Wednesday

Kelestarian

Assalamualaikum semua...

Hari ni nak kongsi perkataan yang saya baru teringat nak cari apa maksud dia...
Selama ni buat taktau saja sebab rasa tak penting...
Hari ni bila nak guna baru terhegeh-hegeh nak cari maksudnya...Nak terjemah lestari ke bahasa inggeris....
Mujurlah Encik Google ni ada.....

Encik Google selalu menjadi penyelamat...

Mula-mula tengok perkataan kelestarian ni, dalam hati bila eh wujud perkataan ni? dah lama ke...Tapi saya sedar ia banyak digunakan dalam 3-4 tahun kebelakangan ni kan...
Apa benda yang nak dilarikan....? :)


Taktahu bila perkataan ni ada..saya kira ni baru kot jadi dalam hati cakap makin canggih kot BM kita...:)

Tapi kalau cakap kat tok tok kita, jenuh dia tak faham apa makna lestari ni..

Okay..impression kedua bila baca perkataan kelestarian ni, wild guess maksud dia, saya hentam sajalah labu..mungkin maksudnya kesinambungan kot...:)

Jadi sebab tak puas hati cari la tuto cikgu2 BM kat internet nih...
Kelestarian tu bermaksud mengekalkan....

Ha, baru senang nak traslate ke BI..Rupanya itulah maksud dia....


Perkataan ‘lestari‘ sedap didengar dan gemar pula digunakan orang. Maksud lestari sebenarnya ialah;-
  • lestari > kekal, tidak berubah
  • melestarikan > mengekalkan, menetapkan
  • pelestarian > perlindungan daripada kemusnahan
  • kelestarian > keadaan yang tidak berubah
Dalam ayat;-
  1. Semua anggota masyarakat mestilah memiliki rasa tanggungjawab untuk melestarikan hutan semula jadi kita. (mengekalkan)
  2. Kelestarian hutan asli kita mesti diutamakan. (pengekalan / keaslian)
Sumber: http://azemi09.wordpress.com/2009/06/06/makna-lestari/




2 comments:

  1. Kadang2 sebab hendak kefengaran canggih, apa yang kita ucap jadi lain maknanya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah susahnya bila jari lebih besar dari tab... Ejaan selalu salah. :(

      kedengaran jadi kefengaran!

      Delete