Showing posts with label Ahmad Umar. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Umar. Show all posts

Tuesday

Adik marilah mengaji

Semalam lepas ajar Umar Iqra, Umar tak puas hati sebab Ammar tak kena mengaji sama..
Huhu Ammar memang la susah nak duduk diam-diam mengaji sebab dia tak faham sangat..

Umar terus panggil Ammar.."Adik mailah mengaji"
Tapi taulah adik tu mana mau ikut...
Pastu Ummi pun pujukla Ammar supaya duduk mengaji dengan Umar.

Tapi Umar cakap dengan Ummi, "Takpe-takpe biar Umar yang suruh"..

Dalam hati Ummi kata "Cewwah Umar ni..memang nampak "keabangan"nya.

Umar pujuk lagi Ammar marilah adik baca iqra..tapi Ammar tak layan pun..

Last2 tak baca pun iqra..:

Malam sikit..tak semena adik jatuh kerusi lagi..ntah macam mana boleh jatuh...
Memang berdentum kepala..
Menangis panjang betol...
Nak kluar bunyi tangis tu dekat 2 3 minit jugaklah baru bunyi...
Memang merahlah kepala adik
Ayah ambil botol ais yang memang dah selalu standby dalam freezer...

Umar kalau adik sakit dialah yang paling sibuk nak rawat adik..
Umar cakap dengan Ummi " Takpe-takpe biar abang yang sejukkan adik"

Umar pujuk-pujuk adik...Umar cakap "Sakit ye adik, takpe-takpe..."

Ummi terharu sangat..Ummi peluk Umar dan pesan pada Umar, "Abang pandai sangat, kalau Umi mati, abanglah jaga adik elok-elok ya"

Ntah faham idak Umar tu dia diam je..

Umar dan adik kalau gaduh, gaduh juga..kalau membela antara satu sama lain ya juga..masing-masing pun ada waktu men"care" antara satu sama lain...
Waktu paling akrab adalah waktu menonton..hampir 100 % action mereka serentak dan sama semasa menonton upin dan ipin atau boboiboy...
kadang abang peluk adik dan adik peluk abang...
mmmm..anak-anak jadilah saudara yang paling akrab..takmau gaduh-gaduh sebab...


 
btw bila nak ada magika 2...hihi


Biar adakalanya
Dia buat kau kecewa
Biar adakalanya
Dia buat kau gundah

Tetapi tak mengapa
Kerna dialah juga
Yang mengambil hati mu
Bila keadaan reda

Oh kita bersaudara
Kena selalu mengalah
Tak guna marah-marah
Nanti berbaik juga

Oh kita bersaudara
Tak guna gaduh-gaduh
Kerna air dicincang
Tidak akan putus

Kila kau dalam susah
Semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa
Yang sudi menghulur
 
Jika tak adik beradik
Yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri
Selalu yang tak berlima

Oh kita bersaudara
Oh kita bersaudara
Kena selalu mengalah
Tak guna marah-marah
Nanti berbaik juga

Oh kita bersaudara
Tak guna gaduh-gaduh
Kerna air dicincang
Tidak akan akan akan putus


Monday

Ahmad Umar, Selamat Hari Lahir ke 3

Wahai anak kesayanganku Umar
Hari ini Usiamu 3
Gembira hatiku tidak terkata
Kerana Allah menghadirkan lagi engkau di depan mata

Wahai anak kesayanganku Umar
Umi sering berdoa agar kau dimasukkan ke syurga
Jangan terjebak dalam kejahatan dan kesedihan dunia
Ummi ingin lihat kau bahagia

Wahai anak kesayanganku Umar
Maafkan Ummi yang tersilap cara
Sikapku ni yang membuat kamu berduka
Namun dirimu tetap daku sayang dan cinta

Selamat hari lahir wahai anakku Umar
Aku mahu kamu bahagia
Aku mahu kamu menjadi penjaga agama
Aku mahu kamu masuk syurga!!!

Kehilangan Ahmad Umar

Melangkah ke usia 3 tahun, semalam Umar melakukan sesuatu perkara yang mendebarkan. Umar hilang. Aduhai anak, agaknya jika ku lepaskan kamu didunia yang terbentang luas ini, satu dunia juga kamu ingin terokai tanpa rasa takut sedikitpun.

Saya jarang membawa anak ke majlis yang ramai orang dan terpaksa membiarkan mereka lepas bebas. Tapi semalam atas dasar Umar mungkin selamat kerana kami berada di kawasan masjid dan Umar seronok nak bermain dengan kawan saya biarkan dia lepas. Ammar pulak meronta-ronta nak ke sana sini. Aduih, mana nak dengar ceramah, mana nak tengok anak, last-last satu apa pun tak fokus. Anak kena cubit dan ceramah lansung tak masuk telinga. Sudahla ceramah tu dari Ustaz Kazim. Ruginya rasa. Dapatlah tengok wajah Ustaz kesayangan hamba itu secara life.

