Monday

Ahmad Umar, Selamat Hari Lahir ke 3

Wahai anak kesayanganku Umar
Hari ini Usiamu 3
Gembira hatiku tidak terkata
Kerana Allah menghadirkan lagi engkau di depan mata

Wahai anak kesayanganku Umar
Umi sering berdoa agar kau dimasukkan ke syurga
Jangan terjebak dalam kejahatan dan kesedihan dunia
Ummi ingin lihat kau bahagia

Wahai anak kesayanganku Umar
Maafkan Ummi yang tersilap cara
Sikapku ni yang membuat kamu berduka
Namun dirimu tetap daku sayang dan cinta

Selamat hari lahir wahai anakku Umar
Aku mahu kamu bahagia
Aku mahu kamu menjadi penjaga agama
Aku mahu kamu masuk syurga!!!

9 comments:

  1. Selamat Hari Lahir Umar, semoga jadi anak yang soleh untuk ibu dan ayah yea..

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir ya Umar, semoga diberkati kehidupan dunia n akhirat hendaknya

    ReplyDelete
  3. Bagusnya doa ibu pada anaknya. Amin.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir Umar.....Semoga menjadi anak yang Soleh dan menjaga agama..

    ReplyDelete
  5. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

    Semoga Umar membesar sebagai anak yang beriman serta berjaya dalam kehidupan. InsyaAllah. [:)]

    ReplyDelete
  6. yupp selamat hari lahir, doa ibu doa penuh berkat dan dimakbulkan, insyaallah...

    ReplyDelete
  7. @Kak long, Kakcik dan aimaniman:
    Terima kasih atas doa-doa kalian juga..Amin..:)

    ReplyDelete