Wednesday

BITCH


Bayangkan anak kita yang berumur 12 tahun memakai baju yang ada tulisan Bitch ni. Dia keluar rumah ke kedai dan ada ribuan mata yang memandang perkataan apa yang tertulis dibajunya. Mungkin terpacul di mulut orang:

  1. Apa ni mak bapak dia tak kisah ke anak dia pakai baju tulisan bitch ni?
  2. Awatla budak ni pakai baju bitch ni dia tak tau maksud bitch tu ka?
  3. Mak ayah dia tak tau maksud Bitch ka?
Sekali terpandang budak lelaki yang berbasikal di kawasan Parit Raja beberapa hari yang lalu memakai baju bertulisan bitch itu terus saya melaung ke arah budak tu "adik kenapa adik pakai baju ada tulis bitch ni, tak elok"..Tapi mungkin hanya dibawa angin lalu bila kereta bergerak laju.

Dalam hati takkanlah mak ayah dia tak tahu maksud bitch itu. Siapa yang beli baju anak tu. Kalau anak yang beli takkan ibu bapa hilang kuasa nak buang baju dan larang pakai baju yang beri lambang buruk dan kotor. Takda maksud baik pun untuk perkataan Inggeris Bitch ni..

Bitch boleh membawa maksud kepada:

  1. A female dog, wolf, fox, or otter
  2. informal. A spiteful or unpleasant woman
  3. vulgar. A woman
  4. informal. A difficult or unpleasant situation or thing
  5. - the stove is a bitch to fix
  6.  informal. A complaint
  7. - my big bitch is that there's nothing new here
Begitulah kita semua, selalu berfantasi boleh masuk syurga, namun diakhirat kelak apabila kita berhimpun ditengah padang masyar dan di adili dihadapan Allah kita akan mengaitkan orang lain dengan dosa2 kita. Sesak nafas memikirkannya. Ia bukan satu yang mudah dengan amalan yang ada turun naiknya. :(

Wahai mak ayah jangan hilangkan kuasa untuk memastikan anakmu tidak memalitkan arang ke mukamu. Wahai diriku, kelak tegurlah dengan berdepan kerana mungkin anak kecil itu tidak tahu maksud perkataan buruk itu.

Yang sedih kenapalah yang buruk2 itu juga menjadi kebanggaan. Kalaupun  nabi pernah kata zaman remaja adalah zaman gila, KEGILAAN apakah yang kau bawa ini wahai anak muda????

3 comments:

  1. budak sekarang mmg pelik.mereka perlukan bimbingan dari ibu bapa. zaman kini lebih mencabar dugaannya..

    ReplyDelete
  2. ada ke jual baju tulisan bitch tu? hai pelik..pelikk

    ReplyDelete
  3. taktau la kak...dahla budak yang pakai tu budak belas2 tahun je rasanya.kecik lagi...tapi memang dia pakai baju tulis perkataan bitch..

    ReplyDelete