Tapi itulah, bila ada anak kecil jangan harap nak fokus benda lain dengan sempurna. Alangkan kalau tengok tv pun kena tengok anak lebih. Kalau bersembang dengan kawan-kawan jika anak ada berhampiran pun kena tengok anak dari nak bercakap.

Mulanya Ahmad Umar bermain dengan kawan2 barunya di perkarangan masjid. Bila dapat kawan boleh dia suruh Umi main jauh-jauh. Dia cakap pada saya "pi, pi, pi, pi sana", bila saya ajak dia duduk di kerusi diam diam. Anak-anak memang selalunya terkurung di rumah. Tak berkawan sangat. Kadang-kadang je bawak mereka ke taman permainan, selebihnya banyak masa berjalan-jalan dok dalam kereta saja. Mungkin anak-anak sangat craving nak bermain dengan kawan.

Kat rumah bila dapat bermain dengan Hadif, anak jiran kami, langsung Ahmad Umar tak mahu balik rumah. Pernah suatu masa Umar menangis lama sebab saya angkat Umar balik rumah. Jiran selalunya cakap ok saja kalau Umar bermain di rumah mereka, tapi hati ni tetap risau anak menyusahkan orang. Jadi selalunya tak biarkan Umar duduk lama-lama. 

Berbalik pada kisah Umar hilang tu, bila saya tak nampak kelibat Umar, saya suruh adik saya ida pergi tengok-tengokkan Umar. Saya tunggu di kerusi sebab saya pegang Ammar. Beberapa ketika saya dengar budak menangis dan saya kenal itu suara Umar. Saya nampak pakcik RELA tu mendukung Umar sambil Umar meronta-meronta minta dilepaskan. Ida ambil Umar dan sebab terlalu banyak menangis Umar muntah pula. Umar jalan jauh menghala ke kereta. Mungkin dia ingat Ummi dah balik. Dia cari umi agaknya. Kesian Umar. Pasti terdera perasaannya mencari umi tak jumpa. Sedihnya bila rasa anak sorang tu tak boleh dijaga. Nasib baiklah Pakcik  RELA tu ambil Umar dan bawa semula ke khemah. Kalau tak, tak taula apa nak jadi.

Akhirnya kami tak duduk dah bawah khemah. Terus masuk masjid dan cuci badan Umar. Mula-mula duduk kat luar masjid. Tapi Umar dan Ammar masih nak jalan sana sini. Masuk ke dalam masjid pula. Jadi kawasan mereka bermain terhad. Lega hati dapat tengok anak depan mata.

Umar baru 3 tahun tapi fizikalnya seperti budak 5 tahun sebab dia sudah boleh bercakap lancar dan fizikalnya tinggi. Tapi pemikirannya tetaplah seperti 3 tahun. Tak semua benda dia boleh fikir. Tak semua benda dia boleh nampak dengan jelas. Bersalahnya pada Umar..

Hari ni genap Umar 3 tahun. Alhamdulillah, Allah kembalikan dia pada saya semalam. Jika dia hilang dari mata dengan cara yang tidak baik pasti saya akan menyalahkan diri sendiri seumur hidup..:(

Wednesday

Wordless Wednesday 17



Angry face la konon..

Pernah dulu sebelum nikah semasa saya masih belajar terjumpa seorang budak yang aksi marahnya sama macam Umar tapi gayanya lebih ekstrim. Masa tu dalam kelas latihan silat. Tak ingat anak sape. Bila budak tu marah, gayanya sampai nampak-nampak mata putih jadi kelucuan semua orang. Itulah kali pertama dan terakhit kot jumpa gaya marah macam tu..
Sekali Ahmad Umar pun ada gaya yang sama daa....Marah la konon tu..:P... dah tak comel dah tau Ahmad Umar..

Tuesday

Toilet Training Hampir Success!!!

Semalam Isnin try lagi sekali buat toilet training dengan Ahmad Umar.  Tapi kali ni buat 2 pendekatan. Huhu, macam reseach plak dah, bila cakap pendekatan pendekatan ni..

Sebelum ni cara saya ialah tak pakaikan CD untuk Umar dan pesan pada dia kalau nak kencing bagitau Ummi tau, kita pergi ke toilet. Tapi cara tu tak berkesan pun. Bila sembang-sembang dengan Maklang saya, dia kata kitalah kena atur masa kencing anak kita. Jadi saya buatlah jadual untuk ke toilet..hihi. 

Bila ada jadual, saya kena alert sikit dengan masa agar Umar ke toilet ikut jadual. Kalau lambat-lambat nanti, mana-mana tempatlah jadi toilet dia.

