Saya pernah menulis perihal kepuk dan nisan yang mana ia adalah respon terhadap cerita Kepuk & Nisan lakunan Saiful Apek. Boleh baca Disini. Dalam menulis memang setiap entry akan mendapat respon yang positif dan negative samada di blog atau di FB. Namun saya tidaklah menolak pandangan yg tidak selari dengan tulisan saya kerana mungkin pendapatnya betul. Atau saya tidak akan panjangkan komen untuk menegaskan pendapat saya kerana saya percaya ia akan membawa lebih keburukkan dari kebaikkan. Mula-mula terkejut juga mendapat komen dari seorang pembuat kepuk. Dari entry saya itu dia berasa saya mengondem pembuat kepuk. Saya mengaku saya silap kerana terambil foto2 dari webnya dan ia lebih menjadikan kerjayanya diserang.
Saya tak pernah berniat untuk menyerang mana2 pembuat kepuk cuma respon saya supaya kita mengambil iktibar dari cerita kepuk dan nisan itu dimana janganlah perniagaan itu dijadikan paksaan dan bisnes yang menguntungkan diamana mengambil kesempatan dalam urusan agama. Komen-komen En R tersebut telah saya delete apabila saya mendapat komen dari Anon dengan komennya "padan muka lancang sangat". Bukan apa, saya memang tidak bersetuju dengan pendapat En R tentang pandangannya terhadap binaan kepuk namun saya menghormati beliau kerana beliau sahaja yang tahu bagaimana perniagaan yang beliau jalankan. Pandangan beliau terhadap binaan kepuk yang dia mengatakan hadis-hadis yang saya letak adalah hadis lemah dan tidak salah membina kepuk yang berharga ribuan kerana ia adalah tanda sayang dari ahli keluarga.
Tak mengapa saya hormat pandangan En R walaupun ada komen pedas terhadap saya dan saya tak sangka pulak yang komen2 pedas itu menjadi kegembiraan bagi si ANON. Saya tetap menegaskan entry saya tulis adalah betul kerana setakat ini 2 orang ustaz mengatakan tak baik dan tak perlu membina kepuk yang melambangkan mewah dan kemegahan. Mereka ialah Ustaz Kazim Elias di Webnya dan Ustaz Abdul Hadi Bakri di Tanyalah Ustaz TV9 dalam topik Membazir. Apa yang saya tulis ada disebut oleh mereka. Lihat link ini Membazir.
Saya tidak mengondem mengenai kepuk tradional yang boleh pasang siap tapi yang menjadi perhatian saya ialah kepuk yang dibina sehingga menampakkan mewah dan gah. Banyak hal yang mak saya pesan mengenai binaan ni. Selain dari membuat binaan tu menyerupai agama lain kita tak boleh buat binaan kubur sampai kubur kita berlainan dari orang dan menunjukkan status. Biasalah bila orang tua mengajar kita akan ikut dan ia diulang-ulang sampai lekat dalam kepala dan bila ada hujah dari ustaz/ustazah ia tak lekat sangat tapi ia menguatkan ajaran mak dimana dengan hujah mereka kata-kata mak adalah betul.
Semalam setelah solat subuh saya terpandang buku yang sudah lama tidak dibuka. Buku tersebut adalah Bimbingan Pengurusan Mayat. Saya teringat ada perihal tentang kubur dalam buku tersebut. Buku itu adalah tulisan Akmal Haji Md Zain. Buku tersebut lengkap dari urusan sebaik sahaja jenazah nazak hinggallah urusan ziarah kubur. Ia memang lengkap.
Dalam bab Hukum Yang Berkaitan Dengan Kubur, penulis menyenaraikan semua hadis yang membuat binaan dikubur. Saya petik dari buku tersebut beberapa hadis dan pendapat ulama.
