersalin...

Makcik Ru, ajar guna kapas untuk gosok kulit-kulit mati anak...

Time ammar pun buat cara yang sama, letak besen atas meja..kemudian mandikan dia slow2...

Mode sekarang ni tak sabar nak tunggu bakal ahmad fathi keluar kot..tu yang nak cerita pasal BB..
Alhamdulillah dan cekup dekat klinik bersalin..confirm BB is a boy....
:)
Semua dalam keadaan baik ikut scan doktor...mulut tak sumbing, tangan ada 5 jari...mudah mudahan bakal ahmad fathi lahir dengan kesihatan yang baik2 sahaja...Insya allah amin...

Wednesday

Guru-guru

Adab dengan gurunya sangat tinggi...

Assalamualaikum lagi..Hari ni cam banyak pulak nak tulis..:)

Kalau saya beritahu siapa yang saya pernah nampak tinggi adabnya dengan guru, saya akan sebut Ustaz Don...Walaupun hanya melihat dalam rancangan tv tapi saya percaya akhlak itu bukan dibuat-buat.... Video di atas adalah antara adab dengan guru yang sebaiknya ditunjukkan oleh ustaz don BUkan mudah nak dibuat....Yala kadang2 kita terlupa bila kita dah mejawat jawatan tinggi kita mungkin DIHINGGAPI rasa sombong pula...Ustaz kazim kata kenapa sombong tu disebut dihinggapi?? Sebab..kadang2 orang yang rendah diri pun boleh berasa sombong....dihinggap-hinggap perasaan sombong..sekejap datang, sekejap pergi...

Cuba tengok ustaz buat apa..Bila guru dia datang, dia segera bangun..bila duduk dia segera rendahkan badannya..cakapnya lemah lembut, duduk rapat2 dengan guru..dan banyak lagi ustaz don buat...saya tengok ustaz don buat saya menangis..sebab adab tu selalu disebut tapi saya belum nampak orang membuatnya dengan baik termasuk diri saya sendiri....

Adab dengan guru....

Alhamdulillah sejak sambung belajar ni, supervisor saya beri peluang untuk bersama-sama serta dalam  mesyuarat yang melibatkan kajian. Antara yang terlibat kadang-kadang organisasi luar dan pensyarah yang lain..yakni mereka adalah guru-guru saya...

Saya pernah cakap dengan seorang adik di sini yang sebenarnya saya memang nak kerja di sini tapi sebenarnya kalau dapat jawatan tu akan ada perasaan 'akward' sebab saya akan bekerja dengan guru-guru saya...Mungkin kita terpaksa berada lebih atas atau bercanggah sesuatu pandangan..Ha, itulah yang akward....

Semalam dalam meeting, begitulah bila dengan guru-guru saya..Kami berkongsi idea dan membetulkan pandangan antara satu sama lain...Tapi bukan mudah bila kita nak beritahu satu fakta yang mungkin kita rasa kita ni betul dari guru...Macam dok cakap pandai pula....
Hinggakan rasa malu dan terpaksa mohon maaf sebab cakap lebih dari guru...Tapi kadang-kadang sesuatu perlu disebut untuk betulkan fahaman....

Itulah yang akwardnya....saya alami perasaan itu semalam...

Saya kalau berdepan dengan guru-guru, saya takkan pernah duduk bila bercakap dengan mereka melainkan mereka juga duduk...Adab melawak pun kena jaga walaupun kita dah lama kenal..Guru tetap guru...Tarafnya takkan berubah walaupun tinggi mana kita berada...

Ustaz don kata ada 5 orang yang kena layan seperti melayan ibu bapa kita..

1.ibu bapa
2 ibu bapa angkat
3(tak ingat)
4(Tak ingat)
5 Guru

Hihi..tengok video..ada 4 part semuanya..Ustaz ada sebut...

Insya allah kalau ada rezeki adalah kerja di sini, minta-minta allah jaga diri saya supaya dapat jaga hubungan dengan ramai orang..Lebih-lebih lagi guru.....

Mengahnya...

