Beberapa hari lepas, setelah dapat gaji teruslah beli barang dan keperluan rumah. Memang terus beli sebab bila saya tak bergaji bila nak sampai lagi seminggu gaki pada 19 dec tu, duit memang kering lansung..huhu..tapi Alhamdulillah, masih ada baki-baki stok dirumah..Masih boleh makan dll...Dan syukur sangat pada suatu hari dalam minggu lepas ada 2 orang hamba Allah sedekahkan 50 dan 10 ringgit untuk kami..Jadi rezeki yang sedikit tu amatlah besar...dan Saya syukur dan Allah sajalah dapat membalas jasa baik mereka.
Realitinya saya memang susah hati bila tak dapat kerja lagi dan correction thesis masih belum siap sebab banyak nak kena tambah dan rombak. Tapi hakikatnya, saya perlu mencari semangat dengan cara tersendiri yang halal disisi Allah untuk kuatkan hati dan berpegang dengan yakin bahawa rezeki itu hak mutlak Allah. Dia akan beri selagi kita bertakwa kepadanya. Malah Allah tak pernah beri kesusahan yang bertimpa-timpa..Maha baik Allah..
Ok..berbalik kepada tajuk ni, masa hari berbelanja tu saya ke Baby Shop nak beli drypers dan mandian pureen untuk anak2. Walaupun pakai cloth diapers, waktu malam anak-anak pakai drypers sebab malas nak menyalin 2 kali sebab depa bnyak kencing..hihi..
Sebulan selalunya 1 pek drypers saiz L(72) untuk umar dan Ammar. Pakai Cloth diapers memang sangat jimat...Nasib baiklah juga harga drypers tu RM34
Bila dah selesai membeli saya nak keluarlah dari kedai. Sebelum tu, sekarang ni bila nak masuk Baby Shop kena tanggalkan kasut. Kebetulan masa nak keluar ada seorang nenek dok belek permainan kereta yang ada disebelah pintu kedai. Rasanya nak hadiahkan pada cucu la kot. Dan saya tak kisah pun tunggu nenek tu, tapi anak perempuan dia cakap, "mak tepilah sikit, orang nak lalu tu". dengan nada yang jengkel. Rasa naik darah jugak saya tapi simpan dalam hati.
Saya terus cakap "eh takpe takpe makcik"..
Bila dah pakai selipar saya terus ke kereta. Kebetulan Parit Raja dah dua hari hujan. Saya lihat nenek tadi payungkan anak perempuan dan cucunya. Tapi yala, bila berpayung ni yang depan kadang jalan laju, yang belakang plak kadang jalan lambat. Nak tau apa anak perempuan tu buat?? Dia tarik payung kat bahagian kembang tu ke depan sampai mak dia tersentak dan mak dia yang kena hujan..Saya nampak, lagilah saya marah dan sedih. Agak2 apa perasaan mak dia..malau tak..sedih tak..
Ya..memang dia lebih mengenali sifat mak dia..dia tau apa sifat buruk mak dia yang menjadi kebencian. Tapi kalau dah ada anak pun tak dapat rasa perasaan seorang ibu dan memahami ibu sendiri itulah yang buat saya bingung..
Apa hak anak nak buat mak macam tu...nak bentak-bentak mak DIDEPAN ORANG RAMAI..??
saya dulu bukan anak yang baik juga..Banyak hal yang saya buat mak saya sedih. Tapi selepas bersalin, saya dah tak cakap dengan suara tinggi dengan mak dan kalaupun mak salah dan leceh saya takkan tegur sewenangnya..Dan bila sembang2 dengan mak saya tak pernah malu mengaku jahatnya saya dulu dan cakap barulah kakak faham susahnya mak nak jaga kami, nak pantang, nak bersalin itu dan ini..
bila dah bersalin, pantang, jaga anak..takkanlah dihati anak tak hargai pengorbanan ibu..walaupun kita lebih tahu keburukkan mak kita..
saya dulu bukan anak yang baik juga..Banyak hal yang saya buat mak saya sedih. Tapi selepas bersalin, saya dah tak cakap dengan suara tinggi dengan mak dan kalaupun mak salah dan leceh saya takkan tegur sewenangnya..Dan bila sembang2 dengan mak saya tak pernah malu mengaku jahatnya saya dulu dan cakap barulah kakak faham susahnya mak nak jaga kami, nak pantang, nak bersalin itu dan ini..
bila dah bersalin, pantang, jaga anak..takkanlah dihati anak tak hargai pengorbanan ibu..walaupun kita lebih tahu keburukkan mak kita..
My Lovely Mother |
ohhh tidak, entry ni telah membuatkan air mata saya mengalir
ReplyDeleteohhh ibu, aku sangat merinduimu
semoga alam kubur mak dan ayah saya seperti alam syurga
tetap sayang pada mereka wpun mereka tetap ada kelemahan dalam soal mendidik saya
jasa mereka tak terbilang2 pada saya
sedihnya
memang sedih..masa cakap2 ngan suami dalam kereta suami cakap mungkin bila ibu dia takda baru dia menyesal..tapi saya dah terlampau marah saya cakap orng lagu tu ntah2 lagi dia suka gamaknya mak dia mati kot..tak susah kan dia..
ReplyDeletetapi harap2 anak tu sedar sebelum terlambat..sian nenek tu..:(
nice entry..thanx for sharing your thoughts and story... i have admit too that i was not a good daughter either and still am not perfect..selalu menyesakkan hati mak..especially di zaman tennagers dulu... selepas ada anak sendiri..then i realized. jasa mak terlampau byk sebenarnya..even hingga ke hari ini sekalipun... :)
ReplyDeleteBetul tu..kadang2 kita tak sedar perbuatan kita menyinggung hati ibu bapa kita sebab ibu bapa takkan bagitau jika depa kecik hati dengan perbuatan kita. Sebagai anak, kita perlu meletakkan diri kita di tempat mereka. Betul la ang kata tu, bila dah ada anak , baru kita tau mcm mana perasan mak ayah bila kita selalu tidak sependapat dengan depa kan...
ReplyDelete