So, semalam kali pertama terkucil...Dah kencing dah baru bagitau. Kemudian kali ke dua saya tengah nak masak di dapur. Tiba-tiba Umar belari dengan kalutnya dan sebut "saya nak pergi toilet! saya nak pergi toilet!" Saya pun apa lagi dengan kuali dah panas, saya pun kelam kabut juga tutup api sebab takut Umar terkucil..:) Tapi nasib baik, sempat juga pi kencing di tandas. Masa tu dah pukul 11 lebih. 

Kemudian sebelah petang sikit dalam pukul 2 lebih Umar mita lagi nak ke toilet. Jadi kencing di toilet lagi...Tapi kali ke 4 Umar terkucil dalam bilik iron. Agaknya teralit main mainan, dia terkucil kat situ..

Umar pun dah makin besar..kalau dia nak buang hajat besar, dah malu-malu taknak bagi orang tengok. Ada port khas dia. Dia mesti duduk kat pintu bilik depan bila sampai masa dia..Bila kita tengok nanti dia cakap "janganla ummi"

Saya happy sebab Umar dah pandai minta nak ke toilet..
Hari ni saya di UTHM, esok buat toilet trainning lagi..Harap lepas ni maintain je dan tak berterabur lagi..:)

Friday

Umar dan Ammar

Kalau kemana-mana bila orang melihat Umar dan Ammar pasti 2 ayat ini terpacul..

  1. Muka samalah, dan yang paling glemer ialah no 2
  2. Kembar ke?
Muka Umar dan Ammar ada bezanya tapi kalau sekilas pandang memang nampak sama sebijk segedebuk. Walaupun muka sama mereka tetap unik dan berbeza.

Tak dinafikan faktor emosi dan pembawakan diri saya mengandung Umar dan Ammar memang mempengaruhi sikap mereka. Sebab masa mengandung ada macam2 ujian yang menimpa melinatkan perasaan. 

Keduanya faktor pemakanan juga. Masa mengandungkan Umar dan Ammar Kurma dan Air zamzam memang selalu ambil. Masa Umar pengambilan sekerap hari2 bagi kurma dan seminggu untuk sebotol air zamzam. Masa Ammar agak berkurang sedikit sebab stok air zamzam sukar di dapati di Parit Raja jadi terpaksa ke Batu Pahat.

Semasa mengandung dulu, saya makan kurma sebab bila mengandung saya memang cepat lapar. Dan salah satu tanda mengandung adalah tenaga cepat decrease dan rasa lemah dan dahaga yang amat. Saya rasa sweet je sapa2 yang mengandung tanda-tandanya loya-loya, muntah-muntah kemudian pergi cek mengandung..huhu. Tapi saya takda pula alahan seperti itu. Sepanjang mengandung loya-loya ada tapi muntah tidak pernah sekali. 

Jadi kurmalah pemberi tenaga yang paling cepat. Sebelum lunch makan kurma, balik rumah sebelum masak dinner makan kurma juga. Alhamdulillah masa tu ada rezeki lebih dan mungkin rezeki anak dapatlah beli kurma yang baik dan sememangnya kurma semuanya ada khasiat yang baik. :)

Cakap pasal alahan, saya diuji alahan yang lain pulak. Semasa Umar saya terkena sembab air yang teruk sampai wujud Carpal Tunnel Syndrom menyebabkan semua sendi sakit. Ketika ini 2 minggu sekali mesti beli minyak urut. Semasa Ammar terkena Candida pulak. Seksanya tuhan sajalah yang tahu, Huhu. Tapi Alhamdulillah macam sakit bersalin lepas sahaja bersalin semuanya hilang serta merta..:)

Semakin membesar sekarang anak-anak. Tengok cerita-ceriti kawan-kawan rasa tak sabar nak lihat mereka masuk sekolah..Huhu..tapi dari pemerhatian saya, percayalah tumbersaran anak-anak sangat cepat. kini mereka kecil, esok masuk tadika, lusa masuk sekolah, tulat universiti, kemudian kerja dan akhirnya eh kita dah nak ada cucu....

 
sama ke?






Cakap pasal mengandung, saya dah 3 bulan merancang menggunakan Maajun Anggun Bestari (MAB). Alhamdulillah masalah disebabkan suntikan depo selesai. Semuanya jadi baik dari segi emosi, kondisi badan dan hubungan suami isteri. Tak macam ambil pil dan suntikan depo. Kadangkala terasa macam sangat TUA. :) Tapi bulan Disember lepas saya tak haid. Tapi saya lansung takde instict mengandung. Jadi saya minta suami membelikan 'kayu ajaib' dan saya taklah mengandung. Mungkin tak haid sebab saya masih menyusukan Ammar. Kini perasaannya tak sama berdebar seperti Ammar dulu. Sungguh saya tak nak ulangi rasa resah seperti dulu.Ada takpa tiada pun takpa. Buat test jugak sebab nak continue ambil MAB sebab risau kalau mengandung effect pulak kat anak.