Hari ni semak akaun pelajar, alhamdulillah, akaun saya dah takda hutang. Tapi mushkil sebab jika yuran dah dibayar kenapa elaun belum masuk..Hihi...Rupanya yang proses tuntutan orang lain..yang proses cek pembayaran orang lain..Jadi bila ada tuntutan dan lulus ja, dia terus potong elaun untuk bayar yuran...

Tapi alhamdulillah, bolehla buat pendaftaran subjek walaupun dah tarikh tutup pun sebenarnya.. Kali ni ke Pusat siswazah naik kereta..rasa tak larat nak jalan kaki...

Risau kena sound ngan PS sebab lambat daftar..Tapi nasib baiklah kak susila yang baik hati bagi can saya daftar semula dengan pelajar baru masuk nanti..lega..:)..Daftar pada 27 jan..Tempoh seminggu..

Kemudian dari tingkat satu naik opis suami pula nak bagi dokumen untuk disahkan bagi permohonan MyPhd...Naik tingkat 2 masih ok..Tapi naik je tingkat 3 terus mengah..Tak sangka!! berat sungguh perut ni kot,,:) Saya hampir jatuh tangga sebab terpeleot dek kerana mengah sangat...Hilang nafas rasanya..Nak bangun punyalah payah..nasih baik takda orang..malu pun ada..Hihi...

Orang yang mengandung, dia tak rasa perutnya berat tapi allah ada sebut dalam surah al luqman 31 dengan tafsirnya berbunyi...

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). "

Kelemahan tu ustaz kazim pernah cakap, masa mengandung ia umpama ambil setengah bata ikat diperut..kemudian tambah lagi setengah bata..sampailah cukup 9 bulan sudah 5 bata kita ikat diperut...

Jasa mak sangatlah besar..Rindu mak..

Kemudian minta duit dari suami nak buat pelekat kenderaan...Pergi ke bahagian keselamatan..lupa pulak sekarang ni orang dah buat online da!!!! haha..kena balik opis isi borang online dulu!!! Camana boleh tak ingat..padahal sebelum ni dah pernah buat....

Adoi..

Mengah....:)

Tuesday

Muhammad Ammar Demam

Pukul 2 pagi kot Ammar terjaga. Menangis. Mungkin badannya tak sedap. Siang semalam ibu Yamah beritahu badannya dah mula panas..

Balik rendamkan dalam bekas takung air yang besar. Ralit-ralit isi air. bekasnya terbalik pulak sebab bentuk bekas tu kecil di bahagian bawah..Mujurlah tinggi Ammar setinggi bekas air tu. Jadi impak tak kuat sangatlah kot..

Petang tu bagi makan ubat..ok la sikit...

Sekarang Umar, especially Ammar tengah obses dengan selawat dan kompang..Lagu feveret diorang nasyid 25 rasul raihan..Semua benda Ammar buat kompang. Dari bangku, sampai ke kayu ice hockey tu pun boleh jadi kompang...Umar dah boleh hafal kesemua nama nabi...

Bila tak pasang di laptop, Ummilah yang menjadi 'Player' depa...

Semalam demam pukul 2 pagi tu, tak pernah tangan dan kaki Ammar sejuk..selalunya demam biasa-biasa saja...Kata bapa seorang kawan, Bapanya tukang urut, kalau demam kaki tangan sejuk mungkin ada sakit/bahaya....Dan sepanjang 2 tahun 6 bulan umur Ammar semalam kali pertama dia mengigil2....3 kali bangun minum air dan minum pun tangan mengigil..Kesian sangat...sebab nampak siksa pulak..macam sakit teruk..walhal Ammar cuma mengigil sebab suhu badan dia naik saja..Woo woo woo....

Macam tu pun saya dah menangis..Saya terfikir macam mana orang yang boleh bertabah dengan anak2 yang sakit lagi teruk, lagi macam2...saya rasa air mata mereka tu toksah cerita banyaknya...
Mudah mudahan allah terus bagi kekuatan utnuk mereka semua...

Tapi malam tadi demam, demam jugak..Ummi tetap kena jadi player 25 rasul tu...Ummi nyanyi sampai taktau pebenda ummi sebut..Ayah jelum Ammar. Ammar tidur menonggeng sambil tangan-tangannya disembunyi dibawah dadanya..Sebab stokin ayah je yang mudah dicapai jadi pakai stokin ayah yang panjang tu...

