Meh nak kongsi resepi kat sini..Yang resepi ni Insyaallah jadi.
Bahan-Bahan
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula pasir
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat manis
2 cwn tepung naik sendiri
3 biji telur
Cara-Cara
- Campur serbuk koko, gulu, susu cair, susu manis & minyak ke dalam periuk
- Kemudian kacau hingga larut di atas api. Tak semesti hingga didih. Cukup sampai larut
- Kemudian sejukkan campuran koko
- Telur pukul satu persatu. Pukul sehingga kembang
- Campur dengan campuran koko.
- Masukkan tepung dan gaul sedikit demi sedikit
- Kukus sehingga masak.
- Masa kukus tutup kek dengan aluminium foil atau kain.
Selamat Mencuba!!
resepi yg ringkas, boleh dicuba oleh beginner mcm sy :-)
ReplyDeletesaya pun beginer jugak..rasanya ni je kek yang paling jadik saya dok buat..yang lain tak berapa jadik pun..:) tambah2 takde oven...tak sabar nak beli oven..harap2 adalah rezeki pasni..:)
ReplyDelete