Saturday

Bila Anak Kecil Menegur

Besok jam 4.13 petang genaplah umar umurnya 2 tahun (kalendar tahun masihi). Kalau ikut tahun hijrah Ahmad Umar sudah pun genap 2 tahun pada 25 safar yang lalu.

Umar dah boleh bercakap dan memahami apa yang diarahkan padanya. Dalam kenakalan pastinya keletah anak-anak (Ahmad Umar dan Muhammad Ammar) amat menenangkan dan menggembirakan hati. Ahmad Umar sudah tahu bila hendak makan baca doa, Bila hendak tidur Baca doa, Bila keluar rumah cium tangan dan melambai sambil mengucap salam dan bila balik masuk rumah juga dengan ucapan salam. Tak dinafikan bila dia ditaska saya amat menghargai jasa Ibu Yamah, cik Ina dan cik Mah yang sudi menggantikan tempat saya dan menjadi Ibu kepada Umar dan Ammar. Dalam mengajar di rumah pastinya pengasuh ditaska juga memainkan peranan dalam mendidik. Terima kasih Allah kerana menemukan saya dengan Taska Anak Manja.

Paling gembira dengan telatah Ahmad Umar pasti Muhammad Ammar. Abangnya buat apapun dia akan ketawa melekek-lekek. Tapi kadang-kadang berlaku juga pergaduhan kecil. Umar masih dengan perasaan cemburu malah dah pandai garang. Kalau adik nakal dia marah adik dan cakap jangan. Kalau tak dengar dia angkat hanger pula.. Turun sifat garang ayah ke atau umi ke?

Hari ini sudah banyak kali saya minum teh. Teringat catatan kembara Ustaz Hasrizal yang mana kawan-kawannya suka sangat meminum teh hinggakan kalau ditoreh tangan tentu air teh yang mengalir keluar.


Begitula saya sejak akhir-akhir ni. Ambil petua supaya tak kembung saya akan rebus teh dahulu. Petang tadi minum teh. Saya terus minum dengan terlupa membaca doa. Melihat saya minum teh Umar terus membaca doa makan dengan bahasa dan caranya. Yang jelas didengar "allauhuma", "ti a na" sambil menadah tangan. Saya terus memandang suami dan suami ketawa. Saya pun ikutlah Umar baca doa. Selalunya bila nak makan, pasti akan baca doa makan dulu. Nak minum takat bismillah sajalah. Tapi tadi memang saya tak baca pun sebab dah round ke 2 saya minum teh. Bila anak kecil menegur memang terkesan. Bukan apa, hari-hari ajar dia kita pula yang terlupa.

Petang tadi dia tak bagi saya buaikan Muhammad Ammar. Dia nak juga buai sendiri. Bila pegang buai adik, dia kata "angan, angan (jangan,jangan). Umar nak buai adik lah tu. Sambil menyanyikan untuk adik La illa ha illallah.

Ahmad Umar, Ummi inspirasikan panggilan nama nabi dan Saidina Umar untukmu. Biarlah Umar mencintai Allah dan nabi seperti Saidina Umar dengan kecintaannya terhadap Allah dan Nabi. Biarlah Umar menjadi seperti Saidina Umar yang berkempimpian dan perintis kepada pentadbiran islam yang amanah. Banyak benar inspirasi dari teladan Saidina Umar yang ummi nak bagitau Umar.

Ammar pula Ummi inpirasikan Ammar Bin Yasir untukmu. Ammar tahu tak siapa Ammar bin Yasir tu? Dia adalah anak kepada syahidah pertama di dalam Islam iaitu Sumaiyah. Ammar tahu tak keluarga Yasir Allah janjikan syurga untuk mereka. Jadilah seperti Ammar bin Yasir yang nabi sangat cintai. Yasir pernah mengikut apa yang disuruh oleh musyrikin untuk keluar islam dan benci pada nabi ketika dia disiksa teruk. Tapi Ammar lakukan demi untuk menyelamatkan diri dr musyrikin tapi pegangannya tetap kepada islam. Ammar bin Yasir lansung tidak berniat untuk menjual atau mempetaruhkan agamanya. Selang beberapa hari setelah kejadian itu turunlah ayat kepada Nabi, “Barang siapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (Dia mendapat kemurkaan Allah) kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap beriman (Dia tidak berdosa)” (QS An-nahl:106). Ummi juga mengisnpirasikan nama Muhammad untukmu. Apa lagi yang Ummi mahukan hanyalah, anak-anak lelaki ummi mencontohi mereka yang Allah janjikan syurga ini. Ummi sentiasa iringkan doa untuk anak-anak ummi agar menemui jalan hidup yang terbaik dan diredhai. Amin. Pasti nanti Ummi akan bukukan kisah2 Saidina Umar dan Ammar Bin Yasir untuk dijadikan inspirasi buat kalian.

Ummi sayang anak-anak Ummi!!!!

No comments:

Post a Comment