Tuesday

Elak Plagiat : Perkemaskan Citation dan Bibliography

Jumaat yang lepas ketika berjumpa dengan supervisor saya, Dr Yusri, beliau memesan kepada saya untuk tidak mengambil enteng hal plagiat dan perkemaskan "citation" dan "bibliography" di dalam "thesis". Kebetulan pula masa saya hantar progress report citation dan bibliography adalah amat tidak kemas dan buruk susunannya. Format juga masih belum disusun dan di format menggunakan Endnote. Tapi bagus juga dr mengingatkan saya. Saya membuka semula bacaan saya tentang "How to Avoid Plagiarism: The scourge of the acedeme" Bacaannya hanya 15 muka dan inilah panduan saya sejak menjadi RA dahulu. Kelemahan saya, kadang-kadang sudah diingatkan oleh dr yus tapi saya terlupa kerana tak ambil berat. Ada lagi 2 bulan ini saya harus memperkemaskan citation dan bibliography di dalam thesis ini.

Bagaimana Plagiat Berlaku?
 
 Ia berlaku apabila:
  1. Kita menulis semua idea orang lain dan mendakwa ia adalah hasil kerja kita. 
  2. Ia juga dilakukan apabila cara citing tidak betul. 
  3.  Kita gagal menyatakan sumber penulisan/idea. 
  4. Gagal mempersembahkan maksud sebenar sumber asli apabila menulis semula.
  5. Gagal menggunakan simbol quotation ("") pada sumber yang ditulis bulat-bulat dari sumber rujukan.
  6. Menyalahgunakan teknik penulisan dan struktur yang hampir sama dengan sumber rujukan asli.
Plagiat adalah salah kerana ia dalah mencuri dan menipu. Dalam dunia akademik ia adalah satu bentuk ketidakjujuran dalam akademik. Ia melemahkan integriti akademik dan menggagalkan tujuan utama dalam bidang akademik dalam mengejar ilmu dan kebenaran.

Jenis-Jenis Plagiarsm

  1. "The ghost writer": Penulis mengutip dan menulis idea orang lain bulat bulat dan mendakwa ia adalah hasil kerjanya.
  2. "The photocopy": Penulis menyalin sebahagian isi isi utama ayat demi ayat dan mendakwa ia tulisannya.
  3. "The Poor Disguise": penulis mengekalkan isi kunci dari sumber rujukan tetapi menukar gambaran rujukan dengan menukar kata kunci dan prasa.
  4. "The Potluck paper": Penulis mengutip dari banyak sumber rujukan dan mengabungkan isi-isi yang dikutip dalam satu penulisan yang ayat-ayat dan struktur penulisan adalah banyak persamaan dengan sumber rujukan.
  5. "The Labor of Laziness" penulis mengambil masa dan usaha untuk menulis semula kebanyakkan bahagian paper dimana isi didapati dari sumber yang lain dan mengabungkan isi-isi dalam penulisannya.
  6. "The self-Stealer" Penulis meminjam idea dari hasil kerjanya yang lama tanpa menulis "citation". Ini juga bukan penulisan yang asli.

"cited" tapi masih dikira plagiarism

  1. "The Forgotten Footnote": Penulis menyatakan nama penulisa bagi rujukan tapi gagal menulis sumber rujukan.
  2. "The "Misinformer": Penulis menyampaikan maklumat yang tidak tepat mengenai sumber rujukan.
  3. "The Too-Perfect Paraphrase": Penulis meletakkan citation terhadap teks yang ditulis tetapi gagal meletakkan ayat yang diambil bulat bulat dari rujukan dengan tanda quotation.
  4. "The resourceful citer": Penulis telah melakukan citation dengan betul tapi malangnya paper yang durujuk pula penuh dengan plagiarisme.
  5. "The perfect crime": Penulis menulis citatiom bagi semua sumber rujukan tetapi penulis menyali penghujahan dari sumber lain tapi tidak dilektakkan citation pula.
Teknik mengelak plagiarism

Paraphrasing
ia adalah penyusunan semula maklumat dan idea dengan cara sendiri. Namun kena pastikan isi utama tidak disalah tafsir dan tulis. Sumber maklumat didapati pula perlu di "cited". Menukar sesetangah ayat tidak dikira parafrasa. dalam hal ini ayat dan perkataan yang digunakan harus berlainan dari ayat dari sumber rujukan asal. parafrasa perlu dilakukan dengan betul sebagai satu cara untuk elak plagiat.

Quoting
Apabila ingin menyalin ayat , perkataan demi perkataan yang sama, kita perlu letak tanda "". Ia hendaklah tidak terlalu panjang dan ia digunakan untuk menguatkan idea yang ditulis.

Summarizing
ia adalah satu ulasan terhadap teks. Apabila membuat summarizing ada idea asal tapi ia di terangkan dengan menggunkan ayat penulis sendiri. maklumat yang tidak penting diabaikan menjadikan isi teks lebih padat. Namun ia perlu disertakan dengan citation terhadap sumber asal.

Referencing
Perlu sertakan rujukan bagi setiap citation.

Mudah-mudahan mendapat manfaat. Maaf tulisan ini ada BI dan BM. Ada ayat yang rasa tidak kena bila di translate ke BM. Maklumlah kurang ilmu lagi..:) Namun harap berguna. Cadangan dan komen amatlah dialu alukan.

Rujukan: How to Avoid Plagiarsm: The Scourging of the Academe, A guide from www.kgsupport.com

2 comments: