Hari ni dah 2 January 2013. 18 Februari adalah jangkaan tarikh bersalin untuk anak ketiga. Bakal Ahmad Fathi insyaallah...
Berdebar-debar memikir hari tersebut. Tambahan pula anak dalam kandungan masih berpusing dan belum duduk ditempat sepatutnya...Luckily, masa repeat scan minggu 32 baby duduk dalam keadaan yang betul..jadi tak perlula jumpa pakar. Cumanya 2 3 hari lepas tu bahagian tulang pubis tu tak sakit dah..Risau baby berpusing lagi..Sebab indikator badan saya bila bahagian tulang pubis sakit saya tahu kepala anak duduk ditempat yang betul..
Tapi saya positif anak akan duduk di tempat yang betul bila dah tiba masa nanti..Insya Allah....Amin
Pengalaman melahirkan Umar di GH, membuatkan hingga kini saya masih fobia...Itu habuan saya. Mungkin orang lain berbeza..Kebetulan pula saya membaca coretan arwah Nafastari mengenai pengalaman isterinya bersalin di GH..Huh, pengalamnya kurang baik dan enak didengar...
Saya tak mahu mengunkit apa yang telah berlaku, cuma dalam coretan tersebut saya benar-benar kecil hati dengan satu komen yang dilontarkan..Membaca komennya dan menilai realiti perkhidmatan ketika bersalin saya kira komennya tu tidak wajar..
***********************************************************************************
Komennya begini, saya salin bulat-bulat di blog arwah..
- Anonymous said...
- Salam
conclusion daripada entry nih:-
1. nak layanan mesra, pegi la hosp swasta.patient x ramai, dapat la perhatian lebih sikit.tp bayar 2-3kali ganda la beb (prinsip: wat i give, i get back..u can get my smile, but u have to pay me more laa.hehe)
2.wanita malaysia nih manja sangat & fragile laa..orang vietnam, indon, myanmar,etc ramai jer yg bersalin kat hosp kerajaan, ok jer diorg smue..org msia nih yg byk komen, tapi degil! (bukan semue laa..)
3.kalau tak kena pekik/tengking kat dewan bsalin, si ibu2 nih malas nak teran..then end up ngan baby born floppy la, masuk NICU la, ataupn paling menyedihkan, baby meninggal. husband ade jer kat sebelah tu, tp useless bukan nak encourage suruh teran..u all kna tau, baby kalau dah kat 'bawah' tuh, x cukup oksigen.kna keluarkn cepat2, risau nanti bad outcome.pastu salah kan pihak hosp plak kalau jadi ape2..tu jer reason kenapa staf2 hosp especially kat dewan bersalin suke tengking2! nak cakap lembut2 xboleh sbb bila datang sakit bersalin, u all dah x ingat dunia and xboley pikir dah..sakit ooiii bersalin nih!
4.ibu2 yg nak bersalin, pergi kelas antenatal dulu. belajar macam mana nak teran, persiapan sebelum n semasa nak bersalin..kena mentally prepared
5. kerajaan kna naikkan caj bayaran kat hosp kerajaan, at least 10x ganda..penting tuk bagi kesedaran kat org malaysia supaya menghargai kesihatan diri & tak abuse hospital..ni tak, demam sikit trus pergi jab.kecemasan amek ubat sbb byr murah la tuh (rm1 jer!!)
Cumanya luahan2 seperti diblog arwah atau saya atau di tempat lain bukanlah nak menjatuhkan GH..cumanya itu luahan kecewa dan berharap mereka buat yang lebih baik...Dan kita adalah manusia, orang islam yang ada hak untuk dilayan dengan baik...bukanlah tiptop layanan macam raja tapi seadanya dari muslim untuk muslim yang lain....
Untuk bakal Ahmad Fathi, mulanya Ummi berkira nak bersalin dirumah saja sebab fobia yang amat dengan GH..Tapi bila bertanya di KK, mereka jawab tiada bidan klinik dan risiko tinggi. Rasanya jika pengalaman bersalin Umar di GH baik, tidaklah saya fobia sampai ke hari ini..Fobia tu bukan sebab kes bersalin saja..Rawatan masa Umar kena Rota dulu pun menambahkan Fobia terhdap GH...