Bacaan demam taklah tinggi pun..dalam 37-38.5 darjah saja..tapi sebab suhu naik mendadak malam tadi, within 1 hour tu dar 36.7 ke 38..sebab tu la kot badan mengigil..tambahan pula PR hujan beberapa hari ni..cuaca agak sejuk....

Last-last taktau bila tidur..Ammar pun dah tak tidur atas badan Ummi..Bangun pagi tadi, dia kat hujung kaki..

Sian Ammar demam...Minta-minta hari ni beransurlah pulih..risau demamnya sebab batuk dia dah datang balik atau sebab kudisnya ada yang jadi bisul/bengkak kat dua tiga spot kat badan dia..Ntah yang mana satu..Pasni bila saya mula dapat elaun balik, kena banyakkan buah dan beri vit c untuk anak2...
Encourage diorang untuk makan juga...Sekarang ni agak bercatu sebab elaun saya tertunggak 2 bulan..

Mudah mudahan Allah murahkan rezeki...Banyakkan rezeki..Apapun Alhamdulillah hingga hari ni rezeki masih ada dan cukup...

Monday

Bedung belum dijahit

Assalamualaikum...

Minggu ni dah masuk 36 minggu...Orang kata dah tiba masa berjaga-jaga....
Banyaknya rasa benda belum buat....

Bedung ada 4 helai belum berjahit...
Pampers baby belom beli lagi..
Pijama Baby pun belum siap bajunya..seluar dah siap...
Barut belum jahit lagi..
Sarung tilam belum jahit juga...
Beg nak bawa pi hospital pun baru separuh siap kemas....
playpen baby masih belom kemas..Umar dan Ammar selalu hijack jadikan tempat mainan depa...
Banyaknya belum...:)

baju-baju baby dah siap basuh..
bantal2nya pun dah siap basuh juga...
Itulah yang dah kot..huhu

Rasanya sebab tak unsure date, mungkin ada seminggu dua lagi kot....Minta-minta sempat la nak buat semua tu...

Thursday

Macam ayat-ayat cinta

Alhamdulillah, sem ni selesai mengajar lab untuk programming C...Satu perkataan yang saya dapat gambarkan ialah SERONOK...

Saya memang seronok mengajar..Mungkin sebab mak saya cikgu jadi passion untuk mengajar memang tinggi..

Saya selalu dengar rungutan sesetangah pensyarah yang student tak hormat, tak dengar kata, takmau buat kerja..Dan rungutan tu selalu menakutkan saya. Lagi pula anak-anak zaman sekarang tindakan dan bicaranya selalu awal dari akal..Risau bagimana nak berdepan dengan pelajar-pelajar pada mulanya..

Tapi alhamdulillah pengalaman yang pertama kali ni, semuanya seronok..saya gembira mengajar mereka dan sebenarnya bila dah habis sem ni, saya mula rindu pada pelajar saya..sebab alhamdulillah saya dapat pelajar yang excellent, mahu belajar dan hormat pada gurunya..Seriusly saya takda isu pun dengan mereka..

Macam biasa, setiap sem ada penilaian pesyarah..Bila baca beberapa komen tergelak saya dibuatnya..Macam baca surat cinta pula...

Senarai ulasan yang diterima daripada pelajar

# Ulasan Pelajar

1. baik.

2. tiada ulasan yang dapat diberikan..terlalu susah untuk ditulis,dan berat untuk diucapkan dengan kata-kata...kerana semuanya OK...


3.seorang yang mempunyai semanagat yang tinggi dan mesra dalam menyampaikan pembelajaran serta bertanggungjawab di dalam tugasan yang dilakukan


Dulu saya pernah minta jawatan pensyarah kontrak diinstitusi yang sama..tempat saya berkerja..Masa tu mereka nak cari pensyarah untuk C programming juga untuk diploma mekanikal..Masa sesi temuduga, mereka argue result C saya..katanya teruk..Saya pun taktau yang mereka nak ambil pensyarah untuk C jadi saya pun tak tengok result saya masa diploma dulu..Saya ingat bila dia kata teruk pada mulanya tu, mungkin saya dapat c kot..Tapi bila saya tanya rupanya B+..Selain isu tu mereka cakap sebagai alumni saya tak boleh menyumbang apa2..apa guna saya belajar disini dan kemudian hanya guna apa yang dipelajari disini untuk mendidik disini..Kemudian mempersoalkan pula program yang mereka sendiri bina dulu sebab saya batch pertama program tersebut..Saya heran kenapa mereka meletakkan pandangan yang rendah untuk pelajar dan program mereka sendiri.. .Jadinya temuduga tak berjaya..hihi..Yang make worst tu, CPA degree memang tak berapa bagus..CPA saya cuma 2.74..Walaupun ada master, master saya lansung tak bantu untuk support result saya tu..Tula dulu sibuk beraktiviti dan tak bahagi masa dengan betul..:P padan muka sendiri..:)

Yang dikatakan rezeki, bila saya gagal menempatkan diri kat centre tu, saya diberi peluang untuk jadi pensyarah sambilan untuk ajar degree dan saya mengajar programming C untuk fakulti mekanikal..Apa lagi pucuk dicita ulam mendatang lah...Alhamdulillah ia pengalaman yang baik untuk diri saya..Saya bersyukur..Bila dah nak abis sem, saya daftar Phd pula..Kalau ikutkan hati saya nak mengajar lagi tapi PhD ni berat bila kita mengajar dan tentu tak kena time sebab sem depan pelajar masuk, saya pula bersalin....

Saya faham benchmark kebanyakkan organisasi adalah pointer yang bagus tapi pengalaman saya mereka yang bagus belum tentu boleh buat kerja..Kadang-kadang mereka menyusahkan kami yang tak bagus-bagus ni..:)

Tapi takpa its life..Mungkin susahnya nak dapat kerja,,tapi Allah bagi rezeki saya sambung belajar, dapat pembiayaan untuk belajar..(kalau tak biaya, tak belajar juga)..hihi..dan saya pegang kata-kata tok guru saya...

"Ada orang, mudah memperolehi kerja yang dia hajati,
dan ada orang melalui jalan yang sukar untuk kerja yang dia ingini,
Yang membezakan keduanya adalah penglaman.
Sudah tentu Pengalam sukar dibeli.."- Adnan Husain....



Wednesday

Kelestarian

Assalamualaikum semua...

Hari ni nak kongsi perkataan yang saya baru teringat nak cari apa maksud dia...
Selama ni buat taktau saja sebab rasa tak penting...
Hari ni bila nak guna baru terhegeh-hegeh nak cari maksudnya...Nak terjemah lestari ke bahasa inggeris....
Mujurlah Encik Google ni ada.....

Encik Google selalu menjadi penyelamat...

Mula-mula tengok perkataan kelestarian ni, dalam hati bila eh wujud perkataan ni? dah lama ke...Tapi saya sedar ia banyak digunakan dalam 3-4 tahun kebelakangan ni kan...
Apa benda yang nak dilarikan....? :)


Taktahu bila perkataan ni ada..saya kira ni baru kot jadi dalam hati cakap makin canggih kot BM kita...:)

Tapi kalau cakap kat tok tok kita, jenuh dia tak faham apa makna lestari ni..

Okay..impression kedua bila baca perkataan kelestarian ni, wild guess maksud dia, saya hentam sajalah labu..mungkin maksudnya kesinambungan kot...:)

Jadi sebab tak puas hati cari la tuto cikgu2 BM kat internet nih...
Kelestarian tu bermaksud mengekalkan....

Ha, baru senang nak traslate ke BI..Rupanya itulah maksud dia....