Ulama bersepakat riwayat dari Imam Muslim dan Imam Bukhari adalah sahih. Jadi Dari Imam
muslim dan lain lainnya berkata:
muslim dan lain lainnya berkata:
" Kami berada didaerah Rhodus, Rum bersama Fadhalah bin 'Ubaid. Kebetulan seorang sahabat kami meninggal dunia, maka Fadhalah bin 'Ubaid menyuruh meratakan kuburnya, lanats beliau berkata: Saya dengar Rasulullah s.a.w. menyuruh meratakannya."
Dalam riwayat lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Hiyaj Al As'adi bahawa Ali bin Abu Thalib mengatakan kepadanya
" Mahukan engkau saya beri tugas sebagaimana saya juga diberi tugas oleh Rasulullah s.a.w ? iaitu setiap kali engkau melihat patung hendaklah engkau tumbangkan dan setiap kali engkau menjumpai kubur yang ditinggikan hendaklah engkau ratakan."
Dalam menganggapi hadis dari Abu Hiyaj imam al turmudzi berkata:
" Hal ini menjadi amalan dikalangan sebahagian ulamak. Mereka tidak menyukai perbuatan meninggikan kubur dari permukaan tanah, kecuali sekadar untuk menjadika tanda bahawa itu adlah kubur agar ia tidak dipijak atau diduduki"
Dan imam syafii pula mengatakan;
" Saya ingin agar untuk menimbuni kubur itu tidak diambilkan tambahan dari tanah yang lain, memadailah apabila ia hanya ditinggikan sekadar sejengkal saja dari permukaan tanah. Saya juga ingin kubur itu tidak ditembok kerana itu merupakan hiasan dan bermegah-megah, suatu hal yang tidak layak menghadapi kematian. Dan saya lihat makam-makam para mujahidin ada ansar tidak ditembok dan saya saksikan pula beberpa orang petugas kawasan merubuhkan kuburan-kuburan yang ditinggikan dan tidak seorang pun diantara fuqahak yang mengezam perbuatan (merubuh kuburan) itu"
Cukuplah dengan ini, dan saya tegaskan disini, saya tidak menyuruh sesiapa nak ikut apa yang saya tulis. Hidayah dan pencerahan itu adalah dari Allah. Jika dikatakan hadis-hadis lemah ia bukanlah palsu dan tidak sah untuk dipakai. Dan takkanlah kita nak cakap juga buku penulis adalah salah???? Saya kira semua perawi adalah perawi yang boleh dikatakan terkenal. Terpulanglah kepada masing dengan urusan agama masing-masing. Masing-masing lebih tahu apa dibenak hati. Cuma dalam islam ada garis panduan supaya kita tidak melampau batasan.
Kesimpulannya begini untuk diri ini saya menjadikan ia panduan dalam agama ini. Supaya urusan ini tidak melampaui batas. Jika saya masih mengatakan membina kepuk/binaan kubur sehingga puluhan ribu dan bermegah itu:
- Ditegah dan bukan sunnah Rasulullah
- Bukan layak bagi urusan kematian yang dunia akan ditinggalkan
- Bukan tanda sayang atas sebab no 2 dan lebih afdhal jika anak menyampaikan doa
- Pembaziran kerana untuk apa kubur bernilai puluhan ribu
- Bukan hak kita kerana kawasan kubur adalah wakaf dan bukan hak peribadi
Jika tidak suka jangan baca waima ikut penulisan di blog ini. Saya bukan menulis untuk orang sememamngnya adalah untuk diri saya. Jika ada orang yang rasa ia berfaedah. Alhamdulillah. Namun jika ada kesalahan saya alu alukan dengan teguran yang berhemah dan menggunakan ayat-ayat yang baik tanpa carut dan makian. Walaupun saya pernah dihentam di blog ini saya yakin saya tidak pernah menggunakan perkatan buruk untuk membalas atau membuka pekung individu sewenang-wenangnya . Namun Saya minta maaf pada ketajaman tulisan yang mungkin menyakiti namun saya bukan ingin mengondem tapi ajakan agama. Saya juga banyak dosa. dan banyak yang masih perlu diperbaiki.
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu,
bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu.
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,
kerana
aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya
seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan."
Hasan al-Basri
No comments:
Post a Comment