Akhirnya apply kad kredit semula.Yang lama tu, dah lama cancel...Mungkin bersalin di JMSC lagi...Kalau terbersalin dengan selamat di rumah pun okay..hihihi..Bila baca health info omputih ni, takda claim pun yang bersalin di GH atau klinik tak banyak kematian..Cumanya di Malaysia belum jadi budaya dan belum ada ramai clinical midwife yang boleh assist kita bersalin dirumah....
Harap2 mudahlah bersalin dengan amalan2 surah yang dibaca....insyaallah amin.....
Pengalaman kakcik bersalinkan anak kedua di GH, kena tengking dengan jururawat yang agamanya sama dengan agama kakcik. Tapi, kakcik ditenangkan oleh seorang jururawat Cina yang bertutur dengan lembut dan memberikan kata2 ransangan. Yang tak mungkin kakcik lupakan. Katanya 'Dik, mengucap Dik. Adik Muslim, kan? Saya tahu macamana sakitnya bersalin. Saya sendiri sudah 4 kali melahirkan. Mengucap ya Dik'. Walaupun sudah lebih 22 tahun berlalu, kakcik masih mengingatinya.
ReplyDeleteSewaktu melahirkan anak pertama (juga di GH), sudahlah tiada pengalaman, dijadikan pula 'bahan latihan' oleh doktor2 pelatih. Baru sahaja tutup kain, disuruh buka semula dan dibelek sesuka hati di hadapan berpasang2 mata... :(
DeleteAssalmaualaikum kakcik..
ReplyDeleteTerima kasih sebab sudi jengah blog saya lagi..hihi..Wahh, rindunya nak berblog dam BW blog semua orang....
Cakap pasal bersalin, wanita mana pun tak kira bersalin di GH atau swasta nak dilayan dengan maruah kan....
harap2 depa sedar dan baiki perkhidmatan..baiki sikap bukan kena keluar duit pun kan..:)
hihi: mode seronok kakcik singgah bloh saya..walaupun saya dah lama tak BW blog kawan2 semua..:)
tak pernah kena sendiri, bolehlah komen macam tu..huhu.
ReplyDeletesemoga selamat semuanya nanti ye. bulan 3 nanti giliran saya pula, insyaAllah. doakan saya juga ye :)
Terima kasih Nadiah...
ReplyDeleteRindunya nak ke blog kawan2 semua..:)
insyaallah semoga nadiah dan bb sihat dan mudahlah semua urusannya...amin..:)
rasa unfair baca komen tukan..melampau..nak kena caj mahal dulu br nak service elok..gila ke apa?kita baca buleh sakit hati..sebenarnya atas diri tu,,ramai ke tak ramai ke..kalau dah jenis kasar kasar jugak...saya pun penah kena di hospt.klang,,bercakap dengan menengking..kita jadi blur,,,maklumlah bersalin sulung,,alhamdulillah..anak2 lain dapat nurse yg baik2 belaka..
ReplyDeletekepada rulza banyakkan doa..moga allah permudahkan...
Ha kan, kalau kita baca memang sakit hati..:)
ReplyDeleteTerima kasih kak suri doakan saya..insya allah amin
nak komen gak walaupun dah lambat sgt :). dulu anak first pun kite bersalin kat JMSC sebab gerun ngan GH.hahaha.mcm2 cerita. masa tu caesar sbb tak tahan sakit + tak buka jalan.pengalaman bersalin kat sini utk anak second midwife baik sgt.sentiasa positif.bagi sokongan.tak tinggalkan sorang2.nak cucuk jarum kat tangan pun mintak izin. disebabkan tu kuatkan semangat nak bersalin normal and berjaya!walaupun sakit nya satu hari setengah (lebih kurang yg first).yg paling penting tak bayar satu sen pun.beza sgt kan? :)))
ReplyDeleteInagt kita ni lembu ke nak selak sana sini..terkangkang lama lama dedah anu depan berbelas belas pasang mata? Takkan tk boleh sikitpun jaga maruah perempuan? Taula utk latihan..tpi atleast tlglah hadkan bil.doc pelatih tu utk seseorang patient...Sebab trauma lah maka saya pilih utk ke private..bkn banyak duit sgt..tapi keselesaan dan ketenangan jiwa..
ReplyDeleteMaaf nk tanye JMSC tu ape ye? Ye.
ReplyDelete.ketenangan jiwa sangat membantu.. saya dh lalui..Alhamdulillah... actually proses bersalin ni sgt indah..tak perlu teriak2..rilek sudah..huhuks
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete