Monday

Tak rasa ke? Nak makan pun takut.

Sejak hal-hal halal dan tak halal semakin didedahkan, semakin takut dirasakan untuk membeli makanan diluar. Tambah-tambah yang ditin, ataupun fast food. Sudah hampir setahun kami sekeluarga tidak menjejakkan kaki ke McD, KFC dll. Mulanya asal niat memang nak berjimat. Kemudian kembali memboikot especially McD atas kempen dan gesaan Wardina di facebook dan lama kelamaan rasa teringin nak ke Fast Food terus hilang. Sejak Golden Churn disahkan TIDAK HALAL dengan penemuan DNA Babi didalamnya semakinlah saya terasa, siapa yang tak pernah terkena zat zat babi. Golden Churn tidak halal. Ya kita sebagai pengguna boleh berhenti dari membelinya. Tapi bagaimana dengan rantaian penggunaan Golden Churn ini? Kedai kek mana masih guna? Kilang roti mana masih guna? Mati langkah saya untuk beli kek disebarang kedai. Mati selera juga nak memilih mana merjerin/mentega yang benar-benar halal. 

Apapun syabas buat TPM, JAKIM, IPTA dan mereka yang mempunyai peralatan yang boleh mengesan DNA Babi ini, berbanding kaedah lama yang hanya menyemak bahan2 di kilang melalui visual sahaja. Dengan adanya peralatan yang boleh mengasingkan DNA Babi mungkin akan mencetuskan satu suasana baru dalam kita memilih dan menentukan produk halal. Usaha ini harus ditingkatkan terus menerus agar lebih banyak produk dapat disahkan halal dengan yakin. 

Tapi dunia sekarang yang semakin maju ini tidaklah begitu menyenangkan kita. Peniaga kadangkala semakin rakus menjual dan mencipta produk makanan tanpa memikirkan hal-hal keselamatan dan kesihatan pengguna. Janji dapat jual barang. Janji barang tahan lama. Saya sendiri bila hendak memebeli ikan pun takut-takut. tambah di Parit Raja yang bukan tepi laut ni. Kerisauan itu pernah saya catitkan disini. Ikan pun diawet. Timun pun ada e-coli. Sayur-sayur penuh dengan pestisid. Air minuman yang dibotolkan dan makanan yang ditinkan terdedah dengan risiko bahan karsinogen, ubat-ubatan yang melegakan penyakit tapi mendatang risiko penyakit lain pula jika diambil berlebihan. Tidakkah kita risau?? Sungguh ini bukan omongan kosong. Saya pasti ramai antara kita sedar produk2 yang kita guna ada bahayanya tapi kita terpaksa guna tau kita masih mahu guna. 

Cakap pula pasal susu tepung anak bermacam kerisauan yang menjengah fikiran. Bukan setakat peningkatan dan penambahbaikkan kononnya banyak vitamin atau lebihan DHA itu bagus, tapi pernah tak kita menyedari dalam dunia ni berapa juta orang minum susu. Malah penghasilan susu perlu banyak untuk menampung keperluan manusia. Hinggakan tanpa kita sedari binatang ini DITERNAK TANPA MENGAMBIL KIRA FITRAH haiwan berkenaan. Lembu dikurung hanya untuk menghasilkan susu. Lembu pun nak ambil angin segar. nak enjoy-enjoy, nak jugak hilangkan stress. Kadang-kadang mereka dibiarkan berkerja untuk menghasilkan susu sampai ada lembu-lembu yang gila (Dari Kuliah Ustaz Kazim). Sekarang sudah hampir 6 bulan kami bertukar kepada Biomil.

Ada orang kata kenapa kita bising pasal babi, halal haram, sedangkan zina kita tak peduli. Sedar tak Zina tu berhasil dari sumber makanan yang tidak halal la. Kenapa banyak perkara maksiat dan manusia jadi tak tentu hala. Semuanya bermula dari apa yang kita makan. Ustaz Kazim kata kenapa telah ada unsur-unsur kebabian dalam diri kita walaupun kita tak makan babi. Ini sebab kita terambil dari produk produk makanan yang bukan muslim hasilkan dimana mereka tidak faham apa itu halal secara total. 

Begitulah juga anak-anak kita yang cepat stress dan tidak kuat semangatnya. Dikhuatiri mereka terkesan dengan susu yang dihasilkan. Seorang ibu gila tidak bpleh menyusu anaknya dikhuatiri anaknya terkena penyakit gila itu. Begitulah kalau kita terkena dengan produk susu yang mana susunya dihasilkan dengan banyak tanpa mengira fitrah haiwan tersebut. 

Banyak benda makanan yang mengudang persoalan??? Sampaikan saya dirumah hanya makan apa yang dimasak dengan tangan sendiri. Malah berusaha sedaya mungkin membeli produk2 yang terjamin halal. Tapi sejauh mana tidak terjebak saya tidak pasti dan sedih memikirkannya. Bukan sahaja takut tentang halal tapi selamat atau tidak. Ustaz Kazim seendiri mengakui zaman kini, nak makan pun takut...Menjadi fardhu kifayah untuk umat islam bangun menghasilkan produk sendiri. Malah umat islam kena berhati hati dan tingkatkan usaha agar kita dijauhkan dengan sumber makanan yang tidak halal, tidak suci dan berbahaya kepada kesihatan. 



3 comments:

  1. memang betul la zakiah..akak pun sebenarnya agak takut jugak..tak berani sebenarnya nak cakap lebih-lebih soal halal haram..apatah lagi soal rantaian makanan ni. memang merisaukan.akak cuba buat yang terbaik takmo risau dan rasa waswas..pada akak JAKIM kena bertindak lebih aktif..macam kawan akak kata, nak senang, bela ayam, ikan sendiri, tanam sayur sendiri..huhu..

    ReplyDelete
  2. betul kiah. Huhuhu memang menakutkan kalau nak beli barang kat kedai sekarang ni. Biskut ke roti ke....hmm, memang perlu lebih berhati2. Harap banyak lagi produk yang tidak 'bersih' ini diwar-warkan kepada umat Islam di Malaysia khususnya. Huhuhu, aku tunggu balik kampung la, baru boleh makan ayam kampung belaan mak mertua. Hihi...sayur-sayur pun banyak ditanam. Ni yang nak minta pindah duduk di kawasan kampung.

    ReplyDelete
  3. huhu..raya ni byk la makanan yg tak bleh makan..huhu...tart nanas antara biskut raya favourite..tp takut org buat ngan golden churn butter..huhu..biasa put sanggup beli tart nanas yg paling mahal..yg gebu gitu..tahun ni, tak beli dah la..tahun ni tema kerepek2 jelah..hahaha..

    ReplyDelete