Anak-anak tengah tengok video. pasni sambung masak dan cari kerja lagi..Wish me KEJAYAAN...:)

Tuesday

Makan mesti duduk sopan-sopan

Hari ni nak buat donut sira sambal. Alhamdulillah donut dah siap digoreng separa masak pagi tadi. Sebagai sarapan buat donut ball untuk anak-anak dan dicicah dengan coklat dan strawberry sauce. Alhamdulillah, first time buat donut ni anak-anak suka nak makan. Sebenarnya nak upload gambar depa makan-makan. Just to share dan yang paling penting adalah kenangan untuk masa depan...:)


Pesan untuk Umar dan Ammar..
Ahmad Umar dan Muhammad Ammar, kalau makan mesti duduk sopan-sopan tau. Kemudian kena hargai apa yang telah dimasak. Jangan komplen-komplen walau tak sedap. Sebab Nabi kita jika tidak sedap baginda hanya diam-diam sahaja. Malah kena hargai pemberian orang walaupun suka atau tidak suka sebab nilai ingatannya untuk kita amat mahal dan berharga.

Teringat kenangan bersama emak dan ayah tersayang. Kalau dia masak semuanya sedap. Dek kesibukkan hari bekerja mak akan masak makanan spesial setiap cuti hujung minggu jumaat dan sabtu. Setiap hujung minggu mak akan masak sup ayam atau sweet sour ikan bawal. Masa kami kecil-kecil itu sudah dikira mewah dan spesial. Ayah pula sebagai chef, ayah akan masak masakan barunya dirumah. Jadi kamilah tukang rasa AKA tukang makan sampai licin. :) Tak pernah tak sedap walaupun mak dan ayah cakap masakan mereka kurang garam atau gula dll. hihi SEDAP JE!! SEBAB MAK DAN AYAH YANG MASAK..

seronoknya ingat zaman kecik-kecik dulu kan.....

Monday

Elmo Lemas


Elmo ni adalah hadiah dari seorang kawan.. Dah lama saya simpan dia. Sayang tau...Sekali tadi nak lunch dengan husband, kelam kabut sana sini..(makan, nak elak anak cepuk lauk itu dan ini..

Umar cakap kat saya "Umi, ni dah kat dalam"

Sekali pandang terus saya sebut "Masya Allah"

Elmo dah lemas dalam Air teh yang saya buat pagi tadi (Sejug)..Ada baki bawak tengah hari la..Taktahulah Umar atau Ammar yang menyebabkan Elmo Lemas...:)

Nak Buat camana..Takdapatlah husband Minum....Malam nanti lah ye Abang..

Hari ni 3 Oktober..Birthday Abang...

Elmo's Song--Feveret Anak2..

This is the song
La la la la
Elmo's song.
La la la la,
La la la la,
Elmo's song.

La la la
La la la la, la
La la la
La la la la, la

He loves to sing,
La la la la,
Elmo's song.
La la la la,
La la la la,
Elmo's song.

He wrote the music.
He wrote the words.
That's Elmo's song.



Monday

Macam Perang atau Marathon??

Kalau saya letak pinggan dan makanan dahulu ke atas meja dan masih ada kerja di dapur Ahmad Umarlah yang akan tolong letakkan makanan ke dalam pinggan. Yang kelakarnya dicuma letak sedikit saja. Kalau makan lekat celah gigi . Tapi bila dia siap hidang dia akan cakap terima kasih kemudian sama-sama. Aikk bukan Ummi ke yang kena cakap terima kasih kat Ahmad Umar. Kadang-kadang Ahmad Umar tolong susun pinggan kat atas meja. Tapi time ni kalau ada garpu sudu, siap semuanya bersepah dilantai. Dah kena basuh balik..
Makanan feveret Ahmad Umar ialah mee goreng. Janganlah ternampak iklan di TV mesti dia minta punya. Dahtu boleh ingat hingga ke beberapa jam kemudian yang dia teringin nak makan mee goreng. Kalau takda stok mee cintan kering atau mee basah kenalah keluar pergi beli. Tapi penat lelah tu di balas dengan ucapan Umar;

"Sedap nya..Terima kasih Ayang/Umi"

Jadi seronokla hati saya ni sebab apa saja yang saya masak sentiasa sedap pada Umar.  Kadang-kadang bila makanan dah siap hidang atas meja Umar akan buat-buat gaya mencium makanan dan berkata "mmmm sedapnya"..:)

Ammar pulak dah pandai makan sendiri. Pandai la jugak..hihi. tapi kalau biarkan dia makan sorang-sorang, habis belemoih la orang kedah kata.


