Saturday

Sabar

"Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya."
"Sabar itu sebahagaian daripada iman"

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

"Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar."

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

"Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran."
Dan kata-kata yang paling indah, memberi inspirasi dan menyentuh hati yang saya jumpa setakat ini ialah kata-kata arwah nafastari buat isteri yang dinamakan Mawar.

"SABAR ITU INDAH, MAWAR"

SABAR, SABAR, SABAR...bukan sesuatu yang mudah..ia perlukan latihan. Dalam hidup, saya boleh bersabar dengan kerenah anak-anak tapi kadangkala tak sabar dengan kerenah suami (saya cepat merajuk-rajuk). SABAR SABAR SABAR...

Pernah satu malam saya merajuk dengan suami. Inilah kelamahan saya iaitu cepat terasa hati.  Tapi kelebihan suami saya dia akan memujuk. Nanti keluarlah lawak-lawaknya yang tidak disangka-sangka. Tapi kadangkala ego sendiri saya tidak makan dipujuk.

Dan saya bukan orang yang kuat beleter. Saya selalu cakap dengan suami abanglah paling beruntung sebab kalau abang macam ni tentu abang sudah dileter seperti sipolanah terhadap suaminya sipolan. Tapi keburukkan saya ialah merajuk dengan DIAM...Walaupaun tiada kata pedas, diam dan tingkah saya dikala saya tidak sabar itulah memakan hati suami barangkali. 

Cakap pasal beleter saya bukan orangnya. Acapkali saya nak marah anak-anak dan suara mula naik, terasa separuh tenaga hilang. Bila cakap satu statement marah saya akan keluar ayat kemudiannya "Ummi penatlah nak cakap banyak2." dan kemudian berhenti bercakap. Sebab masa marah dan nak beleter tu rasa dah penat sangat" 

Kembali dengan cerita pada suatu malam itu, Saya sudah pun siap mentanak nasik, dan lauk. Kami sekeluarga keluar selepas magrib untuk membeli barang dan balik nanti baru makan. Terus saja balik saya ke dapur untuk goreng telur dadar dan hidang makanan. Suami menjengah saya dan dia cakap "Ingatkan balik boleh terus makan". Dan saya jawab "Sikit je lagi eh"

Kemudian saya cuma diam tapi betullah mak saya kata kalau saya marah, marah saya nampak dimuka. Saya faham maksud suami sebenarnya..Dia cuma cakap saja tapi hati jahat saya berbisik " Abang ni kenapalah cakap macamtu, ayang balik tadi terus masuk dapur" sedangkan saya faham yang abang cuma cakap je..

Kemudia abang perasan muka saya dah lain dengan DIAM..abang pun tanya,

"Abang baru perasan yang abang cakap tadi boleh jadi dua maksud, ayang faham macam mana?"
"Takpa-takpa Ayang faham"
"Tapi ayang macam lain je. ayang faham maksud pertama atau yang kedua"
"Ayang faham yang pertama tapi ayang je yang terasa"
"Jadi ayang faham yang kedualah, Sorrylah"
"Tak-tak ayang faham yang pertama, i know you"
"Alah, tapi ayang terasa tu, ayang faham yang kedualah..atau ada yang ketiga"
"Kalau ada yang ketiga itu adalah SYAITONNNN" seloroh saya kepada suami dan akhirnya saya ketawa dan "TERASA" tu terus reda..


Teringat tulisan Ustaz Hasrizal dalam kemunculannya kali pertama di ANIS tahun ini. Tulisannya Kerana Mereka Adalah Suami Isteri. Kadangkala kita tulis yang baik2 orang anggap kita menunjuk kitalah keluarga yang paling bagus tapi bila nak tulis masalah pula nanti cerita keburukkan pasangan. Itulah, Kerna mereka adalah suami isteri.

Saya dan suami lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Antara sabar dan tidak sabar rumahtangga ini penuh rencah pedas tapi rasa pedas itu buat kita crave for more to be sad, happy and laugh together. Bergaduh, bergaduh juga tapi acapkali memikirkan dia mungkin pergi dulu saya sudah rasa kepatahan sayap diri sendiri. Membaca blog mawar nafastari dan menyelami hatinya, saya selalu ingat saya harus menghargai the beautiful of the imperfection of my husband sebab jika dia hilang tiada masa yang dapat dikembalikan untuk memenuhi apa yang tidak sempat ditunai dan dilakukan..Tapi itulah SABAR SABAR SABAR yang memerlukan LATIHAN....

2 comments:

  1. assalam ini ke rulza dan suami.
    kalau ni rulza.... tengok wajah pun tahu yang rulza ni lembut hati dan penyabar.... untung la suami rulza dapat isteri yang lembut dan suka bebel2 nih. semoga bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  2. salam rulza. Suka pula baca coretan rulza yang ni.

    saya pun selalu cepat terasa dgn suami, samalah, suami maksud lain, kita kadang ambil kefahaman yang lain. Walau tahu maksud dia bukan yang satu lagi, tp hati tetap terasa dan diam je...

    hampir sama tau situasi bila saya marah dgn rulza...hihi.

    Dan suami juga mmg pelawok, selalu buat saya ketawa dengan cakap2nya...

    betul, kita suami isteri harus saling melengkapi, dan saya pun mmg baca blog mawarnafastari tu. Cerita mereka mmg jadi iktibar pada saya juga, suami adalah segalanya bagi saya, dan tak tahu bagaimana saya kalau tanpa dia. Sentiasa hargai saat-saat manis kami bersama....

    ReplyDelete