Monday

Muhammad Ammar sudah kuat!!!!

Pejam celik pejam celik Muhammad Ammar dah masuk 7 bulan. Sekejap saja masa berlalu. Perkembangan Muhammad Ammar alhamdulillah normal dan baik. Cuma kadangkala demam saja yang datang menjengah dan masalah selsema batuk yang sukar hilang.
Jika dulu Ahmad Umar pada usia 6 bulan sudah tumbuh gigi pertama tapi Muhammad Ammar belum lagi. Yang mengejutkan Muhammad Ammar sudah kuat untuk memapah dan memanjat. Habis kerusi dipaut dan berdiri dengan badan yang terhoyong hayang. Sedangkan Ammar belum duduk, malah merangkak juga belum. Tak boleh lepa dan leka sebab aktiviti baru muhammad ammar agak berbahaya sebab dia belum mampu nak tampung badan bila berdiri tapi ada hati nak memanjat dan membuat aksi2 lasak. Sudah dua kali terjatuh..tapi mujurlah ada toto atau bantal. Risau juga dagu tersangkut ke meja. haih.
 Seronok melihat ammar semakin aktif, tapi risau dan kadang2 tak tertengok keaktifannya. Kalau ikut buku perkembangan bayi, pada waktu ni baru nak belajar duduk. Harap-harap dalam masa terdekat Ammar boleh mengimbang badannya. Tumbesaran anak-anak sangat pantas. Kadang-kadang kita sendiri tak sempat mengikut rentak mereka. Alih-alih dek kesibukkan dan keperluan kerja tiba-tiba saja kita sedar anak kita sudah besar. dah masuk universiti dan tengok-tengok dah nak kahwin pula. huh. Cabaran masa di zaman material ini sungguh menekan. Semoga kita semua diberi allah kelapangan dalam apa jua urusan. lebih lebih lagi kelapangan untuk istirehat dan bersama keluarga. Lebih lebih lagi masa kepada Yang punya Alam ini.

No comments:

Post a Comment