Wednesday

Kahwin Berhutang


Semasa berkahwin berusaha agar TIDAK berhutang, rancang dari awal menyimpan jumlah yang perlu. Jika semasa bernikah sudah memulakan tabiat berhutang, itu tanda pasangan lelaki berpotensi terjerumus ke dalam masalah kewangan yang lebih serius selepas berkahwin. Masalah kewangan adalah salah satu punca terbesar penceraian. Berhati-hatilah.
Zaharuddin.net 

Ini satu-satunya persalinan semasa hari perkahwinan kami.
Sebenarnya banyak orang pertikai pasal nak buat majlis kahwin ni pasangan berhutang untuk memenuhi tuntutan majlis. Ramai juga dikalangan orang agama yang mengatakan hutang kahwin boleh bawa kepada kehancuran rumah tangga. Boleh lihat link ni. Betul seperti yang dikatakan oleh UZAR dan alim ulama yang lain namun perkara ini perlu dilihat dengan skop yang lebih luas dan menekankan kenapa dan hutang yang macam mana perlu dielakkan.

Yang saya terkilan bila kenyataan - kenyataan dipersetujui oleh penyokong dan pengikut2 seolah-olah berhutang untuk berkahwin adalah punca utama keruntuhan dan ketidakberkatan dalam rumah tangga.

Saya memang terasa sebab saya dan suami adalah antara pasangan yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pinjaman peribadi bank islam. Saya tak nafikan kebenaran setiap kata-kata alim ulama tapi saya rasa dalam hal ni perlu lihat punca-punca masalah kenapa ramai pasangan berkahwin dengan hutang dan menekankan hutang untuk berkahwin dengan mewah dan untuk menunjuk-nunjuk adalah salah. Malah hutang yang ada unsur riba juga harus ditekankan agar dielak.

Untuk hidup berdua memang cukup dan mampu tapi untuk kenduri utara selatan, belanja itu ini semuanya, besar belanja. ibu bapa tak setuju kenduri serba ringkas sebab orang mengata. tapi kami pula perlu segera nikah.

Mulut orang satu hal, even saya bunting pelamin ada orang mengata anak saya tak sah taraf..GERAM!! Mak saya tak desak buat kenduri serba mewah tapi biarlah nampak ada majlis sebab yang nak tinggal dikampung tu mak..yang nak dengar tohmahan mak. Anak-anak lepas kahwin dok kat tempat lain. Walaupun buat loan kami kahwin tanpa baju songket atau pelamin. Lepas nikah baru faham maksud mak bila orang kampung menyebut perkahwinan yang serba ringkas tu. Mujur jugak buat loan, gamaknya kalau nikah yang lebih ringkas lagilah org mengata.

Perlu lihat skop ni secara luas. Saya dan suami tetap akan berusaha buat yang terbaik untuk perkahwinan. Alhamdulillah kami masih bahagia. 
 

Namun jika buat hutang untuk menunjuk2 dan kenduri besar2 memang kena elak. Perlu tahu kemampuan untuk langsaikan hutang dan kenapa kita berhutang.

Bab Mak ayah perempuan letak hantaran tinggi Ustaz Kazim pernah jawab "Hangpa yang nak buat kenduri..kami pulak nak kena tanggung" . Hantaran ni adat orang melayu. sepatutnya bila anak minta nak nikah mak ayah wajib segerakan dan urus nikah. Kalau pihak perempuan beri kata dua kita minta doa banyak2 pada Allah agar dipermudahkan. Kalau tak carilah bunga yang lebih wangi.

Dulu belanja nikah murah. Juadah kenduri pun tak kisah kalau lauk asam pedas atau kacang panjang goreng. Lebih sedap dulu2 masak asam pedas keladi buat kenduri. Sekarang ni mana standard. Tukang masak walau pun rewang kena bayar bukan macam dulu semuanya gotong royong..

Tambah pula dulu selalunya nikah orang dekat2..sekarang kalau utara selatan dah jadi masalah kewangan.

Kalau mak ayah boleh bantu kewangan Alhamdulillah tapi orang kita banyak yang lepas tangan harap duit hantaran lelaki. padahal adat kahwin melayu dah jadi cam agama lain semakin menyusahkan..

