Tuesday

Makan mesti duduk sopan-sopan

Hari ni nak buat donut sira sambal. Alhamdulillah donut dah siap digoreng separa masak pagi tadi. Sebagai sarapan buat donut ball untuk anak-anak dan dicicah dengan coklat dan strawberry sauce. Alhamdulillah, first time buat donut ni anak-anak suka nak makan. Sebenarnya nak upload gambar depa makan-makan. Just to share dan yang paling penting adalah kenangan untuk masa depan...:)


Pesan untuk Umar dan Ammar..
Ahmad Umar dan Muhammad Ammar, kalau makan mesti duduk sopan-sopan tau. Kemudian kena hargai apa yang telah dimasak. Jangan komplen-komplen walau tak sedap. Sebab Nabi kita jika tidak sedap baginda hanya diam-diam sahaja. Malah kena hargai pemberian orang walaupun suka atau tidak suka sebab nilai ingatannya untuk kita amat mahal dan berharga.

Teringat kenangan bersama emak dan ayah tersayang. Kalau dia masak semuanya sedap. Dek kesibukkan hari bekerja mak akan masak makanan spesial setiap cuti hujung minggu jumaat dan sabtu. Setiap hujung minggu mak akan masak sup ayam atau sweet sour ikan bawal. Masa kami kecil-kecil itu sudah dikira mewah dan spesial. Ayah pula sebagai chef, ayah akan masak masakan barunya dirumah. Jadi kamilah tukang rasa AKA tukang makan sampai licin. :) Tak pernah tak sedap walaupun mak dan ayah cakap masakan mereka kurang garam atau gula dll. hihi SEDAP JE!! SEBAB MAK DAN AYAH YANG MASAK..

seronoknya ingat zaman kecik-kecik dulu kan.....

6 comments:

  1. bunyi pun dah sedap donut sira sambal ni, nak blk try, :-)

    ReplyDelete
  2. TQ kak missbby..as ussual gambar depa mesti tak pakai baju..pakai CD jek..hihi

    Kak WBH..resepinya saya cedok dari myresepi dengan carian donut sira sambal..untuk donut saya tk boh improver dengan apa tah lagi satu..susah nak cari pastu tak da cop halal pulak..
    alhamdulillah jadi gak donutnye..sira nak wat satgi..

    ReplyDelete
  3. bila mak masak tu..simple mcm mana pun mesti sedap. siap bertambah nasi lagi..:)

    ReplyDelete
  4. teringat masa kelas kita buat BBQ kat Pantai tengkorak, masih teringat2 dan terasa lagi ayam BBQ yg pakcik buat, best tak terkata....

    ReplyDelete
  5. tapi tula sayang sangat tak sempat pun belajar resepi tu..
    lom jumpa lagi bbq cam ayah aku buat tukan...

    ReplyDelete