Monday

Boleh Bela ke Burung Walit??


"KAHANG, KLUANG - Sebuah premis perniagaan makanan di sini, dikenakan kompaun sebanyak RM500 oleh Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) kerana pemiliknya menjalankan aktiviti industri burung walit di bahagian atas kedai berkenaan.

Kompaun berkenaan dikenakan kerana lokasi aktiviti industri burung walit yang dijalankan tidak bersesuaian.

Yang Dipertua MPK, Ahmad Ma’in berkata, tiada siapa boleh larang untuk menjalankan aktiviti industri burung walit, tetapi lokasinya perlu bersesuaian dan dalam kes ini aspek kebersihan amat ditekankan.

“Masyarakat sekeliling juga membuat aduan berhubung aktiviti yang dijalankan selain ia turut memberikan tekanan kepada pemilik kedai lain.

“Premis makanan berkenaan juga berhampiran dengan hotel dan ini menyebabkan pemiliknya tidak berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan kerana bunyi bising perakam suara burung walit mengganggu kawasan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, kompaun yang dikenakan ke atas premis berkenaan adalah kerana pemiliknya menyalahi Akta di bawah Seksyen 70(1) Ubahsuai Bangunan Tanpa Kebenaran dan Akta 133 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang boleh dikenakan kompaun sehingga RM500."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dah lama tak puas hati pasal burung walit dibela dikawasan pekan/bandar/ premis-premis perniagaan dan kawasan tumpuan orang ramai.

GELI memikirkan tahi-tahi burung, hama burung, selsema burung, bunyi bising yang sebenarnya membawa ketidakselesaan kepada banyak orang

Mungkin lepas ni boleh panjangkan aduan ke pihak berwajib. Tapi kompaun sikit sangat. RM 500, pejam mata je tauke burung tu bayar nanti. Sebab dia mesti banyak duit.

Bela burung walit kat bandar/ kawasan tumpuan bukan saja boleh datang penyakit tapi bakal memberi imej buruk kepada pelancong dengan kawasan yang kotor dan berbau.

Tak patut sebenarnya kan bela burung walit tak kena pada tempat dia????

No comments:

Post a Comment