Monday

Tersepit Celah Dinding

Tadi di Berita tengahari TV7 ada kisah budak tersepi di celah dinding semasa main sorok-sorok dengan kawan-kawannya. Apabila pergi semakin dalam, budak tersebut tak dapat keluar sebab bangunan semakin sempit. Budak tu tersepit hampir 3 jam dan bomba terpaksa gunakan kaedah pengembangan angin untuk menjarakkan bangunan dan akhirnya budak tu dapat keluar.

UMAR TERSEPIT

Bila tengok cerita tu terus teringat Umar tersepit kat rumah tok lang dia di Alor Gajah. Belum sempat lagi nak tunjuk perihal Umar kat Maklang dan Paklang. Harus mereka tergelak melihat kerenah cucu yang seorang ini. Dah jelas, jelas sebelah tu ada jalan untuk lalu, tapi taktahulah idea apa yang muncul dalam kepala Umar bila dia nak lalu ikut celah tu. Nasib baiklah tak payah panggil bomba. Nanti bomba datang berlumba-lumba 


Banyak Wild Idea Umar ni yang akhirnya ada saja kelucuan atau tangisan yang terjadi contohnya tersepit di hanger macam ni.

No comments:

Post a Comment