Perkataan ‘lestari‘ sedap didengar dan gemar pula digunakan orang. Maksud lestari sebenarnya ialah;-
  • lestari > kekal, tidak berubah
  • melestarikan > mengekalkan, menetapkan
  • pelestarian > perlindungan daripada kemusnahan
  • kelestarian > keadaan yang tidak berubah
Dalam ayat;-
  1. Semua anggota masyarakat mestilah memiliki rasa tanggungjawab untuk melestarikan hutan semula jadi kita. (mengekalkan)
  2. Kelestarian hutan asli kita mesti diutamakan. (pengekalan / keaslian)
Sumber: http://azemi09.wordpress.com/2009/06/06/makna-lestari/




Monday

35 Weeks Already

Dah 35 Minggu...Tak sabar nak jumpa bakal Ahmad Fathi...
Alhamdulillah pergerakkannya banyak di bahagia atas perut..harap tak total breech atau oblique atau melintang kedudukannya...Hari ni akan repeat scan lagi...Risau kalau2 kedudukannya tak betul masa week 35 nih..sebab baby dah mula besar..dia dah macam payah nak pusing2 lagi..

Last scan, predict berat baby masa week 33 ialah 2.172 kilo..Arapnya ni week 35 tumbesaran dia janganlah mendadak-dadak...hihi..risau jugak..

selalunya week 32 onwards, tumbesaran bayi2 saya akan mendadak..

Masa Ammar dulu in one week berat dia boleh naik sebanyak 0.2-0.3 kilo..mau masa bersalin in a month berat dia 3.1++ jadi 3.85 kilo...

Apapun harap baby sihat dan selamat...Taksabar nak jumpa dan pegang baby.....Walaupun dah ada rasa takut2...:) harap kali ni tak perlu induce...kalau boleh nak normal w/o any drug..kta boleh request tak kat GH????...

Wahh..lagi sebulan..dup dup dup...:)

Yang sangat lama ku tinggalkan..

Sejak mengajar hari tu, dah lama tak melihat blog kawan-kawan..Bila hari ni menjengah balik satu persatu..terdetik di hati, lamanya saya tinggalkan, berasa rindu.. bila dah mengajar mana dan nak duduk lama2 berfb dan berblog..

Sebab nak mengajar kena bersedia sebelum mengajar, lepas mengajar pulak kena abiskan kerja selepas mengajar pulak..Tapi alhamdulillah, saya diberi pelajar yang saya rasa seronok sepanjang masa..Memang ada kecewa bila ada student ambil engteng hal pelajarannya tambah2 dalam bab meniru..kadang-kadang depan kita ada seorang dua mengaku dia nak meniru..sedih..tapi saya tetap memandang mereka seperti anak dan saya nak mereka belajar sesuatu..boleh buat, cuma mereka tak mahu buat...alhamdulillah habis semster ni, tidak ada sikit pun rasa marah, dan kecil hati pada mereka..alhamdulillah seronok...

Hari ni bila BW balik (almaklumlah kelas dah abis) rindu nak melihat perkembangan dan cerita kakcik, yong halima, kak nurulhuda, atuk, kak yus, kamilah, nadiah, aiyang, dan ramai lagi yang saya dah lama tak jenguk2.. sebenarnya baca blog dan bw blog kawan-kawan adalah hiburan bagi saya..bila gembira dan kongsikan cerita ada kawan yang turut gembira..bila sedih ada kawan yang akan memberi kata-kata semangat..

Kenapa begitu sebab saya memang tak punya ramai kawan di alam nyata.. tambah2 saya hanya dengan dunia saya..pergi mengajar, dunia research, balik rumah dengan anak2. takdan cr kawan kot...kawan baik pun sudah berumah tangga, duduk jauh dan saya hanya berkawan di blog dan fb saja..huhuhuhu...

cakap pasal tak ramai kawan di alam nyata, terfikir saya kenapa saya tak punya ramai kawan sekarang ni..huhu...saya dah tak mencari..hidup dalam dunia research, suami dan anak-anak saja..Andainya saya menempuh "waktu tiba-tiba" siapa yang akan datang nanti???huhu tetiba pulak teringat,,,

Wednesday

Sudah hampir Bersalin

Assalamualaikum..Semoga semuanya sihat dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah...
Hari ni dah 2 January 2013. 18 Februari adalah jangkaan tarikh bersalin untuk anak ketiga. Bakal Ahmad Fathi insyaallah...