Melayu pula memang suka mengata. Fitnah jadi merata. Kahwin awal dikatanya bunting, kahwin lewat dikatakan tak laku, Kahwin ringkas dikatakan kena tangkap basah, Kahwin mewah dikata jual anak. Macam mana?? Pi majlis kahwin orang , afdalnya bila melihat pengantin disebut SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KALIAN. Ini tidak dikomen tak sedondon la, itu dan ini.

Sekarang kena buang benda karut marut dalam perkahwinan ni. Basuh minda supaya mudahkan urusan nikah walaupun walimatulurus dengan sebiji kuih. Kalau mampu lebih dari itu Alhamdulillah. Buatlah besar mana pun yang penting jangan membazir.

SELAMATKAN ANAK-ANAK KITA DENGAN NIKAH...Saya ada dua anak lelaki. Dari pengalaman saya, saya berdoa agar anak-anak mudah nikah dan dijauhi dari cabaran zina malah berjumpa bakal isteri dan mertua yang seiring permikiran dengan saya dan suami...Besar cabaran zaman sekarang...huh...

Saya kira urusan perkahwinan anak dan segerakan nikah itu adalah tanggungjawab mak ayah dengan hadis ini. Jadi tak wajar dengan hantaran tinggi dan kenduri melebihi kemampuan. Malah kena ubah sikap dok cakap yang bukan-bukan kepada majlis orang. Biarlah kalau dia taknak pakai baju songket. Kalau dia nak pakai baju kurung je pun ada berdosa??? Jadi kalau permikiran ini dapat dibasuh saya kira nikah akan lebih mudah dan takdelah orang nak berhutang sebab nak nikah.
Abul Laits As-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad SAW bersabda: "Hak anak yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa ada tiga iaitu: Memilihkan nama yang baik ketika lahir; Mengajari kitab Allah SWT 
 (Memberi didikan agama); Harus dikahwinkan jika telah dewasa."
 
Saya kira kalau tak dapat elakkan maksiat lebih baik berhutang dengan cara yang patut daripada bergelumang dosa. Sama juga simpan duit terpaksa tunggu lama dalam pada masa yang sama ada bahaya zina. Kalau hutang secara patut , bayar lepas kahwin. Yang penting tak jadi benda pelik. 
 
Air mata saya akan jatuh kalau saya dengar cerita pesangan yang sukar nikah sebab masalah kewangan nak buat majlis. Memang sebak sebab teringat payahnya masa saya dan suami nak nikah dulu.

Apapun layari rumahtangga dengan ilmu dan sabar..yang tu yang penting..Kalau semua benda nak hutang pun payah juga. Macam saya cakap di awal entry kenalah tahu kenapa dan kemampuan untuk bayar hutang. Rasululullah pun tak larang kita berhutang.
.Lihat link ni
 
 

3 comments:

  1. Assalamualaikum...
    he...bila dok sebut pasal majlis kawen ni, memang la weh. Aku pun kawen biasa2 je. Buat mana yang boleh. Hutang tu biasa la...ada la juga sikit2. Bak kata hang, nak tunggu sampai duit benar2 cukup memang makan masa. Asalkan kita tahu keberhutangan kita dan bayar. Jangan lepas kawen pun tambah hutang sana sini. Cukup la hutang kereta dan beli rumah kot kalau ada rezeki.

    Masa aku kawen gak, org dok canang aku punya hantaran RM17K wehh..haha ntah insan mana la yang baik hati menyebar2kannya.

    Bila ada org bercerita, masa tunang pun 8K habis...aku sengih ja la..8K tu lagi banyak kot dari modal kenduri kawen aku. hihihi...dok cakap gak tempah jurukamera 2K nak kawen....hihihi...seronok kan.. Alhamdulillah, rezeki masing2...

    Yang penting ikatan yang kita bina..hubungan yang terjalin. Moga dirahmati..diberkati..dan sama2 menikmati perjalanan susah dan senang hidup di dunia ini. Dan yang paling penting juga....KITA DAH LEPAS DAH KAN KAN KAN KAN...hihihihi!~

    ReplyDelete
  2. huhu..mulut orang kan..tau mengata dan kata sesedap hati depa je kan...

    hihi..betul betul..yang penting kita dah lepas..:)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete