Wednesday

Lindungilah Bidadarimu-Harmony


Mulanya buka folder movie dalam laptop sebab nak bukak kartun kat Umar. Abang yang organize folder movie tu. Ada cerita yang masih belum tonton. Sekali saya terpandang tajuk cerita "Harmony", jadi saya rasa mungkin sesuai untuk Umar tengok..Tapi bila tengok sekali lalu, cerita tu bukan untuk Umar, tapi untuk saya. Saya pulak yang tengok.

Harmony ni mengisahkan kehidupan di penjara wanita Korea dimana mereka menubuhkan kumpulan koir setelah seorang wanita mendapat idea ia adalah suatu aktiviti yang baik apabila dia mendapat inspirasi setelah mendengar kumpulan koir dari luar penjara menyanyi untuk mereka.  Pelbagai kisah dari setiap penghuni penjara dari kumpulan koir tersebut. Watak utama ialah seorang wanita yang terpaksa menanggung hukuman penjara selama 10 tahun kerana terbunuh suaminya yang selalu memukulnya. Semasa dipenjara dia melahirkan anak. Seperti di Malaysia, apabila banduan melahirkan, anak tersebut akan berada dibawah jagaan ibu di penjara selama beberapa tempoh dan kemudian diberi kepada keluarga/keluarga angkat/rumah perlindungan untuk dijaga. Dia menjaga anaknya dalam cel penjara dan dibantu oleh rakan banduan yang lain. Dalam pada masa itu mereka menerima seorang banduan wanita paling muda yang juga terbunuh bapa tirinya yang telah menderanya secara seksual selama beberapa tahun. Dan juga banduan tua dalam gambar sebelah yang dipenjara kerana membunuh suaminya yang curang dengan pembantu rumah yang telah dilayan dengan sangat baik. Part-part menyedihkan dalam cerita ni memang membuat hati saya seperti ditusuk duri seakan-akan jika saya ditempat banduan2 wanita itu dimana saat menyerahkan anaknya, saat merindui anaknya, saat ada diantara banduan wanita yang risau anak-anaknya tidak mengenali dirinya, saat anak-anak dan ibu bapa yang membuang jauh diri mereka,

Apa yang benar benar menarik perhatian saya dalam cerita ini adalah bagaimanalah perasaan seorang wanita yang menjadi banduan kerana tertipu atau menjadi mangsa kerakusan nafsu jahat lelaki. Teringat saya kisah yang pernah dibawa majalah 3 dimana kebanyakkan alasan adalah mereka menjadi mangsa. Namun saya tak nafikan ada wanita yang jahat tapi kisah2 dalam harmony ni benar-benar membuat diri saya menangis setelah lama saya tidak menangis ketika menonton drama. Saya fikir jika saya di tempat si ibu tadi..bagaimanalah saya harus menghadapinya. Saat itu saya sangat bersyukur saya masih bersama anak-anak dah saya amat bermohon pada Allah jadikanlah perjalanan bersama mereka adalah baik tak kira apa jua keadaannya.
Apabila melihat cerita ini, dengan kisah-kisah sedih, semangat dan mereka menjadi mangsa kerakusan lelaki saya amat berharap agar seorang lelaki jadilah lelaki yang paling baik dan melindungi bidadarimu. Bidadarimu itu ialah ibu, isteri, adik, dan anak perempuanmu. Janganlah ada lagi kisah-kisah anak perempuan dirogol bapa, isteri dilacur dan tidak kira apa jua kisah wanita terpaksa menjadi penjenayah kerana kejahatan dan kegagalan lelaki mendidik bidadarinya.

Wanita memang insan yang lemah dari segi tenaga. Tapi percayalah wanita boleh kuat dengan desakan emosinya. Dia boleh menjadi gagah dan bangkit dari kesedihan dengan emosi kasih sayang dan perasaan tanggungjawabnya atau dia boleh menjadi syaitan dengan kemarahan atau penderaan terhadapnya. 

Lelaki pula dijadikan Allah sebagai pelindung kepada wanita. Memang memalukan bila lelaki menggunakan kekuatanya untuk merogol anak, merogol wanita, memukul wanita dan anak dan lain-lain yang tidak layak untuk kekuatannya. 

Saya kira tak rugi menonton Harmony. Paling tidak kita dapat menyelami kisah-kisah penjara dan dari Harmony ini sangat memberi inspirasi dan lelaki, LINDUNGILAH BIDADARIMU....

No comments:

Post a Comment