Sunday

Ya, Allah, bolehkah jika Hamba ingin bertanya padamu...

Saya sebenarnya baru terbaca satu blog yang dia kehilangan anak kecilnya yang baru berusia 7 bulan 3 hari..Bila membaca luahan hatinya saya dapat rasakan beratnya perasaan ibu itu menangung. Sebuah kehilangan, siapa mungkin dapat menghadapinya. Lantas, bila membaca kisah-kisah begini Ahmad Umar dan Muhammad Ammarlah yang terpacul dalam kotak ingatan saya ini. Saya pun tidak tahu berapa lama saya punya masa dengan mereka..mungkin setahun atau mungkin 50 tahun lagi..saya pun tidak tahu. Teringat pesan seorang kawan. Jangan difikirkan cakap-cakap orang lama yang takut anak tak mahu berenggang sebab kita asik memegang dan memeluknya. Buat saja jika kita ingin sebab kita tak tahu berapa lama masa yang kita punya bersama-sama anak kita.

Saya tak tahu perasaan saya sendiri. Bila hal-hal begini bermain di kepala saya saya akan berkata Ya Allah janganlah engkau ambil nyawa anak-anak ku ini..mereka masih kecil.tapi kemudia hatiku memangkah, ya allah jika kau ambil mereka disaat ini akulah ibu bertuah kerana anakku adalah penghuni syurgamu. tapi nanti aku sedih ya Allah..Lalu hati memangkah lagi ya allah jika ini kebaikkan untukku, jika aku perlu menghadapi saat-saat ini kau titipkanlah sabar dan redha. Ya Allah kalau lah boleh hamba ini bertanya "Berapa lama masa lagi ya Allah?"

1 comment:

  1. Salam..terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Memang sebagai seorang ibu kita tidak akan sanggup kehilangan permata hati kita walau sesaat pun. Tetapi percayalah, perancangan Allah itu lebih sempurna. Walau seberat mana dugaannya, itulah yang telah tersurat dalam lipatan takdir saya. Nikmatilah hari-hari yang mendatang dengan seribu kenangan manis..kerana esok belum pasti milik kita. Semoga Zakiah di beri kebahagiaan dan sentiasa dalam rahmatNya.

    ReplyDelete