Tuesday

Nilai Cinta dan Sebuah Kereta (Suami Kemalangan)

Selalunya abang akan balik terus ke rumah. Tapi semalam dia menumpangkan seorang kawan ke Aliran untuk ambil kereta. Kebetulan pula terjadi kemalangan kecil. Kemalangan dengan pelajar UTHM yang menunggang motosikal. Berderau darah juga bila abang kata dia kemalangan. Tapi alhamdulillah abang ok dan pelajar UTHM tu pun ok.

Abang minta maaf beberapa kali. Tapi dalam hati saya memang tidak ada sedikit pun rasa terkilan kereta rosak. Yang penting suami selamat. Alhamdulillah.

Apa nilai marah atau rasa susah hati dengan nilai hubungan kasih sayang ini?
Apa nilai hati abang jika saya sambut dia pulang dengan muka masam hanya kerana sebab kereta rosak?
Apa nilai hati abang jika saya terus sambut dengan persoalan yang akan terus membuatkan dia kusut?

Bila abang sampai ke rumah dengan kawan yang menumpang abang tadi. Saya hanya sambut abang dengan senyum. Saya tahu abang tengah susah hati dan kusut dengan gerak gerinya yang sedikit kalut. Kesian dia. Saya sedaya upaya tak tunjukkan apa-apa reaksi kecuali senyum dan senyum. Saya biarkan dia mulakan bicara dahulu walaupun saya sangat-sangat ingin tahu apa yang berlaku.

Abang cerita kerisauan dia. Tapi alhamdulillah semuanya ada jalan penyelesaian. Semalam lepas magrib, adik-adik yang berlanggar tu datang rumah. Alhamdulillah semuanya settele. Abang tak risau lagi "bab" tu.

Petang tu abang memang tak ke opis. dia minta 4 jam terus. Duduk rumah berdua tengok cerita Morning glory. Very inspirational tapi takleh lawan Under the Tuscan Sun. :)


Petang pukul lima kami berjalan kaki pi taska anak manja untuk ambil anak-anak. Bawak dua stroller. Alhamdulillah boleh senaman jugak. :)

Apapun sebenarnya masalah dan ujian yang datang dari kiri dan kanan, atas atau bawah, depan atau belakang sebenarnya Allah bukan nak bagi kita susah dan berantakan. Allah berbicara kepada kita tentang sesuatu. Allah ingin kita belajar sesuatu. Allah ingin kita buat sesuatu. Seumpama hari abang kemalangan ni, adakah saya akan terus marah suami dan terus rasa susah hati dengan kereta yang hanya rosak sedikit atau terus menenangkan abang dengan senyuman dan kata-kata yang manis. 
Terima kasih ya Allah kerana menitipkan sabar dan fikiran. Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Hanya tunggu kereta saja siap dibaiki.

4 comments:

  1. ohh, rupanya suami zakiah yang accident dengan fatah..fatah staf fkmp semalam yang tumpang keta suami zakiah nak pegi aliran..balik ofis fatah kata dia rasa bersalah sangat dengan staf pejabat kualiti tu..(akak tak tau pun suami zakiah sampai la baca entry ni)..yang penting suami ok kan..

    ReplyDelete
  2. suami zakiah la tuh..hihi..nanti akak tolong bgtau fatah tu eh, suami zakiah kata benda dah nak jadi...kalau nak eksiden depan simpang masuk umah pun leh jadi. kitaorang takda hal. Sungguh ni :) tak de pape. alhamdulillah. yang penting semua selamat.. risau gak belanggar ngan student UTHM. dahla nak dekat2 final dah ni. nasib baikla luka2 kecil.

    ReplyDelete
  3. patut lah zakiah macam pernah jumpah encik fatah tu..mesti zakiah selalu terserempak dia di FKMP..dalam hati kata "macam pernah jumpa tapi di mana ya" :)

    ReplyDelete
  4. Yela Zakiah...masa aku langgar tiang rumah 2 bulan lepas. Ingatkan husband nak marah. Dah takut dah ni. Husband kata, alhamdulillah awak takda apa2..kereta boleh dibaiki. Huhuhu...aku yg menangis. Hahahaha....|sambil sengih2 husband cakap...sebagai denda aku kena ganti pintu kete dia yg aku kemekkan tu......| hehehe....

    ReplyDelete