Baru-baru ini Dato’ Mohd Noh menimbulkan satu topik yang sangat menarik untuk dibincangkan iaitu penguasaan kaum wanita di IPT kini yang semakin mendahului kaum lelaki. Apakah punca yang menyebabkan ia berlaku. Bila mencari punca saya kira tentu ia banyak punca dan pastinya ia berkait diantara satu dengan yang lain. Saya teruja nak beri komen dan mengikuti bersama rakan FB yang rata2 didominasi oleh lelaki, tapi kesibukan kerja terhadap tesis dan hal-hal lain membataskan masa di FB. Jadi saya cetuskan pemikiran saya terhadap topik tersebut di blog sahaja.
"Perkara ini diakui sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Sri Mohamed Khalid Nordin apabila diberitahu seramai 61,750 (58.6%) daripada 105,377 adalah pelajar wanita. "
Wow!! nisbahnya hampir 1:2. Teringat 10 tahun dahulu kelas saya cuma ada 9 orang pelajar wanita berbanding lelaki seramai 70 orang lebih ketika mengikuti pengajian dalam diploma kejuruteraan mekanikal (tahun 2000). semasa diperingkat ijazah pula bilangannya seimbang dengan jumlah pelajar didalam satu kelas ialah 21 orang (tahun 2004). Adakah sekarang situasi 2011 berbeza?
Seperti diketahui secara mental dan emosi lelaki dan wanita adalah tidak sama. Maha suci Allah jugalah yang menjadi otak lelaki dan perempuan tidak sama yang mempengaruhi cara kedua-dua entiti ini berfikir, membuat keputusan, menyatakan emosi dan lain-lain. Namun tidak semestinya ia berbeza 100 peratus , antara keduanya tetap ada persamaan dan perbezaan dimana Allah jadikkan untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain dan digunakan secara baik untuk mentadbir alam yang diamanahkan ini. Kebanyakan perbualan saya dengan ibu-ibu yang punya anak remaja, memang mereka juga akui mendidik anak lelaki memerlukan kesabaran yang besar sebab anak lelaki kurang fokus, banyak main dan sukar mendengar kata.
Namun, berbalik kepada persoalan apa punca kaum wanita menguasai IPT saya melihat 2 aspek.
- Pertamanya memang lelaki kurang focus, tidak minat subjek menghafal namun ada yang memaksa diri untuk terus belajar dan bersaing dengan orang-orang yang lebih baik.
- Dan keduanya memang lelaki kurang fokus tapi banyak yang terkandas dan lebih teruk terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat.
Jika cakap pasal minat siapa la suka sangat nak belajarkan. Jika diberi pilihan saya pun tak minat belajar. Tapi jangan cakap pasal saya, cakap pasal wanita-wanita yang cemerlang dalam pelajaran diluar sana. Kenapa mereka boleh belajar??
PUNCA 1
Ada benar, kebanyakkan subjek di sekolah dan diuniversiti, mahu tidak mahu kita perlu menghafal sebahagiannya. Walaupun subjek metamatik kita perlu menghafal rumus. Malah pendidikan yang lebih menjurus kepada peperiksaan ini memberi faedah lebih kepada kaum wanita denga kebolehan otak mereka. Tapi saya lebih berpendapat kebolehan otak lelaki jika diguna secara betul mereka sebenarnya lebih bijak dari kaum wanita. Tapi adakah sebab ini mereka harus menolak untuk belajar? Saya yakin mereka yang jelas hala tujunya terhadap pelajaran pasti memaksa diri untuk memperlajari apa yang tidak difahami.

PUNCA 2
Saya petik semula komen saya di wall dato’. Saya melihat ia lebih kepada cara didikan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Bagaimana ibu bapa menanam rasa tanggungjawab terhadap diri dan orang lain, rasa suka mecari ilmu dan lain lain..

“pada pendapat saya, betul pelajar lelaki kurang fokus.
mungkin cara didikan berbeza terhadap anak lelaki dan perempuan juga boleh menjadi salah satu sebab kenapa golongan perempuan lebih menguasai IPTA sekarang. Lazimnya anak perempuan dididik dari kecil anak perempuan wajib tolong ibu didapur, tolong jaga adik, bertanggungjawab terhadap diri sendiri sperti basuh baju sendiri, dll. sebaliknya anak lelaki diajar kalau tolong didapur, jaga adik basuh baju adalah sifat "pondan" oleh itu kebanyakkan ibu yang membuatnya. Walaupun tahap kesedaran kepada ilmu keibubapaan makin tinggi tapi saya masih bependapat cara berbeza terhadap didikan ini masih berbaki. apabila anak perempuan diasuh sperti yang disebutkan dan anak lelaki tidak, anak perempuan akan lebih matang, lebih tahu beratanggungjawab terhadap diri dan orang lain.
jadi saya rasa sebab inilah perempuan tahu dan lebih fokus terhadap pelajaran.
mungkin juga pendidikan yang lebih berorietasikan peperiksaan ini dikaji semula.”

Waktu masuk universiti rata-rata berumur 20 an. Pada ketika ini asasnya ialah ajaran ibu ayahlah atau seperti yang disebut oleh Encik Ithnin di wall dato' iaitu mentor di rumah, sekolah dan IPT memberi pengaruh persekitaran yang mempengaruhi sikap seseorang individu. Saya kira pada waktu menghadapi peperiksaan genting seperti PMR dan SPM, remaja sudah patut ada hala tuju dan rasa tanggungjawab, malah boleh berfikir kenapa saya harus Berjaya.
Ya, peperiksaan didunia ini bukan penentu rezeki yang bakal Allah turunkan tapi jika kelaziman begitu kenapa perlu menongkah arus. Tapi tidak salah untuk menongkah arus cuma kena yakin dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk buktikan tanpa SPM pun bisa menjadi orang berjaya dan kaya. Cuma saya lihat sikap lelaki yang suka ikut kepala sendiri berbanding remaja perempuan yang kurang memberontak, walaupun perempuan masih tidak nampak dengan jelas tujuan belajar tapi sikap patuh membantu dirinya untuk belajar.
Bagi saya, saya tetap merasakan ia bukan isu kelemahan dalam system pendidikan walaupun ada sedikit, tetapi bagaimana dari asasnya jati diri dibentuk untuk memahami dan menerima sesuatu perkara. Malangnya kaum lelaki sudahlah tak dapat masuk IPT, dah tu terjebak pula dengan gejala tidak elok. Lebih merunsingkan generasi baru hari ini wanita juga turut mejatuhkan maruah diri dengan banyak perkara negative.
Saya petik kata-kata Puan Suzana Ghazali (Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie) dari wall FB beliau:
"Sikap individu dibina melalui didikan, persekitaran & kebiasaan dlm cara hidup. Sprti kuih yg dibentuk melalui acuannya & bentuk kuih masih boleh diubah kan? Sama rasa, lain bentuknya. Manusia jg masih boleh mengubah sikap jika ia lebih baik untuk diri & insan yg disayangi. Jgn hipokrit mengatakan: "aku mmg macam ni!" kerana 'macam' trsebut boleh menjadi macam2 jika berkehendak! Hendak seribu daya! Mahu seribu cara!"
Mungkin ada kelemahan pada sistem pendidikan yang harus dibaiki tapi untuk dibaiki sehingga memenuhi kehendak ramai pihak mungkin tidak wajar. Satu kata sepakat yang paling baik harus diambil dan masing perlu menerima dan memahami bagaimana ia member kebaikkan kepada diri masing2.
PUNCA 3
Lagi satu faktor ialah janji Allah iaitu pada hari yang begitu hampir dengan kiamat, perempuan akan mendahului lelaki. Dinisbahkan lelaki 1 kepada 11 wanita ada yang kata 1 lelaki 50 wanita. Mungkin juga dunia sudah makin menghampiri hari matinya. Jika dilihat dari sudut ini memang lojik sangatla kenapa wanita mendahului lelaki di IPT. Lelaki wajib menjadi hebat agar tidak tenggelam dikalangan wanita yang semakin menguasai banyak bidang. Tapi kita belum sampai ke tahap itu rasanya sebab mengikut statistik 2008 lelaki masih mendominasi atau setara.
KESAN??
Bila terlampau ramai wanita yang mula mengusai banyak bidang saya melihat ia bukan satu perkembangan yang baik. Ya kita memang memerlukan wanita untuk bekerja disektor perguruan, kejururawatan, doktor dan sebagainya. Namun perlu diingatkan kewajipan atau keutamaan wanita adalah untuk berada di dalam rumahtangganya sendiri selagi pekerjaan tidak menjadi fardhu kifayah keatasnya. Contohnya doktor sakit puan dimana ia boleh jadi fardhu kifayah agar dapat membantu wanita ketika bersalin atau ada penyakit berkaitan sakit puan. Ataupun wanita terpaksa bekerja demi membantu suaminya dalam urusan kewangan rumahtangga. Jika suami bekemampuan dan mempunyai kewangan yang cukup bagi keperluan jangka pendek dan jangka panjang keutamaan wanita adalah untuk suami dan anak-anak bukan bekerja demi duit shopping dan kehendak diri semata-mata.

- mungkinkah suatu masa nanti suami akan menjadi suri rumah dan isteri adalah pencari wang?
- mungkinkan dengan penguasaan wanita dalam bidang akademik dan pekerjaan menyebabkan instistusi kekeluargaan menjadi rosak?
daripada masuk ke IPT adakah ke sini yang mereka pergi????? |
kita suka entry zakiah ni..nanti nak baca lagi..:)
ReplyDelete