Friday

Kesian Muhammad Ammar

Selalunya Ahmad Umar paling suka kalau ke taska. Waktu pagi tak da masalah nak kejutkan Ahmad Umar sebab bila cakap nak ke taska, Dia terus bangun dengan matanya yang kelat. Kemudian ke bilik air untuk basuh kencing dan tukar lampin. Macam agi tadi nak masuk kereta terus dengan lampin semalam dan mulut serta gigi belum dibasuh! Kadang-kadang bila dah lama tak ke taska Ahmad Umar sendiri minta untuk dihantar kepada ibunya dan nak bermain dengan kawan. Ahmad Umar memang suka berkawan dari kecil. Walaupun hari pertama semasa umurnya 4 bulan dihantar ke taska dia tetap ok..Cuma hati umi, sedih nak tinggalkan anak di taska.

Muhammad Ammar tidak pula begitu..dia jarang ke taska. Masa kecil kurang sikit tangisnya sebab dia tidak tahu apa-apa sangat. Sekarang setelah hampir sebulan lebih anak-anak straight duduk di rumah , 3 hari ini, melepaskan Umar ke pelukan kak yamah atau Cikmah penuh dengan adegan beremosi Ammar. Tangisnya sedih amat. Hati umi menangis sebab kasihan anak. Semalam Kak yamah cerita, Beberapa kali Ammar menjengah ke pintu grill. Bila lihat tiada Umi dan Ayah dia menangis. Adegan itu berlaku beberapa kali semalam.

Wahai anak-anak kesayanganku, bersabarlah untuk sedikit masa lagi..Insyaallah, semoga apa yang umi rancangkan mendapat restu dari bonda di perlis dan juga dari Allah..Mudah-mudahan ada rezeki yang baik lagi sesuai untuk kita bersama. Amin.

2 comments:

  1. Takper zakiah, sabar la..mau tak sedih kan, tapi hati ibu kena kuat demi anak-anak..

    ReplyDelete