Sunday

Respon Terhadap Kerja2 Master

Anak-anak semuanya tidur. Abang pun tidur sebab demam. Dah makan sebiji ibuprofen. harap2 kebah dan beransur pulih insyaallah. Janji nak buat air kopi untuk dia pas dia makan nasi goreng tadi, tapi dah sibuk ngan umar dan ammar dah tak sempat buatkan, tengok-tengok dah tertidur. Takpe, jap lagi abang bangun baru buatkan dia air kopi.

Dan semuanya tidur, saja ambil kesempatan nak tulis respon Dr Mohamad Minhat, regarding my research works. Bulan 5 yang lepas, Dr yusri minta saya sediakan bahan untuk perbentangan tentang hasil dan perkembangan kajian yang sedang dijalankan. Bila Dr Yusri sebut saja nak bentangkan pada Dr Mohamad Minhat, Puan Aini Zuhra, Encik Elias, En, Muharam dan especially my supervisor wahh saya macam nak berdolak dalih je..taknak bentang sebab Dr Mohamad adalah orang yang boleh dikatakan terror la dalam bidang STEP-NC. Dalam hati boleh ke saya buat, sedangkan saya amat risau dan tak yakin terhadap kualiti research saya sendiri. Aiseh. 

Tapi bila balik rumah, saya fikir dan fikir. Tak boleh macam ni. Saya dah lama tak present. Kemudian inilah peluang untuk tunjukkan kerja dan minta pandangan dari mereka yang experts. Even sebelum ni Dr Yusri kata dia dah puas hati dengan perkembangan research yang sebelum ini bukan agak tapi memang lambat seperti kura-kura saya rasa saya patut cabar diri sendiri dan tunjuk hasil kerja pada Dr Mohamad Minhat.

So saya siapkan slide dan apa apa kerja yang saya boleh siapkan untuk tunjuk pada mereka semua. Pada hari 10/6 tu memang saya sangat berdebar. Sampaikan saya sakit perut. Sebelum nak pergi bentang pada jam 3 ptg tu saya dah mula loya-loya..balik rumah petangnya saya cirit birit..kihkih..tak tahula penangan nak bentang depan mereka atau sebab makanan. Nak kata sebab makan suami ok je..

Surprisingly, habis saja bentang, Apa yang Dr mohamad cakap ialah THIS IS A BIG JOB...wahh kembang kempislah hati dan hidung saya..betul sebab saya rasa kerja saya ni cikai cikai je..Malah hampir keseluruhan kerja mendapat respon yang positif. Dr mohamad beri respon terhadap kerja-kerja Literature review, hasil perbandingan G code antara vendor, hasil perbandingan g code dan step-nc, kerja-kerja interview dan yang paling penting dia impress terhadap pembangunan software. Lega sangat2 yang penting saya tak drop my SV water-face..hihi. Kalau tak mesti rasa bersalah sangat. Alhamdulillah.

Yang bestnya semua orang share pengalaman dan pendapat untuk memperbaiki apa yang ada. Malah beri idea yang mana kerja-kerja research saya ini yang boleh dibawa/diupgrade ke peringkat Phd. DING DONG!!! Dr MOHAMAD sendiri setuju yang bidang STEP-NC ni, bila kita memasukinya ia seumpama memasuki bilik gelap yang pada awalnya sangat gelap dan lama-kelamaan akan nampak terang dan bercahaya. Ya betul.

Tapi apapun walaupun bukanlah VIVA lagi tapi saya lebih berkeyakinan untuk menyiapkan master ni. dan yang paling penting saya nak ucapkan terima kasih buat DR yusri, Encik Zazuli, dan tentunya Abanglah yang selama ini banyak membantu saya sepanjang master ni..2 tahun mereka inilah yang banyak membantu. 

Insyaallah dr yusri bg due sampai hujung bulan 6. Kena siapkan the complete thesis. Huhu kena pulun!!!

No comments:

Post a Comment