Wednesday

Dengan Pandangan Apa?

Bagaimana aku memandang??

Bila ada kesusahan dihadapan mataku?
Bila tiba teguran ke telingaku?
Bila ada kesenangan pada hidupku?
Bila ada kejayaan pada orang lain di hadapanku?
Bila ada alasan yang diberi kepada aku?
Bila anak-anak kecilku merengek tak henti-henti?
Bila suamiku tersilap sesuatu?
Bila sampai satu khabar orang lain kepadaku?

Adakah aku memandang dengan sifat mahmudah atau hatiku penuh dengan mazmumah yang membunuh mahmudah dalam jiwa sendiri?

Bila ada kesusahan tiba, adakah aku terus membebal dan menggerutu dalam hati terlebih dulu dari beristigfar dan memohon pertunjuk Allah.

Bila ada teguran datang, adakah aku akan terus menjeling dan terus bercakap "nak tunjuk pandai!! kau siapa nak tegur aku, kau pun teruk" dari melihat kata-katanya baik untukku?

Bila senang datang pula, adakah aku terus suka tanpa sujud dan menambah ibadah sebagai tanda syukur?

Bila ada kejayaan pada orang lain dihadapanku, adakah hatiku membusuk dengan dengki atau aku akan memuji kejayaannya yang dianugerahkan oleh Allah yang maha suci?

Bila ada orang memberi alasan pula adakah aku akan terus menolaknya dan mengabaikan segala kesusahan yang mungkin baginya. Adakah hati aku akan menimbangnya dengan penuh prasangka jahat?

Bila anak-anak kecilku merengek-rengek bersilih ganti bagaikan kembar adakah aku terus tidak sabar dan memarahi mereka dari terus bersemangat bahawa Allah ingin anugerahkan aku pahala?

Bila suamiku terkhilaf adakah aku terus menjatuhkan maruahnya dan mengabaikannya atau aku menilik-nilik semula ciri ciri isteri yang solehah?

Bila sampai satu khabar pula adakah aku menerimanya bulat-bulat atau aku terus membuat propaganda dengan satu hal yang aku sendiri tidak pasti sahih dari aku berdiam atau mendapatkan apakah hal yang sebenar?

Tak kira apapun keadaaan?
Apakah tindakku?
Apakah tindakkan kamu, dia, mereka dan semua?
Adakah mahmudah atau mazmumah?
Manakah satu yang merantai hatimu?
Kesetanan atau malaikat?
Yang mana satu hatiku Ya Allah??

No comments:

Post a Comment