Untuk membina keharmonian rumahtangga nasihat Ustaz Agym ialah:
- Menjadikan pasangan kita sebagai tempat kita belajar supaya diri bertambah baik
- Sentiasa bersemangat untuk menuntut ilmu
- Mental mesti siap dan sedia untuk menghadapi kekurangan pasangan kita
- Bersyukur dengan kelebihan pasangan yang mencetus semangat kita untuk beribadah
- Bersabar atas kekurangan pasangan kita sehingga menjadi penggerak membuat ibadah dan kekusyukan doa
- Selalu berbincang untuk selesaikan masalah
- Membahagikan tugas dan bekerjasama dalam urusan rumahtanga
- Jangan meninggalkan rumah sebelum memberitahu pasangan kita
Kesimpulannya dari pandangan saya yang kerdil ini, seburuk mana pasangan kita ia bukan titik tolak untuk mengubah pasangan mengikut acuan kita dengan drastik atau menjadi punca ketidaksefahaman. Kekurangan pasangan itu adalah titik tolaknya kita untuk lebih dekat dengan Allah lantas akhirnya dengan sifat sabar dan khusyuknya doa, Allah buka pintu hati pasangan untuk jadi lebih baik...(muhasabah diri sendiri dengan banyaknya)
cumanya kalau diri tak segagah ASIAH isteri firaun dan suami pun jahat dan mengabaikan hak secara total jangan nafikan HAK anda sebagai isteri..Islam tak menzalimi wanita. Namun jika mampu sabar, kelak dengan kesabaran terhadap pasangan kita boleh masuk syurga dengan Allah memadamkan dosa2 yang lain..
“Orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh
Allah SWT sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia
menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikit pun.” – Hadith
Tirmizi.
dan falsafah yang terbaik yang pernah saya baca sehingga kini tentang keharmonian rumah tangga ialah:
“Analoginya, perkahwinan atau rumah tangga ibarat membeli kereta.
Bila rosak, kita akan baiki dan terus baiki menunjukkan diri kita tidak sempurna seperti kereta.
Kita tidak akan tukar kereta baru dengan mudah, tetapi akan terus membaikinya samalah dalam perkahwinan.”
Kenapa saya letak diblog ini sedangkan ini adalah muhasabah diri sendiri, SEBABbbbb, ia juga adalah ilmu yang bermanfaat dan elok dikongsi..Insyaalllah..:)
teringat dulu masa sy hadiri kursus kahwin
ReplyDeleteustazah tu cakap dia pernah kendalikan kes pasangan bercerai hanya kerana ubat gigi. puncanya sang suami malas nak tutup semula ubat gigi setelah menggunakannya, apabila berulang2 berlaku perkara yg sama, mereka bergaduh dan berlarutan sehingga kes yg lebih besar diungkit dan akhirnya bercerai
bila pikir secara logik, macam tak munasabah bercerai kerana ubat gigi, tp itulah realiti
ada juga kes, saya baca, bercerai kerana suami tak tahan sikap isteri yg suka bermekap dan bersiap lama2 sebelum keluar rumah
moralnya di sini, seperti kata rulza, belajarlah menerima kelemahan pasangan
itulah pelengkap sebenarnya dlm alam rumah tangga