Lilypie Pregnancy tickers

Berdebar-debar memikir hari tersebut. Tambahan pula anak dalam kandungan masih berpusing dan belum duduk ditempat sepatutnya...Luckily, masa repeat scan minggu 32 baby duduk dalam keadaan yang betul..jadi tak perlula jumpa pakar. Cumanya 2 3 hari lepas tu bahagian tulang pubis tu tak sakit dah..Risau baby berpusing lagi..Sebab indikator badan saya bila bahagian tulang pubis sakit saya tahu kepala anak duduk ditempat yang betul..
Tapi saya positif anak akan duduk di tempat yang betul bila dah tiba masa nanti..Insya Allah....Amin

Pengalaman melahirkan Umar di GH, membuatkan hingga kini saya masih fobia...Itu habuan saya. Mungkin orang lain berbeza..Kebetulan pula saya membaca coretan arwah Nafastari mengenai pengalaman isterinya bersalin di GH..Huh, pengalamnya kurang baik dan enak didengar...

Saya tak mahu mengunkit apa yang telah berlaku, cuma dalam coretan tersebut saya benar-benar kecil hati dengan satu komen yang dilontarkan..Membaca komennya dan menilai realiti perkhidmatan ketika bersalin saya kira komennya tu tidak wajar..
***********************************************************************************
Komennya begini, saya salin bulat-bulat di blog arwah..

Anonymous Anonymous said...
Salam
conclusion daripada entry nih:-
1. nak layanan mesra, pegi la hosp swasta.patient x ramai, dapat la perhatian lebih sikit.tp bayar 2-3kali ganda la beb (prinsip: wat i give, i get back..u can get my smile, but u have to pay me more laa.hehe)

2.wanita malaysia nih manja sangat & fragile laa..orang vietnam, indon, myanmar,etc ramai jer yg bersalin kat hosp kerajaan, ok jer diorg smue..org msia nih yg byk komen, tapi degil! (bukan semue laa..)

3.kalau tak kena pekik/tengking kat dewan bsalin, si ibu2 nih malas nak teran..then end up ngan baby born floppy la, masuk NICU la, ataupn paling menyedihkan, baby meninggal. husband ade jer kat sebelah tu, tp useless bukan nak encourage suruh teran..u all kna tau, baby kalau dah kat 'bawah' tuh, x cukup oksigen.kna keluarkn cepat2, risau nanti bad outcome.pastu salah kan pihak hosp plak kalau jadi ape2..tu jer reason kenapa staf2 hosp especially kat dewan bersalin suke tengking2! nak cakap lembut2 xboleh sbb bila datang sakit bersalin, u all dah x ingat dunia and xboley pikir dah..sakit ooiii bersalin nih!

4.ibu2 yg nak bersalin, pergi kelas antenatal dulu. belajar macam mana nak teran, persiapan sebelum n semasa nak bersalin..kena mentally prepared

5. kerajaan kna naikkan caj bayaran kat hosp kerajaan, at least 10x ganda..penting tuk bagi kesedaran kat org malaysia supaya menghargai kesihatan diri & tak abuse hospital..ni tak, demam sikit trus pergi jab.kecemasan amek ubat sbb byr murah la tuh (rm1 jer!!)

Fri Jul 13, 07:10:00 PM 2012

1. Masa Ammar saya nekad bersalin di klinik saja. Dan suami buat kad kredit untuk hal tersebut..Taklah mahal pun macam pantai atau hospital swasta yang gah..Memang cuma 1300 untuk bersalin normal+vakum, bilik 1..Mesra alhamdulillah, sama mesara dengan nurse di GH..cuma DOKTORNYA PAKAR....dan tidak menjadikan kita bahan eksperimen sesuka hati..Di GH saya juga menjadi bahan pelajaran mereka..TANPA IZIN!!..nasib baiklah untuk scan saja...Ada satu komen di blog Arwah, ada yang lebih dari itu....Yang sedihnya bila ada yag mengatakan bila diluahkan hal kejadian seolah2 arwah tidak bersabar dengan ujian Allah..
Ohh, kalau kita kena barulah kita tahu bagaimana kita akan luahkan...

Pengalamann di GH, mengandung 3 orang anak, saya tetap suka dan amat berterimakasih dengan Jururawat..especially di KK Parit Raja...I owe them a lots...Dr di Parit raja pun best..Cuma bila di GH, ketika diselia Doktor pelatih itulah yang mengecewakan...Argh kalau nak cerita memang banyak cerita....