Masa anak kecil ni waktu makan tu dah macam waktu perang pun ada. Bukan apa dari makanan tersusun kemas atas meja sampai terpaksa dialih letak hujung meja atau dibawah meja. Dari meja bersih sampai meja bersepah. Dari Ammar comel jadi comot apabila dia menyapu pinggan ke muka, dari Ammar duduk makan elok-elok kemudian boring dia pergi baling mee sampai naik atas kepala dan macam-macamlah. Umar dulu pun macam ni. Tapi just nak train anak-anak makan sendiri dan cakap pasal adab di meja. Susah juga sebenarnya tapi insyaallah Umar dan Ammar pasti lebih behave nanti.

Kalau anak tidur masa kami tengah makan seronok juga, ibarat kata SV saya macam pengantin makan berdua..Tapi Umar dan Ammar ni tak boleh percaya, telinga macam telinga lintah..pantang berbunyi sikit terjagalah nanti..Jadi waktu makan dah jadi macam marathon pulak. Bila Umar terjaga mungkin umi yang akan pergi kepadanya untuk mengusap2 belakangnya. Kalau Ammar terbangun pulak mungkin ayah la pulak yang kena berhenti makan dan tangguk Ammar dalam bilik. Last-last jadi pengantin la jugak bila sesi makan jadi suap menyuap di dalam bilik sambil salah seorang menidurkan kembali anak-anak yang terbangun..:)


Sunday

Sambung Mengecat Taski Al Huda : Umar and Paint Brush

Alhamdulillah semalam dan cat bahagian dinding yang dah disembur air untuk hilangkan cat mural yang lama. Insyaallah aktiviti akan bersambung minggu depan pulak.

Umar pun sibuk nak tolong cat jugak. Mula-mula malas nak bagi dia tolong..Ya la nanti abis kotor baju dan tangan. Tapi lepas fikir fikir saya bagi juga dia satu berus cat. Biarlah kotor tapi boleh kembangkan minda dia dengan banyak aktiviti.

Bila anak-anak duduk diam buat aktiviti sendiri seperti membaca, main sendiri, main ngan blocks bolehla saya tolong cat. Alhamdulillah, anak-anak tak meragam. Kadang-kadang ganti dengan abang jaga anak bila penat. Seronok juga buat aktiviti ni bersama keluarga.

Tapi Ahmad Umar bila cat terkena tangan dia, mulalah menangis suh basuh. Dia dah geli..kihkihkih..Last last mana nak larat ulang basuh, main lap kat baju je la..:)

Just nak kongsi gambar Umar dan Ammar masa aktiviti cat mengecat ni..Moga aktiviti ini adalah tarbiah untuk sikecil, umi dan ayah juga...

Friday

What Ammar can Do?

Ammar now is 10 months already. Giving us new excitement with his new adventure an capability. He can't said any word yet, but he is using "Eh eh eh" to call me or his Ayah.The last Ammar's development was he can climbing the sofa. After, standing up and climbing here and there at just now he is crawling. Alhamdulillah he can sit with good balancing to his back. But when he show his tantrum while he is sitting, he throw his back to the floor and the floor hit his head. Hadoiii!! He will learn his lesson. I think next time he won't do that again. Hopefully!!

He knows what he like and dislike. Yesterday I gave him the jasmine green tea which the tea aroma is full with jasmine scent. At first Ammar drank the tea but he spit it out, maybe because of the jasmine scent. His face turn out wrinkled. When I tried to drank him with the tea again, he push the cup by his hand and shake his head to say no.

Surprisingly, now Ammar can wave his hand to say goodbye. But when only i asked him to do. Since Ammar is here, i have two children that i have to look for their development. Its quite scary if  I am to busy and neglected their feeling of wanting to be love and having my attention of their new things they do. Umar with his new hilarious adventure day by day and Ammar where i need not to be bored or neglect his development as i have undergo with Umar. Actually these two apples of my eyes is unique and bring happiness in their own way to myself and their ayah. I feel bless and thanks to Allah for my kids. May Allay give me strength and motivation to be there for them. Amin.

Umar's Magic Word --Update

Pasti setiap anak-anak kita ada kepelatan pada sesetengah perkataannya.
Seringkali membawa kelucuan bila mendengarnya. 

Here is Umar's magic word. 

Telinga = Tileng
Butang = Kuntang
Sotong = kontong
Gas stesyen = Gas setan

Pampers=Tipis 
Telifon= Tetipun

Bila Umar nak suruh korek telinga, dia akan cakap tileng..tileng...huhu..
enjoy Umar's video. 

Wednesday

Dah lama Sangat tak Pergi Shopping Kompleks!!

