Thursday

Ammar di Hari Keluarga UTHM

Godek godek FB terjumpa gambar Muhammad Ammar masuk pertandingan wajahku wajahmu jua masa hari keluarga UTHM yang lepas. Hihi tak menang pun..tapi takpe, wat meriah majlis sebab saya pun tak faham pertandingan tu nak main macam mana. Depa kata judge wajah sama antara mak ayah dan anak. Tapi kan kami main masuk je..At least dapat gak sagu hati.

Tunggu lama gak masa hari keluarga hari tu. Cabutan bertuah gempak-gempak tahun ni berbanding tahun dulu-dulu. Takde dah hadiah jam loceng. Kali semuanya barang mahal. Ada IPAD, TV, mesin basuh, kamera dll. Semuanya branded dan 84 cabutan semuanya. DASYAT!! Kami tunggu la jugak. tapi tak rezeki cabutan pun. Takpala boleh happy happy dan jumpa ramai kawan.


Masa diminta buat aksi mak dan anak ni, Muhammad Ammar  mana nak duduk diam-diam. Takda aksi pun. hihi..Yang kelakarnya Ahmad Umar pun turut beraksi gak. Meriah..:)

 
 

2 comments:

  1. oh kena buat aksi2 ke? akak tak layak nak masuk ni..sapa yang menang eh?

    ReplyDelete
  2. tula, zakiah pun tak tau sapa menang. diorang tak umum pun. tambah semua dah berimpun tunggu cabutan..nak balik baru ambil hadiah saguhati tu..

    ReplyDelete