Sabda Rasulullah saw ketika menggali Parit Khandaq
"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……"
Hadis riwayat Imam Ahmad

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa
yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya
termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak
baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali
sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di
antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

andai ank2 kita warisi keperibbadian sebegini alangkah indahnya
ReplyDelete