Dah lama sangat tak ke BP Mall, Carrefour dan Parkson. MCD, KFC, PIZZA, KENNY ROGERS dll memang sudah lama tak makan. Hampir sudah 8 bulan. Tak banyak keperluan sangat nak ke sana. Saya dan suami juga hampir 10 bulan tidak membeli baju baru dll. Hihi. Tapi semalam, kami ke BP MALL. Nak beli baju anak-anak. Berbanding kedai biasa, pasaraya besar lebih banyak pilihan dan murah harganya. Tapi sian Ahmad. Dulu dialah yang paling ligat berjalan dalam BPMALL tu, tapi semalam dia macam takut takut je nak jalan sendiri. Kalau dulu dia paling seronok dilepas bebas. Semalam nak didukung saja. Pasni bila pulak la nak ke sana lagi. Huhu. Takpalah Umar kalau jakun masuk shopping kompleks..Hihi. Tak rugi pun..:).

Tuesday

Patutlah!!! Saya yang tak reti!!



Today is my DEPO injection day. Hari ni pergi ke klinik kesihatan. Alhamdulillah keputusan untuk pergi tengahari memudahkan urusan bila tak ramai orang sangat. Duduk sekejap je, pastu dah kena panggil. Sambil-sambil Nurse Khatilawati tulis maklumat dalam buku, kami ada sembang-sembang juga. Melihat sebakul pil-pil di atas meja saya tunjuklah pil noriday dan cakap pada nurse, saya makan noriday selepas melahirkan anak yang pertama. Pastu nurse cakap, Noriday ni ambil dalam masa 6 bulan je tau. Lepas dia cakap macam tu terus saya tergelak. 

Saya cakap " Yeke, patutlah lepas 8 bulan saya mengandung lagi" 

Nurse Khatilawati " Yala, bukan saja lepas 6 bulan, pil ni hanya untuk mereka yang menyusu penuh, tidak bekerja dan duduk dirumah saja"

Saya " Saya makan sampai 8 bulan. saya beli je kat farmasi. Dia suggest yang ni. Farmasi tu tak cakap lak sampai 6 bulan je" saya tergelak-gelak.

Nurse khatilawati " Sian awak. Bukan kesian apa, anak-anak la. Kurang kasih sayang dan perhatian"

Saya "ye la, nurse, saya pun perasan juga. kalut juga. kadang-kadang saya rasa dah cukup bagi tapi masing-masing ada yang terasa"

Nurse Khatilawati " Bukan awak sorang je, ramai dah yang jadi macam ni, Pil ni takleh tinggal. tinggal sehari pun dah takut dah. Kalau pil yang ada hormon pogrestrone dan estrogen tinggal sehari ok lagi. Kalau suntik Depo-Provera pula 6 bulan lepas tu baru mengandung lagi"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya tidaklah menyalahkan noriday atau apapun. Cuma saya tergelak saya makan tapi saya tak tau cara ambilnya dengan betul. :) Tapi berpegang dengan kata-kata Ustaz Kazim. Allah tu maha pencipta. Dialah yang menjadikan sesuatu dengan kehendak dan perintahnya. Jika kita berkahwin bukan wajib bagi Allah untuk kurniakan kita anak, tapi bukan mustahil bila-bila masa Allah akan kurniakan anak mengikut kehendak dan kekuasaanya. Muhammad Ammar adalah anugerah yang teristimewa. Ahmad Umar juga begitu. Masing-masing istimewa dengan cara yang tersendiri walaupun sikap mereka berdua berbeza-beza. Allah yang maha menjadikan sesuatu. Jangan tanya jika kita 'termengandung" (Valid untuk yang dah menikah) dan jangan tanya pada Allah kenapa Dia tidak beri peluang mengandung. Kedua-duanya berlaku dengan sebab yang kukuh pada pengetahuan Allah.

Takpa Allah hadirkan anak-anak dengan rapat ni. Memang kelam kabut sikit. Sampaikan kalau pergi mana-mana orang akan tanya kembar ke? atau cakap macam kembar depa ni. Memang macam jaga anak kembar walaupun bukan kembar. Keperluan mereka takkan berhenti walaupun mereka telah tidur. Hinggakan saya sudah imun tak cukup tidur. Lepas umar minum susu, ammar pulak nak susu. Lepas ammar berak, umar pulak berak,lepas sorang jaga dari tidur yang ni pulak akan terjaga. Kalau Ammar nak buaian Umar pun nak buai sama. Langsung tak pernah berhenti. Sebelah malam kalau sorang terjaga lepas tidurkan yang sorang lagi plak terjaga dan macam-macam lagi kehendak mereka. Subhanallah.

