Monday

Saya nak jadi Pengemas Rumah yang PRO!!

Hihi..macam kelakar kan tajuk ni. Tapi frankly speaking saya memang bukan seorang pengemas rumah yang bijak dan pro. Teringat satu topik sembang dengan kawan suatu masa dulu.

"macam mana eh kita nak mop lantai, dan jangan bagi tapak kaki melekat kat tempat yang kita mop." Lantas kawan saya pun menjawab 
"mop la dari ruang depan ke belakang, yang penting janganla pijak tempat yang dah di mop tu" 
"saya ketawa  dan berkata padanya saya tak terfikir pun, saya main mop je sesuka hati saya" 

Seriusly dengan dua anak yang hampir sebaya, banyak yang saya tidak sempat buat. Saya akan buat benda yang urgent dan penting sahaja. seperti memasak, membasuh. Yang lain2 dibuat ketika anak tidur. Tapi kadang-kadang saya tak terbuat sebab saya juga keletihan. Saya selalu terfikir kenapa orang lain boleh buat tetapi saya sering kepenatan dan tak berjaya melakukannya. Saya nak, tapi badan saya sangat penat. Bila malam, anak-anak bergilir-gilir terjaga. bila siang, saya dan suami pun tak menang tangan. Semalam bila weekend abang demam, saya betul betul kepenatan sehingga malam tadi saya tetiba stress apabila baru sekejap terlelap tiba-tiba Umar terjaga minta buatkan susu. Selalunya memang tugas abang setiap malam sebab saya dah susukan Ammar. Tapi sebab abang demam, kebanyyakan benda terpaksa dilakukan oleh saya. Hari ni abang masih tidak sihat. Tonsil membengkak dan demam urat. Rasa macam patah kaki sebelah. 

Bila teringat kawan saya datang menolong saya mengemas rumah sebab saya dah nak due bersalain, saya mengingat cara dia mengemas rumah ada turutan-turutannya. Malah dia ada pesan mula2 buat ini, kemudian buat itu, yang ni simpan kat sini yang itu simpan kat situ...Huhu teruk kan saya ni..Jadi saya teringat untuk search macam mana nak kemas ruang tamu dengan teratur..Jadi inilah hasil catatan dari carian2 tersebut:

Cara untuk mengemas ruang tamu:

  1. Mula dengan mengasingkan benda-benda yang boleh dibuang atau dikitar semula.
  2. Simpan barang yang bukan kepunyaan ruang tamu.
  3. Guna hos vakum untuk sedut debu di lampu, tv, meja, dan kipas. 
  4. Vakum sofa pulak.
  5. kemudian susun buku, perhiasan, cd di rak rak yang berkaitan
  6. Guna kain lembab untuk lap meja, tv dll
  7. Vakum atau sapu lantai
  8. Buka tingkap
  9. Cuci kotoran yang ada pada karpet..
TADAA!!! siaplah proses mengemas-ngemas!! pasni salin dan tampal kat peti ais..KUIKUI..Puan Nurul Zakiah, pasni nak kemas rumah sila ikut langkah ini step by step..


2 comments:

  1. hehehe...akak pulak memang suka mengemas..pantang bersepah..nak kemas memang kena ada cara zakiah..mudah2an lepas ni zakiah boleh jadi pengemas yang pro okeh..:)

    ReplyDelete
  2. bagus-bagus akak suka kemas. zakiah kalau dah penat memang ignore je..tambah2 bab kemas2 nih..tula, pasni kena buat sistem sikit jadi nak kemas rumah tak penat sangat..:)

    ReplyDelete