Monday

Elak Hujan: Baling Kain Basah Atas Bumbung

Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah pernah pesan dalam apa perkara yang kita nak buat dalam kehidupan seharian , tak payah pikir jauh-jauh..Guna logik akal dan tanya diri sendiri apa musabab dan relevan kita melakukan sesuatu perkara. 

Baru-baru ni saya menghadiri 1 majlis perkahwinan. Bila ada makan-makan memang seronok tapi saya rimas dengan adat-adat yang masih digunakan walaupun tidak relevan dan tiada sebab yang kukuh berdasarkan syariat islam. 

Saya tak mahu sentuh pasal adat bersanding, tepung tawar dan lain-lain. Cuma saya nak kita fikir pasal satu adat yang ada sesetengah orang tua-tua masih amalkan.

Kebetulan masa hari kenduri cuaca sedikit mendung. Maka timbul kerisauan pada pengantin dan beberapa orang yang risau hujan yang turun mungkin mencacatkan majlis. Jadi adalah seorang makcik berpesan pada pengantin supaya selepas mandi lempar kain basahan ke atas bumbung. Agaknya pengantin ni orang muda maka dia ambil tak endah saja. Kemudian awan semakin gelap dan makcik tu berpesan dan menggesa pengantin agar mandi dan lempar kain basahan ke atas bumbung. Lepas tu saya lihat pengantin pergi mandi tapi saya taktahulah kalau dia mandi dan lempar kain basahan ke atas bumbumg.

Silap saya, mulut saya ni terkunci rapat tak bagitau itu kepercayaan karut. Berdosakah saya kerana tidak menegur. Bukan mudah nak tegur orang kita yang penuh adat ni. Saya diam sebab saya kira cakap saya nanti boleh jadi gaduh.

Tapi tidakkah kita yang sudah lama hidup, bersolat siang malam meng'esa'kan Allah tidak boleh fikir?? Cuba renung ayat-ayat saya ni??

"Lekeh sangat ke Allah tu, dengan kita melempar kain basahan ke bumbung maka dapat elakkan hujan. Sedangkan Allah itu tidak bersandar kepada makhluk. Kita pula nak gula-gulakan Allah dengan kain basah?? Bukankah kita percaya Allah itu esa..Allah berkuasa ke atas apa yang dikehendakinya.Kalau dari segi saintifik pun apa kena mengena kain basah dengan awan hujan yang besar tu? "

Seperti Ustaz Abdul Hadi kata, takyah la dok pikir jauh-jauh..kadang-kadang lojik akal saja boleh memandu apa yang kita buat ni betul atau salah disisi agama....

Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul..JOM!!

3 comments:

  1. masa sesi wedding sy, masa tu nak akad nikah, hujan turun selebat-lebatnya, wpun majlis agak tertunda sbb hujan lebat, tp sy suka, sbb antara mustajab doa ialah semasa hujan, so sy pulun doa banyak2 semoga majlis berjalan lancar, alhamdulillah majlis berjln dgn lancar :-)

    ReplyDelete
  2. betul-betul..hujan tukan rahmat...Ustaz kazim kata kalau kita rasa kita tak perlu hujan, hujan ni Allah turunkan untuk semua makhluk kat bumi..bukan manusia saja..

    Betul betul..saya dan suami pun selalu berdoa ketika hujan..sebab ketika tu rahmat turun mencurah2...:)

    ReplyDelete
  3. tak pernah dengar pun baling kain basah atas bumbung..huhu

    ReplyDelete