2. Memanglah wanita malaysia akan komen kalau nurse dan doktor cakap yang bukan2...pengalaman saya doktor boleh tanya saya "Dah buka berapa" bila saya jawab saya tak tahu, dia marah saya, macam mana saya boleh tak tahu...(Haaa...Kita kena tahu sendiri ke?)
Saya dibiarkan sakit di dewan kesorangan sampai ada satu Dr tanya nurse kenapa biar patient sakit sorang..Saya faham semua orang sibuk cumanya bila nurse pelatih datang dia tanya saya "akak ni tak tahan sakit ke..." (Waaaaa.....dalam hati saya bisik, nantilah adik rasa bila adik nak bersalin pula..) :)
Org veitnam, myanmar atau yang seangkatan tu memanglah takleh komplen sebab diorang tak faham bahasa melayu..diorang agaknya sedar diri duduk di tempat org...

3. Masa saya bersalin ammar, saya pun tak pernah ambil kelas pra bersalin ke apa..cuma baca saja..tapi kebanyakkan kita mesti lupa bila masa nak bersalin sebab kita pun tau sakit tu sakit sangat..Di JMSC, Seorang doktor boleh assist kita dan tunjuk mana nak teran, bila nak teran, dll..di GH pengalaman saya, katil saya penuh ngan doktor dan midwife..yang saya dengan cuma teran..teran...hihi..saya pun taktau mana satu doktor saya...haha..kiranya dengan 10-12 org kot dok keliling katil masa nak bersalin...:)Saya rasa tengkingan atau cakap negatif hanya memburukkan keadaan. Memang sakit nak bersalin tapi dengan cakap yang baik atau kata-kata positif saya rasa itu lebih MENYELAMATKAN KEADAAN....

4. Jawapan sama dengan no 3...tapi mentally prepared dan mentally abused tu 2 benda yang berbeza...:)

5.Saya tahu bersalin di GH cuma 3 ringgit...Tapi semua staff dibayar gaji.berbalik kepada etika kerja la kan..sikap individu/pekerja juga main peranan..kalau jenis cakap maki2 memang senangla benda2 tu nak kluar dr mulut...bukan effect pun dr RM 1 tu..At least kalau takleh cakap yang baik-baik jangan cakap yang buruk2...Takda faedah pun...

Saya heran kenapa mesti nak guna perkataan buruk2 pada patient...Untuk medikal praktis yang mana...Beri kesan ke untuk kesembuhan dan atau kelancaran rawatan???

******************************************************************************
Saya tahu, semua ni rezeki masing-masing...ada yang dapat pengalaman manis saja di GH..Ada yang tak..

Cumanya luahan2 seperti diblog arwah atau saya atau di tempat lain bukanlah nak menjatuhkan GH..cumanya itu luahan kecewa dan berharap mereka buat yang lebih baik...Dan kita adalah manusia, orang islam yang ada hak untuk dilayan dengan baik...bukanlah tiptop layanan macam raja tapi seadanya dari muslim untuk muslim yang lain....

Untuk bakal Ahmad Fathi, mulanya Ummi berkira nak bersalin dirumah saja sebab fobia yang amat dengan GH..Tapi bila bertanya di KK, mereka jawab tiada bidan klinik dan risiko tinggi. Rasanya jika pengalaman bersalin Umar di GH baik, tidaklah saya fobia sampai ke hari ini..Fobia tu bukan sebab kes bersalin saja..Rawatan masa Umar kena Rota dulu pun menambahkan Fobia terhdap GH...

Akhirnya apply kad kredit semula.Yang lama tu, dah lama cancel...Mungkin bersalin di JMSC lagi...Kalau terbersalin dengan selamat di rumah pun okay..hihihi..Bila baca health info omputih ni, takda claim pun yang bersalin di GH atau klinik tak banyak kematian..Cumanya di Malaysia belum jadi budaya dan belum ada ramai clinical midwife yang boleh assist kita bersalin dirumah....

Harap2 mudahlah bersalin dengan amalan2 surah yang dibaca....insyaallah amin.....