Cuma sayalah yang kena mantapkan diri. Tambah-tambah dari segi kepenatan dan tenaga yang cepat menurun. Saya nak amik supplement tapi tak tahu nak ambil apa dan ragu-ragu dengan kesan-kesan sampingan. Mana satu yang benar2 ok. Alhamdulillah abang ada disisi banyak membantu. Kalau takda dia, pincang jugakla. kalau saya basuh berak ammar, umar la abang basuh. kalau saya tidurkan Ammar, Umar lah abang tidurkan. Rasanya Umar akan lebih rapat dengan ayah berbanding saya. hmmm...Camana ni. Dah nampak simptom-simptom Umar kurang kasih sayang. Sekarang dia agak memberontak dan banyak whining...:(

Muhammad Ammar dan Ahmad Umar, Ummi sangat sayang pada kamu. Maaflah jika ummi tersalah dalam kekalutan dan kekurangan ilmu ummi. Insyaallah Ummi akan terus berusaha!!!

Monday

Ummi nak Tulis!! Umar Tulis Muka Ammar.


Dah lama dah Ahmad Umar pandai minta pensil dan colour untuk menulis. Bila dah dapat pensel/colour minta pulak kertas. Tapi sebenenarnya bukan la tulis sangat. Ia lebih kepada contengan dan lukisan abstrak. Hari ni Muhammad pun nak tulis juga. dok sebelah Ahmad Umar sambil dok tarik kertas ditangan Ahmad. Sekali Ahmad buat satu contengan ke Muka Muhammad. Zappp, satu garis..

Mmmm, dua beradik ni,kadang-kadang main sama-sama, sampai ketawa melekek-lekek tapi tak kurang juga main sama-sama sampai gaduh dan nangis. Ada gak time tak ngam-ho langsung. Muhammad Ammar pun dah pandai marah sekarang ni. Bila Ahmad Umar terbuat Muhammad Ammar mula la keluar suara dia yang garang dan tangan dilibas-libaskan..

Hai Anak..Semoga jadi anak yang taat pada Allah. Insyaallah berkat taat, nanti jadi anak yang soleh. Amin..Ummi dan Ayah sayang Kamu berdua..

Saturday

Ahmad Umar Gunting Rambut

Biasalah sesi potong rambut akan diiringi dengan tangisannya. Jenuh gak nak potong. Umar tak berasa selesa kot sebab rambut tu buat dia gatal. Tambah lak kulit dia cepat merengsa. 
Jenuh gak bila Umar gerak sana sini. Kemudian dia lari ke pili nak basuh..huh..sabar je..

Dah siap potong rambut, ayah mandikan. siap syampu. Bukan main seronok main air. 

Muhammad tidur. Rambut dia dah potong minggu lepas. Sekarang dua dua anak BOTAK!!! tapi tak licin la. :)

Sambil tulis di blog ni rasa senyap je. Rupanya Ahmad Umar pun dah tidur. Agaknya dah amat letih menangis, potong rambut, kejar-kejar dan mandi :)

Sleep with his new Hair Cut

Tuesday

Umar sukakan BIOMIL..Ummi Pun Suka!!!

Susu formula Biomil ciptaan tempatan

AMALAN minum susu di kalangan rakyat Malaysia masih berada di tahap rendah, ertinya tidak semua isi rumah mengamalkan pengambilan susu, terutama apabila anak-anak mencecah usia 10 tahun ke atas. Kebanyakan ibu bapa juga memandang kepentingan susu sebagai satu perkara mudah, bertambahnya umur anak menjadikan ibu bapa lega kerana tidak perlu memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli susu mereka lagi.
Jikalau kita semua sedar betapa banyaknya manfaat dan khasiat pengambilan susu untuk tubuh dan minda, pasti kita semua tidak akan berkira lagi untuk menyediakan sekurang-kurangnya satu tin susu di rumah.

Rasullullah SAW pernah bersabda, “Minumlah susu, kerana ia menghapuskan rasa panas dalam hati seperti mana jejari menghapus peluh di dahi. Susu boleh menguatkan belakang, meningkatkan minda, mencerdaskan akal, mengelokkan penglihatan dan menjauhkan lupa”.Masyarakat Arab menjadikan amalan meminum susu segar dari bayi hingga dewasa kerana mereka tahu khasiatnya yang begitu tinggi.

Dengan slogan ‘susu untuk generasi akan datang’, memberi inspirasi kepada seorang usahawan, Ishak Husin untuk menghasilkan susu formula pertama keluaran tempatan.
“Setelah 50 tahun negara kita merdeka, tidakkah kita terfikir inilah masanya untuk kita menghasilkan susu buatan Malaysia,” jelasnya ketika ditemui di pejabatnya yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, baru-baru ini.

Mementingkan elemen kesihatan menyeluruh, termasuk perkembangan fizikal, mental dan sahsiah, Ishak mengadunkan kecanggihan teknologi Perancis dalam penghasilan susu Biomil keluaran syarikatnya.

