Wednesday

Anak-anak itulah apa yang ditanam

Saya kira Umar tidak faham pun maksud bila dia berkata wah hebatnya tapi saya sentiasa menyambung apabila dia berkata hebat " Allah lagi Hebat". Kadang-kadang saya cuba menguji Umar bila saya puji Umar hebatnya dia. Dia akan menjawab "Bukan...Allah lagi Hebat"

video

Saya percaya dengan pendekatan Anak-anak itulah apa yang kita tanam dalam fikirannya. Daripada bacaan saya, masa anak-anak kecil kita patut masukkan semua perkara tentang Keesaan Allah walaupun dia mungkin sebenarnya tidak faham. Apabila dia sudah pandai bercakap pula terus menerus ajarkan kalimah Lailahaillah, Subhanallah, Astagfirullahal'azim, Alhamdulillah, Masyaallah, Allahuakbar dan ajarkan ayat alquran, doa-doa dan akhlak islam.

Pernah juga ada satu masa Umar tak boleh terima apa yang diajarkan "nanti Allah marah", "Dosa tau" dll. Dia akan akan cakap " Umi, salah..Allah takde kan". Sebab dia tak dapat cari Allah tu dimana. Sebagai umi kecewa dan takut juga. Tapi didikan agama ialah satu perkara yang terus terusan kena buat. Begitu juga dengan hal-hal lain. Allahamdulillah kini dia dah tak bangkang bila saya cakap "nanti Allah marah tau", "dosa tau", "nanti Allah masukkan dalam neraka tau".. Selalunya Umar dengar dan jawapannya adalah Oooooo. Ntah Oooo faham atau Oooo kosong. Tapi takpalah dari dia jawab " Umi, salah..Allah takde kan" sebab itu menggerunkan walaupun dia cuma anak kecil.

Pernah satu masa Ammar terberak cair dan terbocor dari Cloth diapers. Di dapur saya dengar Umar cakap Masya Allah beberapa kali. Umar ke dapur nak bagi tahu apa yang Ammar buat. Dalam pelat dan sibuk memasak saya hanya angguk saya. Kemudian saya ke ruang tamu menjengah anak-anak. Bila melihat keadaan Ammar saya memang tak terkata apa sebab Ammar sudah menepuk-nepuk dan menyapu-nyapu najisnya yang bocor dia atas tikar evamatik yang dibeli dari mahfuzah. Boleh tengok di blog http://zmfnurahmadshoppe.blogspot.com/. Nasib baiklah tikar evamatik tu lasak dan senang dibasuh. Dalam hati berkata patutlah Umar asik sebut MasyAllah-MasyaAllah tadi.Umar juga dah pandai padankan zikir2 lain dengan situasi dan keadaan yang sepatutnya.

Saya taknak kongsi banyak2 tentang apa yang Umar dan Ammar boleh buat itu ini nanti saya dikatakan riak, tapi saya nak highlightkan, Anak-anak itulah yang kita tanam dalam pemikirannya. Adalah lebih baik kita usaha untuk suntik apa yang kita nak anak kita jadi dimasa depan diawal usianya 0-3 ini. Sebab masa ini ingatanya bersifat kekal dan jangka masa panjang. Anak-anak juga tak pernah gagal meniru sikap ibu bapanya. Kadang-kdang lihat Umar dan Ammar saya rasa saya melihat diri sendiri. Dari apa yang saya buat baik dan sifat buruk diri sendiri. semuanya ada. Saya tulis sebagai perkongsian malah ini ingatan buat diri yang kadangkala culas menculas.

Harap pada Allah biarlah usaha ini memberi corak-corak yang indah pada kain putih yang telah dibekalkan.....

2 comments:

  1. bagusnya memberi diaorang pendedahan sejak awal :-)

    ReplyDelete
  2. saya baru belajar..banyak lagi kena baiki..

    dalam hal keibubapaan mengajar anak tentang agama saya sangat kagum dengan puan lina karim yang boleh ajar anak dia hafaz al quran..

    masyaallah. nak kumpul kekuatan macam dia tu saya baru nak mula..dia sudah sedia dari awal. anak-anak dia semua boleh hafaz alquran..dia sangat2 konsisten ajar anak2..

    http://darwishndarwisya.blogspot.com/

    ReplyDelete