Thursday

Setiap Susah ada Penyelesaiannya

Alhamdulillah. Teringat kata seorang sahabat FB Ct YuHanis Zakaria

"Setiap kali dilanda badai.. Allah sentiase hulurkan bantuan... sedarkah kita??" 

Terima kasih kepada semua orang yang menghulurkan bantuan dan kata-kata semangat. Bila kereta yang satu satunya menjadi nadi pergerakan yang mudah & cepat terpaksa masuk bengkel, pergerakkan agak terbatas. Namun alhamdulillah, ramai yang telah menghulurkan bantuan. Dua tiga hari sebelum ni abang menumpang Cik eirza. Bila cik eirza tak konfom, suami tak kisah untuk naik bas, tapi alhamdulillah ramai yang sudi menolong. CIk radzi, kak jie, dan kak leha dan semuanya lah. Pagi tadi kak zaleha tawarkan kereta dia untuk dipinjam. Mula-mula segan juga. Tak berani pun ada, sebab kereta orang. Tapi memikirkan nak hantar anak ke taska dan mudah untuk ke pejabat, kami terima perlawaan dengan rasa yang amat syukur.

Pada waktu ini dengan perasaan di hati yang pelbagai ini, saya sangat rasa terharu. Apapun Alhamdulillah semuanya baik dan Allah hadiahkan ramai orang yang sudi membantu dan memberi dorongan. Terima kasih semua. Hanya Allah yang bisa membalas semuanya. Semoga semua yang pernah membantu saya ketika dahulu, mahupun hari ini di beri Allah kebaikkan dan kebahagian.

Saat ini, allah beri banyak peluang untuk merubah hidup. Apa yang datang atau apa yang pergi semuanya adalah kebaikkan. Insyaallah semua ini akan dihargai dan di guna dengan sebaiknya.

Teringat kata-kata Ustaz Kazim. Dalam hidup ni, apa saja masalah Allah akan beri penyelesaian. Cuma sikap sajalah yang menentukan. Teringat pula kata-kata Ustazah Noor Bahyah yang dikasihi.
"Siapa Buat, Dia Dapat".Insyaallah tiap apa yang berlaku Allah sedang berbicara kepadaku.


3 comments:

  1. betul zakiah..i'allah segalanya dipermudahkan Tuhan..Beruntung dikurniakan jiran-jiran yang memahami lagi baik hati..

    ReplyDelete
  2. sedihnye bila member susah, aku cuma bleh dengar jer tapi tak leh membantu....

    ReplyDelete
  3. takpala kak long.. Allah pun dah pilih sapa2 yang akan membantu dan beri pahala.. ang ingat kami dah besar rahmat :) dont worry..semua baik saja!!

    ReplyDelete