“Bila sebut tentang susu, kita sedia maklum ia memberi banyak khasiat terutama dari aspek tumbesaran tubuh dan minda, tapi pernahkah kita terfikir untuk mendapatkan susu yang turut memberi manfaat dari segi sahsiah diri anak-anak, sebab itulah saya mencampurkan ramuan seperti Habbatus Sauda dan Schuessler Biochemical Tissue Salts (garam tisu Biokimia Schuessler. Ia telah diperkenalkan pada tahun 1873 oleh Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, seorang berbangsa Jerman. Penemuan garam tisu ini terbukti berkesan dan selamat sama ada dalam bentuk pemakanan kesihatan mahupun perubatan.

“Kajian-kajian yang dijalankan oleh Schuessler mendapati bahawa kelicinan fungsi tubuh bergantung kepada adanya zat-zat kimia dalam juzuk-juzuk yang seimbang. Analisis yang dijalankan ke atas darah dan tisu-tisu lain dalam tubuh menunjukkan adanya 12 garam mineral utama yang terdapat di dalam tubuh. Apabila kandungan zat-zat tersebut tidak seimbang ataupun berkurangan, maka fungsi tubuh menjadi terganggu,” tambah Ishak yang turut mempunyai kilang memproses susu di Bukit Raja, Klang.

Menurut Ishak, walaupun kandungan garam tisu ini sebenarnya mengandungi 12 unsur, namun dalam Biomil hanya tiga yang digunakan iaitu, kalsium fosfat, magnesium fosfat dan kalium fosfat, kerana ini yang diperlukan untuk tujuan yang disebutkan di atas. Antara kebaikan garam tisu Schuessler dalam Biomil ialah ia dapat mempertingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Selain itu ia juga mampu mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam. Menyihatkan rambut dan kulit, menguatkan tulang dan gigi dan juga membuang bahan toksin dalam badan. 

Kebaikan lain ialah membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan, mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan. Ia juga memberi kesan kepada kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental. 

“Walaupun ini produk tempatan, tetapi kami mengambil bahan mentah susu dari negara pengeluar susu utama dunia, New Zealand. Satu lagi keistimewaan Biomil ialah mengandungi Electromagnetic molecular signaling (EMS), kedua-dua nilai tambah ini tidak pernah dimasuk ke dalam susu yang pernah dihasilkan dalam pasaran sebelum ini,” jelasnya.

Menerangkan tentang konsep EMS, ia bersifat gelombang dan ditukar dalam bentuk frekuensi yang telah terbukti melalui beberapa ujian makmal bahawa sel juga bertindakbalas dan berinteraksi apabila menerima semboyan molekular daripada frekuensi yang tidak bersifat fizikal malah lebih daripada bentuk gelombang elektromagnetik. Untuk Biomil, Ishak telah mengekstrak khasiat air zam-zam, ubat cacing, probiotik dan Habbatus Sauda, yang telah ‘disalin’ gelombangnya dan dilalukan kepada susu Biomil. Kajian dan mesin untuk tujuan ini telah dibuat di Perancis.

“Kita mesti mempunyai identiti tersendiri, kalau tidak, orang akan kata, kita beli susu dari New Zealand dan membuat pembungkusan semula, padahal ia tidak begitu,” tambah Ishak.
Biotral Sdn. Bhd. syarikat yang mengeluarkan Biomil berhasrat untuk menjadi peneraju kepada produk susu tepung untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.“Misi kami adalah untuk membekal produk yang berkualiti tinggi serta menyediakan khidmat langganan yang terbaik. Biotral Sdn. Bhd. juga menjanjikan pengeluaran produk dengan ramuan yang berkualiti tinggi.

Proses pengeluarannya dilakukan melalui amalan kebersihan yang tinggi. Produk ini mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta memenuhi tahap kelayakan sijil Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP) dan ISO 9001:2000,” jelas Ishak yang juga berkelulusan dalam bidang homeopati.

Jenama Biomil sebenarnya sudah berada dalam pasaran sejak dua tahun lalu, namun pada April tahun ini penjenamaan semula dibuat dengan pembiayaan dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang nampak potensi besar dalam pemasaran susu ini.

“Kita telah mencuba produk ini dalam tempoh dua tahun kepada sekumpulan kanak-kanak, akhlak mereka nampaknya Alhamdulillah,” katanya yang kini sedang memasarkan produknya ke pasar raya di seluruh Malaysia.
Dipetik drp Utusan Online 24 Jun 08, Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Monday

Ayah dan Umar Basuh Kereta

Umar seronok tolong ayah basuh kereta. Ummi dan Ammar jadi tukang ambil gambar dan tengok saja. 
Sekali esoknya Umar telah mendapat idea untuk membasuh SUV kesayangannya.