Sejak mengajar hari tu, dah lama tak melihat blog kawan-kawan..Bila hari ni menjengah balik satu persatu..terdetik di hati, lamanya saya tinggalkan, berasa rindu..
bila dah mengajar mana dan nak duduk lama2 berfb dan berblog..
Sebab nak mengajar kena bersedia sebelum mengajar, lepas mengajar pulak kena abiskan kerja selepas mengajar pulak..Tapi alhamdulillah, saya diberi pelajar yang saya rasa seronok sepanjang masa..Memang ada kecewa bila ada student ambil engteng hal pelajarannya tambah2 dalam bab meniru..kadang-kadang depan kita ada seorang dua mengaku dia nak meniru..sedih..tapi saya tetap memandang mereka seperti anak dan saya nak mereka belajar sesuatu..boleh buat, cuma mereka tak mahu buat...alhamdulillah habis semster ni, tidak ada sikit pun rasa marah, dan kecil hati pada mereka..alhamdulillah seronok...
Hari ni bila BW balik (almaklumlah kelas dah abis) rindu nak melihat perkembangan dan cerita kakcik, yong halima, kak nurulhuda, atuk, kak yus, kamilah, nadiah, aiyang, dan ramai lagi yang saya dah lama tak jenguk2..
sebenarnya baca blog dan bw blog kawan-kawan adalah hiburan bagi saya..bila gembira dan kongsikan cerita ada kawan yang turut gembira..bila sedih ada kawan yang akan memberi kata-kata semangat..
Kenapa begitu sebab saya memang tak punya ramai kawan di alam nyata..
tambah2 saya hanya dengan dunia saya..pergi mengajar, dunia research, balik rumah dengan anak2. takdan cr kawan kot...kawan baik pun sudah berumah tangga, duduk jauh dan saya hanya berkawan di blog dan fb saja..huhuhuhu...
cakap pasal tak ramai kawan di alam nyata, terfikir saya kenapa saya tak punya ramai kawan sekarang ni..huhu...saya dah tak mencari..hidup dalam dunia research, suami dan anak-anak saja..Andainya saya menempuh "waktu tiba-tiba" siapa yang akan datang nanti???huhu tetiba pulak teringat,,,
memang tak sama alam sebelum dan selepas berumahtangga. dah kahwin, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. nak jumpa kawan-kawan pun susah. kawan alam maya pun kawan juga. kalau diizin Allah bertemu, dah jadi kawan alam nyata ;)
ReplyDeletebetul tu nadiah..bila kita dah kahwin, dah ada keluarga mesti semuanya bawak haluan masing2..insya allah ada rezeki dapatlah kita jadi kawan di alam nyata pula..:)
DeleteAssalamualaikum kak...
ReplyDeletelamanya menyepi..:)
moga selamat 'melahirkan' nanti...
akak, satu hari nanti harapnya dapat jumpa akak.. insyaAllah..
Waalaikumussalam Kamilah...
DeleteInsya allah, amin..Terima kasih..
Insya Allah, ada rezeki akak pun nak jumpa kamilah dan kawan2 yang lain suatu hari nanti..:)